You are on page 1of 124

Memahami Petunjuk

& Kitaran Ekonomi


Untuk Menjana
Pulangan &
Mengurangkan
Risiko Kerugian

Razali Razman
Semua Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengulang cetak atau siar mana-mana bahagian slaid dan video dalam
apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain tanpa persetujuan bertulis penerbit. Kaedah yang digariskan
dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi semua individu dan tiada jaminan diberikan
bahawa penggunaan kaedah dalam buku ini akan menghasilkan keputusan tertentu.

Tiada jaminan dibuat berhubung dengan ketepatan atau kesempurnaan maklumat


yang terkandung dalam buku ini. Penulis tidak bertanggung jawab terhadap apa jua liabiliti,
kerugian atas risiko peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat, secara
langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi apa juga kandungan
daripada buku ini.

Razali Razman
© Semua hakcipta terpelihara. 1 Jun 2020

Diterbitkan oleh:
Razz Publications
83 Jalan Setiajasa
Medan Damansara
50490 Kuala Lumpur
E-mel: razzpublishing@gmail.com
Kursus ini disediakan atas dasar satu orang untuk setiap pembayaran. Seperti kursus atau seminar dunia
sebenar di mana pembayaran satu tiket ialah untuk satu peserta.

Apabila membuat keputusan untuk menyampaikan kursus online ini dalam bentuk terbuka, saya amat
bergantung kepada kejujuran anda untuk menyimpan salinannya ini dalam komputer, pad, telefon atau peranti
lain milik anda sahaja. Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk membeli, minta mereka dapatkannya
daripada laman web atau kedai Shopee saya. Kursus ini hanya dijual oleh Razz Publications.

Dengan meneruskan kursus, anda dianggap telah bersetuju dengan syarat untuk tidak menyebarkannya.
Sekiranya anda menerima kursus ini daripada orang lain, diharapkan anda mengunjungi laman web atau Shopee
saya dan membuat pembelian. Jika tidak, anda menggunakannya tanpa persetujuan saya.

Saya ada menulis banyak artikel di FB dan blog yang boleh dibaca percuma dan mengandungi kebanyakan
maklumat yang ada di sini. Buku, ebook dan kursus saya pula ialah untuk jualan dan meraih hasil daripada kerja
yang saya lakukan. Saya yakin jauh lebih ramai orang yang jujur dan menghormati hak cipta saya.

Tetapi pengecualian diberikan kepada mereka yang benar-benar tidak mampu membayar tetapi bertekad mahu
belajar. Gunakan dulu dan bayar apabila anda berkemampuan pada masa depan.

Kerjasama anda amat saya hargai.


Kandungan
1. Mengapa Kaji Petunjuk dan Kitaran Ekonomi?
2. Bagaimana Ekonomi Berfungsi
3. Mikroekonomi dan Makroekonomi
4. Penawaran dan Permintaan
5. Belanjawan dan Dasar Fiskal Negara
6. Pertumbuhan KDNK dan Kemelesetan Ekonomi
7. Dasar Wang Bank Pusat
8. Bekalan Wang
9. Kadar Inflasi
10. Kadar Faedah dan Keluk Kadar Hasil
Kandungan
11. Kadar Tukaran dan Rizab Mata Wang Asing
12. Eksport & Import Serta Imbangan Pembayaran
13. Pendapatan Negara dan Kadar Pengangguran
14. Hutang Kerajaan, Isi Rumah & Korporat
15. Indeks Keyakinan Pengguna, Pembuatan & Pelopor
16. Indeks Harga Rumah & Jualan Kereta
17. Harga Minyak, CPO & Emas
18. Indeks dan P/E Pasaran Saham Malaysia, AS dan Dunia
19. Konsep Kos Lepas dan Untung Luar Biasa
20. Suasana Politik dan Faktor Lain
Covid-19: Krisis Coronavirus
1. Mengapa Kaji Petunjuk dan Kitaran Ekonomi?
1. Keadaan ekonomi pengaruhi untung syarikat, pasaran saham dan bon
2. Buat keputusan tentang masa untuk membeli dan menjual
3. Menentukan sektor mana yang sedang berkembang dan menguncup
4. Membantu menentukan peruntukan aset anda
5. Mempertimbangkan berapa banyak risiko yang mahu diambil
6. Menentukan negara atau rantau mana yang sesuai dilaburkan
7. Elakkan diri daripada terlalu lalai dalam pasaran hangat
8. Siap-sedia dan ambil kesempatan daripada kejatuhan pasaran
INDEKS S&P 500 - AS
2. Bagaimana Ekonomi Berfungsi
Video daripada Ray Dalio - Cara Ekonomi Berfungsi
● Video yang memberikan penerangan paling mudah tentang kitaran ekonomi
● Merupakan simplifikasi tetapi boleh memberikan gambaran menyeluruh
● Banyak lagi faktor dan pemboleh ubah tetapi memberikan kefahaman asas
● Sari kata dalam Bahasa Malaysia. Jika tiada klik pada CC dan pilih Malay

Ray Dalio ialah seorang billionaire yang mengasaskan syarikat


dana Bridgewater Associates pada 1975, yang kini merupakan
antara dana lindung nilai terbesar di dunia. Beliau juga telah
menulis beberapa buah buku termasuk Principles dan
A Template For Understanding Big Debt Crises
2. Bagaimana Ekonomi Berfungsi
Kesimpulan video
● Paling penting ialah ekonomi bergerak dalam kitaran
● Kitaran ini ditimbulkan oleh hutang, dan menjadikannya lebih ketara
● Bank Pusat akan ambil tindakan berasaskan keadaan ekonomi

Faktor lain yang tidak diterangkan oleh video:


● Kadangkala kitaran kenaikan atau penurunan berlaku lebih lama daripada
yang dijangka
● Malah dalam keadaan tertentu ekonomi mendatar untuk jangka panjang
● Dalam video, pengakhirannya positif, tetapi bagi sesetengah negara,
masalah ekonomi berlarutan secara berpanjangan
3. Mikroekonomi dan Makroekonomi

Mikroekonomi

● Kajian terhadap unit individu ekonomi - individu, isi rumah, firma dan industri
● Bagaimana harga ditetapkan oleh penawaran dan permintaan
● Bagaimana perubahan penawaran dan permintaan pengaruhi untung syarikat
3. Mikroekonomi dan Makroekonomi
Makroekonomi

● Kajian ekonomi secara agregat atau keseluruhan


● Tahap keluaran dalam negara kasar
● Bajet negara dan defisit
● Kadar inflasi dan pengangguran
● Kadar faedah dan dasar wang
● Dasar fiskal dan cukai kerajaan
4. Penawaran dan Permintaan
Konsep asas dalam ekonomi
1. Harga di sesuatu pasaran ditentukan oleh penawaran dan permintaan
2. Bagi pelabur saham contohnya, ada beberapa pasaran penting yang perlu dipantau
a. Penawaran dan permintaan bagi produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat
b. Penawaran dan permintaan bagi input atau bahan mentah yang diperlukan syarikat
c. Penawaran dan permintaan bagi saham syarikat itu sendiri
4. Penawaran dan Permintaan
Antara Faktor Makroekonomi Yang Mempengaruhi Permintaan Produk Khusus:

1. Pertumbuhan ekonomi semasa


2. Kadar inflasi
3. Pendapatan boleh guna penduduk

Antara Faktor Makroekonomi Yang Mempengaruhi Penawaran Produk Khusus:

1. Kemudahan memasuki pasaran, termasuk peraturan kerajaan


2. Tahap margin keuntungan dan kehangatan industri
3. Harga dan kemudahan mendapatkan input dan faktor
pengeluaran
4. Penawaran dan Permintaan
Faktor Makroekonomi Yang Mempengaruhi Penawaran dan Permintaan Aset
Kewangan Secara Umum:

1. Pertumbuhan ekonomi semasa


2. Pendapatan boleh guna penduduk
3. Kadar faedah
4. Dasar fiskal kerajaan - contoh cukai, rangsangan fiskal
5. Kadar tukaran mata wang
4. Penawaran dan Permintaan
Faktor Makroekonomi Yang Mempengaruhi Penawaran dan Permintaan
Komoditi:

1. Pertumbuhan ekonomi global


2. Keadaan cuaca
3. Harga dan bekalan komoditi pengganti
4. Faktor lain yang mempengaruhi pengeluaran/tanaman pada sesuatu tahun
5. Sebarang sekatan ekonomi atau tarif yang dikenakan
4. Penawaran dan Permintaan
4. Penawaran dan Permintaan
4. Penawaran dan Permintaan

Kesimpulan

1. Apa yang disentuh ialah faktor makroekonomi sahaja


2. Ada banyak faktor spesifik kepada perniagaan yang turut mempengaruhi
penawaran dan permintaan
3. Faktor industri khusus juga perlu dipertimbangkan
4. Jika anda dapat menguasai penawaran dan permintaan, anda akan berjaya
sebagai pelabur
5. Belanjawan dan Dasar Fiskal Negara
Dasar Fiskal Kerajaan Digariskan Menerusi Belanjawan. Apakah Perkara
Penting Yang Diperhatikan dalam Belanjawan?

1. Dasar khusus yang mempengaruhi industri dan syarikat


2. Tahap perbelanjaan dan pelaburan kerajaan dalam sektor tertentu
3. Sebarang peningkatan atau perubahan cukai korporat dan individu
4. Menentukan defisit atau lebihan belanjawan
5. Meninjau insentif khusus yang mempengaruhi pendapatan boleh guna
penduduk
5. Belanjawan dan Dasar Fiskal Negara
Mitos Defisit Adalah Negatif Untuk Ekonomi

● Defisit tidak semestinya negatif untuk ekonomi dan pasaran saham


● Defisit belanjawan mungkin timbul daripada perbelanjaan Kerajaan yang
besar atau pengurangan cukai
● Berpotensi merangsang ekonomi
● Apabila ekonomi meleset, defisit bajet lebih besar dilaksana untuk rangsang
pertumbuhan.
● Faktor negatif ialah jika defisit ini terus meningkat dan tidak ditampung
5. Belanjawan dan Dasar Fiskal Negara
Dasar Fiskal Mengembang

Apabila berlaku kelemahan atau kemelesetan ekonomi:


- Tiga cara merangsang ekonomi:
- Tingkatkan perbelanjaan kerajaan
- Kurangkan cukai
- Kombinasi kedua-dua
- Lazimnya defisit belanjawan lebih besar dilaksanakan dalam kemelesetan
- Dilakukan dengan kombinasi dasar wang, iaitu menurunkan kadar faedah
5. Belanjawan dan Dasar Fiskal Negara
Dasar Fiskal Menguncup
• Dilaksanakan apabila berlaku inflasi atau penghematan
(austerity measures)
• Tiga cara mengekang:
1. Kurangkan perbelanjaan kerajaan
2. Tambah cukai
3. Kombinasi kedua-dua
• Lazimnya defisit Belanjawan dikurangkan, diseimbangkan atau
berlaku lebihan
• Dilakukan dengan kombinasi dasar wang, iaitu menaikkan
kadar faedah
Defisit atau Lebihan
Belanjawan Malaysia
& AS Dari Segi % KDNK
6. Pertumbuhan KDNK dan Kemelesetan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi adalah salah satu indikator yang perlu
diperhatikan:
● Apabila ekonomi mengalami pertumbuhan, ia tidak dapat meramalkan
kenaikan atau penurunan pasaran
● Tetapi bila berlaku kemelesetan, hampir pasti berlaku kejatuhan pasaran
● Indikator pertumbuhan ekonomi utama - Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) atau GDP
● Pertumbuhan KDNK diukur secara tahunan atau suku tahunan
● Definisi kemelesetan: Pertumbuhan ekonomi suku tahunan negatif
(quarter on quarter) buat dua suku tahun berturut-turut
Pertumbuhan KDNK Malaysia - Berbanding Suku Sama Tahun Sebelumnya (YoY)
Pertumbuhan KDNK Malaysia - Berbanding Suku Tahun Sebelumnya (QoQ)
6. Pertumbuhan KDNK dan Kemelesetan Ekonomi
Krisis Kewangan Asia 1998
● Bermula dengan penyusutan ketara nilai Baht
● Merebak ke kebanyakan mata wang lain Asia termasuk Malaysia
● Berlaku kemelesetan ekonomi dan penurunan nilai ketara pelbagai aset
● Kebanyakan negara meminta bantuan IMF dan melakukan langkah
penghematan
● Malaysia melaksanakan tambatan mata wang kepada Dolar AS dan tidak
meminta bantuan AS
● Akhirnya semua negara yang terjejas pulih walau apa preskripsi
yang digunakan
Pasaran Saham Malaysia

Sumber :tradingeconomics.com
Dasar
Wang
Bank
Pusat

The Star Online


7. Dasar Wang Bank Pusat
Bank Pusat - Institusi yang mengawal pengeluaran dan pengagihan wang dan
kredit. Menjadi bank kepada kerajaan dan bank-bank lain.

Bank Negara Malaysia - Bank Pusat bagi Malaysia

Tugas Bank Pusat:

1. Menerbitkan, mengurus dan mengawal mata wang negara


2. Mengawal jumlah bekalan wang
3. Memantau operasi bank komersial
4. Menjadi bank kepada bank lain
7. Dasar Wang Bank Pusat
Dasar Wang
Dasar yang ditetapkan oleh Bank Pusat (BNM) untuk mencapai matlamat
makroekonomi termasuk mengawal bekalan wang, inflasi, pertumbuhan dan
penggunaan

Tiga Kaedah Utama:

1. Kadar Faedah
2. Keperluan Rizab Berkanun (SRR)
3. Operasi Pasaran Terbuka
8. Bekalan Wang
Apakah Definisi Wang?

Bahan perantara yang digunakan dalam proses jual beli barangan atau
perkhidmatan. Dollar AS dan Ringgit ialah salah satu wang yang diterima pakai.
Begitu juga mata wang kripto, juga dianggap wang jika diterima pakai umum.

Definisi Legal Tender atau Mata Wang Sah

Wang yang boleh digunakan secara sah dan wajib diterima untuk menyelesaikan
hutang. Status mata wang sah ditetapkan oleh Bank Pusat. Ringgit Malaysia
ialah Legal Tender manakala Bitcoin bukan.
8. Bekalan Wang
Definisi Wang

M1 - Semua wang bentuk fizikal + Wang dalam Akaun Semasa

M2 - M1 + simpanan, deposit, deposit pasaran wang, deposit


tetap kecil, dana amanah dalam pasaran wang

M3 - M2 + deposit tetap besar, dana pasaran wang institusi


dan lain-lain aset cair besar
Bekalan Wang M2 Malaysia
Video Proses Penciptaan Wang
● Video menunjukkan bagaimana wang dicipta
● Sebahagian besar daripada wang dicipta oleh bank
dengan memberi pinjaman
● Wang dalam bentuk mata wang kertas hanya peratusan
kecil daripada ekonomi
8. Bekalan Wang
Statutory Reserve Requirement (SRR) atau Keperluan Rizab Berkanun

● Nisbah SRR - Bank wajib menyimpan baki dalam Akaun Rizab Berkanun
peratus tertentu liabiliti mereka, pada kadar yang ditetapkan oleh BNM
● BNM naikkan SRR jika terdapat tahap kecairan yang tinggi di pasaran
○ Keupayaan Bank beri pinjaman akan dikurangkan.
● BNM turunkan SRR pula untuk meningkatkan tahap kecairan di pasaran.
○ Keupayaan bank beri pinjaman akan bertambah
● BNM menggunakan SRR untuk menyokong dasar wang yang ditetapkan
menerusi kadar faedah, yang akan dibicangkan pada Bab 10
SRR Malaysia
8. Bekalan Wang
Operasi Pasaran Terbuka

Satu lagi cara untuk mengawal bekalan wang. Apabila Bank Pusat sesuatu negara
membeli atau menjual sekuriti (bon kerajaan) untuk menambah atau
mengurangkan bekalan wang di pasaran bagi menyokong dasar dan kadar faedah
yang ditetapkan.

Contoh:

QE atau Pengembangan Kuantitatif Fed di AS, yang membeli jumlah bon besar
lantas menambah bekalan wang dengan ketara untuk merangsang ekonomi AS
yang mengalami kemelesetan pada 2008.
Lembaran Imbangan Fed dan Pengembangan Kuantitatif (QE)
9. Kadar Inflasi
Kadar Inflasi
- Kadar kenaikan harga sekumpulan barangan atau perkhidmatan tertentu di
dalam sesebuah ekonomi dalam tempoh masa tertentu
- Inflasi rendah baik untuk ekonomi
- Inflasi yang tinggi kurang baik
- Inflasi negatif (deflasi) lazimnya menandakan kemelesetan
- Stagflasi pula berlaku apabila terdapat inflasi tinggi tetapi pertumbuhan
ekonomi mendatar/negatif dan kadar pengangguran tinggi

Persoalan Penting
Bagaimana kadar inflasi rendah tetapi orang ramai rasa
tertekan akibat kenaikan harga?
Komponen Indeks Harga Pengguna
Kadar Inflasi
Diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI)
Terdapat 2 jenis, headline inflation dan core inflation
- Headline inflation diukur oleh CPI
- Core inflation atau core CPI ialah CPI yang
kecualikan produk tak stabil harganya seperti
bahan makanan dan tenaga
Dua punca inflasi
- Cost push inflation - inflasi kerana kenaikan harga
produk yang sukar digantikan, seperti minyak.
- Demand pull inflation - inflasi kerana tahap
permintaan yang kukuh

Apakah kategori barangan dalam indeks harga


pengguna?
Inflasi Teras
Core Inflation
Kadar Inflasi Utama
Kadar Inflasi Teras
10. Kadar Faedah dan Keluk Kadar Hasil
Kadar Bank Pusat

- Kadar Bank Pusat pinjamkan wang kepada bank-bank tempatan untuk


jangka pendek
- Di Malaysia - Overnight Policy Rate (OPR) atau Kadar Dasar Semalaman
- Di AS - Fed Funds Rate
- Dasar wang negara dibentuk dan ditetapkan menerusi kadar ini
- Bank tempatan akan tentukan kadar pinjaman asas berasaskan kadar ini
- Kadar pulangan bon kerajaan di pasaran juga dipengaruhi oleh kadar ini
10. Kadar Faedah dan Keluk Kadar Hasil
Kadar OPR BNM

- BNM kawal dasar wang dengan menetapkan OPR.


- Apabila OPR naik atau turun, bank-bank tempatan turut menaikkan atau
menurunkan kadar asas
- Kadar simpanan dan kadar pinjaman akan berubah
- Apabila perubahan berlaku, peminjam akan mendapati kos ansuran mereka
bertambah atau berkurangan
- Dasar wang negara dibentuk dan ditetapkan menerusi kadar ini
- Kadar pulangan bon kerajaan di pasaran juga dipengaruhi oleh kadar ini
- Bagi perniagaan dan peminjam, kadar lebih rendah
adalah lebih baik
10. Kadar Faedah dan Keluk Kadar Hasil
Bagaimana BNM Laraskan Kadar:

- Lazimnya apabila ekonomi meleset dan inflasi rendah, OPR diturunkan


untuk tambah bekalan wang dan rangsang ekonomi
- Apabila ekonomi mengalami inflasi tinggi, OPR dinaikkan untuk kurangkan
bekalan wang dan kekang inflasi
- Apabila OPR dinaikkan, kadar pinjaman asas bank juga dinaikkan dan ini
akan menaikkan pulangan deposit dan kadar pinjaman.
- Lebih ramai orang akan menabung. Kesannya ialah bekalan wang akan
berkurangan
- Dasar bersifat countercyclical
10. Kadar Faedah dan Keluk Kadar Hasil
Kesan Kadar Faedah Terhadap Pelaburan

- Kenaikan kadar faedah tingkatkan kos perniagaan


- Kadar faedah rendah => positif kepada untung perniagaan
- Tetapi pasaran tidak semestinya jatuh jika kadar faedah lebih tinggi
- Malah pasaran masih boleh naik jika ekonomi tengah hangat
- Kadar faedah hanya satu faktor, walaupun faktor yang amat penting
- Pelbagai indikator ekonomi lain perlu diambil kira
Kadar Faedah Malaysia
Kadar Faedah Berbanding Pasaran Saham AS
Kadar Faedah
Zon Euro (ECB)
10. Kadar Faedah dan Keluk Kadar Hasil
Yield Curve atau Keluk Kadar Hasil

● Keluk Kadar Hasil (Yield Curve) - graf


yang lakarkan kadar bon Bon Kerajaan
untuk tempoh 3 bulan, 2 , 5, 10 dan 30
tahun
● Keluk Kadar Hasil normal bersifat
menaik
● Ini bermakna bon untuk tempoh lebih
singkat berkadar lebih rendah daripada
bon mempunyai tempoh lebih panjang
● Sama seperti Deposit Tetap, lebih lama
tempoh, lebih tinggi pulangannya
10. Kadar Faedah dan Keluk Kadar Hasil
Apakah Signifikan Kadar Hasil Songsang?

● Keluk Kadar Hasil Menurun atau


Songsang (Inverted Yield Curve) -
Menandakan kadar hasil bon akan
turun
● Lazimnya berlaku kemelesetan
ekonomi dalam setahun
● Tetapi sebelum kemelesetan, keluk
kadar hasil akan kembali menaik
11. Kadar Tukaran dan Rizab Mata Wang Asing
Kadar Tukaran

● Kadar Tukaran RM amat penting, terutamanya kadar RM-USD


● Bagi syarikat dengan input dalam USD atau yang eksport dalam USD.
● Kenaikan RM berbanding USD baik bagi syarikat yang banyak mengimport
barangan input mereka
● Penurunan RM berbanding USD positif bagi syarikat-syarikat eksport
11. Kadar Tukaran dan Rizab Mata Wang Asing

Kadar Tukaran
● Kadar Tukaran juga penting jika kita membuat pelaburan asing
● Apabila Ringgit mengukuh, untung pelaburan asing berkurangan
atau rugi pelaburan asing bertambah dalam nilai RM
● Apabila Ringgit semakin lemah, untung pelaburan asing
bertambah atau rugi pelaburan asing berkurangan dalam nilai
RM
Kadar Tukaran USD/RM
Harga Emas - USD Data daripada goldprice.org
Harga Emas - RM Data daripada goldprice.org
11. Kadar Tukaran dan Rizab Mata Wang Asing
Rizab Mata Wang Asing

● Merupakan tunai dan aset rizab lain dalam mata wang asing yang
dipegang bank pusat
● Rizab sebahagian besarnya dipegang dalam Dolar AS, Euro
● Tujuan rizab ialah untuk imbangan pembayaran, mempengaruhi kadar
tukaran dan keyakinan pasaran wang
● Bukan sahaja dalam bentuk tunai tetapi bon, bil perbendaharaan dan
sekuriti kerajaan
● Boleh menyokong mata wang tempatan apabila berlaku
penurunan nilai mata wang
Rizab Mata Wang Asing Malaysia
12. Eksport & Import Serta Imbangan Pembayaran

Akaun Semasa

● Setiap negara akan berdagang dengan negara lain


● Aliran wang keluar dan masuk dipaparkan dalam Akaun Semasa
sesebuah negara
● Apabila negara berdagang - berlaku lebihan atau defisit
12. Eksport & Import Serta Imbangan Pembayaran
Komponen Akaun Semasa

Eksport Barangan (Import Barangan) Imbangan Dagangan

Eksport Perkhidmatan (Import Perkhidmatan) Imbangan Perkhidmatan

Pendapatan Pelaburan (Pendapatan Pelaburan Pendapatan Pelaburan


dan Faedah Diterima dan Faedah Dibayar) Bersih

Hadiah & Geran Diterima (Hadiah & Geran Hadiah dan Geran Bersih
Dibayar)

Lebihan / Defisit Akaun Semasa


Imbangan Dagangan Malaysia
Akaun Semasa Malaysia
Akaun Semasa AS
12. Eksport & Import Serta Imbangan Pembayaran
Imbangan Pembayaran

1. Akaun Semasa
Eksport - Import & Pendapatan Pelaburan Bersih

Jumlah 2. Akaun Modal


Mesti Pembelian Aset Sesuatu Negara oleh pihak Asing -
Sifar
Pembelian Aset Asing oleh Pihak dari Negara Tersebut

3. Rizab Rasmi
Bank Pusat Akan Pegang Mata Wang Asing
Tampung perbezaan akaun semasa berbanding
akaun modal
12. Eksport & Import Serta Imbangan Pembayaran
Bagaimana defisit Akaun Semasa dibiayai?
● Tanpa pembiayaan, defisit akan kurangkan rizab asing sesebuah
negara dan ini tidak ‘sustainable’
● Defisit dalam Akaun Semasa lazimnya ditampung oleh lebihan
dalam Akaun Modal

Bagaimana ini boleh berlaku?


● Sama ada menerusi penjualan bon (hutang) dan jualan
aset kepada pelabur asing
13. Pendapatan Negara dan Kadar Pengangguran
Pendapatan Negara Kasar atau Gross National Income (GNI)
● Jumlah pendapatan yang diraih oleh individu dan perniagaan dalam
sesebuah negara.
● Kaedah penilaian alternatif terhadap pertumbuhan ekonomi
Pendapatan Per Kapita
● Pendapatan purata setiap penduduk bagi sesebuah negara - GNI / Jumlah
Penduduk

Kadar Pengangguran
● Bilangan orang yang mahu bekerja tetapi tidak bekerja dalam
sesebuah negara
Pendapatan Negara Kasar Per Kapita Malaysia

Sumber:
https://www.macro
trends.net/countrie
s/MYS/malaysia/g
ni-per-capita
Kadar Pengangguran
Kadar Pengangguran
14. Hutang Kerajaan, Isi Rumah & Korporat
Hutang Kerajaan
● Hutang kerajaan ialah topik sensitif, di Malaysia atau di Amerika
● Lebih tinggi hutang Kerajaan, lebih rendah keupayaan untuk
meningkatkan perbelanjaan
● Lazimnya hutang disebut dalam peratus KDNK
● Malaysia ada had nisbah hutang kepada KDNK 55%
● Di Amerika kapasiti berhutang jauh lebih tinggi kerana status sebagai
mata wang utama
● Nisbah hutang kepada KDNK di Amerika Syarikat sudah
melebihi 100%

.
Nisbah Hutang Kepada KDNK Malaysia
Nisbah Hutang Kepada KDNK AS
14. Hutang Kerajaan, Isi Rumah & Korporat
Hutang Kerajaan berbanding jumlah Liabiliti Kerajaan
●Mengapa dalam belanjawan nisbah hutang dikatakan lebih 77%?
●Sedangkan dalam carta sebelum ini, ia berada di bawah 55%
●Peratus bergantung kepada kaedah pengiraan
●Nisbah hutang langsung kerajaan hanya 52.6% pada Jun 2019 tetapi kerajaan
juga ada liabiliti lain
● Antara liabiliti lain:
○ Jaminan kerajaan, (liabiliti luar jangka atau contingent liability)
○ Perkongsian awam swasta (PPP),
○ Inisiatif pembiayaan swasta (PFI)
● Jumlah liabiliti kerajaan pada Jun 2019 ialah 77.1% pada
Jun 2019
14. Hutang Kerajaan, Isi Rumah & Korporat
Ratings atau Penarafan Hutang Kerajaan
● Perlu pantau penarafan hutang Kerajaan Malaysia
● Penarafan ini menentukan berapakah kadar faedah yang perlu dibayar bagi
terbitan hutang baru
● Penarafan mencerminkan risiko sesebuah kerajaan
● Lebih tinggi penarafan, lebih rendah risiko
● Lebih rendah kadar faedah yang perlu dibayar
● Lebih rendah kadar faedah, lebih rendah kos hutang
● Penarafan Malaysia pada masa video diterbitkan (2019):
○ Fitch A-
○ S&P A-
○ Moody A3
● Selepas Covid-19, terdapat sedikit risiko penurunan
penarafan
Carta Penarafan Kredit

Penarafan Malaysia

● Gredpertengahan atas
pada 2019 (Upper
Medium Grade)

Sumber: Wikipedia
14. Hutang Kerajaan, Isi Rumah & Korporat
Hutang Isi Rumah
● Tahap keberhutangan isi rumah juga amat penting
● Tahap yang tinggi bermakna keupayaan untuk meningkatkan
perbelanjaan adalah rendah
● Perbelanjaan pengguna menjadi faktor penting penjana ekonomi
● Sekiranya ada kemelesetan, tahap hutang isi rumah tinggi akan
menyebabkan penurunan ketara perbelanjaan pengguna
● Di AS, salah satu punca krisis subprima 2008 ialah pemberian pinjaman
kepada pembeli yang tak mampu bayar balik hutang
.
Nisbah Hutang Isi Rumah Kepada KDNK
14. Hutang Kerajaan, Isi Rumah & Korporat
Krisis Pinjaman Perumahan Subprima AS
● Subprima bermaksud pinjaman berkualiti rendah
● Ledakan pasaran hartanah AS telah mencetus peningkatan pinjaman
perumahan
● Orang yang tak layak juga diberikan pinjaman
● Bank percaya hartanah harga hartanah akan terus naik
● Apabila semakin ramai yang gagal membayar pada 2007, pasaran
hartanah pula jatuh merudum
● Kesan domino menyebabkan kejatuhan bank, pasaran hartanah dan
kemelesetan ekonomi AS dan global
● Akhirnya diatasi dengan penurunan kadar dan QE
● Berlaku antara 2007 - 2008
14. Hutang Kerajaan, Isi Rumah & Korporat

Hutang Korporat
● Satu lagi faktor yang perlu diperhatikan ialah paras hutang korporat
● Kadar yang terlalu tinggi boleh timbulkan masalah semasa kemelesetan
● Jika berlaku kegagalan bayaran besar-besaran, sektor bank terjejas
● Terutamanya jika terdapat hutang asing dan mata wang kita susut
● Seperti krisis kewangan Asia 1998

.
Hutang Korporat Malaysia
15. Indeks Sentimen Pengguna, Pembuatan & Pelopor

Mengukur Sentimen atau Keyakinan Pengguna


● Indeks dirangka berasaskan tinjau selidik ke atas pengguna
● Ukur keyakinan pengguna tentang kedudukan kewangan dan
pekerjaan mereka
● Turut bertanyakan rancangan perbelanjaan mereka
● Perbelanjaan pengguna adakah faktor penjana ekonomi penting
● Terdapat dua ukuran iaitu:
○ Indeks Sentimen Pengguna oleh MIER
○ Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board
Indeks Sentimen Pengguna
15. Indeks Sentimen Pengguna, Pembuatan & Pelopor
Indeks Pengurus Pembelian Sektor Pembuatan (Manufacturing PMI)
● Meninjau sentimen pengurus pembelian dalam bidang pembuatan
● Menjadi kayu pengukur sektor pembuatan/pengeluaran
● Indeks melebihi 50 menandakan pertumbuhan, bawah 50 penguncupan
● Komponennya termasuk
○ Pesanan Baharu (30%),
○ Pengeluaran (25%),
○ Pekerjaan (20%),
○ Masa Penghantaran Bekalan (15%)
○ Stok Barangan Dibeli (10%)

.
Indeks PMI Pembuatan

PKP Covid -19


15. Indeks Sentimen Pengguna, Pembuatan & Pelopor
Indeks Pelopor
● Disusun untuk meramalkan puncak atau dasar serta turning point aktiviti ekonomi
● Telah menjadi negatif pada krisis kewangan Asia 98, runtuhan dotcom lewat 2000,
krisis subprima dan juga pada awal krisis Covid-19
● Telah menjadi negatif pada Mac 2020 seiring krisis Covid-19
Indeks
Pelopor
April
2020
16. Indeks Harga Rumah & Jualan Kereta
Indeks Harga Rumah
● Kaji kenaikan harga rumah
● Menilai industri berkaitan hartanah dan kediaman dan perbankan
● Bandingkan kenaikan harga rumah dan KDNK
● Turut mencerminkan sentimen pengguna dan ekonomi
● Krisis subprima di AS menunjukkan sektor ini boleh menjatuhkan ekonomi
● Salah tanggapan harga rumah akan naik secara berterusan

Sumber Maklumat Utama


● NAPIC (Pusat Maklumat Harta Tanah Negara)
- napic.jpph.gov.my

.
Indeks Harga Rumah Kediaman
Indeks Harga Rumah Kediaman
Hartanah Tidak Terjual

Sumber: The Star Online


16. Indeks Harga Rumah & Jualan Kereta
Jumlah Jualan Kereta
● Menilai perkembangan industri kereta dan juga rantaian bekalannya
● Juga salah satu faktor yang mencerminkan sentimen pengguna
● Bukan sahaja pengeluar kereta tetapi pembekal komponen & alat ganti
● Merupakan sektor yang menjana untung perbankan
● Penurunan jualan kereta boleh menandakan kelemahan ekonomi
.
Statistik Jualan &
Pengeluaran Kereta

www.maa.org.my
17. Harga Minyak, CPO & Emas
Harga Minyak
● Sangat penting untuk ekonomi Malaysia
● Libatkan syarikat pengeluar minyak dan pelbagai syarikat dalam rantaian
bekalan
● Minyak adalah input bagi banyak syarikat - Air Asia, Pos Malaysia
● Dinamik harga minyak tentukan syarikat mana yang untung atau rugi
● Kenaikan harga minyak telah tambah bilangan syarikat terlibat
● Justeru kejatuhan harga yang menyusul cetus masalah ketara

.
Minyak Mentah Brent

tradingeconomics.com
Minyak Mentah WTI

tradingeconomics.com
17. Harga Minyak, CPO & Emas

Harga Minyak Sawit Mentah (CPO)


● Malaysia salah satu pengeluar CPO terbesar
● Sektor ini teramat penting di Malaysia
● CPO adalah input bagi syarikat pengeluar makanan
● Naik turun harga tentukan syarikat mana yang terima manfaat
● Seperti minyak, bila CPO naik, banyak syarikat mahu terlibat
● Kesan buruk berlaku kepada industri apabila harga kembali jatuh

.
Minyak Sawit Mentah
17. Harga Minyak, CPO & Emas
Harga Emas
● Emas ialah aset yang dianggap sebagai monetary metal
● Digunakan sepanjang zaman sebagai mata wang atau sandaran mata
wang sehingga 1970
● Berpotensi naik bila
○ kadar faedah rendah
○ dasar wang dilonggarkan
○ berlaku inflasi
○ berlaku kejutan atau masalah kewangan
○ apabila USD mengukuh berbanding Ringgit
● Boleh digunakan sebagai pelindung nilai portfolio
● Juga menjadi pengukur sentimen pelabur terhadap
risiko
Harga Emas USD
Harga Emas RM
17. Harga Minyak, CPO & Emas
Bagaimana Melabur Dalam Tiga Komoditi Ini Bagi Pelabur Biasa?
● Membeli emas fizikal
○ Perbezaan harga beli dan jual agak besar
○ Kos pegangan
● Beli ETF yang melabur di dalamnya - cara yang kos efisien
● Beli unit amanah yang melabur dalam syarikat yang terlibat dalam
industri
● Beli atau jual kontrak derivatif - contohnya FCPO di Bursa Malaysia
● Beli saham syarikat yang terlibat dalam industri
18. Indeks dan PE Pasaran Saham Malaysia, AS dan Dunia

Indeks dan Nisbah Harga Pendapatan (PE) Pasaran Saham


● Pasaran saham lazimnya mendahului pergerakan ekonomi
● Kita perlu tinjau keadaan indeks dan PE pasaran saham dunia
● Nisbah PE Pasaran ialah kombinasi PE semua syarikat dalam indeks
● Perlu juga dibandingkan dengan kadar faedah
● Lebih rendah kadar faedah, lebih tinggi tahap PE boleh naik
● Indeks bolehkan kita lihat tahap kitaran perniagaan di pasaran tersebut
Indeks FBM KLCI
PE Pasaran Saham Malaysia
Indeks S&P 500
PE Pasaran AS
Nisbah CAPE Pasaran AS
18. Indeks dan PE Pasaran Saham Malaysia, AS dan Dunia

Pasaran Saham Global Utama


● Pasaran Saham Shanghai - SSE Composite
● Pasaran Saham London - FTSE 100
● Pasaran Saham Jepun - Nikkei 225
● Pasaran Saham Hong Kong - Hang Seng
● Pasaran Teknologi AS -Nasdaq
● Pasaran Saham German - Dax Performance Index
● Pasaran Saham Singapura - ST Index
19. Konsep Kos Lepas dan Untung Luar Biasa
Kos Lepas atau Opportunity Cost
● Apabila kita memegang sesuatu aset pelaburan, kita melepaskan
peluang untuk melabur dalam aset lain
● Patutkah terus pegang saham yang kurang baik untuk tunggu harga naik
kembali sedangkan ada pelaburan lain yang lebih baik
● Lebih baik terima kerugian dan move on jika disahkan pelaburan gagal
● Juga galakkan kita nilai semua alternatif pelaburan dan potensi
pulangan serta risiko masing-masing

.
19. Konsep Kos Lepas dan Untung Luar Biasa
Untung Luar Biasa
Untung lebih tinggi daripada normal yang disebabkan oleh:
● Monopoli, Oligopoli atau Kuasa Pasaran
● Peningkatan Harga Komoditi Yang Dihasilkan
● Peningkatan Harga Produk Yang Dijual

Hampir setiap kali, untung luar biasa sesuatu industri akan lenyap akibat
peraturan atau persaingan.

.
19. Konsep Kos Lepas dan Untung Luar Biasa
Bagaimana untung luar biasa lenyap?
● Lebih banyak pesaing memasuki pasaran
● Lebih banyak bekalan memasuki pasaran
● Berlaku disruption atau gangguan kepada pasaran
● Deregulasi atau cukai oleh Kerajaan

.
Saham Dayang
Saham TDM
Saham TM
Saham Glomac
20. Suasana Politik dan Faktor Lain
Suasana Politik Negara
● Dasar ditetapkan Kerajaan amat mempengaruhi ekonomi
● Suasana politik pengaruhi keyakinan perniagaan dan pelabur
● Peniaga dan pelabur mahu kepastian
● Ketidakpastian tidak baik bagi ekonomi
● Sebarang skandal seperti 1MDB akan jejaskan sentimen
● Perebutan kuasa PM juga wujud ketidakpastian
20. Suasana Politik dan Faktor Lain
Faktor Lain Yang Mempengaruhi Ekonomi
● Wabak atau bencana alam besar
● Perang dagangan dan tarif seperti pada 2019
● Ketaktentuan seperti Brexit
● Perang sebenar atau ancaman perang antara negara besar
● Protes atau bantahan berpanjangan seperti di Hong Kong
● Kemuflisan syarikat besar yang mempunyai operasi global
Covid-19 : Krisis Coronavirus
Kesan Covid-19
● Wabak bermula di Wuhan China
● Merebak secara beransur-ansur ke seluruh
● Menyebabkan kerajaan dunia melaksanakan kawalan pergerakan
● Aktiviti ekonomi global terhenti
● Kesannya amat besar kerana melibatkan seluruh dunia
● Banyak syarikat dan juga individu hilang sumber pendapatan
● Pemulihan bergantung kepada cara virus dikawal

Nota: Ramai mengatakan Covid-19 ialah Black Swan Event tetapi


Nassim Taleb, penulis buku The Black Swan berkata tidak kerana
ia boleh diramalkan
Covid-19 : Krisis Coronavirus
Perkara Yang Perlu Diperhatikan Pasca Covid-19
● Bank pusat menyuntik wang dan kecairan dalam sistem
● Paras hutang korporat, isi rumah, dan kerajaan
● Kesan terhadap keuntungan syarikat
● Kekuatan lembaran imbangan syarikat
● Bagaimana individu dan syarikat beroperasi lepas ekonomi dibuka
● Kesan terhadap kuasa beli dan kesanggupan individu berbelanja
● Kesan terhadap pasaran hartanah
● Penawar dan vaksin
Kesimpulan Kursus
● Kerangka asas ekonomi ialah penawaran dan permintaan
● Harga produk atau saham naik apabila permintaan bertambah dan penawaran kekal
sama, dan harga turun bila perkara sebaliknya berlaku
● Ekonomi dan pasaran bergerak dalam kitaran. Apa yang naik akan turun kembali
tetapi trend jangka panjang lazimnya positif
● Ekonomi dirangsang dengan dasar fiskal mengembang dan dasar wang longgar (QE
dan penurunan kadar)
● Jika berlaku inflasi, dasar wang lazimnya diperketatkan (kurangkan bekalan wang dan
turunkan kadar)
● Inflasi yang tinggi adalah faktor negatif, begitu juga inflasi negatif (deflasi)
● Pertumbuhan ekonomi diukur terutamanya menerusi peratus peningkatan KDNK
● Data pertumbuhan boleh disahkan dengan menyemak PNK per
kapita, indeks sentimen pengguna, indeks pengeluaran,
indeks harga rumah dan jumlah jualan kereta
Kesimpulan Kursus
● Defisit rangsang ekonomi dalam jangka pendek tapi negatif jika tak terkawal
dan berpanjangan
● Defisit akaun semasa perlu dibiayai dengan jualan aset kepada asing atau
pengurangan rizab
● Kita bukan sahaja perlu membandingkan pulangan risiko aset yang kita pegang
tetapi perlu menilai kos lepas tidak melabur dalam aset lain
● Untung luar biasa dalam industri akan tarik perhatian syarikat lain atau
regulator dan akhirnya lenyap
● Faktor politik yang negatif berpotensi mengekang pertumbuhan ekonomi
● Faktor geopolitik dan dagangan antarabangsa juga boleh mengganggu
pertumbuhan ekonomi
● Apabila sesuatu berpotensi menjejaskan ekonomi seperti virus
contohnya, beri perhatian kepada pakar dalam bidang tersebut
Sumber Maklumat Berguna
Sumber Rujukan dan Kredit
1. Trading Economics - https://tradingeconomics.com
2. CEIC Data - www.ceicdata.com
3. Jabatan Perangkaan Malaysia - www.dosm.gov.my
4. Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) - https://napic.jpph.gov.my/portal
5. Yahoo Finance - https://finance.yahoo.com
6. Bank Negara Malaysia (BNM) - www.bnm.gov.my
7. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) - https://www.mier.org.my
8. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) - http://www.maa.org.my/
9. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - https://www.mpob.gov.my
10. World Gold Council - https://www.gold.org
11. Goldprice.com - https://goldprice.org
12. Macrotrends - https://www.macrotrends.net
13. Grafik Freepik - https://www.freepik.com

You might also like