You are on page 1of 24

SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4

BAB 1
PENGATUCARAAN

Ms Anna
1.6.1 Menerangkan struktur tatasusunan (array)
satu dimensi: (ii) Isytihar nilai (ii) Umpukan nilai
awal
1.6.2 Menggunakan subatur cara dan memahami
konsep menghantar parameter ke subatur cara
dan mengembalikan data
1.6.3 Membezakan antara function dan
procedure pada subatur cara
1.6.4 Menulis atur cara bermodular yang
mengandungi struktur tatasusunan
Mengapakah Stuktur data perlu diwujudkan?

Sebagai analogi, bayangkan terdapat sebuah buku berjudul "Semua Mata Pelajaran
Tingkatan 4" dan hanya seorang guru yang akan mengajarkan semua mata pelajaran
tersebut.
Dalam buku tersebut, tiada bab-bab berasingan mahupun subtopik.
Semuanya ditulis dalam satu perenggan sahaja dari muka surat satu hingga muka surat
akhir. Adakah ini satu kaedah yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran?
1.6.1 Menerangkan struktur tatasusunan (array) satu
dimensi: (ii) Isytihar nilai (ii) Umpukan nilai awal

Atur cara mengandungi kod komputer untuk memproses data kepada maklumat.
Data perlu disimpan dalam pemboleh ubah supaya boleh diproses. Arahan kod komputer
dan pemboleh ubah disimpan dalam fail kod sumber (source code).
Pemboleh ubah boleh dipecahkan kepada "kumpulan-kumpulan kecil" yang dipanggil
tatasusunan.

Apakah perbezaan antara algoritma dengan


struktur data?

Algoritma ialah kaedah melakukan proses tertentu terhadap data


seperti menyusun (sorting), mencari (searching), mencari nombor
prima dan memproses nombor rawak dan grafik.

Struktur data merupakan satu kaedah tertentu untuk


menyimpan secara tersusun data-data dalam ingatan supaya
senang dicapai untuk diproses bagi menghasilkan maklumat
mengikut kehendak pengguna.
Sintaks yang ditunjukkan di atas terdiri daripada dua baris.
Baris pertama mengisytiharkan nama tatasusunan.
Baris kedua pula mengisytiharkan saiz tatasusunan.
Tatasusunan bukan sahaja terdapat dalam satu dimensi tetapi
juga dua dimensi.
Bagaimanakah cara untuk membezakan antara dimensi ini?
Andaikan anda menyenaraikan semua makanan yang anda
makan ketika waktu tengah hari. Misalnya, kentang, ikan,
ayam dan nasi.
Makanan yang disenaraikan di atas dianggap sebagai satu
dimensi.
Tetapi, jika anda mengelaskannya mengikut piramid makanan
seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin, senarai
tersebut akan menjadi dua dimensi. Misalnya, Protein: (ikan
dan ayam) Karbohidrat: (nasi dan kentang
Mari fikirkan sejenak. •
Bilik-bilik dengan nama
no[0] - no[5] ialah jenis
bangunan Asrama
Bujang. • Bilik pertama
ialah no[0]. • Nama
bilik no[5] ialah bilik
keenam. • Nama bilik
no[6] tidak wujud
dalam contoh ini.
Pemboleh Ubah Mudah

Tatasusunan

You might also like