You are on page 1of 14

NAMA : FARAH ATHIRAH BINTI MOH FUZI

NO MATRIK : 829799

SUPERVISOR : PROF. DR. NOOR AZNIZA BINTI ISHAK

SUBMISSION DATE : 14 OGOS 2022

SARJANA SAINS (KAUNSELING)

SSKC 5123

KAUNSELING KELOMPOK

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :

LAPORAN DAN REFLEKSI SESI KAUNSELING KELOMPOK


Laporan Sesi Kaunseling Kelompok

Tarikh: 23 Ogos 2022

Masa ( Mula & Tamat ) : 2.00 PM – 3.30 PM

Kategori Isu & Perbincangan : Masalah berkaitan belajar

Link Video: https://youtu.be/KfJL6VhA-Rs

Ahli: 6 orang

Proses kaunseling

Permulaan : Kaunselor pelatih memulakan sesi dengan memberi salam bertanya khabar kepada

ahli kelompok dan memastikan ahli kelompok berada dalam keadaan selesa. Kaunselor pelatih

memperkenalkan diri secara ringkas. Kaunselor memanggil nama setiap ahli. Kaunselor pelatih

memastikan memastikan semua ahli berada dalam kelompok yang betul iaitu isu belajar.

Penstrukturan : Kaunselor pelatih menjelaskan etika-etika Lembaga Kaunseling Malaysia yang

perlu dipatuhi oleh kelompok dan kauselor sendiri sepanjang sesi yang dijalankan. Kaunselor

pelatih turut bertanya kepada semua ahli kelompok mengenai pertambahan syarat yang ingin

mereka tetapkan bagi kumpulan mereka. Namun begitu,bagi sesi pertama ini kaunselor pelatih

terlupa untuk menekankan limitasi dalam sesi sekiranya berlaku isu diluar jangkaan dan

kemampuan kaunselor perlu merujuk isu tersebut kepada pihak yang berkenaan. Hal ini perlu

penambahbaikan bagi sesi seterusnya nanti. Kaunselor pelatih menekankan mengenai tempoh

masa sesi berlangsung sekitar 1 jam 30 min sehingga 2 jam.

Penerokaan : Dalam sesi ini, kaunselor telah membuka peluang dan ruang kepada semua ahli

untuk berkongsi menegnai isu yang ingin dibangkitkan. Seorang ahli dalam kumpulan memulakan

perkongsian mengenai sikap suka menangguhkan tugasan seterusnya memberikan tekanan pada

dirinya di saat akhir. Kaunselor bertanya pendapat ahli kelompok yang lain mengenai isu ini. Ahli

kelompok yang lain turut meyatakan mempunyai masalah yang hamper sama dan memberi
pandangan serta perkongsian bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut. Dalam sesi

ini, kaunselor pelatih letah menggunakan teori pemusatan insan untuk menerokai isu yang

dibangkitkan.

Penamatan : Kaunselor pelatih merumuskan sesi hari ini dengan pandangan dan cadangan yang

diberikan oleh setiap ahli kelompok terhadap isu yang dibangkitkan. Ahli kelompok yang

mempunyai isu masalah belajar sambil bekerja merasa lega dan akan mencuba cadangan dan

pandangan dari ahli kelompok yang lain selepas ini. Sebelum menangguhkan sesi kaunselor

pelatih sekali lagi mengingatkan peraturan yang telah ditetapkan kepada semua ahli kelompok.

Penglibatan dan perkembangan ahli kelompok

Penglibatan semua ahli kelompok sangat baik dan mereka fokus terhadap isu yang dibincangkan.

Linda : Seorang yang mempunyai sikap suka menangguhkan tugasan . Linda berkongsi masalah

dan isu yang dialami.

Tan : Pada permulaan kelihatan Tan seorang pendiam, mendengar sahaja perkongsian rakan-

rakan pada awal sesi, namun setelah kaunselor pelatih memberi peluang kepada Tan untuk

berkongsi idea yang semua ahli akui cadangan itu bagus.

Nizar : Seorang yang aktif responsif terhadap pandangan ahli kumpulan. Nizar gemar

memberikan pendapat dan pengalaman peribadinya dalam menyelesaikan masalah.

Khairul : Seorang yang sentiasa positif dan petah dalam menyusun kata-kata yang mampu

mengagumkan semua ahli kelompok.

Fauzi : Seorang yang responsif turut menyatakan masalah yang sama dihadapi.

Mizi : Seorang yang agak pendiam dan pemalu hanya mendengar perkongsian ahli lain. Di

pengakhiran sesi Mizi memaklumkan bahawa isu yang dibawakan adalah isu yang dialaminya,

namun begitu segala perkongsian dan cadangan dari ahli yang lain membuatkan dia jelas akan

tindakan yang perlu dilakukan selepas ini.


Perbincangan dan perkongsian isu kelompok

Linda : Saya ada masalah dalam proses menyiapkan assignment. Masa ada tetapi saya selalu

menangguhkan kerja walaupun due date dah diberi.

Kaunselor : Jadi Linda ada masa untuk buat tugasan tetapi selalu menangguhkan kerja betul?

Adakah linda mengalami tekanan apabila membuat tugasan di saat akhir ?

Linda : Ya, saya boleh siapkan assignment sebelum due date namun apabila disaat akhir masalah

ini memberi tekanan kepada saya di hujung semester.

Kaunselor : Baik, masalah Linda adalah tekanan apabila membuat tugasan di saat akhir. Jadi apa

pandangan Mizi mengenai isu Linda kongsikan ini?

Mizi : Saya nak berkongsi juga pengalaman bekerja sambil belajar, sekarang pun masih bekerja

sambil belajar. Saya pun ada masalah sama seperti Linda, saya ada masa tapi suka menangguh

tugasan sebab rasa seronok, namun begitu masalah ini memberi kesan tekanan kepada diri

sendiri. Kemudian semester seterusnya saya cuba untuk buat assignment sedikit- sedikit setelah

dapat tugasan sehingga akhirnya sampai pada due date maka kurang tekanan berbanding buat

assignment dua hari sebelum due date walaupun banyak idea ketika itu. Itulah antara yang saya

lakukan.

Kaunselor : Baik, cara Mizi atasi masalah tekanan adalah dengan melakukan assignment sedikit-

sedikit sehingga due date maka kurang tekanan yang dihadapi. Mungkin kitab oleh dengar

pandangan atau cadangan dari pihak fauzi.

Fauzi : Saya juga ada masalah seperti Puan Linda juga. Saya juga bekerja sambil belajar

kekangan untuk melakukan assignment hanya ada masa selepas waktu bekerja. Namun begitu,

saya juga suka menangguhkan tugasan walaupun mempunyai masa selepas waktu bekerja. Masa

yang ada selepas waktu pejabat saya hanya isikan masa dengan menonton televisyen dan

bermain game. Selepas itu saya keletihan dan tidak dapat melakukan tugasan tersebut. Apabila

seminggu tarikh due date saya baru terkejar- kejar untuk menyiapkan tugasan dan mengalami

tekanan untuk menyiapkan.


Kaunselor : Baik, nampaknya fauzi juga mengalami masalah yang sama seperti Linda. Encik

Nizar apa pandangan atau cadangan yang Encik Nizar boleh kongsikan dengan ahli kumpulan kita

pada hari ini.

Nizar : Dulu saya belajar saya di selia, namun sekarang saya menyelia. Jadi saya mempunyai

masalah yang sama seperti Linda namun berbeza sedikit keadaannya. Dulu saya boleh siapkan

tugasan walaupun bukan on time, berbeza dalam keadaan sekarang saya mempunyai

tanggungjawab hakiki yang lebih besar terpaksa menghadiri mesyuarat dan sebagainya lalu

menangguhkan assignment yang diberi. Namun belajar ini adalah pilihan sendiri dan saya

terpaksa menyiapkan juga tugasan tersebut dalam keadaan tekanan Saya ada berkongsi masalah

dengan senior- senior dan pensyarah-pensyarah untuk meminta pendapat dan pandangan bagi

menyelesaikan isu ini. Teringat kata seorang kawan saya “ Zam, kalau hang lena maka hang akan

lena la sebab masa berjalan assignment kena siapkan jadi hang kena ada me – time selepas

waktu bekerja dan buat lah assignment itu walaupun sepatah perkataan sahaja. Pada mulanya

saya rasa sukar, saya fikir bila bangun pagi 3 atau 4 pagi lagi bagus. Walaubagaimanapun, masa

berkenaan selalunya saya bangun dan tidur kembali. Satu cara yang saya boleh kongsikan yang

saya cuba lakukan mengikut saranan rakan saya itu adalah selepas waktu bekerja jam 6 saya

akan tidur sebentar di pejabat walaupun saya tahu tidur selepas asar tidak bagus. Selepas bangun

saya akan cuba buat sedikit- sedikit tugasan tersebut secara konsisten setiap hari, masa ini juga

saya akan buat persiapan untuk kelas akan datang. Selain itu juga, saya akan bangun jam 5 pagi

dan tidak tidur kembali dan terus datang ke pejabat awal untuk membuat persiapan kelas dan

menyiapkan tugasan maka tekanan dalam menyiapkan tugasan berkurangan. Kesimpulannya

create our time dan perlu displinkan diri.

Fauzi : Saya setuju dengan pandangan Nizar. Kita semua ada komitmen keluarga, kerja dan

belajar. Kita ada je masa sejam dua jam namun kita tiada motivasi. Sebab bila kita dah start buat

banyak je idea dan boleh tulis Panjang je.

Kaunselor : kita dah dengar perkongsian dari Nizar yang mana cuba create our own time dan

displin kan diri begitu juga Nizar turut bersependapat dengan saudara Mizi lakukan sedikit- sedikt
tugasan tersebut agar mengurangkan tekanan apabila tarikh penghantaran telah tiba. Saya rasa

Linda, dan Fauzi atau yang lain mempunyai masalah yang sama boleh ambil pandangan dan

cadangan dari saudara Nizar dan Mizi kongsikan sebentar tadi. Ok baik, kita berbalik pada

pendapat Fauzi yang mana ada mengatakan bahawa ada masa namun tiada motivasi untuk

melakukan, jadi saya kira Khairul boleh beri pendapat.

Nizar : Maaf mencelah, saya ingin buat penambahan sedikit mengenai assignment ini bagi saya

adalah masalah assignment kumpulan untuk bekerjasama dengan rakan satu kumpulan dengan

masing-masing mempunyai komitmen sendiri yang mana tiada waktu yang sama bagi setiap

orang. Saya rasa inilah cabaran yang saya hadapi.

Kaunselor : Silakan Nizar, ini adalah kumpulan kamu semua jadi kamu semua bebas berkongsi

pendapat, masalah, cadangan penyelesaian masalah dengan semua. Baik Khairul bagaimana

pendapat Khairul tentang isu assignment kumpulan? Kita dah dengar pendapat tentang

menguruskan assignment individu yang suak ditangguhkan.

Khairul : Bagi saya assignment kumpulan ini mulakan di awal setelah mendapat tugasan tersebut

untuk mengelakkan stress, tekanan dan sebaginya. Kita mulakan dulu dan draf tugasan ini di awal.

Kaunselor : Maksud Khairul kita lead la tugasan tersebut ?

Khairul : Ya betul, kita lead kumpulan tersebut bantu dan rakan-rakan yang lain. Jangan ada sikap

suka menangguh dan indualistik. Kita tawarkan diri untuk menjadi ketua serta bimbing rakan-rakan

yang lain.

Kaunselor : Baik, saya cuba simpulkan bagi tugasan kumpulan ini menurut Khairul kita tawarkan

dan relakan diri menjadi ketua untuk draf kan tugasan tersebut serta bantu dan bimbing rakan-

rakan yang lain di awal tugasan diberi supaya tidak stress atau tekanan apabila tiba waktu

penghantaran akhir. Nizar dan rakan- rakan yang lain boleh ambil pandangan dan cadangan dari

Khairul selepas ini.

Nizar : Ooo, baik saya akan cuba kaedah itu selepas ini.

Kaunselor: Ok, Tan ada apa-apa yang ingin dikongsikan mengenai isu ini tidak ?
Tan : Ye, saya juga mempunyai masalah yang sama suka menangguhkan kerja. Namun begitu

saya ada cuba memberi reward pada diri setelah selesai melakukan tugasan sebagai motivasi

untuk menyiapkan tugasan.

Kaunselor : Menurut Tan dia akan memberi reward kepada dirinya setelah selesai melakukan

sesuatu tugasan sebagai motivasi walaupun sekecil-kecil reward. Contohnya minum starbuck

setelah selesai tugasan. Jadi Linda dan Fauzi boleh cuba cara Tan selepas ini.

Tan : Apa yang kamu suka lah.

Semua ahli : Ye betul lah saya setuju, saya setuju dengan cadangan ini.

Khairul : Saya ingin menambah sedikit perkongsian lagi, saya setuju dengan Tan kita perlu beri

reward diri, walaupun kita dalam kumpulan untuk kita pergi lebih jauh kita perlu memotivasikan diri

kita sendiri dan tidak boleh memaksa ahli kumpulan yang lain untuk lakukan tugasan. Kita siapkan

awal tugasan kita dan boleh bantu rakan-rakan yang lain.

Kaunselor : Baik, disini kita nampak motivasi diri dengan memberi reward adalah pekara yang

mendapat sambutan ramai. Saya harap Linda, Nizar dan Fauzi yang ada masalah belajar dapat

sesuatu pada hari ini. Bukan sahaja mereka untuk rakan- rakan lain yang tidak terluah perasaan

mengenai masalah ini hari ini, Mizi.

Mizi : Bukan tak terluah tapi saya juga mengalami masalah yang sama. Namun hasil mendengar

pandangan dan cadangan ahli lain secara tidak langsung saya turut mendapat manfaat dalam

perbincangan ini.

Kaunselor : Bagus, Mizi turut mendapat manfaat secara tidak langsung. Saya kira sesi kita pada

kali ini berjayalah sebab semua mendapat manfaat terhadap apa yang kita bincangkan. Saya cuba

simpulkan dan tekankan beberapa pekara yang menjadi penyelesaian terhadap isu kita pada hari

ini yang dikongsikan oleh semua ahli.

1. Lakukan tugasan sedikit- sedikit setiap hari agar apabila tiba saat tarikh penghantaran

kurang tekanan yang dihadapi.


2. Create me time, dapatkan tidur sebentar dan lakukan tugasan sedikit sedikit secara

berdisplin.

3. Tawarkan diri untuk menjadi ketua bagi tugasan berkumpulan, lakukan draft dan bantu

rakan-rakan yang lain.

4. Memberi reward kepada diri sendiri setelah selesai melakukan tugasan agar bermotivasi

menyaipkan tugasan.

Saya kira semua dapat manfaat dalam sesi kali ini. Sekiranya ada lagi isu atau masalah yang

ingin di bincangkan pada sesi akan datang sila maklumkan dan tetapkan masa untuk

perbicangan. Baik, sampai disini sahaja sesi kita kali ini, sesi hari ini tamat dan terima kasih

semua.

REFLEKSI

Sesi kaunseling kelompok ini merupakan sesi pertama yang saya kendalikan berbekalkan ilmu dan

perkongsian yang dipelajari sepanjang kelas. Apabila melakukan sesi praktikal ini barulah saya

lebih jelas mengenai proses kaunseling kelompok, perkembangan kelompok, teori yang sesuai

digunakan serta kemahiran yang perlu ada sebagai seorang kaunselor kelompok serta bagaimana

mencapai matlamat kelompok.

Perkembangan kelompok yang saya kendalikan berjaya capai tahap perkembangan yang

keempat iaitu performing. Sebelum ini saya hanya teori sahaja setelah mengendalikan kelompok

ini saya dapat mengenalpasti tahap perkembangan kelompok saya ini. Menurut Bruce W

Tuckman, ada lima tahap perkembangan kelompok sosial. Pada tahap Forming (pembentukan)

iaitu tahap awal dari perkembangan kelompok, pada tahap ini anggota lebih fokus pada kegiatan

untuk dapat mengenal sifat dan potensi dari masing-masing anggota. Namun begitu di dalam sesi

ini saya tidak melakukan sesi meleraikan ketegangan sessama ahli. Saya hanya memperkenalkan

diri saya dan memanggil nama setiap ahli. Maka pada permulaan itu, semua ahli nampak

terpingga-pingga apabila nama dipanggil. Selepas ini, saya akan pastikan saya melakukan ice

breaking setiap ahli kumpulan agar permulaan sesi dapat kejelikatan setiap ahli. Seterusnya

adalah tahap Storming (sumbang saran). Pada tahap ini mulai muncul berbagai macam konflik
karena adanya perbedaan pendapat dari anggota kelompok. Walaubagaimanapun tahap ini

berjaya dilalui oleh kelompok ini apabila saya sebagai kaunselor cuba mengawal situasi mereka

dan mendorong mereka mencapai matlamat kumpulan. Tahap yang ketiga adalah Norming (etika

dan tata Tertib). Pada tahap ini mulai muncul beberapa kesepakatan mengenai peranan, struktur,

dan norma yang akan digunakan sebagai acuan dalam kelompok. Kelompok ini juga berjaya

melalui tahap ini dan meneruskan tahap ke empat. Tahap keempat ini adalah Performing

(pelaksanaan). Pada tahap ini kelompok mula bekerjasama dan aktif dalam kelompok serta

menjadikan kelompok lebih fleksibel. Apabila semua bersetuju terhadap pandangan dan cadangan

yang diutarakan sesame kelompok.

Manakala, bagi proses kaunseling apa yang saya dapati beberapa pekara penting tidak

saya aplikasi dalam kelompok ini. Pertama adalah berkenaan limitasi kaunselor terhadap pekara-

pekara di luar bidang kemampuan kaunselor akan dirujuk kepada pihak berkenaan tidak di

beritahu kepada ahli. Selain itu juga, pada fasa penamatan saya tidak mengulang kembali etika

kerahsiaan sebelum menamatkan sesi. Saya akan gunakan tugasan sesi pertama yang saya

kendalikan ini sebagai rujukan untuk saya lakukan penambahbaikan semasa mengendalikan sesi

kelompok kelak pada masa hadapan.

Seterusnya teori yang digunakan dalam sesi kelompok kali ini adalah teori pemusatan

insan. Teori Pemusatan Insan diasaskan oleh Carl Rogers iaitu seorang ahli psikologi dan terapis

di Amerika. Beliau membangunkan Teori Pemusatan Insan sejak beliau bekerja sebagai terapis

dan melalui penglibatannya semasa bekerja di dalam bidang terapi membuatkan rogers mampu

untuk membawa elemen-elemen tertentu mengikut pengalaman yang dialaminya sendiri dan juga

pengaruh teori-teori lain ke dalam teori pemusatan. Saya memilih teori yang dikemukakan oleh

Rogers ini adalah kerana Teori Pemusatan Insan ialah antara teori yang unik di mana menekankan

kepada keupayaan klien untuk menentukan isu dan menyelesaikan masalah atau konflik yang

dihadapi. Teori ini hanya memerlukan kaunselor melayan klien dengan baik dan memberikan

respon kepada klien menggunakan prinsip penerimaan tanpa syarat,empati dan kongruen. Selain

itu juga, teori ini juga menganggap manusia adalah aktif, mempunyai tujuan, matlamat, sedia

membaiki diri, yang mana kesemuanya menggambarkan bahawa manusia mampu bertindak
sendiri mengikut pembawaan semulajadinya. Menurut Carl Rogers lagi, kendiri muncul hasil

daripada interaksi organisma dengan persekitarannya. Ia menonjolkan nilai orang lain yang

berbentuk positif ataupun negatif. Maka organisma akan bertindak mengikut ketentuan kendiri.

Selain itu, Teori Pemusatan Insan juga mengutamakan klien dan melihat manusia sebagai

insan yang berupaya untuk melakukan perubahan kepada dirinya sendiri sesuai dengan isu dan

masalah yang dibincangkan dalam kelompok ini iaitu tekanan apabila mempunyai sikap suka

menangguh kerja. Antara prinsip-prinsip yang ditekankan iaitu keadaan, proses dan hasil. Jika

sesetengah keadaan wujud maka proses tertentu akan lahir atau perubahan dalam personaliti dan

tingkah laku. Hal ini kerana, teori pemusatan insan menekankan suatu pendekatan berbeza iaitu

mewujudkan suasana penerimaan, aman damai dan kefahaman yang mana terapi pemusatan

klien ini menumpukan perhubungan erat diantara kaunselor dan kliennya. Fungsi kaunselor hanya

tertumpu sebagai pemudah cara dalam pembentukan kendiri dengan membantu klien menjumpai

keupayaan dan kebolehannya sendiri untuk menyelesaikan masalah. Hasil daripada penggunaan

teori ini, saya dapati manusia mampu untuk mencapai pertumbuhan mental yang positif apabila

wujudnya suasana saling hormat-menghormati dan penuh kepercayaan. Walaubagaimanapun,

Teori Pemusatan Insan tidak mempunyai teknik yang spesifik semasa menjalankan proses

kaunseling. Ia hanya menumpukan kepada personaliti kaunselor dan tumpuan kepada klien.

Tambahan pula, sifat yang perlu seorang kaunselor semasa mengendalikan sesi bersama

klien yang saya cuba aplikasikan adalah kongruen, penerimaan tampa syarat dan bersifat empati.

Kongruen ataupun ketulenan ini merujuk kepada sifat asli yang ada dalam diri kaunselor. Hal ini

bermakna kaunselor perlu bersikap jujur pada klien dan bertindak mengikut kemampuan diri dalam

sesi kaunseling. Ianya penting untuk membina kepercayaan dalam diri klien dan merujuk kepada

semua aspek pengalaman organismik kaunselor pada masa sesi temu bual itu boleh dengan

bebas di bawa dengan kesedaran dan bahawa konsep kendiri adalah kongruen dengan

pengalaman itu. Sebagai kaunselor, saya perlu bersikap yang ikhlas adalah spontan dan

menyatakan sikap dan perasaan yang mengalir dalam dirinya dengan terbuka, baik kepada

perasaan yang selesa mahupun tidak. Kongruen boleh membantu melahirkan perasaan marah,

kecewa, suka, bimbang dan sebagainya semasa proses perhubungan.


Selain itu, saya cuba aplikasikan sifat penerimaan positif tanpa syarat sangat penting dalam

membina hubungan yang erat antara kaunselor dan klien semasa menjalankan proses kaunseling.

Ini kerana, apabila wujud suasana yang baik diantara kaunselor dan klien proses akan menjadi

lebih terapeutik dan klien akan merasakan dirinya diterima dalam sesi tersebut. Penerimaan positif

tanpa syarat ialah apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan

menerima setiap aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan

bahawa dia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Penerimaan ini menunjukkan

tidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Ia melibatkan penerimaan semua pengalaman

klien sama ada berbentuk negatif ataupun yang positif. Kesemua perasaan ini, termasuk juga

sama ada diri klien itu konsisten atau tidak, diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara

menguasai atau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Klien itu perlu diterima sebagai insan

yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan pengalamannya sepenuh

hati. Kaunselor yang tidak berpusatkan kepada kaunselor ini memberi sepenuh tumpuan kepada

keupayaan klien untuk memikulkan tanggungjawab membuat keputusan. Kaunselor membantu

klien meneroka, memahami dan mendapat kesedaran terhadap persoalan hidupnya dan klien

sendiri akan memilih alternatif perubahan yang dikehendaki setelah berbincang bersama dengan

kaunselor. Ini bermakna klien merasakan dia sendiri yang bertanggungjawab menentukan

hidupnya sendiri.

Sebagai seorang kaunselor juga saya cuba aplikasikan sifat empati. Empati merujuk kepada

kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien. Empati juga ialah proses

membenarkan diri kaunselor mengalami proses mental dan emosi yang dialami klien sambil

memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini. Di dalam proses kaunseling,

komponen ini penting bagi memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalahnya.

Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut atau serba salah

sebagaimana dia yang mengalami walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami konflik

tersebut. Kaunselor perlu bersikap empati supaya dia dapat memahami perasaan klien dan tidak

ragu dengan apa yang dimaksudkan oleh klien. Empati juga ialah kata-kata kaunselor sesuai

dengan perasaan dan isi percakapan klien dan nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu
berusaha untuk berkongsi pengalaman klien. Antara prinsip empati ialah kaunselor merasakan

emosi yang diekspresikan oleh klien kerana ia mengambarkan tingkah laku, pengalaman dan

perasaan yang dialami oleh klien. Empati juga ialah kaunselor bertindak balas terhadap

perasaan,emosi dan keadaan klien.

Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor, saya akui tidak mudah kerana ia

memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus mempelajari dan memahami

segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut ke sesuaian masa dan

tempat. Bagi sesi kelompok kali ini saya cuba mengaplikasikan beberapa kemahiran yang telah

dipelajari antaranya kemahiran membina hubungan, kemahiran membina suasana selesa,

kemahiran berkomunikasi, kemahiran memparafrasa, kemahiran membuat refleksi, kemahiran

membuat interpretasi, kemahiran bertanya soalan dan kemahiran merumus. Pada permulaan sesi,

semua ahli kelompok nampak dalam keadaan ketegangan apabila diminta untuk menambah

syarat bagi kumpulan mereka, tiada seorang pun yang megutarakan idea. Mereka meminta untuk

meneruskan sesi dan bersetuju dengan syarat sedia ada. Namun apabila sesi perkongsian

masalah bermula mereka kelihatan fokus dan berminat untuk mengupas isu tersebut kerana

masing-masing mempunyai masalah dan isu yang sama. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan

tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan

klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan.

Pada akhir sesi saya dapati matlamat utama kaunseling kelompok tercapai apabila semua

ahli kelompok yang berorientasikan masalah yang sama agar dapat membina kekuatan diri untuk

menyelesaikan masalah suka menangguhkan tugasan sehingga memberi tekanan disaat akhir.

Hal ini dapat dilihat apabila 11 elemen faktor-faktor terapeutik berjaya diterapkan bagi mencapai

matlamat yang berkesan dalam sesuatu proses kaunseling kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui

penerapan harapan. Elemen ini perlu dimasukkan kerana kebanyakan mereka yang hadir dalam

sesi mempunyai harga diri yang rendah apabila mempunyai sikap suka menangguhkan tugasan

walaupun ada masa. Kedua adalah elemen nilai sejagat yang mana dapat memberikan hakikat

sebenar permasalahan klien kerana mendapati rakan-rakan dalam kelompok berkongsi masalah

yang sama. Ketiga adalah elemen membekalkan maklumat yang disebarkan melalui fakta dan
kemahiran dapat membantu pemulihan klien dengan lebih cepat. Keempat adalah elemen

altruisme atau sikap bantu-membantu wujud apabila setiap ahli sikap saling membantu dalam

kalangan kelompok akan merangsang para peserta kelompok untuk meningkatkan harga diri

mereka dengan perkongsian pengalaman dan cadangan. Kelima adalah pembentukan semula

sistem kelompok keluarga yakni ahli kelompok disemai sikap kekeluargaan dalam kelompok demi

merapatkan lagi hubungan terapeutik dalam kalangan mereka. Keenam adalah peniruan tingkah

laku yang mana ahli kelompok dapat meniru contoh dan model tingkah laku yang baru yang

didedahkan dalam kelompok oleh ahli lain. Ketujuh adalahelemen perkembangan teknik bersosial

yang dapat memberikan input berkemahiran sosial dalam kalangan mereka yang sebelum ini

terputus dengan dunia luar. Elemen kelapan adalah pembelajaran Interpersonal wujud apabila

hubungan interpersonal dapat dilaksanakan dalam kelompok akan membantu menimbulkan celik

akal dalam kalangan mereka di samping dapat mengurangkan sikap sikap negatif yang telah

ditonjolkan sebelum ini. Elemen kesembilan adalah kejeleketan kelompok dapat dilihat dalam diri

setiap ahli sama ada dengan pemimpin kelompok dan juga sesama mereka dapat membantu

mencapai matlamat pemulihan dengan lebih cepat lagi. Seterusnya elemen kesepuluh adalah

katarsis. Apabila mereka sudah jeleket, maka mereka dapat jadikan kaunseling kelompok sebagai

medan untuk meluahkan perasaan yang terbuku selama ini dan mendapat kelegaan setelah

melakukannya. Akhir sekali adalah faktor-faktor kewujudan dimana ahli diajar bagaimana

menerima mereka sendiri dan seterusnya menerapkan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan

mereka yang sebenar.

Kesimpulannya, kaunseling kelompok ini adalah satu pendekatan yang boleh digunakan

oleh kaunselor untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa individu biasa yang sedang

menghadapi masalah harian yang normal dalam satu jangkamasa yang sama. Melalui tugasan ini

saya lebih memahami dan nampak bagaimana proses kaunseling kelompok dijalankan,

bagaimana perkembangan kelompok terjadi, pemilihan teori yang bersesuaian dengan isu yang di

bawakan, bagaimana menggunakan kemahiran- kemahiran yang dipelajari didalam sesi serta

kejayaan mencapai matlamat kelompok dengan penerapan elemen-elemen faktor teraputik

didalam kelompok. Saya juga sedar akan limitasi yang saya lakukan sepanjang mengendalikan
sesi dan akan saya jadikan rujukan untuk penambahbaikan dalam menjalankan sesi akan datang.

Kesemua yang dipelajari di awal semester sehingga ke akhir semester lebih jelas apabila

melakukan tugasan mengendalikan sesi kaunseling kelompok ini.

You might also like