You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS ATURCARA PEMANTAUAN KBAT

Ketibaan tetamu kehormat

sambutan kompang/tarian/wartawan

Perjumpaan PGB (tayangan montaj)

Selamat datang diucapkan kepada Dr Rosmarina Ahmad Khariri, selaku Penolong Pengarah, Jabatan
Perancangan Dasar, Pusat Perancangan Penyelidikan & Inovasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia,
KPM diriiringi oleh Pn Dolphina Balang selaku Pegawai SISC+ dari PPD Lawas.

Dimaklumkan bahawa Dr Rosmarina Ahmad Khariri merupakan seorang yang sangat berpengalaman
dalam bidang ini dimana mempunyai pengalaman selama 5 tahun mengajar di sekolah, 11 tahun
mengajar di IPG dan 5 tahun sebagai pegawai di IPGM. Sudah pastinya dengan pengalaman yan ada,
lawatan beliau ini akan banyak membantu kita untuk meningkatkan lagi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Untuk meneruskan lagi majlis kita, dengan sukacitanya menyerahkan majlis ini kepada En Julkipli bin
Tangah, Pengetua SMK Merapok untuk memberikan taklimat ringkas beserta tayangan montaj.
Majlis mempersilakan.

Penyampaian cenderahati

Demikianlah tadi taklimat ringkas serta tayangan montaj yang telah kita dengar dan saksikan.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Dr
Rosmarina Ahmad Khariri. Oleh itu, dijemput En. Julkipli bin Haji Tangah untuk menyampaikan
cenderamata kepada Dr Rosmarina Ahmad Khariri diiringi oleh Pn Dolphina Balang.

Pencerapan

Seterusnya kita akan meneruskan agenda kita pada pagi ini dengan pencerapan yang dilakukan oleh
kedua pemantau kita pada hari ini. Dipersilakan.
Jamuan makan

Bersyukur kita kerana majlis hari ini berlangsung dengan lancar. Sebelum kita meneruskan agenda
kita yang seterusnya, tetamu-tetamu jemputan dipersilakan untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan.

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh tepi jambangan,

Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Saya mewakili jawatankuasa aturcara memohon ampun ke atas salah dan silap sepanjang
pengendalian aturcara .

Sekian terima kasih dan salam hormat.

You might also like