You are on page 1of 13

KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)

CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat
di bawah.
Contoh:
Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK
1. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
2. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
3. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
4. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
5. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
6. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
7. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
8. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
9. Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
10. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang
David.
11. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
12. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
13. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
14. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.
15. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
16. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
17. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
18. Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
19. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
20. Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
21. Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
22. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
23. Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
24. Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
25. Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
26. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
27. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
28. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
29. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
30. Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
31. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang
dari seberang.
32. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
33. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
34. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.

1
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

35. Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
36. Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan
keselamatan serantau.
37. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
38. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
39. Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
40. Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab
sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
41. Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
42. Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
43. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
44. Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
45. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
46. Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya.
47. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angkat Dr. Haji Maulud.
48. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti
tersebut.
49. Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
50. Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
51. Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
52. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
53. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
54. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
55. Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
56. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
57. Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
58. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
59. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
60. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
61. Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
62. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
63. Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
64. Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
65. Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
66. Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
67. Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
68. Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
69. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
70. Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
71. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
72. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
73. Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
74. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.

2
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

75. Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
76. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah
pangsa.
77. Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
78. Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
79. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
80. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.
81. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
82. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
83. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
84. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
85. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
86. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
87. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
88. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
89. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
90. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
91. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
92. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
93. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
94. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut
dari Kementerian Pendidikan.
95. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
96. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
97. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
98. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
99. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
100. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri
sidang parlimen.
101. Amat sukar untuk mencari kotak hitam kapal terbang itu.
102. Sekarang, baju lama ibu saya ini kepunyaan kakak sulung saya
103. Pegawai kanan kementerian itu akan melawat Putrajaya minggu ini.
104. Permulaan penerbitan majalah baharu persatuan ini pada tahun hadapan.
105. Pada awal pagi tadi, hujan masih belum turun.
106. Ketika kami adik-beradik sedang makan, ayah ke pejabat.
107. Abang sulung saya akan membacakan ayah surat daripada ibu.
108. Atlet yang berlari pantas dalam acara tersebut dari negeri Johor.
109. Usaha untuk mengumpulkan barang-barang lama itu amat murni.
110. Burung yang terbang dengan lajunya sebentar tadi sangat cantik.
111. Tetamu yang hendak berjumpa dengan pengetua bapa Shazwan
112. Pengawas pusat sumber ialah murid yang sedang membaca buku sejarah itu.
113. Pada zaman itu, saya masih belum lahir lagi.
114. Rumah yang sudah roboh itu rumah Pak Cik Ghani.

3
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

115. Walaupun baru bekerja, rakan saya itu tidak kekok.


116. Peserta yang akan muncul sebentar lagi dari negeri Perak.
117. Pemain yang mula tiba itu daripada pasukan pilihan Malaysia.
118. Beliau tetap yakin akan perjuangannya walaupun pernah tertipu.
119. Orang yang hendak berniaga mestilah mempunyai modal yang cukup.
120. Peminat pasukan daripada kelab England tersebut bukan kumpulan yang sedang bersorak itu.
121. Pada zaman itu, saya masih belum lahir ke dunia lagi.
122. Rumah yang sudah roboh sejak seminggu lalu rumah Pak Cik Ghani.
123. Walaupun baru bekerja di syarikat tersebut, rakan saya itu tidak kekok.
124. Peserta yang akan muncul dalam pertandingan ini sebentar lagi dari negeri Perak.
125. Pemain yang mula tiba pagi tadi itu daripada pasukan pilihan Malaysia.
126. Beliau tetap yakin akan perjuangannya walaupun pernah tertipu pada tahun lepas.
127. Orang yang hendak berniaga di pusat beli-belah itu mestilah mempunyai modal yang cukup.
128. Peminat pasukan daripada kelab England tersebut bukan kumpulan yang sedang bersorak
dengan gamatnya itu.
129. Wanita Jepun yang berbaju kebaya ini sungguh anggun.
130. Mereka yang berselisih pendapat itu daripada kelas kami.
131. Lelaki berbangsa Inggeris dari Australia tadi sangat ramah.
132. Pemuda yang suka merendah diri itu penyelidik di institut kami.
133. Kakak sulung saya bertemu jodoh dengan pemuda sekampung.
134. Cita-citanya sejak kecil lagi bukan menjadi pegawai tentera tetapi pegawai polis.
135. Perompak yang bersenjatakan parang ke ladang yang berhampiran untuk bersembunyi.
136. Oleh sebab ketinggalan bas, mereka bertilamkan rumput di padang tersebut pada malam itu.
137. Pegawai perhubungan yang berwajah cantik itu bagai bidadari.
138. Yang menjaringkan gol itu Kamaruzaman, pemain bertubuh kecil.
139. Balingan atlet berbadan besar dari negara Perancis dalam acara tukul besi sangat hebat.
140. Pesakit yang berunsur baik itu pegawai kanan sebuah syarikat perniagaan telekomunikasi.
141. Supaya hati anak-anaknya bertambah sayang kepadanya, beliau sering dengan mereka.
142. Oleh sebab hidupnya sebatang kara, dia terpaksa menumpang kasih pada anak-anak saudaranya.
143. Kita tidak sepatutnya memandang rendah akan kebolehan kumpulan juruanalisis syarikat mereka.
144. Pengetua amat gembira kerana nama sekolah menjadi harum setelah pencapaian akademik
muridnya sangat cemerlang.
145. Kereta yang tiba-tiba membelok ke kanan tadi kereta peronda polis.
146. Pemain kami tidak gentar untuk berdepan dengan pasukan tersebut.
147. Kami telah berada di tempat peranginan ini sejak seminggu yang lalu.
148. Mereka yang tertakluk pada peraturan tersebut ialah atlet olahraga.
149. Tugas beliau sangat penting kerana berperanan sebagai pengurus dan jurulatih.
150. Perbincangan tersebut berhubung dengan aktiviti yang akan dijalankan pada minggu bahasa.
151. Oleh sebab masa depannya bergantung pada peperiksaan itu, dia sering di perpustakaan.
152. Kami mungkin tidak akan ke negara berkenaan kerana bimbang terdedah kepada kesan radioaktif.
153. Murid yang terjawab soalan sukar tadi amat bijak.
154. Setelah minum teh, kami ke tepi pantai untuk bersiar-siar.
155. Penulis muda itu selalu mengarang puisi pada waktu malam.

4
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

156. Mereka masih dalam perjalanan untuk menyertai program anjuran Bahagian Hal Ehwal pelajar.
157. Pelayan yang mengambilkan kami makanan sebentar tadi warga asing.
158. Urusan mencetak kad undangan perkahwinan kakak ialah tugas abang.
159. Ketua pegawai firma itu tidak sepatutnya memperkecil kemampuan anggota kumpulan kita.
160. Tuan Haji Yusuf yang memperisterikan anak lelaki sulungnya dengan anak jutawan Internet itu
kaya sungguh.
161. Air sabun yang membasahi lantai bilik guru sangat pekat.
162. Selepas membaca novel, saya ke padang untuk bersenam.
163. Mekanik yang membaiki kereta ayah lepasan institut kemahiran.
164. Wanita itu menjual buah-buahan tempatan pada setiap hari minggu.
165. Keadaan itu sangat bahaya kerana kami terpaksa menuruni bukit yang curam.
166. Tugas menghias kelas tanggungjawab kumpulan yang dianggotai oleh Amir, Lim dan Kumar.
167. Pemandu jentolak mendekatkan jenteranya ke dinding bangunan yang baru runtuh sebentar tadi.
168. Sesi perbincangan tersebut hingga lewat petang kerana memberikan peluang kepada semua ahli
untuk melontarkan pendapat.
169. Dia amat bangga setelah memberitahu mereka keputusan kami.
170. Syarikat itu menawari abang jawatan sebagai pengurus projek.
171. Yang mengurniai beliau bintang kebesaran ialah sultan negeri itu.
172. Guru yang mengajar mereka mata pelajaran Sejarah tersebut dengan isterinya.
173. Jika selalu berdoa, Tuhan akan sentiasa mencucuri hamba-Nya rahmat.
174. Beliau sangat rajin kerana sanggup mencarikan Leong novel karya Usman Awang.
175. “Arahan tersebut daripada ibu supaya kakak membuatkan ayah secawan kopi,” kata adik.
176. Beliau ialah pengurus kejohanan yang menyerahi saya tugas sebagai hakim perbarisan.
177. Pegawai polis yang baru tiba sebentar tadi sangat tegas.
178. Kumpulan yang masih belum makan lagi daripada pasukan hoki.
179. Mereka mula bergerak untuk mendaki gunung yang tertinggi itu.
180. Kursus yang pernah dijalankan di kampus ini ialah kursus penulisan kreatif.
181. Permohonan untuk jawatan itu sedang diproses oleh Bahagian Sumber Manusia.
182. Makanan yang akan dikirimkan kepada pasukan tentera ketupat dan serondeng.
183. Pegawai yang masih bermesyuarat di hotel itu dari kawasan yang pernah dilanda banjir.
184. Kami amat senang hati kerana anggota sukarelawan telah memberikan pertolongan kepada
keluarga kami.
185. Jika hendak mendaki gunung, kesihatan tubuh badan kita mestilah baik.
186. Oleh sebab beliau mungkin tiba lewat, kami akan ke sana terlebih dahulu.
187. Murid yang boleh menyertai lawatan ke Planetarium Negara daripada Tingkatan 2 Cemerlang.
188. Saya amat sedih jika saya tidak dapat menyambung pelajaran di universiti itu.
189. Pihak kerajaan harus melaksanakan pelbagai projek yang memanfaatkan rakyat.
190. Yang mesti menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pengguna ialah beliau
191. “Sayalah yang patut berterima kasih kepada beliau,” kata ayah kepada Pak Cik Sahak.
192. Kami mahu pergi ke kampung Orang Asli untuk menyaksikan adat perkahwinan mereka.
193. Beliau menyatakan bahawa masalah tersebut telah dapat diselesaikan.
194. Kami mula ke pekan itu setelah pihak polis menjelaskan bahawa keadaan mula terkawal.
195. Pengetua mengesahkan bahawa dokumen tersebut benar seperti dokumen asal.

5
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

196. Pihak yang menafikan bahawa kejadian itu telah berlaku daripada bahagian risikan.
197. Yang menegaskan bahawa usaha tangga kejayaan itu pakar motivasi terkenal.
198. Ibu bapa besar hati apabila pihak sekolah memaklumkan bahawa kelas bimbingan akan diadakan.
199. Kami amat kecewa setelah pihak sekolah mengumumkan bahawa kejohanan sukan tahunan
sekolah ditangguhkan.
200. Orang yang mempercayai bahawa pelaburan dalam skim itu menguntungkan mereka ialah
golongan yang ingin cepat kaya.
201. Kami beranggapan bahawa mereka tidak meminati lagu keroncong.
202. Ahli parlimen itu berhujah bahawa penghantaran pelajar ke luar negara perlu diteruskan.
203. Mereka yang berpendapat bahawa mutu sukan negara telah meningkat memang benar.
204. Mereka sangat patriotik kerana berpendirian bahawa maruah negara perlu dipertahankan.
205. Pihak yang berasa bahawa aktiviti tersebut tidak menggugat keamanan ialah kumpulan penentang.
206. Kumpulan itu dari kawasan utara negeri tersebut dan tidak bersetuju bahawa program itu telah
dibatalkan.
207. Yang berkata bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat itu ialah wakil rakyat kawasan
kami.
208. Mereka yang berfikir bahawa kejayaan akademik sangat penting untuk masa depan daripada
golongan cerdik pandai.
209. Anak buahnya pendiam dan bercakap perlahan-lahan.
210. Gulai patin tempoyak masakan ibu ialah yang tidak terasa masin amat.
211. Jurulatih kami sangat bangga kerana pemainnya bermain habis-habisan.
212. Polis telah menahan beberapa orang suspek di tempat kejadian tersebut.
213. Pahar beralaskan kain baldu merah ialah hantaran perkahwinan kakak saya.
214. Paluan gendang rebana oleh pelajar Tingkatan 5 Mawar itu berbunyi gemuruh sangat.
215. Simposium itu tentang pemartabatan bahasa Melayu dan akan diadakan pada minggu hadapan.
216. Hadiah pada saudaranya yang berpangkat sarjan di balai polis tersebut.
217. Mereka masuk ke dalam hutan untuk memburu binatang.
218. Murid-murid yang mengikuti kegiatan kokurikulum masih di sekolah.
219. Orang yang mengucapkan tahniah kepada beliau tadi ibu mentuanya.
220. Pegawai kanan daripada Jabatan Kewangan itu sangat tegas.
221. Beliau yang telah bekerja sejak lima tahun yang lalu di syarikat itu pegawai eksekutif.
222. Pameran yang diadakan di dewan tersebut dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam.
223. Abang sangat cekap kerana dapat menyiapkan karangan tersebut dalam masa sejam.
224. Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah kami akan bermula pada pukul 2 petang.
225. Kereta api yang bergerak dengan lajunya itu ke Pantai Timur.
226. Lelaki yang menjerit dengan kuatnya sebentar tadi penyokong pasukan lawan.
227. Pasukan bomba bertindak pantas untuk mengawal kebakaran daripada merebak.
228. Kami yakin bahawa pemain negara akan bermain habis-habisan untuk memenangi perlawanan.
229. Semua pemain telah berusaha demi kejayaan pasukan negara
230. Perkara yang dibangkitkan itu amat baik untuk keadilan semua peserta.
231. Beliau ialah wakil yang dilantik untuk mengambil tindakan tersebut bagi kepentingan semua pihak.
232. Mereka daripada bahagian pertahanan dan sentiasa berkhidmat dengan cemerlangnya demi
negara yang tercinta.

6
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

233. Kakak memotong kek hari jadinya dengan pisau plastik.


234. Penduduk dari kampung itu ke pekan pada setiap hari dengan bas.
235. Murid itu amat bijak kerana mengukur panjang bongkah dengan pembaris.
236. Pegawai yang akan pergi ke Sabah dengan kapal terbang bukan pegawai kewangan.
237. Mereka yang akan bermain dengan pasukan itu sangat handal.
238. Yang bertelagah dengan jurulatihnya pagi tadi penjaga gol simpanan.
239. Mastura, murid Tingkatan 5 Tanjung berbincang tentang pelajaran dengan rakannya.
240. Kumpulan petani itu ke Kampung Bukit untuk bertemu dengan penghulu pada pagi tadi.
241. Bapa beliau berbual mengenai pengalamannya pada zaman Jepun.
242. Mereka anggota jawatankuasa PIBG sekolah dan berbicara tentang keciciran murid tadi.
243. Guru disiplin yang bertindak terhadap murid yang ponteng sekolah itu memang tegas.
244. Mesyuarat tersebut hingga tengah hari untuk berbincang tentang masalah pertukaran pegawai.
245. Persahabatan antara mereka itu bagai isi dengan kuku.
246. Yang bercahaya seperti bintang berkerdipan itu lampu neon.
247. Pembantu wanita tersebut sangat sombong dan berlagak bak orang kaya.
248. Beliau memegang watak sebagai wakil rakyat dalam drama ini.
249. Gaya hidup keluarga jutawan itu sungguh mewah sekali.
250. Bahasa Melayu saudara baharu itu masih kecinaan lagi.
251. Lembayung keungu-unguan itu muncul pada waktu senja.
252. Budak demam denggi yang masih belum baik itu murid sekolah ini.
253. Lorong gelap lagi menyeramkan pada waktu malam itu di belakang bangunan tersebut.
254. Bangunan besar dan agak mahal ini dibina oleh kontraktor terkenal di bandar ini.
255. Prestasi perlawanan bola sepak peringkat akhir yang sehebat tahun lalu oleh pasukan Harimau
Muda.
256. Antara bangunan tinggi di Kuala Lumpur, bangunan Menara Kembar Petronas ialah yang tertinggi.
257. Walaupun Pak Zakirin tua kerepot, badannya masih sihat.
258. Beberapa sisir pisang di atas meja itu bukan pisang lemak manis.
259. Anak yang kurus kering akibat sakit jantung di Wad 14 hospital besar.
260. Budak itu dijumpai dalam keadaan letih lesu kerana sesat di hutan dua hari lalu.
261. Hang Tuah, hulubalang Melaka yang gagah berani, sangat setia kepada sultannya.
262. Wanita-wanita cantik molek itu akan menyertai pertandingan Gadis Melayu di ibu negara.
263. Buruh berbadan tegap dan tidak mengenal penat lelah itu daripada keluarga miskin.
264. Keluarga yang riang gembira kerana kejayaan anak mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia ialah keluarga Lebai Harun.
265. Mereka membeli buah-buahan secara borong tidak kira kecil besar.
266. Baik buruk perangai seseorang itu menjadi asas ukuran peribadinya.
267. Perjanjian itu bukan berbentuk hitam putih tetapi hanya secara mulut.
268. Lembu jantan di padang siang malam itu bukannya milik Lebai Jusuh.
269. Zainal yang penuh dengan pengalaman pahit manis itu dari negara Iraq.
270. Kawasan itu sangat luas penuh dengan bukit bukau dan tanah tinggi rendah.
271. Anggota keluarga itu baik-baik belaka dan begitu mesra dengan orang kampung tidak kira miskin
kaya.

7
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

272. Mereka yang menyertai maraton peringkat kebangsaan daripada semua golongan tidak kira kecil
besar dan tua muda.
273. Budak gemuk gedempol itu murid Tingkatan Lima sekolah kami.
274. Gadis yang lemah gemalai tingkah lakunya dari Taman Kencana.
275. Walaupun kulitnya hitam legam dibakar matahari, pemuda itu tetap gigih.
276. Anak tunggal pewaris harta pusaka ayahnya kini kaya-raya di kampung itu.
277. Gadis tinggi lampai dan berkulit putih kuning itu terpilih sebagai ratu dalam pertandingan ratu
kebaya pada malam itu.
278. Kelas Tingkatan 3 Bestari yang bising itu menjadi sunyi sepi setelah diberi amaran oleh guru
disiplin.
279. Tanah sawah yang kering-kontang akibat kemarau panjang itu di bahagian utara Semenanjung.
280. Suasana hingar bingar di panggung stadium bola sepak itu ialah bunyi jeritan para penonton.
281. Kulit gadis pingitan anak Puan Suhaili kuning langsat.
282. Air minuman jus oren manis buah ini untuk pesakit diabetes.
283. Anak perempuan yang bujur telur mukanya ialah anak Pak Imam kampung kami.
284. Yang itu selendang berwarna hijau daun bukannya berwarna hijau pucuk pisang.
285. Walaupun rasa ubat itu pahit peria, dia tetap menelannya demi kesihatan badannya.
286. Warna biru laut busana pengantin sungguh menarik dan sejuk mata memandang.
287. Pemain bola keranjang kelab kami yang muda remaja itu telah menjuarai pertandingan tersebut.
288. Pelajar berwajah pucat lesi itu kini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan
penyakit leukemia.
289. Sifat banyak mulut satu tabiat yang kurang baik.
290. Orang tua bangka itu di pelamin pengantin sekarang ini.
291. Pembantu Am Pejabat baharu kami sangat ringan tulang.
292. Murid yang panjang tangan itu bukan anak Puan Mariam.
293. Perempuan yang rabun ayam ke wad klinik mata hospital daerah.
294. Kerajaan kini berjaya mengatasi masalah buta huruf di negara ini.
295. Anak jiran saya cepat khatam al-Quran kerana dia sangat terang hati.
296. Budak besar kepala itu sangat degil dan tidak disukai oleh rakan kelasnya.
297. Kenderaan keluaran syarikat Jepun itu lebih canggih daripada syarikat ini.
298. Buah salak yang paling kelat tadi dari dusun Haji Pak Husin.
299. Tiang elektrik di selekoh jalan itu membahayakan orang ramai kerana terlalu condong.
300. Sulaman songket benang emas ini daripada hasil tangan pekerja yang cukup tekun.
301. Pelakon agak tampan dalam drama bersiri itu ialah bekas pelajar sekolah ini.
302. Pembantu rumah baharu itu seorang pelajar yang kurang mahir mengendalikan mesin basuh.
303. Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam yang berjaya memberikan sindiket penyeludupan
tersebut terlalu cekap.
304. Gadis sunti itu kelihatan makin anggun dan sungguh memikat hati.
305. Bayi yang molek sekali itu anak pasangan muda tersebut.
306. Air yang payau sekali ini bukan air perigi di tepi pantai itu.
307. Pasukan badminton dari negara jiran tiba di sini cepat benar.
308. Gulai tersebut tidak dapat dimakan oleh mereka kerana masin nian.
309. Bermacam-macam jenis kuih yang lazat betul itu dari pasar Ramadhan.

8
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

310. Kanak-kanak perempuan yang comel betul itu masih di Tadika Seri Intan.
311. “Tinggi benar bangunan Menara Kuala Lumpur,” kata seorang pelancong dari luar negara itu.
312. Pemandangan di tasik Putrajaya yang penuh dengan lampu warna-warni itu indah nian pada
waktu malam.
313. Meja di bilik mesyuarat jabatan ini mesti bujur dan besar.
314. Buah durian itu dari dusun orang tuanya tetapi isinya masih mengkal.
315. Buah belum ranum di atas pokok itu bukan buah rambutan gading.
316. Keluarga Ibrahim ke Eropah semasa suhu masih rendah di benua tersebut.
317. Waktu penerbangannya sudah suntuk lalu beliau bergegas ke lapangan terbang.
318. Ketumbuhan pada lehernya yang telah sembuh itu bukannya penyakit kanser.
319. Kebanyakan pinggan nasi untuk majlis perkahwinan anaknya tidak bulat tetapi mungkin jorong.
320. “Kamu harus tekal dengan azam demi kemajuan dirimu,” tegas pengetua kepada murid-murid
sekolahnya.
321. Buah nanas sangat manis pada bahagian pangkalnya.
322. Wajah tuan puteri itu cantik sungguh bak bulan purnama.
323. Sesebuah negara harus aman demi kesejahteraan rakyatnya.
324. Pelajar sekolah tersebut sangat sibuk dengan kegiatan kokurikulumnya.
325. Kaki emak lenguh kerana berjalan amat jauh.
326. Pokok lada itu sering layu ketika cuaca panas terik.
327. Ibu tua ini amat rindu akan anaknya yang berada di luar negara.
328. Perniagaan Adam sungguh maju walaupun keadaan ekonomi tidak stabil.
329. Murid yang amat takut akan anjing garang itu murid tadika kampung kami.
330. Sekolah itu memerlukan markah pelajar sentiasa cemerlang pada setiap peperiksaan.
331. Surin dari Rantau Panjang, Kelantan dan pandai dalam mata pelajaran Sains.
332. Guru Besar sekolah itu terlalu sibuk dengan urusan pentadbiran sekolahnya.
333. Makanan berkhasiat demi kesihatan keluarga hendaklah daripada bahan makanan yang bermutu.
334. Bilik darjah harus bersih dan tersusun kemas untuk keselesaan belajar.
335. Syarikat itu memastikan pemandu basnya sentiasa waspada bagi keselamatan penumpang.
336. Yang ini pakaian seragam baharu untuk pasukan pengakap sekolah.
337. Wanita yang sakit selalu itu di Wad Bunga Raya.
338. Penceramah jemputan itu diam sejenak kemudian meneruskan ucapannya.
339. Pemuda itu telah menghadapi pelbagai dugaan, namun beliau ceria sentiasa.
340. Yang membuat majlis persandingan gelap seketika ialah terputusnya bekalan elektrik.
341. Sifat patuh kepada majikan menjadi teras budaya kerja syarikat itu.
342. Puan Mariam yang sangat rindu akan anaknya di Mesir sentiasa di rumah.
343. Laksamana Hang Tuah, hulubalang Melaka, amat setia terhadap rajanya.
344. Semangat sangat cinta akan negara matlamat program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional.
345. Kawasan yang rosak kerana hujan lebat itu di daerah pedalaman negeri tersebut.
346. Heliza cemerlang dalam semua mata pelajaran sebab dia tekun belajar.
347. Orang yang sakit kanser paru-paru kerana terlalu banyak merokok semasa muda ialah datuk
pemuda itu.

9
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

348. Ahmad membeli gulai ikan sembilang yang enak sebab cukup rempah-ratusnya dari Restoran
Pelita.
349. Ketua Pengarah di kementerian itu cukup cergas lagi bijaksana pada usia mudanya.
350. Ibunya berasa gembira sejak mendapat berita bahawa anaknya akan pulang berhari raya
dengannya.
351. Osman pelajar cemerlang kerana pandai dalam semua mata pelajaran.
352. Berita tentang kematian saudaranya itu daripada bapanya tetapi lewat hingga dua jam.
353. Bunyi kuat daripada kilang papan di pinggir jalan.
354. Kanak-kanak sedang menangis itu sakit pada lututnya.
355. Buah yang masam di bahagian hujungnya ialah buah nanas muda.
356. Bunyi dentuman yang kuat di selekoh jalan itu didengar oleh penduduk kampung kami.
357. Mereka sekeluarga ke benua Eropah pada minggu hadapan.
358. Rombongan dari Felda Sungai Kelamah disambut oleh pengurus besar syarikat.
359. Cenderamata daripada ibu untuk ayah bersempena dengan hari lahirnya cukup cantik.
360. Rumah yang didirikan oleh jurubina terkenal itu ialah rumah banglo di taman perumahan baharu.
361. Semua pegawai di pejabat kementerian itu sungguh rajin dan berdedikasi.
362. Gopalan dan rakannya tinggal di rumah pangsa itu hingga akhir bulan hadapan sahaja.
363. Petikan tentang perkembangan ekonomi negara itu daripada teks ucapan Perdana Menteri.
364. Dato’ Abdullah ialah dermawan yang memberikan sumbangan kepada keluarga miskin di
kampung itu.
365. Kain songket daripada benang emas itu sangat indah tenunannya.
366. Moni dan keluarganya di Singapura pada bulan Disember yang lalu.
367. Guru Besar yang berasal dari bandar Ipoh berkhidmat di sekolah kami.
368. Hidangan di atas meja untuk orang-orang kenamaan sahaja itu ialah nasi beriani.
369. Anak muda yang sedang mundar-mandir di hadapan balai polis itu abang Kok Weng.
370. Pekerja yang akan mendapat gajinya pada hujung bulan hadapan dari negara jiran.
371. Penjahat yang ditangkap oleh pasukan keselamatan dalam kawasan rumah pangsa itu sungguh
ganas.
372. Zahid berkata kepada rakan-rakannya, “David akan ke selatan dengan ibunya pada minggu
hadapan.”
373. Produk yang sedang diusahakan oleh kilang tersebut dari negara Singapura.
374. Pelajar Tingkatan 2 Melati sedang berdiri di hadapan bangunan sekolahnya.
375. Pemuda yang menyidai pakaian di halaman rumahnya ialah anak bongsu penghulu kami.
376. Anak-anak Orang Asli itu sungguh berani kerana membunuh buruannya dari belakang pokok.
377. Budak-budak itu bermain di bawah rumah setiap petang.
378. Kapal yang akan berlabuh ke penjuru rumah api Selat Melaka itu amat besar.
379. Kereta perisai tentera dari belakang bangunan dengan tiba-tibanya sahaja.
380. Yang akan pergi berkelah pada hujung minggu kedua bulan Januari ialah pelajar-pelajar tingkatan
empat.
381. Ayah dan ibu Aminah akan ke bendang setiap pagi.
382. Semua pekerjanya yang cukup dedikasi itu dari negara jiran.
383. Blok asrama yang baru dicat itu untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja.
384. Ceramah ustaz muda itu tentang pembayaran zakat melalui dalam talian.

10
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

385. Bangunan utama di kota besar itu tidak semuanya baharu.


386. Perbelanjaan setiap jemaah pada musim haji amat tinggi.
387. Larangan berpesta sampai larut malam bukan keputusan pihak penganjur
388. Kini banyak orang memakai pakaian daripada kain sutera.
389. Panggilan kecemasan untuk anak muda itu dari hospital daerah.
390. Derma bagi anak-anak yatim itu sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah kami.
391. Kebanyakan barang yang dijual di kedai itu dari negara China.
392. Novel terbaharu daripada penulis muda itu telah memenangi hadiah penghargaan.
393. Pekerja binaan sedang berteduh di bawah pohon jambu bol.
394. Kayu yang telah dibelah oleh ayah dengan kapak itu kayu getah.
395. Kami akan memulakan perjalanan ke utara pada pukul enam pagi.]
396. Pemidato tentang isu keselamatan negara itu ialah ahli politik tersohor.
397. Rakyat negara ini amat prihatin tentang permuafakatan demi perpaduan.
398. Pemuda yang baru putus tunang itu seperti pungguk rindu akan bulan.
399. Semua penonton kagum terhadap pemain lincah pasukan bola sepak tersebut.
400. Para tetamu khas majlis perkahwinan anak kami hadir dengan isteri masing-masing.
401. Pemain bola keranjang pasukan pelawat tinggi-tinggi seperti galah.
402. Pelajar itu amat bijak dalam semua mata pelajaran.
403. Bangunan indah seperti mahligai di atas bukit itu istana baharu baginda sultan.
404. Datuk kami yang keadaannya amat tenat pada mulanya kini sudah sembuh
405. Cikgu Gopal yang sentiasa berdedikasi dan tekun dengan pekerjaannya di pejabat pengetua
sekolah sekarang.
406. Anggota perkhemahan di puncak gunung itu berasa dingin pada waktu dinihari.
407. Ungkapan “Sentiasa bersih demi kesihatan” ialah slogan jabatan ini.
408. Penjaja harus cekal dan cekap untuk pendapatan dan keuntungan yang lebih tinggi.
409. Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah yang letaknya di tepi laut.
410. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat.
411. Bangunan perpustakaan yang baru siap dibina di bandar itu amat besar.
412. Kain songket ialah busana yang lazimnya dipakai oleh pasangan pengantin.
413. Bandar raya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun sangat bersih dan indah.
414. Bungkusan hadiah ini untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti.
415. Semua rakyat diingatkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan negara
ini.
416. Pihak kerajaan sedang memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris di
negara ini.
417. Ikan hiasan di dalam akuarium itu cantik-cantik?
418. Bangunan itu asrama untuk pelajar dari luar bandar?
419. Darurat di negara kita diisytiharkan pada tahun 1948?
420. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Langkawi untuk bercuti?
421. Kota Paris bandar raya yang terkenal dengan bangunan Menara Eiffel?
422. Guru sukan sekolah mengetuai rombongan pelajar mendaki gunung itu?
423. Padang sukan sekolah itu sangat luas berbanding dengan padang sekolah lain?

11
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

424. Ahli arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang dari Muzium Negara?
425. Baju kemeja kamu yang biru itu basah kenapa?
426. Kenaikan harga minyak petrol baru-baru ini bila?
427. Kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa bagaimana?
428. Latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi mengapa?
429. Jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah berapa?
430. Pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu mengapa?
431. Harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu berapa?
432. Peserta program pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur bila?
433. Kenapakah baju kemeja kamu yang biru itu basah?
434. Bilakah kenaikan harga minyak berkuat kuasa baru-baru ini?
435. Bagaimanakah kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa?
436. Mengapakah latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi?
437. Berapakah jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah?
438. Mengapakah pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu?
439. Berapakah harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu?
440. Bilakah program pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur?
441. Ibu jari kaki kanan kamu bengkak sejak bila?
442. Rombongan pelancong yang menaiki bas itu dari mana?
443. Doktor muda hospital ini pakar penyakit kulit sejak bila?
444. Michael yang terburu-buru berjalan itu hendak ke mana?
445. Surat berdaftar yang kamu terima semalam daripada siapa?
446. Pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar dengan siapa?
447. Pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan sampai bila?
448. Pelajar yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu di mana?
449. Sejak bilakah ibu jari kaki kanan kamu bengkak?
450. Sejak bilakah doktor muda hospital ini pakar penyakit kulit?
451. Dari manakah rombongan pelancong yang menaiki bas itu?
452. Hendak ke manakah Michael yang terburu-buru berjalan itu?
453. Daripada siapakah surat berdaftar yang kamu terima semalam?
454. Dengan siapakah pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar?
455. Sampai bilakah pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan?
456. Di manakah pelajar yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu?
457. Apakah binatang yang sangat cerdik mengikut cerita dongeng tradisional?
458. Siapakah pelukis gambar pemandangan di tepi pantai yang cantik ini?
459. Wah, besar sungguh Masjid Jamek baharu ini!
460. Cis, habis tanaman ubi kayuku dimusnahkannya!
461. Amboi, ke panggung wayang pula budak-budak ini!
462. Aduh, sakitnya perut aku kerana makan buah tadi!
463. Eh, di sini rupanya kamu!
464. Oh, abang kamu yang berjaya mendaki Gunung Everest itu!
465. Wahai anakku, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin sementara kamu masih muda!
466. Syabas, andalah orang yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia!

12
KERJA RUMAH TATABAHASA (SINTAKSIS)
CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL www.cikgutancl.blogspot.com

467. AIDS, dalam bahasa Melayu, bermaksud “sindrom kurang daya tahan penyakit”.
468. Calon SPM tahun ini sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba.
469. Pegawai daripada Jabatan Kebajikan terharu melihat keadaan hidup orang tua yang daif itu.
470. Datuk kami terdaya memikul setandan pisang tanduk di atas bahunya.
471. Gadis manja ini tersipu kemalu-maluan di hadapan rakan-rakannya apabila dipuji oleh ibunya.
472. Pengharaman konsert rock oleh pihak kerajaan baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam
kalangan pemuda-pemudi.
473. Sesuatu petikan berita bertujuan untuk memberitahu pembaca tentang satu-satu kejadian,
kegiatan, atau peristiwa yang berlaku.
474. Kakitangan hospital swasta mampu memberikan perkhidmatan rawatan yang lebih baik
berbanding dengan hospital kerajaan.
475. Pemuda itu lebih gemar bekerja sendiri daripada makan gaji.
476. Puan Atifah sedang berceramah di dewan besar sekolah sekarang.
477. Obor perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih menyala.
478. Kami bermohon agar tuan mengkhabarkan berita gembira ini kepada anggota persatuan kita.
479. Penari-penari makyung menari dengan pergerakan badan yang lemah lembut sambil bernyanyi.
480. Anggota panel masih lagi berbincang tentang penentuan kriteria pemilihan tokoh budayawan
negara.
481. Atlet sukan renang yang akan mewakili negara sedang berlatih bersungguh-sungguh di kolam
renang.
482. Untuk menenangkan fikiran sambil bersantai dengan anggota keluarganya, pegawai itu bercuti di
Pulau Tioman.
483. Kedua-dua orang mempelai tersebut ke pelamin lalu duduk bersanding.
484. Dia begitu tenang sahaja, manakala teman karibnya gelisah tak keruan.
485. Lori itu sangat sarat dengan muatan atap genting dan kepingan jubin lantai.
486. Jangankan hendak pergi, malahan bergerak dari tempat duduknya pun tidak.
487. Puan Sarojini mengibas-ngibas kerusi itu dengan sapu tangan, kemudian duduk.
488. Encik Zukhairi peguam dalam bidang Syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
489. “Dia anak orang hartawan tetapi saya bukan,” kata Azimin kepada orang tua itu dengan hormatnya.
490. Para pegawai, jurulatih serta pemain pasukan bola sepak belia negara akan ke luar negara esok.
491. Ibu memasak nasi dan kakak menumbuk cili dan ayah memarut kelapa dan abang mencuci
pinggan.
492. Puan Normah dan suaminya ke Kuala Terengganu lalu ke Kota Bharu pula.
493. Cuaca di bahagian hulu mendung namun di bahagian baruh cerah.
494. Orang itu kaya, sebaliknya adik-adiknya yang tinggal di desa miskin.
495. Datuknya pejuang bangsa dan negara tetapi anaknya pengkhianat negara.
496. Mengapakah dia dalam kumpulan kita padahal namanya tiada dalam senarai?
497. Borang saya untuk memohon jawatan itu diterima tetapi permohonan kawan saya ditolak.
498. Orang tua itu bekerja sebagai buruh ladang getah walhal anak-anaknya pegawai yang berpangkat
tinggi.
499. Ayahnya ke madrasah kerana bersolat tetapi anak lelakinya ke pusat karaoke kerana berhibur.
500. Hari bekerja di negara ini lima hari, iaitu dari hari Isnin hingga hari Jumaat melainkan hari cuti
umum.

13

You might also like