You are on page 1of 3

SOALAN: Sejak kebelakangan ini jenayah siber semakin berleluasa.

Oleh itu,pelbagai langkah


perlu diambil bagi membanteras jenayah tersebut.Bincangkan.

Isu : Jenayah siber

Fokus 1: Sebab-sebab berlaku

Fokus 2: Langkah Mengatasi

Skema Jawapan : 2+3 @ 3+2

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu yang semakin berleluasa pada
masa kini dan dilakukan melalui internet.Terdapat pelbagai langkah dapat dilaksanakan bagi
membanteras jenayah ini.

Sebab jenayah siber semakin berleluasa ialah kerana kesukaran untuk mengenal pasti siapa
penjenayahnya.Penjenayah siber amat sukar dikenalpasti oleh pihak berkuasa disebabkan
mereka adalah golongan yang berpengetahuan dan professional dalam menyembunyikan
identiti diri mereka semasa menjalankan aktiviti jenayah siber.Contohnya,mereka memaparkan
gambar orang lain di profil laman sosial mereka sebagai identiti palsu mereka. Maka,identiti
palsu yang digunakan menjadi sebab kukuh jenayah siber semakin meningkat.

Sebab seterusnya ialah sikap manusia iaitu sikap penjenayah siber.Sikap penjenayah siber
sukar untuk diramal dan dikawal kerana mereka sering menyerang sistem perkomputeran
sesuka hati dan ingin menunjukkan kehebatan diri mereka dalam memonapoli dunia
siber.Contohnya,mereka menguasai dunia siber dengan melakukan penipuan,kerosakan atau
pengubahsuaian program atau data komputer,pencurian maklumat dan penggodaman.Hal ini
demikian,mereka bersikap tamak sehingga sanggup melakukan jenayah siber untuk
mendapatkan hasil yang lumayan.
Sebab selanjuntnya ialah sebagai kepentingan ketenteraan bagi sesebuah negara.Dunia
tanpa sempadan dapat menjanjikan peluang,ancaman,kesejahteraan,kemusnahan dan
keamanan serta peperangan.Hal ini kerana peperangan zaman siber tidak melibatkan
peperangan secara fizikal tetapi memerlukan ilmu pengetahuan tinggi dalam mengendalikkan
sistem komputer bagi mengerunkan musuh peperangan.Tamsilannya,aktiviti menggodam dan
penyebaran virus dapat dilakukan bagi melemahkan dan merosakkan sistem pertahanan
sesebuah negara atau mencuri maklumat penting pihak lain.Jelaslah bahawa jenayah siber
semakin bertambah apabila sesebuah negara menggunakan dunia siber sebagai alat
kepentingan ketenteraan negara tersebut.

Langkah bagi mengatasi jenayah siber ialah memperkasakan penguatkuasaan undang-


undang siber.Agensi-agensi kerajaan seperti Bahagian Jenayah Perdagangan Polis Diraja
Malaysia PDRM,Suruhanjaya Kominukasi dan Multimedia SKMM serta Bank Negara perlu
ditingkatkan keampuannya dalam bidang teknologi sistem komputer untuk menangani jenayah
siber.Tamsilannya,kakitangan agensi-agensi kerajaan tersebut diberi latihan untuk
meningkatkan kemahiran dalam forensik komputer untuk digunakan dalam siasatan dan
analisis bagi mendapatkan bukti kukuh untuk mendakwa penjenayah siber tersebut.Oleh
itu,memperkasakan penguatkuasaan undang-undang menjadi tunjang utama dalam mengatasi
jenayah siber.

Antara Langkah yang lain ialah memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan syarikat
atau pengguna komputer.Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu mengambil langkah
keselamatan terlebih dahulu dengan meningkatkan keupayan mereka dalam mengekang
pencerobohan siber seperti berkongsi masalah pencerobohan siber dan penggodaman dengan
kerajaan.Selain itu,pengguna internet boleh berkongsi pengetahuan dan memberi cadangan
kepada kerajaan untuk memaksimumkan tahap forensik komputer kerajaan,komputer swasta
dan komputer persendirian daripada digodam oleh penjenayah siber.
Kesimpulannya,jenayah siber yang berleluasa dapat dibendung dengan adanya kerjasama
antara kerajaan dengan pelbagai pihak berkaitan supaya dunia siber ini selamat untuk dilayari
oleh semua peringkat umur tanpa had sempadan.

Isi lain (Langkah-langkah)

Langkah yang seterusnya ialah mengadakan pemantauan yang berkesan.pihak berkuasa pelu
mengadakan pemantauan di alam siber untuk mengesan kegiatan golongan yang tidak
bertanggungjawab.Contohnya,rondaan dalam internet perlu ditingkatkan oleh Unit Jenayah
Siber PDRM bagi membanteras jenyah siber yang semakin berleluasa dan membendung trend
ungutan berbaur ancaman dalam laman sosial seperti Facebook.Pemantauan ini hendaklah
turut dibuat dengan Kerjasama SKMM dan Cyber Security Malaysia.

Langkah selanjutnya ialah mengadakan kerjasama dengan negara lain secara global.Kerajaan
perlu bekerjasama denga negara lain untuk memaksimumkan keupayaan dalam menghadapi
serangan penjenayah siber.Hal ini kerana hubungan baik dengan negara lain membolehkan
negara tersebut berkongsi maklumat mengenai keselamatan komputer dan menubuhkan unuit
pencegahan jenayah siber.Malahan,boleh mendapatkan bantuan pakar dari negara maju
seperti Amarika Syarikat dan Britain untuk memerangi penjenayah siber.

Langkah yang lain bagi membanteras jenyah siber ialah memberi kesedaran kepada
masyarakat.Kerajaan perlu menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber melalui
penerapan awal sejak di bangku sekolah lagi manakala untuk golongan dewasa pula,penerapan
dilakukan melalui media massa dan media elektronik supaya pencegahan awal dapat
diambil.Bahkan,pendedahan mengenai jenayah siber dan cara untuk mengelakkan diri daripada
menjadi mangsa jenayah siber perlu diberikan agar lahir masyarakat yang celik teknologi
maklumat.Dengan itu,masalah jenayah siber dapat dibendung daripada terus berleluasa.

You might also like