You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia


PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jilid XV/ (6)


1 Jun 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1999:


Pengharaman Novel “SHIT” Di Semua Perpustakaan/
Pusat Sumber Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Dasar Pendidikan Kebangsaan jelas menitikberatkan usaha ke arah penerapan dan


pemupukan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid. Untuk mencapai hasrat tersebut,
penggunaan pelbagai sumber pendidikan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan amatlah digalakkan. Narnun demikian, selaras dengan peruntukan akta
penerbitan, Kementerian Pendidikan Malaysia turut melarang sama sekali penggunaan
bahan-bahan yang berunsur negatif, propaganda, kontroversi, lucah, keganasan dan
jenayah berat, perkara-perkara yang menyentuh sentimen perkauman dan keagamaan yang
bertentangan dengan idealisme negara.

2. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan keputusan


Kementerian Pendidikan Malaysia menghararnkan novel "SHIT" karya Professor Dato'
Shahnon Ahmad daripada diperolehi dan ditempatkan di semua Perpustakaan/Pusat
Sumber Pendidikan dalam Kementerian Pendidikan termasuk di Bahagian, Jabatan
Pendidikan Negeri, Maktab Perguruan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pusat Kegiatan
Guru dan Pusat Sumber Sekolah.

3. Dengan pengharaman ini, semua kegiatan memperoleh dan membaca novel


tersebut di kalangan pegawal, pensyarah, guru, kakitangan sokongan dan murid perlulah
diawasi dan dilarang.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Bahagian,
Jabatan, Maktab dan Sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

1
s.k. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

You might also like