You are on page 1of 3
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8, Level 8, Block EB, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Compleks Parcel E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ‘Tel : 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fax : 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman web : http//www.moe.gov.my ‘SPI:KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jid. 4(13) 28 Jun 2011 ‘Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Polajaran Negeri Y. Bhg, Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 10 TAHUN 2011 GARIS PANDUAN PENGLIBATAN PIHAK SEKOLAH DALAM PROGRAM ATAU AKTIVIT| ANJURAN PIHAK LUAR SELAIN DARIPADA AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat pelbagai pihak luar termasuk agensi-agensi kerajaan di bawah kementerian lain, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat korporat dan sebagainya yang menganjurkan program atau aktiviti yang melibatkan murid-murid dan guru-guru sekolah di bawah_ Kementerian Pelajaran. Pihak Kementerian mengalu-alukan inisiatif pihak luar yang ingin menyumbang khidmat bakti demi kepentingan pendidikan negara 2. Oleh kerana setiap penyertaan akan memerlukan kehadiran guru untuk mengiring serta mengawasi keselamatan dan kebajikan murid, pihak Kementerian berpendapat bahawa penyertaan dalam terlalu banyak program dan aktiviti luaran akan menjejaskan masa berkualiti (quality time) proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tugas utama guru. Keadaan ini menyebabkan sebahagian guru merasa terbeban dengan tugas- tugas di luar bidang utama mereka yang memberi kesan kepada aspek profesionalisme guru. Sebagai langkah bagi menangani isu beban tugas guru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia ingin memaklumkan beberapa peraturan tambahan kepada garis panduan penglibatan warga sekolah dalam program dan aktiviti anjuran pihak luar. 3. Sehubungan itu, kerjasama semua Pengarah Pelajaran Negeri, Pengetua dan Guru Besar dipchon untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut 3.41 Pengetua dan Guru Besar boleh memilih untuk terlibat dalam program atau aktiviti anjuran Agensi Bukan Kerajaan (NGO, syarikat korporat dan sebagainya) berdasarkan keperluan dan kemampuan pihak sekolah 3.2 Pengetua dan Guru Besar boleh menentukan keperluan untuk guru menghadiri program atau aktiviti anjuran Agensi Bukan Kerajaan yang berbentuk kursus/seminar/latihan bagi guru. Pelepasan guru untuk menghadiri program atau aktiviti tersebut seharusnya tidak menjejaskan pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan harian sekolah. 3.3. Tugas untuk mengiring serta mengawasi keselamatan dan kebajikan murid- murid semasa mengikuti program atau aktiviti di luar sekolah perlu digilirkan secara saksama dalam kalangan semua guru. 4, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) ini hendaklah dibaca bersama peraturan-peraturan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas(SPI) Bil. 7/1988 bertarikh 10 Mac 1988: Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan, SPI Bil. 24/1998 bertarikh 10 Oktober 1998: Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan SPI Bil. 9/2004 bertarikh 16 September 2004: Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kemente Pelajaran Malaysia. 5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg, Datuk/Dato’Tuan/Puan Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” y| DATO’ ABD’GNAFAR BIN MAHMUD Ketua Pet jajaran Malaysia sk 1. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Menteri Pelajaran Malaysia 2. YB Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran 3. YB Dr. Mohd Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran 4, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like