You are on page 1of 5

SENARAI PROGRAM DI KOLEJ VOKASIONAL

PROGRAM PENERANGAN

Agroindustri Tanaman Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan
penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan
infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan
industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Agroindustri Tanaman Program ini diberi pendedahan kepada murid berkaitan tanaman sayuran,
(Hortikultur) rumput turf, bungaan, hiasan, landskap dan hortikultur dan berterusan dan
hortikultur organik. Bidang penyelidikan termasuk bioteknologi tanaman,
sains dan teknologi biji benih, pembiakan, pertumbuhan dan
perkembangan, fisiologi tanaman, nutrisi mineral, pengeluaran tanaman
dan fisiologi lepas tuai.

Agroindustri Ternakan Poultri Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki
dua – unggas (poultri) daripada penyediaan kawasan ternakan,
pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan
pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.

Agroindustri Ternakan Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan
Ruminan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan,
pembiakan dan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan
kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminan. Contoh: lembu,
kuda, kambing dan kerbau.

Akuakultur Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air
tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan
mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur
dalam persekitaran terkawal.

Bakeri & Pastri Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan
roti, kek, manisan, coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza,
membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan
kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Bioteknologi Program ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi


bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja
dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang
dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula
Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan tisu.

Insuran Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi,
tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem
insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.

Kesetiausahaan Pentadbiran Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran
pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi
menyediakan minit mesyuarat, laporan penyediaan dokumen penting
dalam kerja pentadbiran.

Kosmetologi Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah
dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksiologi
serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian
salon.
Multimedia Kreatif Animasi Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media
yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan
mempelajari konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi
lain yang berkaitan.

Pelancongan Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana


pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi
pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta
kemahiran dalam pemasaran dan jualan.

Pemasaran Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti


kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan
produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.

Pemprosesan Makanan Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada
ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping
itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia.

Pengajian Awal Kanak- Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan
kanak pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat
sekolah rendah. Murid didedahkan dengan pengurusan pembelajaran,
perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat
tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Pengurusan Perniagaan Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran,
perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan
dan etika serta protokol perniagaan.

Pengurusan Peruncitan Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok,
penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat
pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam
bidang peruncitan.

Perakaunan Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat


seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi,
imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.

Rekabentuk Grafik dan Program ini akan mendedahkan murid dengan desktop publishing, grafik,
Media Cetak percetakan, pengiklanan, label pembungkusan di mana akhirnya akan
dijelmakan dalam media cetak.

Seni Kulinari Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan
dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut,
masakan timur dan barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, seni
makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Seni Reka Fesyen Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan
jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi
pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan
pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Seni Bina Landskap Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap,
pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara
tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana
menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.
Teknologi Automotif Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi
menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif,
menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara.

Teknologi Elektrik Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC &
AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik
dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan
mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan
pemasangan yang ditetapkan.

Teknologi Elektronik Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti
simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan
mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan
penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem
kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.

Teknologi Enjin Marin Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan amali yang
merangkumi penyelenggaraan dan baik pulih enjin jentera marin. Antara
skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki
sistem transmission, elektrik & elektronik dan mengimpal. Murid turut akan
didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk
menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Teknologi Kimpalan Murid akan mempelajari proses mengimpal ke atas logam dan seterusnya
membuat kimpalan ke atas logam seperti kimpalan jenis arka dan gas,
membaca simbol dan lukisan blueprint dan juga menguji sambungan
kimpalan. Murid didedahkan tata cara serta teknik pemotongan mekanikal
dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan
kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan
dengan automasi komputer.

Teknologi Mekanisasi Agro Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan
tanaman, ternakan, pengurusan ladang, penyediaan kawasan
penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan
pemasaran hasil.

Teknologi Pembinaan Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu
struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara
asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas
kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri.

Teknologi Pembuatan Bot Program ini memeberi pendedahan kepada murid secara teori dan amali
berkaitan pembuatan bot secara gentian kaca atau kayu.

Teknologi Pemprosesan Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan
Kayu dan Kemasan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan
sesuai digunakan.

Teknologi Pemesinan Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel


Industri pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan
terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan
pengoperasian mesin industri.
Teknologi Sistem Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan
Pengurusan Pangkalan Data sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya
dan Aplikasi Web dengan aplikasi web sebagai perantara atau User Interface (UI).

Teknologi Sistem Komputer Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan,
dan Rangkaian penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta
rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran
dan integrasi sistem maklumat.

Teknologi Penyejukan & Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan
Penyamanan Udara pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman
udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja
memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut
prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di
peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi
tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.

Automotif – Servis Selepas Murid akan didedahkan penggunaan alatan tangan, mesin, keselamatan,
Jualan (TP-300-2:2013) penyelenggaraan, pembaikkan, bermula dari kerja-kerja asas hingga
Automotif – Servis Selepas kerja-kerja separuh mahir sebagai seorang mekanik kenderaan.
Jualan (TP-300-3:2013)
Dandanan Rambut Murid diberi pendedahan berkaitan dandanandan penjagaan rambut
amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.

Operasi Pembuatan Perabot Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta kemahiran praktikal
(RB-050-2:2012) dalam bidang rekabentuk dan pembuatan perabot serta mempunyai
kebolehan untuk bekerja di dalam pasukan.

Operasi Pemesinan Murid diberi pendedahan berkaitan amalan bengkel pemesinan industri,
(MC-050-2:2012) lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer,
mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.

Pemasangan Dan Murid diberi pemahaman yang khusus di dalam sistem elektrik dan juga
Penyelenggaraan Elektrik- fungsi-fungsinya. Murid didedahkan berkaitan pemahaman asas dan
Satu Fasa pengetahuan dalam pengukuran, pemasangan dan penyelesaian masalah
dalam sistem dan peralatan elektrik serta penekanan dan teknik-teknik
(EE-320-2:2012)
penyelenggaraan, operasi dan sistem pemasangan elektrik dan peralatan
yang lebih kompleks.

Pemasangan Dan Murid akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
Troubleshooting Peralatan pemasangan dan pembaikpulihan peralatan elektronik, microcontroller,
Elektronik programmable logic controller (PLC), pengurusan penyelenggaraan dan
penyeliaan.
(EE-021-2:2012)
Pembinaan Bangunan Murid didedahkan kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan
Residensi didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan,
(BC-030-3:2013) asas lukisan pelan, keselamatan industri dan lain-lain.

Penyediaan & Pembuatan Murid didedahkan kepada operasi dan penyelenggaraan dapur,
Makanan penyediaan makanan dan restoran, penyediaan makanan halal dan
(HT-012-2:2012) pengurusan makanan.
Peperkhidmatan Pembaikan Murid akan didedahkan penggunaan alatan tangan, mesin, keselamatan,
- Kenderaan Ringan penyelenggaraan, pembaikkan, bermula dari kerja-kerja asas hingga
(G452-002-2:2018) kerja-kerja separuh mahir sebagai seorang mekanik kenderaan.
Servis Diagnostik Kenderaan
Ringan
(G452-002-3:2018)

Reka Bentuk Floral Murid diberi pendedahan berkaitan modul gubahan bunga secara teori &
(HT-071-3:2014) praktikal yang bersesuaian mengikut tema & masjlis. Murid turut
didedahkan kaedah & proses gubahan.

Terapi Estetik Murid diberi pendedahan berkaitan penjagaan dan rawatan wajah amalan
kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.

*Tertakluk kepada perubahan semasa ke semasa

You might also like