You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU GAJAH

77300 MERLIMAU MELAKA

CATATAN MINIT CURAI

MESYUARAT/TAKLIMAT/KURSUS/SEMINAR/BENGKEL YANG TELAH DIHADIRI OLEH PEGAWAI-PEGAWAI


(Hendaklah disediakan salinan kepada Guru Besar, PK @ pegawai berkenaan dan simpanan fail)

1. Nama Guru Nur Nathirah binti Ghazali


2. Jawatan Guru Pemulihan
3. Perkara Libat Urus Program Pemulihan Daerah Jasin
4. Tarikh / Masa 19 April 2022 / Selasa / 8.00 pg hingga 12.30 tgh hari
5. Tempat Dewan Yusof Ahmad, PPD Jasin
6. Anjuran PPD Jasin
7. Pengerusi Majlis En. Tn. Mohd Rosli bin Tn. Mat

Catatan minit (Ringkasan)


Slot 1 oleh Cik Senthamarai Selvi a/p Kuppusamay (Pegawai PPD Jasin Unit Pemulihan)
A. Analisis Data
1. SK Batu Gajah tersenarai dalam 25 buah Sekolah Berfokus berdasarkan dapatan data bilangan murid
pemulihan Januari 2022.
2. Pemantauan sekolah berfokus akan dijalankan sebanyak empat kali. Pegawai pemulihan akan
memberi bimbingan kepada guru pemulihan.
3. Setiap kali ujian atau saringan dijalankan, perlu buat justifikasi murid yang tidak melepasi.
4. Senarai nama murid pemulihan kini ditagging dalam sistem APDM atas arahan KPM.
5. Murid yang mengikuti program pemulihan adalah murid TP1. Murid TP1 terdiri daripada murid yang
tidak mengenal huruf sehingga kemahiran KV. Sekiranya tiada murid TP1, murid dengan TP2 boleh
diambil mengikuti kelas pemulihan. Jika ada pencalonan murid dengan TP3, murid ini perlu melalui
Ujian Saringan atau Ujian Diagnostik. Sekiranya murid TP3 ini melepasi Ujian Saringan/Ujian
Diagnostik murid tidak boleh mengikuti pdp di kelas pemulihan. Murid perlu berada di kelas perdana
dan guru mata pelajaran perlu melaksanakan pembelajaran terbeza di kelas. Bagi murid TP3 yang
tidak melepasi Ujian Saringan/Diagnostik, murid boleh bimbingan di kelas pemulihan tetapi nama
mereka tidak boleh ditagging dalam data APDM.
6. Bagi murid yang baru berpindah masuk dan tidak melepasi saringan, murid perlu ditagging sebagai
murid pemulihan dalam APDM.
7. Bagi murid yang masih belum lancar membaca tetapi melepasi saringan, nama mereka tidak perlu
masuk data.
8. Kutipan data melibatkan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang mengikuti Program Pemulihan Khas. Ia
dibuat tiga kali setahun iaitu Mac, Ogos dan Januari tahun berikutnya berdasarkan Kalendar Akademik
sesi 2022/2023.
9. Dalam mesyuarat panitia dan kurikulum mesti ada agenda Pemulihan Khas.
10. Repo pertama : pengurusan fail (bermula minggu hadapan)

B. Garis Panduan

1. Setiap orang guru pemulihan perlu ada salinan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
2012. Sebelum ini pihak PPDJ juga ada menyerahkan satu salinan kepada Guru Besar.
2. Guru pemulihan perlu memahami objektif pelaksanaan Program Pemulihan Khas.
3. Bagi item 7.1 iaitu Pencalonan Murid Tahap Satu, pencapaian murid diamblkira berdasarkan Saringan
Linus. Untuk itu, Saringan Linus 2018 masih diguna pakai.
4. Untuk menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid pemulihan, guru pemulihan dan guru mata
pelajaran perlu membuat proffesional judgement. PBD sangat penting dalam pemulihan khas.
Gunakan Borang Transit/ Borang Persinggahan untuk rujukan guru dan sebagai bukti tahap
perkembangan penguasaan murid.
5. Kehadiran murid pemulihan perlu direkodkan.
6. Guru pemulihan perlu menetapkan KPI iaitu peratus murid menguasai literasi atau numerasi setelah
diberi intervensi.
7. Guru pemulihan digalakkan mengadakan latihan perkembangan staf dengan membuat penerangan
mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas.
C. Perancangan 2022
1. Mac: Program Mini Outreach. April: Program Mini Outreach Siri 2 (Rujukan Doktor), Dialog Prestasi,
Libat Urus Program Pemulihan Khas. Mei: Bengkel PBD dan Pembelajaran Terbeza, Program Kelompok
(Mei hingga Julai). Jun: PLC (TSS). Ogos: Ujian Pelepasan. September : PLC (TSS).
Slot 2 oleh Pn. Ramziah binti Othman (Pegawai PPD Jasin Unit Pemulihan)
A. Outreach
1. Guru pemulihan telah dibekalkan dengan beberapa borang yang perlu disediakan sekiranya terlibat
dengan Program Outreach atau pun rujukan terus bagi murid yang berkemungkinan bermasalah
pembelajaran.
2. Instrumen Disleksia (ISD) cetakan kedua dan Instrumen Pengesanan Murid Bemasalah Dalam
Pembelajaran (IPMBDP) perlu dimuat turun sendiri.
3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU BPPOKU (Pindaan 2/2019) adalah borang terkini dari JKM.
Perlu buat 3 salinan (sebaik-baiknya 4 salinan). Salinan kepada JKM (salinan asal), PPKI, PPD dan
simpanan oleh guru pemulihan sendiri.
4. Surat penempatan ke PPKI perlu diserahkan kepada ibu bapa.
5. Murid yang telah disahkan oleh doktor sebagai MBK, tidak perlu masuk dalam data pemulihan.

B. Sistem Fail
1. Guru perlu gunakan sistem fail yang baharu.
2. Isi kandungan yang ada dalam fail putih di pejabat perlu ada dalam folder Program Pemulihan Khas.

C. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


1. Murid pemulihan adalah murid yang tidak menguasai 3M dan TP1 (sangat terhad).
2. PBD boleh dijalankan dalam set induksi, aktiviti dan penutup.
3. TP untuk BM tidak boleh diturunkan. TP untuk MT boleh diturunkan.

D. RPH
1. Penyediaan RPH perlu rujuk DSKP dan Buku Panduan PdP BM dan MT Pemulihan Khas.

Slot 3 oleh En. Tn. Mohd Rosli bin Tn. Mat (Pegawai PPD Jasin Unit Pemulihan)
A. Penggunaan Modul LitNum
1. Boleh digunakan dalam pdp dan perlu digunakan sepenuhnya.
2. Pastikan tugasan murid dalam Modul LitNum ditanda dan direkodkan tarikh penguasaan. Perlu buat
tandaan dan catat tarikh sama ada murid “Sudah” atau “Belum” menguasai.

B. APDM
1. Maklumkan kepada pegawai sekiranya masih tidak dapat masuk ke sistem APDM.
2. Daftar murid pemulihan Tahun 2 hingga Tahun 6 bagi Bahasa Melayu dan Matematik.
3. Tempoh pengisian : Mac, Ogos dan Januari. 14 hari dari APDM dibuka.
4. Tindakan lanjutan: dicetak dan perlu mendapat pengesahan daripada GB dan hantar ke Unit
Pemulihan PPD Jasin.

C. Aktiviti Kelompok
1. Nama kelompok ditukar kepada Zon 1, Zon 2 dan Zon 3.
2. Aktiviti dijalankan mengikut zon bermula 17 Mei hingga 26 Julai 2022.
3. Sasaran adalah murid pemulihan Tahun 3 dan Tahap 2.
4. Cadangan hari: Selasa, 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
5. Dijalankan di sebuah sekolah dalam zon tersebut.
6. Modul dan bahan disediakan oleh guru pemulihan.
7. Melibatkan ujian pra dan pasca.

Disediakan oleh :

.......................................

You might also like