You are on page 1of 2

SYAIR BURUNG NURI

Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.
 
Persoalan
(a)    Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b)    Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c)     Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d)    Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.
 
Bentuk dan Ciri-ciri Syair
(a)    Terdiri daripada lapan rangkap.
(b)    Berisi empat baris dalam setiap rangkap.
(c)     Semua baris merupakan maksud.
(d)    Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(e)    Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.
(f)      Bentuknya terikat.
 
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a)    Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
(b)    Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c)     Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d)    Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e)    Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana. (perulangan
vokal a).
(f)      Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan
konsonan t).
 
Nilai
(a)    Kesedaran.
(b)    Merendah diri.
(c)     Rasional.
(d)    Hemah tinggi.
 
Pengajaran
(a)    Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
(b)    Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c)     Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d)    Kita tidak boleh berputus asa.
(e)    Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.
Berdasarkan Syair Burung Nuri:

i) Nyatakan tema yang terdapat dalam syair ini.


    Tema yang terdapat dalam syair ini ialah
___________________________.

ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam Syair


Burung Nuri.
     Antara persoalan yang terdapat dalam Syair Burung Nuri
ialah
    _________________________________. Selain itu,
terdapat juga persoalan
    _________________________________. Bukan itu sahaja,
persoalan
    _________________________________ juga terdapat
dalam syair ini.

iii) Berikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen ini.


    
    Antara nilai yang terdapat dalam syair ini ialah nilai
___________         dan nilai _____________.

iv) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair


Burung Nuri.
    Antara pengajaran yang terdapat dalam Syair Burung Nuri
ialah
    _________________________________. Selain itu,
terdapat juga pengajaran
    _________________________________. Bukan itu sahaja,
pengajaran
    _________________________________ juga terdapat
dalam syair ini.

You might also like