You are on page 1of 8

TEKS UCAPAN

KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN


DAERAH BACHOK

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


KEJOHANAN OLAHRAGA
MSSD BACHOK KALI KE 18
2022

DISEDIAKAN OLEH :
JAWATANKUASA TEKS UCAPAN
SK KUBANG TELAGA
#sederapkemercukejayaan

1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan Salam “One Step

Beyond ; Second To None .

Yang Berusaha Tn. Hj. Muhamad Yani B. Yusoff,

Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah

Bachok.

Yang Berusaha En. Mhd. Roslaile B. Mohamad Noor,

Timbalan PPD Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok

Yang Berusaha En. Mohd. Sufardi B. Ab. Aziz,

Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah

Bachok,

Yang Berusaha En. Mohd. Suhaimi B. Mohd. Yusoff,

Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah

Bachok,

Yang Berusaha En. Ahmad Radhi B. Che Daud,

Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid merangkap Penyelaras

Kejohanan Olahraga MSSD Bachok Kali Ke18, 2022.

Yang Berusaha Pn. Hjh. Norma Bt. Yasim.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok selaku Pengerusi

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga MSSD Bachok 2022.

2
Yang Berusaha Tn. Hj. Anuar B. Reping

Pengetua SMK Beris Panchor merangkap Pengerusi Bersama

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga MSSD Bachok 2022.

Yang Berusaha Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah

Bachok, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Bachok,

Barisan Jawatankuasa Pengelola, pegawai-pegawai kejohanan,

pengurus-pengurus pasukan, para atlet yang mengambil bahagian dan

semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

Kejohanan Olahraga MSSD Bachok pada tahun ini.

Alhamdulillah,

Sesungguhnya saya memanjatkan syukur ke hadrat Illahi, dengan izin

dan inayah-Nya, dapat saya bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan

serta para atlet semua dalam Kejohanan Olahraga MSSD Bachok Kali

Ke 18, 2022.

Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengetua

SMK Beris Panchor, Tuan Hj. Anuar B. Reping atas kesudian dan

kesanggupan menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga MSSD Bachok

pada tahun ini.

3
Begitu juga kepada semua para atlet kejohanan, tahniah kerana anda

semua diberi peluang untuk mengasah bakat dan menonjolkan

keupayaan masing-masing dalam kejohanan pada tahun ini.

Saya doakan agar anda semua mencapai kejayaan yang diimpikan.

Sebagaimana yang kita telah maklum, pandemik COVID-19 sejak awal

2020 memberi impak besar kepada sektor pendidikan dan sektor sosial,

terutama apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP). Penularan COVID-19 sejak 2 tahun lalu menyebabkan

penganjuran pertandingan sukan di peringkat sekolah, daerah serta

negeri berubah dan terpaksa dijalankan secara dalam talian. Senario ini

menyebabkan aktiviti sukan, termasuk latihan dan pertandingan secara

bersemuka tidak dapat dilaksanakan.

Begitu juga dengan Kejohanan Olahraga MSSD Bachok yang turut

sama tertangguh selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19, kini dapat

diadakan semula setelah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia memasuki 'Fasa Peralihan ke

Endemik' mulai 1 April 2022. Kini tibalah masa dan peluang untuk kita

cungkil dan gilap semula bakat dan potensi sukan anak-anak yang telah

‘terperuk’ selama 2 tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin sekalian.

4
Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan

murid-murid yang cergas fizikal dan mental. Dasar 1 Murid 1 Sukan

merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.

Dasar ini mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dengan wujudnya dasar ini,

bukan sahaja mampu mengasah bakat murid dalam satu bidang sukan

malahan dapat mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan

merapatkan silaturrahim antara warga sekolah dan masyarakat

setempat. Diharapkan agar pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke

arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Selain dari itu juga, murid-murid yang berpotensi dapat ditonjolkan bakat

mereka dalam kejohanan di peringkat daerah dan juga di peringkat

negeri. Maka dari sinilah, atlet-atlet baharu dapat dikesan untuk

mewakili negeri atau negara dalam sukan yang mereka ceburi satu

masa nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang saya hormati

Selaras dengan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ataupun

RIMUP, kejohanan ini merupakan satu landasan yang amat baik ke arah

perpaduan, menjalinkan sifat hormat-menghormati dan semangat

5
kerjasama yang tinggi. Dengan adanya kejohanan seperti ini, secara

tidak langsungnya memberikan pendidikan kepada murid-murid dan

para atlet bahawa bukan sahaja pingat yang kita cari, malahan

persahabatan dari rakan-rakan atlet dari pelbagai kaum daripada

sekolah-sekolah sekitar daerah Bachok ini amat penting. Dari sinilah

nanti dapat membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang

berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang dan akhirnya dapat

membentuk sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni

sebagaimana gagasan Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri

Ismail Sabri B. Yaakob ke arah pembentukan Keluarga Malaysia yang

harmonis, bersatu hati dan keterangkuman antara kaum dapat dipupuk

secara lebih berkesan dan efektif.

Kepada para atlet sekalian

Jadikanlah kegiatan sukan sebagai satu aktiviti yang berterusan

sepanjang hayat. Dengan bergiat aktif di dalam bidang sukan dapat

menjadi penghalang kepada penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang

tidak sihat. Sebagai satu latihan persiapan mental dan spiritual,

seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat

juang yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita

mampu membangunkan modal insan yang berkualiti dan insan yang

6
memiliki minda kelas pertama yang bakal menjadi peneraju negara pada

masa hadapan. Saya berharap dan akan selalu mendoakan agar semua

atlet dari daerah Bachok ini akan sentiasa berjaya dan terus maju demi

memartabatkan sukan negara ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan serta para atlet sekalian.

Sebagai mengakhiri ucapan saya ini, saya sekali lagi ingin

mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa

pengelola dan para pegawai kejohanan kerana telah dapat

menganjurkan Kejohanan Olahraga MSSD Bachok Kali Ke 18 pada

tahun ini. Saya kira Kejohanan Olahraga MSSD Bachok ini merupakan

kejohanan olahraga tahunan yang terbaik yang dapat melahirkan

potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang

mana kita percaya semua murid mempunyai potensi dan bakat yang

boleh digilap.

Kepada para atlet yang mengambil bahagian, tahniah kerana terpilih

mewakili zon masing-masing dan teruskanlah perjuangan anda semua.

Kepada yang berjaya, syabas dan tahniah diucapkan dan bagi yang

gagal pada hari ini, janganlah mudah berputus asa kerana gagal sekali

bukanlah gagal untuk selama-lamanya. Percayalah bahawa kamu

7
semua adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik kerana hanya yang

paling baik mampu berada di sini. Kepada semua, Syabas! Teruskan

momentum kecemerlangan ini di mana jua kamu berada.

DENGAN LAFAZ ‘BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM’ Dengan nama

Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, SAYA

MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD

BACHOK KALI KE 18 BAGI TAHUN 2022

Sekian.

Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

You might also like