You are on page 1of 11

BACAAN

BERGRED

KV + KV

Ini Kepunyaan :-

Disediakan oleh :-
Bacaan Mudah KV+KV

Buku.
Ini buku.
Ini buku Papa.
Papa baru beli buku.
Papa baru baca buku itu.
Papa baca buku baru di meja.
Papa beri buku itu pada Mama.
Bacaan Mudah KV+KV

Baju.
Ini baju.
Ini baju Sani.
Baju Sani baru beli.
Sani suka baju baru ini.
Ibu beli baju Sani di kota.
Sani mahu cuba baju baru ini.
Sani suka hati ada baju baru.
Bacaan Mudah KV+KV

Nasi.
Ini nasi.
Ini nasi Lisa.
Ibu beri Lisa nasi.
Lisa rasa nasi ibu beri.
Lisa beri nasi itu pada Gina.
Gina rasa nasi guna sudu.
Sudu itu baru lagi.
Bacaan Mudah KV+KV

Jari.
Ini jari.
Ini jari kiri.
Saya ada lima jari
Jari kiri saya luka.
Jari saya luka kena duri.
Saya cuci luka di jari kiri.
Saya cuci luka itu hati-hati.
Bacaan Mudah KV+KV

Roti.
Ini roti.
Ini roti Kimi.
Kimi suka roti keju.
Kimi sapu keju pada roti.
Kimi sapu roti guna sudu.
Saya juga suka roti keju.
Kami beli roti di kota.
Bacaan Mudah KV+KV

Raga.
Ini raga.
Raga ini biru.
Raga biru itu raga Maya.
Mama beri raga itu pada Maya.
Maya bawa raga ke kota.
Maya guna raga isi roti.
Maya suka bawa raga itu ke
mana-mana.
Bacaan Mudah KV+KV

Guru.
Itu guru saya.
Nama guru saya Fina.
Guru saya ada buku baru.
Guru beri buku baru pada saya.
Saya suka baca buku baru itu.
Saya beri buku baru itu pada
ibu.
Bacaan Mudah KV+KV

Topi.
Ini topi.
Topi ini biru.
Bapa ke kota beli topi ini.
Bapa beri topi ini pada saya.
Saya suka topi ini.
Saya bawa topi ini ke mana-
mana.
Ramu juga suka topi ini.
Bacaan Mudah KV+KV

Kopi.
Kopi susu.
Ini kopi susu Haji Nawi.
Haji Nawi suka kopi susu.
Tina juga suka kopi susu.
Haji Nawi suka beli kopi susu di
kota.
Hari-hari Haji Nawi ke kota beli
kopi susu.
Bacaan Mudah KV+KV

Dadu.
Ini dadu.
Ini dadu papa.
Dadu papa ada lima.
Dadu papa lawa.
Papa beli dadu dari Mamu.
Papa bawa dadu guna saku.
Papa beri dadu itu pada saya.

You might also like