You are on page 1of 10
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata adjektif terbitan dan satu kata bilangan himpunan. Ke emudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pada era serba pantas dan moden ini, berbagai-bagai masalah kemurungan dijangka bakal menjadi penyakit kesihatan mental yang utama dialami oleh masyarakat dunia disebabkan oleh desakan dan tekanan daripada pelbagai aspek, seperti kerjaya, ekonomi dan keluarga. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat dicegah jika semua ahli masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara konsisten, tidur yang mencukupi dan tidak menggunakan platform media sosial secara melampau. Dipetik daripada Ayuh, Cegah Sebelum Parah! Oleh Muhammad Lutfi Zahid, Dewan Siswa, bil 12/2019 [4 markah] @® isas sava Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata adjektif terbitan dan satu kata bilangan himpunan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya, Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pada era serba pantas dan moden ini, berbagai-bagai masalah kemurungan dijangka bakal menjadi penyakit kesihatan mental yang utama dialami oleh masyarakat dunia disebabkan oleh desakan dan tekanan daripada pelbagai aspek, seperti kerjaya, ekonomi dan keluarga. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat dicegah jika semua ahli masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara konsisten, tidur yang mencukupi dan tidak menggunakan platform media sosial secara melampau. Dipetik daripada Ayuh, Cegah Sebelum Parah! Oleh Muhammad Lutfi Zahid, Dewan Siswa, bil 12/2019 [4 markah] (CINE S07 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata kerja aktif transitif dan satu kata nama am . Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atay nama Khas. Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25 peratus daripada keperluan tenaga badan. Sekiranya kita tidak mengambil sarapan, paras gula dalam darah menjadi sangat rendah dan mengurangkan penghantaran bekalan nutrisi kepada otak. Perkara ini menyebabkan sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada 10 Perkara Yang Merosakkan Otak Oleh Dr. Farhan Hadi Mohd Taib Majalah Gen-Q Versi Digital,2021 [4 markah] @® imsas saya Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Ingatlah bahawa kulit wajah anda adalah lebih sensitif daripada bahagian badan yang lain. Anda boleh membasuh wajah dengan pencuci muka kompilasi mandi atau membasuh wajah dan berasingan di singki. Elakkan penggunaan minyak panas kerana boleh menyebabkan kulit mengelupas. Ambil tahu tentang jenis kulit dan pilihan pencuci muka yang bersesuaian. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat kering, elakkan pengambilan produk yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi kerana boleh menyebabkan kulit anda bertambah kering. Dipetik dan diubah suai daripada 10 Cara Bagi Menjaga Kebersihan Diri Oleh Fakhira Yaacoob https://www.Ceriasihat.com [8 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata majmuk dan dua kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Terkini, wabak penyakit yang dikenali sebagai koronavirus telah mencetuskan kebimbangan masyarakat sedunia. Koronavirus atau dipanggil sebagai Covid-19 dikatakan berasal dari Wuhan yang merupakan ibu negeri wilayah Hubei di China. Pesakit pertama yang dijangkiti virus ini dikatakan berlaku pada penghujung tahun lalu. Ramai yang berpendapat bahawa virus ini datang dari pasar basah haiwan eksotik di Wuhan. Setakat artikel ini ditulis, lebih daripada 1,000 orang pesakit telah meninggal dunia, manakala lebih 30 ribu orang telah dijangkiti virus ini di seluruh dunia. Dipetik dan diubah suai daripada “Koronavirus: Jejaskan Ekonomi Global?” oleh Rohami Shafie Dewan Masyarakat, bil 3/2020 [8 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata kerja transitif dan satu kata hubung Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kesihatan yang baik berpunca daripada pemakanan yang scimbang dan sempurna. Secara ringkas, pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan secara seimbang. Namun begitu, masih banyak antara kita yang tidak sedar bahawa faktor pemakanan yang tidak seimbang juga mengundang masalah kesihatan yang boleh membawa maut dan secara tidak langsung, menjadi punca utama pelbagai penyakit yang kronik. Dipetik dan diubah suai daripada Amalan Pemakanan Seimbang oleh Samat Buang Dewan Siswa, bil 3/2017 [4 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata adverba dan satu kata bantu ragam. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kementerian Kesihatan mengingatkan semua rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan konsep “lihat, hidu dan rasa” bagi mengelak keracunan makanan dan sentiasa mencuci tangan bagi mencegah penyakit berjangkit yang merebak melalui sentuhan serta cecair pernafasan. Pengambilan kuantiti makanan perlu dikawal dengan mengurangkan makanan tinggi kandungan gula, lemak dan garam, sebaliknya mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air kosong. Selain itu, hentikanlah amalan merokok. Bagi pemandu yang memandu pulang ke kampung, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Dipetik dan diubah suai daripada Amal Cara Hidup Sihat, Jaga Kebersihan Rumah Elak Penyakit. www.bharian.com.my [4 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata bantu dan dua kata kerja tak transitit. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas, Terdapat beberapa jenis gangguan kebimbangan. Apa-apa pun jenisnya, yang pasti, gangguan ini akan mengganggu kehidupan seharian penghidapnya. Dalam kes yang melampau, gangguan ini akan menyukarkan hidup seseorang. Penghidapnya mungkin berasa tidak selamat untuk memasuki lif, menyeberangi jalan atau meninggalkan rumah sendiri. Sekiranya hal ini tidak dirawat, kebimbangan akan terus bertambah buruk. Gangguan emosi merupakan gangguan yang paling biasa dan boleh mempengaruhi sesiapa sahaja pada pelbagai peringkat usia. Menurut Persatuan Psiki iatri Amerika, wanita lebih cenderung didiagnosis dengan gangguan kebimbangan berbanding dengan lelaki. Dipetik daripada Kebimbangan Tanpa Sebab? oleh Nurul Abdul Mutalib Dewan Masyarakat, bil 03/2021 [8 markah] (CUES Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa and, Jaham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Wujudnya isu moral dan etika yang timbul berhubung dengan penyaluran maklumat melalui telefon pintar menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram. Satu daripadanya ialah isu privasi. Dalam hal ini, pihak-pihak yang terlibat harus menghormati hak masing-masing. Contohnya, majikan menghormati hak pekerja dan sebaliknya. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sifat kedua-dua aplikasi tersebut yang mudah diakses pada bila-bila masa dan lazim digunakan, kesedaran terhadap privasi seseorang yang perlu dihormati agak kurang dalam kalangan masyarakat. Dipetik dan diubah suai daripada Sembang Maya Lawan Sembang Bersemuka oleh Hasrina Baharum Pelita Bahasa, bil 9/2020. Hal. 10 [6 markah] (CIEE Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan satu kata nama terbitan dan satu kata bilangan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Perpaduan ialah hadiah tidak ternilai dan perlu dipelihara serta dihargai semua rakyat di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia. Perpaduan terhasil apabila seluruh rakyat daripada pelbagai etnik dan agama saling menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum. Di negara kita, perpaduan dalam komuniti pelbagai kaum ialah sebahagian daripada sejarah dan warisan. Dipetik dan diubah suai daripada www.bharian.com.my [4 markah]

You might also like