You are on page 1of 2

Ciri-ciri masyarkat feudal di Jepun

XX Kemerosotan kuasa maharaja telah menyebabka kemunculan daimyo


di Jepun. Daimyo mempunyai perladangan persendirian. Bentuk muka
bumi yang bergunung-ganang telah menyukarkan raja untuk mengawal
Daimyo. Perkembangan ini menyebabkan maharaja melantik golongan
bangsawan menjadi gabenor wilayah untuk mengawal Daimyo. Namun,
gabenor yang berada di kota terlalu menikmati kemewahan di kota dan
telah mengabaikan tugas yang diberikan oleh maharaja. Perkembangan
ini telah menyebabkan kuasa tersebut daripada golongan bangsawan
beralih kepada ketua suku. Petani juga mengubah taat setia kepada
Daimyo dengan membayar cukai berbentuk harta benda dan
perkhidmatan. Dalam keadaan ini , maharaja telah mengambil langkah
untuk mengawal ketua suku yang sebenar berkuasa ke atas wilayah.
Perebutan politik antara ketua suku mencapai kemuncak apabila ketua
keluarga Miramato Yoritomo telah menubuhkan kerajaan bersifat
ketenteraan. Kerajaan tersebut dikenali sebagai bakufu ditubuhkan di
Kamakura dan mulalah berlaku masyarakat feudal di Jepun.

XX Antara ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun ialah kedudukan


maharaja. Menjelang zaman Kesyogunan Tokugawa, maharaja
merupakan lambang ketua negara dan tidak mempunyai kuasa dalam
pentadbiran negara. Kuasa sebenar terletak di bawah Shogun. Tokugawa
Ieyasu telah mengambil langah untuk mengukuhkan kedudukannya.
Sebagai contoh, Tokugawa Ieyasu memperkenalkan undang-undang bagi
menyekat kuasa maharaja dan putera raja. Oleh itu, kedudukan raja akan
menjadi kukuh dan dihormati oleh setiap lapisan masyarakat.

XX Selain itu, ciri-ciri yang kedua ialah kedudukan shogun. Menjelang


zaman Kesyogunan Tokugawa, kuasa pentadbiran terletak di bawah
Shogun. Tokugawa Ieyasu mengukuhkan kedudukannya dengan
menubuhkan pasukan tentera yang kuat. Beliau juga memberikan
pentadbiran wilayah kepada vassal yang taat setia kepadanya. Beliau juga
mengawal Daimyo yang menguasai daerah. Oleh itu, beliau juga
mengambil langkah dalam menguasai kegiatan ekonomi komersial untuk
meningkatkan kekayaannya demi mengukuhkan kedudukannya.

XX Di samping itu, ciri-ciri yang ketiga ialah kedudukan Samurai.


Menjelang zaman Kesyogunan Tokugawa, Samurai dikenali sebagai
panglima perang dalam bidang ketenteraan. Samurai bertanggungjawab
menjaga keamanan negara. Mereka juga perlu berkhidmat kepada
golongan bangsawan dan tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Sebagai
contoh, Samurai menjaga golongan bangsawan daripada ancaman musuh.
Mereka tidak dibenarkan mendapatkan tanah tetapi boleh mendapatkan
bekalan beras yang diberikan oleh Daimyo. Mereka juga mempunyai
minat dalam bidang kesenian. Oleh itu, Samurai hanya boleh berkhidmat
kepada golongan bangsawan dan tidak boleh melakukan sebarang kerja.

XX Akhir sekali, ciri-ciri yang keempat ialah kewajipan peribadi.


Menjelang zaman Kesyogunan Tokugawa, wujud hubungan peribadi
antara Shogun dan Daimyo. Sebagai contoh, Shogun memberikan tanah
kepada Daimyo yan gtaat setia kepadanya dan sebagai balasan Daimyo
perlu membantu Shogun dalam pentadbiran negara. Kedua-dua pihak
perlu bertanggungjawab antara satu sama lain untuk menjaga kepentingan
bersama. Oleh itu, hubungan tersebut telah menyebaban kedudukan
Shogun turut meningkat.

XX Kesimpulannya, masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana


pembahagian golongan masyarakat dibuat   berdasarkan pekerjaan yang
diwarisi. Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa
pemerintahan Meiji dan dianggap sebagai raja berpelembagaan. Maharaja
dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

You might also like