You are on page 1of 8

Perbandingan Antara Negeri Terengganu dan Pahang

Bahagian ini akan memfokuskan kualiti udara di negeri Terengganu dan perbandingan kualiti
udara di antara negeri Teregganu dengan Pahang dan kualiti udara di antara negeri Terengganu
dan Selangor. Terengganu merupakan negeri yang terletak di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Terdapat empat stesen pemantauan yang berada di sekitar negeri
Terengganu. Setiap stesen pemantauan berada di kawasan yang berbeza dan strategik iaitu di
kawasan-kawasan bandar, sub bandar, luar bandar dan kawasan perindustrian yang dikendalikan
oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air. Rajah 1
menunjukkan peta lokasi stesen kualiti udara yang berada di sekitar negeri Terengganu, Pahang,
dan Selangor. Dalam perbincangan ini, hanya tiga kawasan yang dipilih bagi setiap negeri iaitu
stesen di Kemaman, Paka, dan Kuala Terengganu di negeri Terengganu, stesen Jerantut, Indera
Mahkota Kuantan, dan Temerloh di negeri Pahang, dan Pelabuhan Klang, Shah Alam, dan
Petaling di Selangor seperti pada Jadual 1.

Semenanjung Malaysia

Rajah 1: Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Udara Terengganu,


Pahang, dan Selangor
Jadual 1: Stesen Pemantauan Kualiti Udara Terpilih di Negeri Terengganu,
Pahang dan Selangor

Lokasi Latitud (N) Longitud (E) No. Stesen

1. Terengganu

 Kemaman 04°16.260’ 103°25.826’ CA42T

 Paka 04°35.880’ 103°26.096’ CA43T

 Kuala Terengganu 05°18.455’ 103°07.213’ CA44T

2. Pahang

 Jerantut 03°58.238’ 102°20.863’ CA39C

 Indera Mahkota 03°49.138’ 103°17.817’ CA40C


Kuantan

 Temerloh 3º47.105’ 102°.37.896’ CA38C

3. Selangor

 Pelabuhan Klang 03°00.602’ 101°24.484’ CA21B

 Shah Alam 03°06.286’ 101°33.367’ CA20B

 Petaling 03°06.612’ 101°42.274’ CA19B


Pada tahun 2018, status kualiti udara di tiga kawasan di Terengganu adalah berstatus baik
dan sederhana berdasarkan skala pengukuruan Indeks Kualiti Udara (AQI). Pahang juga turut
mencatatkan bacaan AQI yang rendah iaitu pada tahap yang baik dan sederhana. Berdasarkan
purata AQI, stesen Temerloh di Pahang mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding stesen-
stesen lain iaitu 34. Hal ini kerana stesen ini berada berhampiran dengan kawasan perindustrian.
Selain itu, tahap kualiti udara yang berbeza di setiap kawasan juga turut disebabkan oleh
pelepasan asap dari kenderaan bermotor, pelepasan bahan pencemar udara daripada kawasan
perindustrian, dan pembakaran terbuka (Samsuri et. Al, 2020). Pada pertengahan bulan Ogos,
Malaysia mengalami keadaan sedikit berjerebu akibat daripada jerebu setempat dan jerebu
merentas sempadan (JAS, 2018). Namun keadaan tersebut tidak terlalu menjejaskan kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia berdasarkan purata bulanan kualiti udara di Terengganu
dan Pahang. Secara keseluruhannya, status kualiti udara Terengganu dan Pahang berada dalam
status baik dan sederhana pada kebanyakan bulan. Perkara ini jelas menunjukkan Terengganu
dan Pahang mempunyai kualiti udara yang selamat dan kurang risiko terhadap pencemaran udara
sepanjang tahun. Jadual 2 menunjukkan rekod purata kualiti udara di negeri Terengganu dan
Pahang berdasarkan kepada tahap AQI bagi beberapa stesen terpilih.

Jadual 2: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Pahang, 2018

Terengganu Pahang
Kuala Indera
Kemaman Paka Jerantut Mahkota Temerloh
Terengganu
Kuantan
Januari 16 16 23 11 14 16
Februari 30 23 34 20 25 24
Mac 28 20 23 17 22 25
April 24 20 23 20 22 26
Mei 18 18 21 18 21 23
Jun 22 20 24 23 23 29
Julai 29 27 27 28 31 34
Ogos 44 42 47 43 45 46
September 52 47 47 46 53 55
Oktober 44 37 44 36 39 51
November 41 32 41 28 31 46
Disember 37 28 33 23 27 39
Purata
Tahunan 32 28 32 26 29 34
Daerah
Purata
Tahunan 31 30
Negeri

Pada tahun 2019, status kualiti udara di Terengganu dan Pahang adalah berstatus
sederhana pada kebanyakan masa. Namun, purata kualiti udara Pahang adalah lebih tinggi
berbanding Terengganu iaitu 55. Status kualiti udara di kedua-dua negeri semakin teruk sekitar
bulan September. Perkara ini berlaku kerana Malaysia mengalami keadaan berjerebu yang agak
teruk yang berpunca daripada jerebu setempat dan jerebu merentas sempadan (JAS, 2019).
Terengganu dan Pahang turut mengalami beberapa hari tidak sihat pada bulan tersebut kerana
bacaan AQI yang direkodkan telah melebihi 100. Status AQI tertinggi yang direkodkan bagi
setiap stesen terpilih berlaku pada bulan September iaitu Kemaman (159), Indera Mahkota
Kuntan (153), Temerloh (143), Paka (134), Kuala Terengganu (133), dan Jerantut (131) (The
World Air Quality Project, 2021). Menurut skala pengukuran AQI, bacaan 100 sehingga 150
menunjukkan bahawa tahap kualiti udara ini akan memberi kesan kesihatan kepada kumpulan
sensitif seperti kanak-kanak, orang dewasa aktif, dan individu yang mempunyai penyakit
pernafasan seperti asma. Manakala AQI pada skala 150 hingga 200 pula menunjukkan bahawa
tahap kualti udara ini mungkin menyebabkan kesan kesihatan kepada semua individu dan
kumpulan sensitif juga mungkin akan mengalami kesan kesihatan yang lebih serius. Secara
keseluruhannya, kualiti udara di Terengganu dan Pahang bagi tahun 2019 berada pada status
sederhana pada kebanyakan masa dan kesemua stesen mencatatkan status kualiti udara yang
tidak sihat pada masa tertentu. Purata AQI di negeri Terengganu dan Pahang bagi beberapa
stesen terpilih adalah seperti pada Jadual 3.
Jadual 3: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Pahang, 2019

Terengganu Pahang
Kuala Indera
Kemaman Paka Jerantut Mahkota Temerloh
Terengganu
Kuantan
Januari - - - - - -
Februari - - - - - -
Mac - - - - - -
April - - - - - -
Mei - - - - - -
Jun 40 43 44 - - -
Julai 57 58 58 58 56 62
Ogos 67 67 67 67 72 72
September 80 75 75 81 81 88
Oktober 45 32 47 40 42 53
November 43 33 38 34 35 49
Disember 41 32 36 25 31 38
Purata
Tahunan 53 49 52 51 53 60
Daerah
Purata
Tahunan 51 55
Negeri

Pada tahun 2020, status kualiti udara di Terengganu dan Pahang adalah berstatus baik dan
sederhana pada kebanyakan masa. Berdasarkan purata AQI, stesen di Kuala Terengganu dan
Temerloh mencatatkan bacaan yang tinggi berbanding stesen-stesen lain iaitu 47. Situasi tahap
kualiti udara yang baik di kedua-dua buah negeri ini adalah mungkin disebabkan oleh tindakan
kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seluruh Malaysia
bermula pada bulan Mac 2020. Memandangkan ramai rakyat bekerja dari rumah dan halangan
kepada beberapa industri daripada beroperasi, kesesakan trafik semakin menurun di seluruh
negara dan pelepasan bahan pencemar daripada industri turut semakin berkurang (Samsuri et al.,
2020). Secara keseluruhannya, status kualiti udara Terengganu dan Pahang berada dalam status
baik dan sederhana pada kebanyakan masa. Perkara ini jelas menunjukkan Terengganu dan
Pahang mempunyai kualiti udara yang selamat dan kurang risiko terhadap pencemaran udara
sepanjang tahun. Jadual 4 menunjukkan rekod purata kualiti udara di negeri Terengganu dan
Pahang berdasarkan kepada tahap AQI bagi beberapa stesen terpilih.

Jadual 4: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Pahang, 2020

Terengganu Pahang
Kuala Indera
Kemaman Paka Jerantut Mahkota Temerloh
Terengganu
Kuantan
Januari 39 25 35 24 31 36
Februari 49 41 47 42 40 47
Mac 50 37 53 48 38 52
April 45 33 45 41 34 44
Mei 42 30 49 41 36 43
Jun 47 35 51 47 43 53
Julai 47 33 54 48 38 51
Ogos 51 42 56 57 47 58
September 47 41 54 51 45 54
Oktober 46 39 50 51 49 53
November 30 23 35 31 29 37
Disember 34 25 40 34 32 39
Purata
Tahunan 44 34 47 43 39 47
Daerah
Purata 42 43
Tahunan
Negeri
Rujukan

Departmnet of Environment. 2012. Malalysia Environmental Quality Report 2012. Diperoleh


daripada https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/digital-content/86803/

JAS. 2018. Laporan kualiti alam sekeliling 2018. Diperoleh daripada


https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/digital-content/laporan-kualiti-alam-sekeliling-2018-
environmental-quality-report-2018/

JAS. 2019. Laporan kualiti alam sekeliling 2019. Diperoleh daripada


https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/digital-content/laporan-kualiti-alam-sekeliling-2019/

Nurul, Azman, Saiful Iskandar, Hafizan, & Mohd Saiful. (2018). Air Pollution Index Trend
Analysis in Malaysia, 2010-15. Polish Journal of Environmental Studies. 27(2). 801-
807. doi: 10.15244/pjoes/75964.

Samsuri, Amalina, Nur Nazmi Liyana, Wan Nurdiyana, Ali Najah, Marzuki, Zamzam Tuah.
(2020). Air quality status during 2020 Malaysia Movement Control Order (MCO) due
to 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) pandemic. The Science of the total
environment, 729, 139022. https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2020.139022

The World Air Quality Project. 2021. Indera Mahkota, Kuantan, Pahang air pollution: Real-time
Air Quality Index (AQI). Diperoleh daripada
https://aqicn.org/city/malaysia/pahang/indera-mahkota--kuantan/

The World Air Quality Project. 2021. Jerantut, Pahang air pollution: Real-time Air Quality Index
(AQI). Diperoleh daripada https://aqicn.org/city/malaysia/pahang/jerantut/

The World Air Quality Project. 2021. Pencemaran Udara Dunia: Indeks Kualiti Udara Semasa.
Diperoleh daripada https://waqi.info/ms/

The World Air Quality Project. 2021. Temerloh, Pahang air pollution: Real-time Air Quality
Index (AQI). Diperoleh daripada https://aqicn.org/city/malaysia/pahang/temerloh/

You might also like