You are on page 1of 1

UNTUK EDARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa


keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 20 Oktober 2022 (Khamis).

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU


tahun 2022 melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my


untuk mendapatkan keputusan penuh mulai pukul 10.00 pagi
pada 20 Oktober 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada
26 Oktober 2022; dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan


rumusan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2022 dengan
menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar
ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi
pada 20 Oktober 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada
26 Oktober 2022.

KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

-TAMAT-

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


15 OKTOBER 2022

You might also like