You are on page 1of 4

STORY BOARD

"NOSTALGIA RUNDINGAN BALING 1955"

 berlaku antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis


Malaya (PKM).
 Diaadakan di Baling English School (dulu)
 Sekolah Kebangsaan Tunku Putra (Sekarang)di Baling, Kedah Darul
Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
AHLI
 Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng
Lock dan David Marshall 
  wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.
PERISTIWA RUNDINGAN
 Program " Nostalgia Peristiwa Rundingan Baling 1955" pernah di adakan di
sekolah Rendah Tunku Putra yang dahulunya di kenali Sekolah Inggeris
Baling ( Government English School ) di mana tempat yang di adakan
rundingan di antara pihak Kerajaan dan pihak Komunis bagi menamatkan
darurat yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu.
 Berikut adalah sejarah sebenar yang berlaku ketika sebelum dan selepas
Rundingan Baling berdasarkan apa yang di ceritakan Datuk Gurdial Singh A/L
Kartar Singh, individu yang ada bersama Tunku Abdul Rahman ketika
Rundingan Baling diadakan.
 Pada awal bulan Jun 1955, Sepucuk surat telah diterima daripada wakil Ibu
Pejabat Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya yang menyatakan bahawa
Parti Komunis Malaya (PKM) bersedia untuk mengadakan rundingan bagi
menamatkan darurat dan memulihkan keamanan di Malaya.
 Pada 18 September 1955, sejurus selepas Kerajaan Perikatan mendapat
kuasa ( hasil dari pilihanraya pertama ), tawaran pengampunan telah
diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri. Syarat-syarat
pengampunan (amnnesty) telah dikeluarkan dan disebarkan secara meluas
termasuk menjatuhkan risaIah dari kapaI terbang kedaIam hutan.
 Dalam pada itu hubungan telah dibuat dengan wakil Chin Peng untuk
mengadakan rundingan bagi membincangkan syarat-syarat tersebut. Tunku
Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk
mengadakan rundingan dengan Chin Peng, tetapi sebaliknya beliau mahu
bersemuka dengan Chin Peng untuk menerangkan syarat-syarat
pengampunan dan akan menimbangkan sebarang cadangan yang mungkin
akan dikemukakan oleh pihak PKM.
 Akhirnya pertemuan bersejarah itu diadakan di Sekolah Inggeris Baling
( Government English School) yang kini di kenali Sekolah Kebangsaan Tunku
Putra. Rundingan itu berlangsung dalam empat sesi selama dua hari.
 Hari pertama yang berlangsung pada 28 Disember 1955. Sesi pertama
bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 3.30 petang manakala sesi
kedua yang bermula pada pukul 3.40 petang sehingga pukul 5.45 petang dan
sesi yang ketiga bermula pada pukul 6.30 petang sehingga pukul 8.05 malam.
 Hari keduanya pulak rundingan berlangsung pada sesi yang ke empat,
bermula pada pukul 10.50 pagi hingga pukul 12.48 tengahari.
 Rundingan tersebut melibatkan pihak kerajaan yang terdiri daripada YTM
Tunku Abdul Rahman, Dato Sir Tan Cheng Lock, Encik David Marshall, Encik
Hamid Jumat, Encik Yaacob Latif D.I.O, Encik Too Joo Hin, Encik T.H Tan
Syed Jaafar Albar, sementara bagi pihak Komunis pulak terdiri daripada Chin
Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
 Pekan Baling dipilih sebagai tempat untuk mengadakan rundingan kerana ia
adalah kawasan pilihanraya Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Sementara
itu tanggungjawab membawa keluar Chin Peng dan rombongannya serta
memastikan keselamatan mereka telah di serahkan kepada Pegawai Daerah
Butterworth iaitu John Davis.
 Untuk pengetahuan ketika itu Jhon Davis berusia 49 tahun dan merupakan
seorang sahabat baik Chin Peng semasa berada didalam hutan selama dua
tahun sebagai anggota Force 136.
 Force 136 adalah satu nama samaran bagi sebuah pertubuhan Eksekutif
Operasi Khas (SOE), Britain semasa Perang Dunia II. Pertubuhan ini
diwujudkan bagi menggalakan dan membekal pergerakkan penentangan di
wilayah dalam kawalan musuh, dan sering kali melaksanakan operasi-operasi
sabotaj. Force 136 beroperasi di wilayah-wilayah Perbatasan Asia Tenggara
dalam Perang Dunia II yang mana diduduki oleh tentera Jepun sejak tahun
1941 sehingga 1945.
 Sebelum berlangsungnya rundingan tersebut, Pekan Baling yang kecil itu
telah penuh sesak dengan manusia yang berkumpul di jalanraya bagi
menantikan rombongan Tunku.
 Pada Ketika itu kawalan ketat dilakukan bagi mengelakan kejadian yang tidak
di ingini berlaku semasa rundingan tersebut di adakan, setiap individu yang
memasuki kawasan rundingan akan di soal siasat terlebih dahulu bagi
memastikan.perjanjian gencatan senjata ketika rundingan di patuhi.
 Dalam rundingan tersebut, Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin duduk
berhadapan dengan Tunku Abdul Rahman, David Marshal, Tan Cheng Lock
dan Too Joo Hin. Segala rundingan telah di rakam ketika itu.
 Beberapa perakam suara teIah di pasangkan dalam bilik rundingan. Dalam
rundingan tersebut Tunku Abdul Rahman menyatakan kepada Chin Peng
bahawa Tanah Melayu akan menuntut kemerdekaan daripada pihak British.
Oleh yang demikian tidak ada gunanya berperang dan meneruskan
permusnahan yang berlarutan selama 7 tahun yang mengakibatkan banyak
orang yang terkorban dan kemusnahan harta benda.
 Namun begitu Chin Peng tidak menerima cadangan tersebut dan menolak
pengampunan beramai-ramai untuk mereka yang ingin menyerah diri kerana
dalam rundingan tersebut Chin Peng mahu Komunis berkuasa di Tanah
Melayu dan menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Komunis.

ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DI BINCANGKAN DALAM RUNDINGAN

1. Pengiktirafan terhadap Parti Komunis Malaya.


2. Membenarkan ahli-ahli PKM menyertai politik.
3. Memusnahkan Perintah Darurat.

 Syarat perundingan juga menyatakan bahawa anggota-anggota PKM yang


tidak mahu bermastautin di Tanah Melayu di kecualikan daripada penyiasatan
pihak berkuasa.
 WaIaubagaimana pun rundingan gagal mencapai persefahaman kerana
kedua-dua pihak tidak dapat menerima perkara-perkara yang di nyatakan
di atas.

KESAN
Rundingan Baling dianggap sebagai usaha terakhir Kerajaan Perikatan
menyakinkan pihak British bahawa rakyat tempatan layak memerintah dan bersedia
untuk menuntut kemerdekaan. Selepas beberapa hari pertemuan bersejarah itu
berlangsung, Tunku terus berangkat ke London untuk meneruskan rundingan
kemerdekaan dengan British.
Selain itu, sekiranya Parti Komunis Malaya memberi tekanan kepada pihak British,
sudah pasti pihak British tidak akan melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka
kerana sekiranya Tanah Melayu jatuh ke tangan komunis, hal ini akan menjejaskan
bekalan bahan mentah yang amat diperlukan British bagi membangunkan semula
industri mereka selepas Perang Dunia II.

CADANGAN SUMBER
1. ARKIB/ MUZIUM
2. ORANG SUMBER
3. DOKUMEN / MANUSKRIP
4. GAMBAR
5. VIDEO
6. KAJIAN LAPANGAN
7. TARIKH : 11/8/2022 (RUNDINGAN BALING)
18/8/2022 (LEMBAH BUJANG)
5/9/2022 (GABUNG BAHAN)

You might also like