You are on page 1of 1

Kelebihan menggunakan kamus imbuhan dalam talian ialah entri yang disusun menurut abjad

menyebabkan pelajar dan penterjemah untuk membuat rujukan dengan mudah dan cepat.
Mereka tidak perlu membuka halaman demi halaman untuk merujuk maksud dan penggunaan
setiap imbuhan awalan dan akhiran tersebut dalam sesuatu perkataan. Entri yang disusun
menurut abjad dapat memberi contoh dan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam
sesuatu perkataan dengan jelas dan padat. Dalam bahasa Inggeris, terdapat banyak imbuhan
awalan iaitu prefix dan imbuhan akhiran iaitu suffix yang merupakan akar kepada
pembentukan sesuatu perkataan. Sebagai contohnya, imbuhan awalan iaitu prefix yang biasa
ditemukan dalam bahasa Inggeris adalah Un- yang bermaksud tidak dan contoh perkataan
yang terbentuk hasil daripada imbuhan tersebut adalah unfinished, untouchable, unbeleivable
dan undone. Seterusnya, contoh imbuhan akhiran iaitu suffix ialah -ness yang bermaksud satu
keadaan yang sedang dialami dan contoh perkataan yang terbentuk hasil daripada imbuhan
tersebut adalah happiness, sadness dan sickness. Imbuhan awalan dan akhiran bukan sahaja
wujud dalam bahasa Inggeris malah turut terdapat dalam bahasa Melayu dengan maksud dan
contoh yang jelas dan padat. Contoh imbuhan awalan ialah eka- (satu) dwi- (dua), tri- (tiga)
dan panca- (lima) yang merujuk kepada bilangan dan contoh perkataan hasil daripada
imbuhan yang dinyatakan di atas adalah ekabahasa, dwitahunan,tribahasa dan pancaindera.
Contoh imbuhan akhiran ialah -man, -wan, -wati, -nita yang merujuk kepada pelaku
perbuatan, pekerjaan atau tugas dan pemilik sifat atau keupayaan dan contoh perkataan hasil
daripada imbuhan yang dinyatakan di atas adalah seniwati, biduanita, seniman dan
budayawan. Jika kita melihat, imbuhan awalan dan akhiran dalam kedua-dua bahasa tersebut
bukan sahaja mengubah makna malah mengubah kelas kata misalnya dari kata kerja menjadi
kata nama atau kata adjektif. Jelaslah bahawa, penyusunan entri menurut abjad dapat
membantu pengguna sasaran menambah ilmu dengan maksud dan penggunaan imbuhan
awalan pada bahagian hadapan dan imbuhan akhiran pada bahagian belakang dalam sesuatu
perkataan selain membantu membuat rujukan dengan cepat dan mudah.

You might also like