You are on page 1of 1

Tel : 04-9174753 / Faks : 04-9178924 / Email : smkpk.ppdkp@gmail.

com

Rujukan Kami : SMKPK 30/002/33( )


Tarikh : 06 Ogos 2017
Kepada :
Setiausaha Sulit Kanan kepada
YAB Dato’ Seri DiRaja Menteri Besar
Pejabat Menteri Besar Kedah
Aras 3, Blok A, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar,Kedah

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAMPUNG KOS PENGANGKUTAN


LAWATAN PENANDA ARAS PELAJAR OKU KE KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi(OKU) SMK Paya


Kemunting akan mengikuti Lawatan Penanda Aras Pelajar Bekeperluan Khas ke Kuala Lumpur
yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13.09.2017 hingga 14.09.2017


Hari : Rabu hingga Khamis
Tempat : Tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon sumbangan berjumlah RM 4000.00


daripada pihak tuan untuk menampung kos pengangkutan pelajar OKU. Sumbangan kewangan
boleh dikreditkan di akaun BIMB, SMK Paya Kemunting bernombor 02039010031016 @ cek
atas nama Pengetua SMK Paya Kemunting.

4. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak tuan memberi pertimbangan yang
sewajarnya.Sebarang kemusykilan yang berkaitan bolehlah hubungi Pn. Siti Aishah binti
Mohamad di talian 017-7800658/ Pn Norliza binti Ibrahim di talian 012-4145673.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG“
“BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA”

Saya yang menjalankan tugas,

............................................................
( HJH SITI AMINAH BINTI IBRAHIM)
Pengetua Cemerlang
SMK Paya Kemunting
Jitra Kedah

You might also like