You are on page 1of 2

Ciri-ciri masyarakat feudal di England

XX Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal


Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat hierarki yang
mempunyai struktur susun lapis tersendiri. Kedudukan setiap lapisan
bergantung kepada penguasaan tanah. Dalam masyarakat feudal, wujud
hubungan peribadi antara lord dan vasaal berasaskan perjanjian perikatan.
Kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab antara satu sama lain untuk
menjaga kepentingan bersama. Oleh itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang
istimewa masyarakat feudal di England.

XX Antara ciri-ciri masyarakat feudal di England ialah kedudukan raja.


Menjelang abad ke-16 dan 17, raja mengamalkan sistem pemerintahan
monarki mutlak dalam pentadbiran. Raja berkuasa mutlak terhadap
politik, ekonomi dan pentadbiran. Sebagai contoh, dari segi politik raja
menyekat kuasa golongan bangsawan dengan memansuhkan pakaian
khas kepada golongan bangsawan ketika melakukan tugas. Dari segi
ekonomi, raja mengenakan cukai import dan eksport. Dari segi
pentadbiran, raja menubuhkan Majlis Diraja untuk mengawal keamanan.
Oleh itu, kedudukan raja dapat dikukuhkan dan dihormati oleh setiap
lapisan masyarakat.

XX Selain itu, ciri-ciri yang kedua ialah kemerosotan golongan


bangswan. Pada abad ke-16 dan 17, pengaruh golongan bangsawan
semakin merosot. Hal ini demikian berlaku kerana raja telah melibatkan
diri dalam kegiatan ekonomi kapitalisme. Perkembangan ini telah
menyebabkan raja dapat mengawal golongan bangsawan. Sebagai contoh,
raja memperkenalkan pengawai pentabiran untuk mengendalikan urusan
pemerintahan dan pertadbiran turut menyekat kedudukan golongan
bangsawan. Oleh itu, kedudukan golongan bangsawan menjadi merosot
dalam susun lapis masyarakat feudal di England.

XX Di samping itu, ciri-ciri yang ketiga ialah kedudukan knight. Knight


dikenali sebagai pahlawan dan berperanan dalam bidang ketenteraan.
Knight bertanggungjawab menjaga keselamatan raja dan golongan
bangswan. Sebagai balasan, knight akan mendapatkan ganjaran daripada
raja dan golongan bangsawan seperti tanah. Menjelang abad ke-16 dan
17, kedudukan knight semakin merosot kerana raja telah menubukan
pasukan tentera upahan sendiri untuk menyerang musuh. Oleh itu,
kedudukan knight menjadi merosot dalam susun lapisan masyarakat
feudal di England.
XX Akhir sekali, ciri-ciri yang keempat ialah kewajipan peribadi.
Menjelang abad ke-16 dan 17, wujud hubungan peribadi antara lord dan
vasaal berasaskan perjanjian perikatan. Kedua-dua pihak perlu
bertanggungjawab antara satu sama lain untuk menjaga kepentingan
bersama. Sebagai contoh, raja memberikan tanah kepada tanah kepada
golongan bangsawan yang taat setia kepadanya. Sebagai balasan,
golongan bangsawan akan menawarkan perkhidmatan ketenteraan kepada
raja daripada ancaman musuh. Oleh itu, hubungan peribadi tersebut telah
mengukuhkan kedudukan raja dan golongan bangsawan dalam
pentadbiran.

XX Kesimpulannya, perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan


kemunculan negara bangsa turut membawa perubahan dalam hierarki
masyarakat feudal di England. Hal ini membawa kepada munculnya
masyarakat industri pada abad ke-18.

You might also like