You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : JPNS(W)/SMKKH(KK)/153/05/04/12
Tarikh : 19 Januari 2017

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak,


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,
Jalan Diplomatik, off Jalan Bako,
Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.
(u.p. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan)

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MELAKSANAKAN PERKHEMAHAN TAHUNAN KADET BOMBA


DAN PENYELAMAT MALAYSIA (KBPM) SMK XXXXXXXX 2017 DI PUSAT
KOKURIKULUM NEGERI SARAWAK (KEM SANTUBONG) DENGAN KERJASAMA
BALAI BOMBA KUCHING

Dengan segala hormatnya kami memohon perhatian tuan berkenaan dengan perkara yang
tersebut di atas. Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (KBPM) SMK
XXXXXXXX merupakan aktiviti tahunan persatuan ini.

2. Maklumat berkenaan Perkhemahan Tahunan Perkhemahan Kadet Bomba dan


Penyelamat Malaysia SMK XXXXXXXX adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 September – 1 Oktober 2017


Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak (Kem Santubong)
Bilangan peserta / guru : 50 orang

3. Justeru itu, kami juga memohon kebenaran menggunakan beberapa kemudahan dan
peralatan yang terdapat di Kem Santubong. Berikut senarai kemudahan dan peralatan yang
ingin digunakan pihak kami semasa menjalankan aktiviti di kem tersebut :

i. Dewan (PA system)


ii. Bilik rehat (lelaki/perempuan)
iii. Kemudahan rempuh halangan
iv. Kemudahan ultiliti (Elektrik/Air)
v. Tapak perkhemahan dan set khemah (13 unit)
vi. Kemudahan abselling dan wall climbing (dibantu Jurulatih)
4. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan memberi kebenaran untuk
melaksanakan program tersebut. Bersama surat ini, dilampirkan kertas kerja Perkhemahan
Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia SMK XXXXXXXX 2017.

5. Pertimbangan dan bantuan pihak tuan amat kami harapkan dan hargai. Sekiranya
memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat
Malaysia SMK XXXXXXXX di 019-5337503 (En. XXXX) / 016-8771063 (Pn. XXX).

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

XXXX
Pengetua
SMK XXXXXXXX.

s.k. Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuching


Fail Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat SMK XXXXXXXX

You might also like