You are on page 1of 1

Terima kasih saudari pengacara majlis

Bismillahirahmannirahim

Assalamualaikum wm

Selamat sejahtera

Yg berusaha Pengetua SMK (P) Temenggong Ibrahim: Pn. Hjh Sadiah binti Jaafar,

Yg dihormati Penolong Kanan Pentadbiran : Puan Norasyidah binti Rasip,

Penolong Kanan HEM : Pn. Puspalaili binti Ahmad

Penolong kanan Kokurikulum : Pn Saliza binti Ahmad

Penolong Kanan Tingkatan 6: Pn. Rosezana binti Abdul Muluk

Serta GKMP, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Pada minggu lepas sy , Cg Siti Hawa bertugas Bersama-sama Cg Izati, Cg Azmi, Cg Shahrizan dan Cg
Yusniza.

Berikut adalah laporan sepanjang kami bertugas.

1. Disiplin murid. Seramai 188 murid direkodkan datang lewat ke sekolah sepanjang minggu
lepas dengan alasan terlewat bangun tidur, jalan sesak dan ibu bapa terlewat hantar ke
sekolah. Murid hendaklah sentiasa mengingatkan ibu bapa untuk menghantar anda ke
sekolah lebih awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan lewat sampai ke sekolah.

2. Pemakaian baju unit uniform kokurikulum.

a) Hari perhimpunan bulanan (Ahad) : Baju unit beruniform lengkap @ baju sekolah
b) Hari Rabu : Baju unit beruniform lengkap @ Tshirt uniform, seluar slack hitam / seluar
unit, kasut hitam, tudung hitam @ baju sekolah. Jika ada pj, boleh tukar pakaian pj
waktu pj.
c) Murid tidak dibenarkan memakai T-shirt persatuan atau kelab pada hari Rabu.
d) Terdapat murid yang memakai legging dan seluar slack ketat. Legging dan seluar slack
ketat tidak dibenarkan dipakai sewaktu di sekolah.

3. Kehadiran aktiviti koko pada petang rabu. Terdapat ramai murid yang balik dan tidak
menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Murid menggunakan pintu belakang,
iaitu pagar D untuk pulang ke rumah. Jika murid tidak dapat hadir ke sekolah, ibu bapa
hendaklah melaporkan ke pejabat sekolah dahulu sebelum bawa pulang anaknya.

4. Tempat makan. Murid hanya dibenarkan makan di kantin sekolah atau di kiosk. Pada hari
khamis yang lepas, guru disiplin ada menegur beberapa orang murid yang makan di belakang
blok tingkatan 1 iaitu di laman rindu. Tempat tersebut adalah dilarang untuk aktiviti makan
kerana menyebabkan pencemaran dengan sisa makanan yang ditinggalkan oleh murid
merata-rata.

Oleh itu, Cikgu nasihatkan agar semua murid mematuhi segala peraturan yang sekolah tetapkan agar
dapat menjadi murid yang Berjaya dengan cemerlang sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Sekian daripada saya, terima kasih.

You might also like