Projek keceriaan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif untuk menarik minat murid-murid mempelajari mata pelajaran di sekolah.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan bilik darjah yang lengkap dengan teknologi terkini.
2. Menceriakan persekitaran fizikal bilik darjah dan mampu menarik minat murid- murid untuk belajar. 3. Meningkatkan peratus lulus yang tinggi dalam semua mata pelajaran 4. Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sekolah 5. Meningkatkan kualiti pembelajaran di kalangan murid dan mutu pengajaran guru.
LAPORAN
Pada hari Khamis 19 Jun 2014 Jawatankuasa Program 3K di bawah Unit
Hal Ehwal Murid telah meneruskan Program Keceriaan dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas bagi kali yang KEDUA Tahun 2014. Pertandingan ini melibatkan semua kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Tujuan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas ini dijalankan ialah untuk memupuk sikap suka dan cinta kepada kebersihan dalam kalangan murid-murid di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SABK) Batu Pahat. Amalan ini juga diharap dapat mendidik murid-murid untuk sentiasa menjaga kebersihan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. KEPUTUSAN Keputusan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Kali Kedua sebagaimana di bawah ini.