You are on page 1of 2

Ruj Kami : SKM(L) 600-3/3/28(1)

Tarikh : 22 SEPTEMBER 2022


Ibu / Bapa / Penjaga Murid Tahap 1
SK Methodist (L) Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur

Tuan / Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHAP 1

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu lawatan sambil belajar
untuk murid-murid Tahap 1.

3. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk mempelajari
proses penghasilan coklat serta mencintai fauna. Butiran lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 November 2022 (Sabtu)


Masa : 7.30 pagi – 3.00 petang
Bayaran : RM 85.00 (termasuk pengangkutan bas, sarapan dan makan tengah hari & tiket
masuk )
Tempat : Farm In The City dan Kilang Chocolate Beryl

4. Borang jawapan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 28 Oktober 2022 (Jumaat )
dengan bayaran sebanyak RM 85.00. Bayaran boleh berbentuk tunai kepada Pn. Loy See Min ,
Bendahari PIBG atau dibank terus ke akaun PIBG ( RHB 26-406700005221 – sila catat LAWATAN
TAHUN 1 ). Sila pastikan slip bank ditulis nama anak dan kelas serta hantar bukti bayaran melalui
aplikasi Telegram ke nombor telefon 012-3025206 (Pn Loy See Min).

5. Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(TAY MEE YONG)


Guru Besar,
Sek. Keb. Methodist (L) Jalan Hang Jebat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
BORANG JAWAPAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHAP 1

Saya ___________________________________________ ibu / bapa / penjaga

kepada _______________________________________ dari kelas ___________

* membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya menyertai lawatan sambil belajar untuk
murid-murid Tahap 1.

2. Bersama ini saya sertakan bayaran untuk lawatan iaitu sebanyak RM 85.00.

3. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan tetapi pihak sekolah tidak
dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………

Nama : _______________________________

Alamat Penuh : ______________________________________

______________________________________

______________________________________

No. Tel . : ________________________________

*potong yang tidak berkenaan.

You might also like