You are on page 1of 3

APA ITU PLC

Apa itu PLC? Ramai guru yang belum tahu mengenai PLC ini. Jadi, jika ramai
yang belum tahu, pastinya ramai yang belum laksanakan PLC di sekolah,
betul tak?

Baiklah mari saya terangkan secara mudah apa itu PLC.

PLC atau nama penuhnya Professional Learning Community ini sebenarnya


menggalakkan kolaborasi yang lebih aktif di antara para guru untuk
menambahbaik kualiti Pdpc di dalam bilik darjah.

Jelas?

Oh ya, dan untuk pengetahuan semua PLC ini BOLEH di masukkan ke dalam
LADAP kita. Jadi, selesai sahaja PLC pastikan anda daftarkan di laman e-
SPLGKPM.

Seterusnya kita akan beralih kepada 6 strategi asas yang boleh digunakan
dalam PLC. Ingat ya, PLC bukan terikat kepada 6 cara ini sahaja. Ada banyak
strategi PLC di dunia ini tetapi di negara kita lebih fokus kepada PLC
menggunakan 6 strategi ini.

6 Strategi Asas Pelaksanaan PLC

1. Lesson Study 
Lesson Study boleh dikatakan antara strategi PLC yang paling rumit dan
mengambil masa. Namun, sebenarnya ia akan menjadi lebih mudah apabila
kita sudah biasa menjalankannya. Dalam strategi Lesson Study, kita
berbincang kaedah PdPc terbaik melalui rancangan pengajaran (RPH).
Lesson Study melibatkan 3 fasa:
(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya
satu panitia)
     – pemilihan aktiviti
(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama &
pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study
(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH
       – adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk
yang diajar?
Sekiranya objektif yang disenaraikan dalam RPH tersebut dapat dicapai
melalui aktiviti yang dijalankan, maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan
setakat fasa (iii) dan boleh diteruskan dengan perbincangan RPH untuk tajuk
yang lain pula. Namun, jika banyak kekurangan yang dikenal pasti dan
penambahbaikan dibuat, maka RPH yang telah dikemaskini diuji semula
melalui kitaran yang seterusnya dengan mengulang semula proses (i) – (iii).
Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan dengan strategi lain seperti
Teacher Sharing dan Video Critique.

2. Peer Coaching 
Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang
bertindak selaku Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih:
(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati
(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati
(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama.
Tips: boleh dijalankan semasa proses pencerapan, juga boleh digabungkan
dengan strategi Teacher Sharing.

3. Teacher Sharing Session 


Sebenarnya, kita selaku guru sudah tentu selalu berbincang tentang kaedah
PdPc sesama ahli panitia, cuma tak buat laporan saja kan. Jangan risau,
laporan TSS senang sahaja, hanya isi sahaja borang yang telah disediakan
dalam tool kit TSS. Jangan lupa ambil gambar dan lampirkan dalam laporan.
Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun antara 2 orang
guru sahaja pun boleh. Setiap kali berbincang, ambil gambar terus, laporan
boleh disediakan kemudian.

4. Learning Walks
Strategi PLC yang paling rileks. Apa tidaknya, sambil-sambil berjalan sahaja
sudah boleh hasilkan satu laporan PLC. Tapi, pastikan ada ilmu yang dikutip
melalui pemerhatian terhadap pengajaran guru lain. Bukan berjalan kosong
sahaja ye. Jika bosan atau mengantuk dalam bilik guru, jalan-jalan ambil
angin sambil menimba ilmu. Best kan..?
Tips: Masa berjalan tu, terus bawa siap-siap borang Learning Walks, isikan
terus. Jika tidak nanti lupa apa yang diperhatikan dan laporan jadi
bertangguh. Akhir sekali, laporan tidak dibuat, maka rugi lah.

5. Video Critiques 
Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton
semula video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah
yang digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah
PdPc sedia ada.
Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif sekiranya tidak semua ahli
kumpulan / ahli panitia dapat hadir semasa pelaksanaan Lesson Study atau
Peer Coaching. Malah boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih seperti
Telegram / WhatsApp / Skype dll. Proses perbincangan lebih meluas dan
lebih fleksibel.
6. Data Analysis 
Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap
ujian/peperiksaan melalui analisis item yang dibuat. Kita tengok tajuk mana
yang sukar dikuasai oleh pelajar, pelajar mana yang perlu diberikan
perhatian lebih. Ini pun dah biasa sangat kita buat kan, cuma tak
dokumentasikan saja, betul tak?
Catatan: 
Perlu diingat bahawa setiap strategi PLC yang dijalankan adalah bertujuan
untuk menilai dan menambahbaik pedagogi dalam bilik darjah. PLC
dilaksanakan BUKAN untuk menilai guru yang mengajar. Guru-guru dalam
kumpulan PLC juga perlu lebih bersikap terbuka dan bersedia untuk
memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PLC secara
berkualiti.

You might also like