You are on page 1of 24

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN APLIKASI EASY-TAJWID DALAM MENGINGAT HUKUM NUN MATI


DAN TANWIN

1.0PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Pendidikan Al-Quran merupakan pendidikan asas

Ilmu tajwid merupakan perkara asas dalam pembelajaran Al-Quran. Hal ini
adalah kerana membaca Al-Quran dengan tidak bertajwid akan mengubah maksud ayat
Al-Quran tersebut. Tambahan lagi, hukum mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah
dan hukum beramal dengannya ialah fardhu ain keatas orang-orang islam yang telah
mukallaf dan berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca al-Quran tanpa
memelihara hukum tajwid (Mahadi & Azhari, 2003). Allah juga berfirman dalam Surah
Al-Muzzammil ayat 4:

‫اليترت‬
‫ناءرقال لترو‬
“ Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil ”
Ayat di atas menunjukkan bahawa membaca Al-Quran secara tartil iaitu bertajwid amat
dituntut dalam Islam. Oleh itu, minat dalam pembelajaran bidang Al-Quran ini perlulah
dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.2 Konteks

Sebagai guru pelatih yang mengambil major mata pelajran Pendidikan


Islam Sekolah Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching
Sarawak, saya dikendaki untuk menjalani kursus selama 10 semester iaitu 2
semester di peringkat persediaan dan 8 semester di peringkat ijazah sarjana
muda perguruan. Pada setiap semester, kami dikehendaki untuk menyiapkan
beberapa kerja kursus sebelum meneruskan pegajian ke semester seterusnya.

1
Sebagai contoh, penghasilan kertas cadangan bagi kajian tindakan merupakan satu
tugasan yang perlu saya lengkapkan bagi pengajian semester enam ini.

1
Kajian Tindakan berdasarkan kertas cadangan ini dijangka akan
dilaksanakan semasa praktikum fasa kedua di sebuah sekolah di kawasan
Kuching yang akan ditetapkan oleh pihak Institut. Jangkaan saya adalah murid-
murid ini tidak asing lagi dengan isu yang akan saya pilih. Hal ini adalah kerana
mereka telah diperkenalkan dengan hukum tajwid 5 ini sejak tahun satu lagi. Saya
yakin bahawa murid-murid yang akan saya ajar nanti mampu dan berminat untuk
mengikuti kaedah yang saya gunakan nanti kerana kaedah ini sesuai dengan
kemajuan pada masa kini iaitu berbantukan teknologi.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa saya menjalani praktikum fasa pertama di Sekolah Kebangsaan Bandar


Melawi (bukan nama sebenar), saya diamanahkan untuk mengajar kelas tahun 5 subjek
Pendidikan Islam. Sepanjang 12 minggu saya mengajar di sekolah tersebut, saya telah
mendapati bahawa murid-murid saya mengalami masalah dalam penguasaan ilmu
tajwid. Walaupun saya tidak mengajar bidang Al-Quran pada praktikum yang lalu, tetapi
setiap kali pembelajaran dan aktiviti berkenaan dalam bidang ibadat dan akidah,
majoriti murid dapat membaca sebutan makhraj dengan betul tetapi melanggar hukum
tajwid terutama berkenaan hukum lima iaitu nun mati dan tanwin. Apabila ditanya
secara teori berkenaan hukum tajwid ini, kebanyakan mereka masih keliru dan tertukar
berkenaan huruf dan bacaan dengung dan tidak dengung.

Semasa sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc), saya telah


memfokuskan pembelajaran ayat al-Quran ini secara koperatif. Hal ini adalah
kerana kaedah ini sesuai pada pembelajaran abad ke-21. Menurut Rohani Arbaa,
Hazri Jamil dan Mohammad Zohir (2017), pembelajaran koperatif merupakan kaedah
paling asas yang dilihat berjaya menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan pelajar. Namun begitu, saya tidak menyalahkan kaedah koperatif tetapi
mungkin strategi dan kaedah yang saya gunakan tidak sesuai dengan tahap
kecerdasan murid. Menurut Ab. Halim Tamuri dan Mohamad Khairul (2010),
penggunaan kaedah dan strategi mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan
murid merupakan ciri yang perlu ada pada seorang guru. Saya telah meminta pendapat
daripada guru pembimbing dan rakan-rakan untuk mengatasi masalah ini.

2
Hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan, saya telah mencuba
mengajar murid-murid dengan menggunakan kaedah mnemonik untuk menghafal
hukum 5 tersebut. Berdasarkan pengajaran, saya telah mendapati mereka secara
majoriti dapat mengikuti kaedah pengajaran saya. Hanya segelintir sahaja iaitu murid
yang dikategorikan sebagai murid lemah yang belum menguasai sepenuhnya kaedah
mnemonik yang saya terapkan. Hal ini mungkin berpunca daripada minat mereka yang
kurang terhadap pengajaran saya secara berpusatkan guru ketika saya mengajar
kaedah tersebut seperti yang dinyatakan Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin
Abd Razak (2010), guru yang berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar
dalam aktiviti pembelajaran dan menggalakkan penglibatan intelektual pelajar
dalam proses PdP. Namun, saya masih belum berpuas hati dan masih mencari
jalan penyelesaian agar semua murid dapat menguasai pengajaran yang saya
terapkan. Melalui peristiwa inilah saya bertekad untuk membuat kajian lanjut mengenai
hukum 5.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Berdasarkan pengalaman lalu saya semasa menjalani praktikum, saya telah


mengenalpasti bahawa murid-murid masih lemah dalam menguasai ilmu tajwid secara
teori mahupun amali. Hal ini mungkin disebabkan oleh minat mereka ataupun strategi
yang saya gunakan. Murid-murid dilihat tidak begitu suka bergerak secara aktif dalam
aktiviti koperatif yang dijalankan. Saya tidak menyalahkan murid-murid saya
kerana tidak bergerak secara aktif kerana mungkin kerana mereka kurang
motivasi untuk terlibat dalam aktiviti akibat daripada PdPc saya yang tidak
menggalakkan mereka untuk berbuat sedemikian. Menurut Zaliza dan Zaitul Azma
(2014), guru memainkan peranan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam
pembelajaran. Oleh itu, untuk menambahkan minat dan motivasi mereka untuk
belajar, saya perlu menjalankan aktiviti sesuai dengan perkembangan semasa
seperti menggunakan teknologi dalam pengajaran.

3
Pada pendapat saya, elemen merentas kurikulum seperti penggunaan teknologi
maklumat perlu diterapkan untuk menambah pemahaman murid. Menurut Hasnuddin,
Norfaizuryana dan Nor Azzarahton (2015), Penggunaan teknologi merupakan

4
pendekatan baru yang positif di dalam pengajaran bahkan ianya dilihat
dapat meningkatkan kemahiran pemahaman murid di dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Dalam konteks aplikasi yang saya rancang, murid akan
mempelajari hukum lima menggunakan telefon pintar masing-masing setelah
mereka pulang ke rumah. Dalam aplikasi tersebut, saya telah meletakkan aktiviti
pengukuhan yang mana mereka akan mendapat markah berdasarkan jawapan yang
betul dan kepantasan mereka menjawab soalan tersebut. Mereka tidak dapat
menjawab soalan tersebut selagi mereka tidak menguasai hukum lima sepenuhnya.

Berdasarkan kajian lepas yang telah dijalankan oleh Arif Tri Septiawan,
Aris Rakhmadi dan Ady Purna Kurniawan (2012), mahoriti pelajar bersetuju
bahawa mempelajari ilmu tajwid menggunakan aplikasi digital bermanfaat dalam
membantu mereka belajar ilmu Tajwid. Melalui kajian yang telah dijalankan pengkaji
lepas, saya akan menambah baik aplikasi yang akan saya bina kepada yang
lebih mudah dan ringkas supaya dapat difahami terutama dikalangan murid-murid
sekolah rendah.

Secara keseluruhannya, penggunaan aplikasi ini memudahkan murid untuk


mempelajari hukum tajwid lima. Mereka bukan sahaja dapat mempelajari hukum tajwid
lima malah dapat memberi keyakinan dalam membuat keputusan ketika memilih
jawapan yang betul untuk mencapai markah tertinggi.

2.1.1 Kebolehtadbiran

Aplikasi yang dirangka ini dapat dilaksanakan di dalam kelas mahupun


diluar kelas. Kandungan aplikasi mudah difahami dan dapat diakses walaupun
murid- murid berada di rumah.

2.1.2 Kepentingan

Aplikasi ini penting untuk membantu murid mempelajari hukum tajwid lima
melaluimedium pembelajaran yang menyeronokkan. Aplikasi ini juga berperanan
membantu murid untuk memudahkan hafalan melalui kaedah mnemonik
cara mudah hafal yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Isu yang timbul ialah

5
apabila mereka mempelajari di dalam kelas tetapi lupa cara hafal yang diajar
oleh guru.

6
Oleh itu, aplikasi ini dapt membantu mereka mengulang kaji dengan audio yang
lengkap walaupun mereka berada di rumah sekalipun.

2.1.3 Kebolehgunaan

Aplikasi ini akan dijalankan sepenuhnya oleh murid sebagai pengguna


utama medium pembelajaran ini. Guru sebagai fasilitator sahaja dalam hal
ini ketika
sesi tindakan dijalankan dan membatu murid yang kurang faham akan penggunaan
aplikasi tersebut. Segala penerangan penggunaan aplikasi tersebut
akan dijelaskan dan digunakan oleh guru dahulu sebelum diedarkan kepada
murid murid untuk digunakan

2.1.4 Kawalan

Perlaksanaan tindakan adalaha diluar kelas terhadap murid-murid yang terlibat


dengan tindakan sahaja. Oleh itu, penetapan masa dan tarikh penting bagi
memastikan tindakan tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

2.1.5 Kolaborasi

Usaha kolaboratif dijalankan bersama guru subjek Pendidikan Islam iaitu


guru pembimbing praktikum saya bagi mendapatkan maklumat berkaitan murid.
Saya akan mendapatkan maklumat melalui temu bual bersama guru dan
analisis dokumen seperti buku kerja murid dan rekod pencapaian mereka.
Saya turut meminta pendapat mereka untuk penambahbaikkan pengisian
aplikasi mengikut kesesuaian murid.

2.1.6 Kerelevenan

Menguasai topik ini merupakan satu perkara yang penting kerana


ianya mempunyai perkaitan dengan penguasaan dalam pembacaan al-
Quran. Di samping itu, setiap murid perlu mahir dalam menggunakan
teknologi mengikut pekembangan semasa. Aplikasi ini bertujuan untuk
mecapai misi-misi berikut dalam bentuk bahan interaktif yang menyeronokkan.

2.2 Pengumpulan Data Awal

7
Saya telah merujuk kembali bahan-bahan atau data-data yang telas saya catat
untuk penelitian terhadap kelemahan mengajar saya serta untuk
menambahbaik amalan pengajaran yang telah dilakukan . Pengumpulan data awal
ini penting untuk membuktikan masalah yang dikaji. Bagi kajian ini, dua bahan yang
saya teliti semula iaitu refleksi pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) saya
dan tembual saya dengan guru pembimbing di sekolah. Pengumpulan data awal
ini penting untuk membuktikan masalah yang dikaji.

Dalam pengajaran saya yang bertarikh 1 Ogos 2017, saya telah mengajar murid-
murid tahun 5 berkenaan bidang Ibadah. Daripada refleksi yang telah saya
catatkan pada RPH saya, saya telah mengenalpasti kelemahan yang terdapat
sewaktu dalam pengajaran. Murid-murid tidak dapat membaca dalil naqli daripada
ayat al-Quran dengan tepat kerana tidak menepati hukum yang sepatutnya.
Mereka tidak dengung kepada hukum Ikhfa’ Hakiki sewaktu dibacakan ayat tersebut.
Apabila ditanya, mereka tidak mengetahui apakah hukum tajwid apabila nun mati
bertemu dengan huruf ‫ ت‬. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada teknik mengingat
yang tidak tepat atau minat murid yang menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai bidang ini. Oleh itu, saya sepatutnya mencari penyelesaian berbanding
menerangkan kepada murid sahaja supaya mereka mudah untuk mengingat hukum
tersebut.

Rajah 1: Petikan daripada refleksi RPH 1/8/2017

Selain itu, saya juga melakukan satu temu bual dengan guru pembimbing
di sekolah berkenaan isu ini. Antara soalan yang ditanya ialah bilakah
mereka mempelajari hukum tajwid ini?. Guru pembimbing saya menyatakan
bahawa hukum tajwid ini telah dipelajari sejak tahun 1 lagi tetapi tajuk hukum tajwid

8
yang dipelajari tidak sesuai dengan perkembangan mereka kerana isi tajwid yang
memerlukan pemahaman

9
yang tinggi untuk menguasainya. Oleh itu, tidak ramai murid mampu untuk menguasai
hukum tajwid pada ketika itu tetapi ditekankan dalam tahun yang berikutnya
apabila berkesempatan. Berdasarkan respon guru pembimbing ini, saya menganggap
bahawa masih terdapat segelintir murid yang memerlukan bimbingan untuk
menguasa hukum tajwid ini.

2.3 Tindakan

Dalam tindakan untuk melaksanakan kajian ini, saya akan menggunakan Model
Kajian Lewin sebagai panduan perancangan. Model ini terdiri daripada dua kitaran yang
mana setiap kitaran terdiri daripada merancang (Plan), tindakan (Act),
pemerhatian (Observe) dan reflek (Reflect). Pada kitaran kedua, perancangan
menjadi semakan semula (Revised Plan) sebagai satu langkah
penambahbaikkan bagi memenuhi tindakan yang mungkin berubah mengikut situasi.

Rajah 2: Reka Bentuk Model Kajian Tindakan Lewin, Lewin’s cycling model

Berdasarkan langkah-langkah yang ada pada model ini, saya telah mampu
menganalisis isu yang saya hadapi dalam menambahbaik PdPc saya. Hasil daripada
analisis tersebut telah membantu saya merangka satu rancangan strategik untuk
menangani isu tersebut.

Menurut Linda Dickson dan Karen Watkins (1999), Lewin berfikir bahawa
penyelidikan tindakan sebagai kitaran yang berulang-ulang di antara pengawasan
masalah yang dihadapi. Melalui kitaran yang dinyatakan, saya akan menambah
baik terhadap isu yang saya jalankan kajian kerana pengkaji perlu membina
rancangan untuk bertindak kearah penambahbaikkan (Lee Keok, Zakri & Chua Lay
(2018).
7
Kurt Lewin juga mewjudkan beberapa syarat untuk penyelidikan tindakan yang
mesti dipatuhi iaitu penyelidik mestilah berorientasikan masalah, peserta kajian mestilah
diutamakan, situasi semasa kajian mestilah dimasukkan dalam perbincangan,
penyelidik mestilah membuktikan setiap kajian sama ada melalui pemerhatian langsung
atau tidak langsung dan setiap penemuan mestilah bersesuaian dengan teori
(Van Vliet, V. ,2013). Oleh itu, pelaksanaan kajian yang akan saya jalankan mempunyai
ciri- ciri yang ditekankan oleh Kurt Lewin. Berikut merupakan langkah yang akan saya
ambil:

Kitaran 1:

Langkah 1 (Merancang):

- Menganalisis data awal berkenaan isu kajian

- Murid yang terlibat dikenalpasti dan dimaklumkan

- Aplikasi Easy-Tajwid telah dihasilkan.

Langkah 2 (Tindakan)

- Menguji keberkesanan aplikasi dengan digunakan keatas murid yang dipilih.

Langkah 3 (Memerhati)

- Pemerhatian dilakukan untuk melihat penggunaan inovasi yang dihasilkan.

- Keputusannya diperoleh melalui ujian dicatat untuk langkah mereflek.

Langkah 4 ( Mereflek)

- Keputusan hasil pemerhatian di kaji semula dan proses mereflek dijalankan.

- Kekurangan akan ditambahbaik dalam kitaran yang seterusnya.

Kitaran 2:

Langkah 5 ( Semakan semula)

- Menambahbaik bahan inovasi untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan


bahan inovasi.

8
Langkah 6 (Tindakan), Langkah 7 (Memerhati) dan Langkah 8 (mereflek)

9
- Dalam kitaran kedua ini, langkah yang hampir sama dalam kitaran
pertama diulang semula dengan bahan inovasi yang telah disemak dan ditambah
baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

1.Mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap hukum tajwid lima setelah


menggunakan Aplikasi Easy-Tajwid.
2.Mengenalpasti persepsi murid terhadap penggunaan aplikasi Easy-Tajwid dalam
pembelajaran hukum tajwid 5.

3.2 Soalan Kajian

1.Sejauh manakah tahap penguasaan murid terhadap hukum tajwid lima setelah
menggunakan Aplikasi Easy-Tajwid?
2.Apakah persepsi murid terhadap penggunaan Aplikasi Easy-Tajwid
dalam pembelajaran hukum tajwid lima?
4.0 PESERTA KAJIAN

Saya telah menetapkan untuk melaksanakan penggunaan Aplikasi Easy-Tajwid


ini kepada kumpulan sasaran iaitu seramai 6 orang murid sahaja terdiri daripada 3 lelaki
dan 3 perempuan di sekolah saya berpraktikum untuk sesi dua yang akan
datang. Murid-murid yang akan dipilih nanti terdiri daripada, 3 orang murid
sederhana dan 3 orang murid rendah.

5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Berdasarkan tindakan yang saya rangka berdasarkan kajian tindakan Model


Lewin, jadual berikut merupakan fasa tindakan yang akan saya jalankan
sepanjang kajian ini.

Jadual 1: Langkah-langkah tindakan


1
FASA TINDAKAN YANG DIAMBIL
Merancang - Mengutip data mengenai isu yang terjadi melalui pemerhatian, temu
bual, Ujian, borang soal selidik.
-Data awal dianalisis dan dinilai.
-Menyediakan Aplikasi Easy-Tajwid (merangkumi hukum Izhar
Halqi, Ikhfa’ Hakiki, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bilal Ghunnah
dan Iqlab).
-Murid yang terlibat akan dimaklumkan lebih awal berkenaan
tarikh,
masa dan tempat akan dilaksanakan.
Tindakan -Peserta kajian akan dijelaskan berkenaan cara menggunakan Aplikasi
Easy-Tajwid tersebut.
-Guru memberi murid masa untuk bermain dan bertanya soalan
jika ada.
-Selepas murid selesai menggunakan Aplikasi tersebut, setiap
murid dikehendaki untuk menjawab kuiz yang telah tersedia di dalam
aplikasi tersebut.
-Markah yang diperoleh akan dicatat secara mingguan.
-Guru berkongsi bahan tersebut kepada murid melalui WhatsApp.
Pemerhatia -Pemerhatian di buat untuk melihat kemampuan murid untuk
n menguasai hukum tajwid menggunakan aplikasi tersebut.
- Nota lapangan dicatat sepanjang aktiviti dijalankan dengan memberi
perhatian sepenuhnya terhadap pemahaman murid.
- Peserta kajian diedarkan borang soal selidik.
Reflek -Proses mereflek akan dilakukan berdasarkan data yang dikumpul.
-Proses menganalisis akan dibuat ke atas data tersebut.

Kitaran kedua akan dilakukan sekiranya aplikasi tersebut belum mampu


untuk memberi kefahaman kepada murid berkenaan hukum tajwid tersebut.
Pengujian dilakukan melalui lembaran kerja yang akan diedarkan pada
perjumpaan kedua bersama peserta kajian.

5.2 Perancangan Kaedah Pengumpulan Data

1
Pengumpulan data merupakan satu proses yang sangat signifikan
dalam menjalankan sesuatu kajian. Jadual berikut menjelaskan kaedah
pengumpulan data yang akan saya gunakan sepanjang kajian ini.

Jadual 2: Senarai Kaedah pengumpulan data yang akan digunakan


KAEDAH TINDAKAN YANG DIAMBIL
PENGUMPULAN
DATA
Pemerhatian - Menggunakan rakaman video dan gambar sebagai
panduan pemerhatian terhadap peserta kajian semasa
menggunakan
aplikasi tersebut.
Temu Bual - Soalan berstruktur dibina untuk menemu bual peserta kajian.
- Setiap peserta kajian akan ditemu bual berkenaan persepsi
mereka terhadap penggunaan aplikasi tersebut.
- Guru matapelajaran juga ditemu bual untuk
mendapatkan
pandangan pencapaian murid tersebut.
Analisis Dokumen -Analisis dokumen diperolehi melalui ujian, soal selidik,
gambar dan nota lapangan. .
- Ujian diedarkan sebelum dan selepas penggunaan aplikasi
Easy-Tajwid. Melalui ujian ini, tahap penguasaan murid terhadap
ilmu tajwid dapat dikenalpasti sama ada mencapai objektif
atau tidak.
- Soal Selidik digunakan untuk mengumpul maklumat berkenaan
persepsi murid terhadap penggunaan bahan tersebut serta tahap
kepuasan mereka menggunakannya sebagai kit pembelajaran.
- Gambar dan nota lapangan diambil dan dicatat sepanjang
pelaksanaan tindakan dijalankan.

5.3 Perancangan Cara Penganalisisan Data

1
Menganalisis data merupakan proses yang penting setelah pengumpulan
data dijalankan. Data yang dikumpul akan dinilai dan dihubungkaitkan bagi mendapat
hasil penilaian berkenaan isu yang dikaji.

1
Jadual 3: Kaedah Penganalisisan Data
Kaedah Tindakan yang Diambil
Penganalisisan
Data
Analisis Analisis akan dibuat terhadap data yang akan diperoleh seperti
Kandungan berikut:
-Video dan gambar akan dianalisis untuk melihat perubahan
tingkah laku murid terhadap penggunaan aplikasi
tersebut. Penglibatan murid terhadap penggunaan aplikasi
tersebut suka atau tidak suka akan dirakam sebagai bahan bukti
untuk tujuan analisis data.
-Temu bual akan dianalisis untuk mengetahui persepsi
murid terhadap penggunaan bahan tersebut. Setiap isi
perbincangan akan dianalisis untuk melihat minat dan
motivasi murid untuk mempelajari hukum tajwid.
-Hasil ujian akan dianalisis untuk melihat prestasi murid selepas
menggunakan bahan tersebut. Hasil ujian ini akan dibandingkan
dengan hasil ujian pada perjumpaan yang sebelumnya.
-Soal Selidik akan dianalisis untuk mengenalpasti tahap
kepuasan murid menggunakan bahan tersebut. Kekurangan
yang terdapat dalam aplikasi tersebut yang diperoleh
daripada respon murid akan dibuat penambahbaikkan.
- Nota lapangan dianalisis berdasarkan catatan yang telah
dibuat

Persampelan Data - Persampelan data akan dibuat melalui analisis


terhadap lembaran kerja peserta kajian. Analisis data positif atau
negatif akan menentukan tahap kefahaman murid.

1
5.4 Jadual Pelaksanaan (Kaedah menyemak data)

Saya telah menghasilkan satu Carta Gantt sepanjang 3 semester iaitu semester
6, 7 dan 8 sebagai perancangan awal mengenai tindakan-tindakan yang akan saya
ambil sepanjang menjalankan kajian tindakan ini. Ianya akan berubah mengikut situasi
dan keperluan sepanjang pelaksanaan nanti.

Jadual 4: Carta Gant Penyelidikan Tindakan Semester 6

Perkara JANUARI FEBUARI MAC APRIL MEI


M M M M M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 M 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
4 1 2 3
4
Konteks & / / / / / / /
refleksi pdp
Fokus kajian – / / / / / / /
pemilihan fokus
kajian
Fokus kajian –
/ / / / / /
pengumpulan
data awal
Fokus kajian –
/ / / / / / / / / /
cara tindakan
Objektif dan
/ / / / / /
soalan Kajian
Tindakan
Peserta Kajian / / / / / /
Perancangan – / / / / / /
langkah
tindakan
Perancangan – / / / / / /
pengumpulan
data
perancangan – / / / / / /
analisis data
Perancangan – / / / / / /
cara semak
data
Jadual / / / / / /
pelaksanaan
anggaran / / / / / /
belanjawan
Pembentangan /
proposal

1
Hantar /
proposal

Jadual 5: Carta Gant Penyelidikan Tindakan Semester 7

Perkara JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER


M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Mengumpul / / /
Data Awal
Perbincanga / / /
n dengan
guru
pembimbing
Pelaksanaa
/ / / / / /
n tindakan
Pengutipan / / / / / / / /
data
penyesuaia / / / / / / / / / / / /
n proposal
dengan
keadaan
sebenar
semasa
praktikum

Jadual 6: Carta Gant Penyelidikan Tindakan Semester 8

Perkara JANUARI FEBUARI MAC APRIL MEI


M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Penulisan / / / / / / / / /
laporan
Pengesahan / / / / / /
pakar
Pembentan /
gan laporan

5.5 Anggaran Perbelanjaan

1
Saya menggunakan bahan digital sebagai bahan inovasi. Oleh itu,
tiada perbelanjaan yang digunakan untuk menyiapkan bahani.

6.0 RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul (2010), Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan
Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim, Journal of Islamic and Arabic Education
2(1), 2010, 43-56

Arif Tri Septiawan, Aris Rakhmadi dan Ady Purna Kurniawan (2012), Pengenalan Dan
Pembelajaran Cara Membaca Alquran (Ilmu Tajwid) Berbasis Mobile
Android, (tesis sarjana yang tidak diterbitkan).Universitas Muhammadiah
Surakarta.

Al-Quran Al-Karim. Surah Al-Muzzammil, ayat 4.

Hasnuddin, Norfaizuryana dan Nor Azzarahton (2015), Keberkesanan Penggunaan Ict


Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah
Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur, proceeding of IC-ITS 2015
International Conference on Information Technology & Society, boleh dimuaturun
di fstm.kuis.edu.my/…llpapers/IC-ITS 2015 – IT 075.pdf

Lee Keok, Zakri & Chua Lay (2018), Siri Pendidikan Guru: Penyelidikan dalam
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Linda Dickson dan Karen Watkins (1999), Action Research: Rethinking Lewin, London:
Sage Publications. Diakses daripada https://www.researchgate.net/publication
/247748272_ Action_Research_Rethinking_Lewin

Mahadi Dahlan & Azhari (2003), Kaedah Tajwid Resm Usthmani Dalam Al-Quran.
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.

Rohani, Hazri & Mohammad Zohir (2017), Model Bersepadu Penerapan


Kemahiran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Jurnal Pendidikan
Malaysia 42(1) (2017): 1-11

1
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010), Hubungan Guru-Pelajar
dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru
Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina
Pelajar?, Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 61-6.

Van Vliet, V. (2013) . Action Research. Diakses pada 5 April 2018 di ToolsHero:
https://www.toolshero.com/change-management/action-research-lewin/

Zaliza & Zaitul Azma (2014), Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu, Journal Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) 408 – 415.

1
7.0 LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK


Nama Murid: Kelas:

Arahan: Tandakan (√) berdasarkan jawapan yang betul sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’.

Borang Soal Selidik

00BIL ITEM SKOR

YA TIDAK

1 Adakah anda meminati mata pelajaran Pendidikan Islam?

2 Adakah anda seronok menggunakan bahan ini?

3 Adakah anda rasa bahan ini kreatif dan menarik?

4 Adakah semua penggunaan gambar, bunyi dan video yang


digunakan adalah sesuai dan berkesan?

5 Adakah bahan ini mampu meningkatkan kefahaman anda


tentang topik yang diajar?
6 Adakah bahan ini membantu anda mengingat topik yang diajar
dengan mudah dan cepat?

7 Adakah anda dapat menjawab kuiz / latihan pengukuhan yang


diberikan dengan baik?

8 Adakah anda suka dan berpuas hati dengan ganjaran


yang diberikan?

1
9 Adakah bahan ini mampu menggalakkan kolaborasi antara anda
dan rakan-rakan anda yang lain?
10 Jika bahan ini digunakan di sekolah anda, adakah anda akan
menggunakannya lagi?

You might also like