You are on page 1of 2

1.

0 Pengenalan

Kebudayaan

Perkataan budaya berasal daripada Bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang
berasal daripada perkataan budhi yang membawa maksud budi dan akal. Kebudayaan
merupakan seluruh cara hidup manusia samada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, amalan,
perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian
besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun-temurun.

Menurut kamus, kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan. Kamus Dewan
(2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir),
berkelakuan dan sebagainya. Justeru itu, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi system social, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Peradaban dan Tamadun

Dalam Bahasa inggeris, istilah civilizations paling meluas digunakan bagi merujuk
kepada istilah peradaban atau tamadun. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki
tingkah laku yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut
keperluan masyarakat.

Istilah civilizations dalam Bahasa inggeris itu dikatakan lahir daripada perkataan Latin
iaitu civitas yang membawa maksud city atau bandar. Perkataan peradaban lebih sinonim
dengan bandar atas alasan tiap-tiap tamadun yang ternama memiliki bandar-bandar yang
besar dan ciri-ciri sesebuah peradaban mudah ditemui di kawasan bandar.

Dari perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan dinnin atau
dainun. Umran membawa makna harta, Kawasan yang didiami berkembang subur dan maju,
perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan. Istilah adab pula, merujuk kepada jemputan
ke suatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok tingkah laku yang menunjukkan
pemikiran dan roh. Ta’dib adalah proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun
membawa maksud kepatuhan, penyerahan, cara hidup, pinjaman, hakim atau pemerintah,
Madinah (sesebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah).
Tamadun

You might also like