You are on page 1of 1

PENDUDUK TAMAN MERBAU UTAMA BLOK B

16810 SELISING, PASIR PUTEH,


KELANTAN.

YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail


ADUN Selising. 24/4/2022

Yang Berhormat,

MEMOHON BEKALAN AIR BAGI KEGUNAAN PENDUDUK TAMAN MERBAU UTAMA BLOK B
(TMU BLOK B)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa penduduk taman ini telah mengalami gangguan bekalan
air bermula pada 16 Mac 2022 sehingga sekarang. Pihak kami memohon jasa baik Yang
Berhormat agar dapat membantu penduduk TMU Blok B mendapat bekalan air.

3. Antara cadangan daripada pihak kami ialah:

a) Menghantar Lori Air dari rumah ke rumah sekurang – kurangnya 2 hari sekali.

b) Membina 3 tempat boring air dan air ini akan disalurkan ke 2 tangki yang bertempat
di Taman Permainan Blok B. Dari tangki barulah di salurkan kepada rumah yang
memerlukan bekalan air. Antara cadangan tempat boring air ialah di Kawasan masjid,
di taman permainan Blok B dan di Lorong 3B. Untuk cadangan ini memerlukan
sekurang - kurangnya 6 enjin air.

c) Mewujudkan satu lori tangki yang boleh berada dalam TMU Blok B bagi memudahkan
penghantaran air.

4. Pihak Penduduk TMU Blok B berharap semoga mendapat kelulusan dan pertimbangan
dari pihak YB dengan segera. Keperihatinan dan kerjasama daripada pihak YB didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Wakil Penduduk TMU Blok B,

…………………………………………
(MDFaizol Jamaludin)

You might also like