You are on page 1of 2

ESEI

Aspirasi keluarga Malaysia membawa maksud masyarakat majmuk yang berbilang


kaum saling bekerjasama , bertolak ansur untuk mewujudkan hidup yang harmoni.
Dalam mewujudkan hubungan antara kaum di Malaysia, kita perlukan
mengamalkan sikap bekerjasama dalam melaksanakan apa jua aktiviti.

Antara aktivitinya ialah gotong royong. Kita boleh mengadakan aktiviti gotong
royong bagi memupuk semangat kekitaan dan bersatu padu. Masyarakat
memainkan peranan penting dalam menjalankan aktiviti ini. Dengan melakukan
aktiviti gotong royong kita dapat mengeratkan tali silaturahim antara berbilang
kaum.

Selain itu, aktiviti bersukan juga dapat mewujudkan semangat perpaduan di dalam
masyarakat. Ini kerana, melalui sukan kita dapat melihat pelbagai kaum datang
memberikan sokongan tanpa mengira bangsa dan agama. Ini terbukti sekiranya ada
perlawanan yang berkaitan sukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini
pasti datang memberikan sokongan.

Malaysia juga menyambut pelbagai jenis perayaan. Antaranya ialah hari raya
aidilfitiri dan aidiladha yang disambut masyarakat melayu, Thaipusam masyarakat
India, Tahun Baru pula disambut masyarakat Cina dan sebagainya. Uniknya setiap
kali perayaan masyarakat di Malaysia akan menyambutnya bersama-sama. Ini
dapat mewujudkan perpaduan di negara ini.

Seterusnya, aspirasi keluarga Malaysia juga dapat diwujudkan melalui makanan.


Di Malaysia terdapat pelabagai jenis makanan mengikut kaum. Menariknya,
makanan masyarakat melayu juga disukai oleh kaum lain dan begitu juga
sebaliknya. Ini secara tidak langsung membuktikan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum ini boleh menerima makanan kaum lain.
Malaysia juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Di mana bahasa rasmi
Malaysia ialah Bahasa Melayu. Bahkan Bahasa Melayu juga menjadi bahasa
perantara masyarakat Malaysia. Semua kaum di negara ini boleh berkomunikasi
dengan menggunakan satu bahasa yang sama.

Akhir sekali, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang cukup bertuah.


kerana kasih sayang, tolak ansur dan budi bahasa yang tinggi. Semoga kita semua
dapat hidup dalam aman dan damai.

You might also like