You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU, Tel : 06-2650159


77400 Sungai Rambai, Faks : 06-2650159
Melaka. e-Mail : MBA1026@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKPP. 600-3/5/6 ( )


Tarikh : 8 Ogos 2022

MELAKA UNITED FOOTBALL CLUB

WISMA MUSA, PERSIARAN KOMPLEKS SUKAN HANG JEBAT,

JALAN PADANG BOLASEPAK, PAYA RUMPUT, KRUBONG

75260 MELAKA

(u.p: EN. AMAR RIZWAN BIN MOHD YUSOF)

Tuan/Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN MENYAKSIKAN PERLAWANAN MELAKA UNITED

Perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu berhasrat ingin mengadakan lawatan sambil
belajar serta menyaksikan perlawanan Melaka United menentang Sri Pahang FC sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum. Butiran lawatan adalah seperti berikut:

TEMPAT: Stadium Hang Jebat, Melaka

TARIKH: 13 Ogos 2022 (Sabtu)

MASA: 4.30 petang

BILANGAN PESERTA: 46 orang (40 murid & 6 guru)

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya pihak MUSA dapat memberikan kerjasama
sepanjang lawatan kami. Warga SKPP merupakan sebahagian daripada ribuan penyokong Melaka United dan
berharap sekiranya ketika lawatan ini, kami dapat beberapa keistimewaan seperti berikut:

i. Tempat duduk di stadium yang jelas.

ii. Pengurangan harga tiket bagi peserta lawatan.

iii. Sesi bergambar dan ramah mesra bersama pemain-pemain Melaka United.

4. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak MUSA dapat mempertimbangkan beberapa permintaan kami.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(ARZAMAN BIN ALI)
Guru Besar
SK Parit Penghulu,
77400 Sungai Rambai, Melaka..

“ Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU, Tel : 06-2650159
77400 Sungai Rambai, Faks : 06-2650159
Melaka. e-Mail : MBA1026@moe.edu.my

Kepada:

Guru Besar,
SK Parit Penghulu,
77400 Sg. Rambai,
Melaka.

Tuan,

Saya ____________________________________________ Ibu/Bapa/Penjaga kepada


____________________________ yang berada di Tahun __________________, dengan
ini membenarkan/tidak membenarkan anak/jagaan saya menyertai Kejohanan Liga
Pembangunan Bola Sepak Bawah 10 Tahun. Semoga program tersebut akan berjalan
dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________________________

(No. Tel.: )

“ Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

You might also like