You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : JPNS(W)/SMKKH(KK)/153/05/04/12
Tarikh : 3 April 2017

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Kuching,
Jalan Padungan,
93300 Kuching,
Sarawak.

Melalui,
Pengetua,
SMK XXXXX

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT PENGANGKUTAN / PENGGUNAAN BAS JABATAN BOMBA DAN


PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI SARAWAK BAGI TUJUAN PERKHEMAHAN
TAHUNAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Kadet Bomba dan Penyelamat SMK XXXXX dengan kerjasama Balai
Bomba Kuching akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Kadet Bomba seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 September – 1 Oktober 2017


Hari : Jumaat – Ahad
Masa : 10.30 Pagi (Bertolak dari SMK XXXXX)
Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak (Kem Santubong)

3. Berserta surat ini juga, turut dilampirkan surat kelulusan mengadakan program oleh Jabatan
Pendidikan Sarawak untuk makluman pihak tuan. Justeru itu, kami berharap agar permohonan yang
dikemukan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.

5. Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

XXXX
Ketua Guru Penasihat
Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
SMK XXXXX

s.k - Fail Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat SMK XXXXX

You might also like