You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA

ADNAN
Bagan Pinang, 71050 Si Rusa, Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
NBE 2067

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SKPA/PPKI/SK ( )
Tarikh : 28 September 2016

Tuan Pengurus,
QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd
Kentucky Fried Chicken (KFC)
Tower 1, Level 11,
VSquare@PJ City Centre,
Jalan Utara,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

MEMOHON SUMBANGAN MAKANAN DAN MINUMAN SEMPENA LAWATAN SAMBIL


BELAJAR MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi berhasrat untuk
mengadakan program lawatan sambil belajar ke The Shore dan Menara Taming Sari, Melaka. Pihak
kami memohon sumbangan makanan dan minuman kepada ahli rombongan kami yang terdiri daripada
pelajar – pelajar istimewa dengan pelbagai kecacatan dan ketidakupayaan.

2. Tarikh, masa dan jumlah ahli rombongan adalah seperti di bawah :

Tarikh : 9 November 2016 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Jumlah ahli : 25 Orang murid PPKI
12 Orang Guru

3. Berbesarlah hati kami sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan makanan dan minuman
kepada ahli rombongan kami ini, memandangkan murid kami ini adalah dari golongan kanak-kanak
istimewa. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan guru PPKI Puan Nur Izzati Binti Idris
ditalian 019-6247404

4. Keprihatinan pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

......................................................
FAUZIAH BT AHMAD,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan

You might also like