You are on page 1of 14
Seminar Anjuran PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA No. 33 & 35, Tingkat 4, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia hitpy/lwww.tarekatorg tarckatmsia@gmail.com & info@tarekat.org HUBUNGAN DI ANTARA TAREKAT DAN TASAWUF j Penceranal: PROFESOR MADYA DR SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR TIMBALAN PENGARAH, INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK DAN KETAMADUNAN ISLAM, UNIVERSITI SULTAN ZATINAL ABIDIN, TERENGGANU: SIMPOSIUM TAREKAT TASAWUF Moderator: YBHG USTAZ AHMAD A'TOA' BIN MOKHTAR, KETUA PUSAT PEMANTAPAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASDEC) AKADEMI ISLAM, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) Bertarith | Hari: 07 NOVEMBER 2015 (SABTU) Masa: 9:45 PAGI - 10:45 PAGI Bortompat: AUDITORIUM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA 4 HUBUNGAN TAREKAT DAN TASAWWUF Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar! 1 Ph.D, Profesor Madya, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Ielam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. (sylutfi@unisza.edu.my ) ABSTRAK ‘Tarekat dalam golongan sufi merujuk kepada suatu bentuk penghayatan khusus yang dipraktis oleh para salik, iaitu orang-orang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredhaan Allah SW, dengan cara merentasi pelbagai perubahan sifat hati (al-manazil) serta menghiasi diri dengan pelbagai_ tingkat keyakinan (magamat al-yagin). Justeru tidak sunyi dari setiap generasi umat Islam, para tokoh yang tampil mengetengahkan kepentingan ponglibatan Muslim dalam pendidikan kesufian bagi mencapai matlamat tarekat sebagaimana dinyatakan dalam definisi tentangnya. Manakala Tasawwuf pula adalah suatu disiplin ilmu mengetengahkan pelbagai istilah yang merujuk kepada kesan penghayalan pengamalan yang dilakukan oleh para sufi terdahulu bagi meneapai kedudukan kehambaan diri kepada Allah pada peringkat paling sempurna. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan erat antara pengamalan tarekat sufi dan ilmu Tasawwuf yang seringkali disifatkan sebagai tidak berkaitan antara satu sama lain. Kajian kualitatif ini dilakukan berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek tarckat kesufian dan tasawwuf dalam pelbagai karya tokoh ulama’ sepanjang sejarah perkembangan ilmu tarekat dan Tasawwuf. Kajian mendapati bahawa tarekat sufi adalah sinonim dengan ilmu Tasawwuf sebagaimana ilmu Tasawwuf itu sendiri tidak pernah terpisah daripada pengamalan ilmu tarekat. Ini adalah kerena kesemua teori dikemukakan dalam disiplin ilmu Tasawwuf merupakan suatu pernyataan yang menjelaskan tentang kesan penghayatan amalan yang dilakukan oleh paxa sufi menerusi suatu proses penyucian jiwa menggunakan. kaedah dan tatacara khusus yang diistilahkannya sebagai tarekat. Oleh itu, pandangan menyatakan apabila seorang bertasawwuf tidak perlu ia bertarekat, Kerana tasawwuf dan tarekat adalah dua perkara berlainan dan tidak berkaitan antara saru sama lain, adalah suatu kesilapan yang perlu diperbetullsan. Kata Kunci: Tarekat sufi; Tasawwuf; al-manazil; magamat al-yagin; hubungan tarekat dan tasawwut. ‘Sinposum TAREKAT Tasewwf ko Anjuren: Pertubuhen Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) eo Tanikh: O7hb November 2015 ari: Sablu & Masat 3:00 pg hingge 4:00 petang e» Tempat: Auditorium, Masi Putra Wiayah Persekutuan Putrjaye Scmporionn Tarehat Tacawel, PERTAMA 1 PENDAHULUAN Iimu Tasawwuf bukan suatu disiplin ilmu yang baharu diperkenalkan dalam dunia Islam, malah ia telahpun dikenal pasti kewujudannya semenjak akhir kurun ke 2 hijrah lagi (Isa, 2005). Imu Tasawwuf sebagaimana pelbagai disiplin ilmu Islam asas yang utama, telah diaplikasi dalam kehidupan Rasulullah s.a.w., iaitu seperti penghayatan ilmu Alidah dan Fekah yang pada mulanya semua itu hanya ada pada pengamalan dan penghayatan, tanpa wujud suatu istilah khusus yang menunjukkan kepada disiplin ilmu-ilmu tersebut. Imu Akidah pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah merujuk kepada makna iman, manakala Imu Fekah merujuk makna Islam dan Imu ‘Tasawwuf pula adalah merujuk makna Ihsan sebagaimana dinyatakan dalam hadith Jibril yang mashyur dilaporkan oleh ulama’ (Isa, 2005). Perkembangan disiplin imu Tasawwuf juga jika ditelitikan adalah sejajar dengan perkembangan ilmu Akidah dan Fekah dari satu generasi ke generasi dengan pelbagai percambahan ilmu dilakukan oleh tokoh-tokoh muktabar. Hingga Kini, didapati pelbagai cabang ilmu-ilmu Islam diketengahkan, sarat dengan penggunaan istilah-istilahnya tersendiri yang merujuk khusus kepada disiplin ilmu tertentu, difahanii secara berasingan dan berlainan antara satu sama lain. Dewasa kini, tidak kurang para pengkaji yang bertanggapan bahawa ilmu ‘Tasawwuf adalah satu disiplin ilmu yang berasingan dari ilmu dan pengamalan tarekat sufi yang wujud dalam masyaraket Islam semenjak dulu hingga kini. Pada mereka, Tasawwuf itu berkembang secara bersendirian menerusi catatan-catatan dan kenyataan tokoh sufi yang dikumpul dan kemudiannya diperluaskan perbincangannya sehingga ia menjadi suatu bentulk disiplin ilmu sebagaimans dapat diteliti dan dikaji pada hari ini, Tambahan lagi, mereka menyifatkan bahawa mencapai kesempurnaan bertasawwuf tidak memerlukan seorang melibatkan diri dalam pengamalan tarekat, malah sudah memadai mempelajari ilmu Tasawwuf di mana-mana masjid atau surau yang menyediakan pengajaran ilmu tersebut dan kemudiannya ia diamalkan dan dihayati secara individu dalam kehidupan masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka masih dengan tegas menyuarakan keperluan dan kepentingan Tasawwuf dalam kehidupan seorang muslim mukmin bagi mencapai kesempurnaan kehambaan diri kepada Allah SW. Bagi menjelaskan kekeliruan pandangan dan sikap salah tanggap terhadap institusi pengamalan tarekat dan pengamalnya, artikel ringkas ini cuba membincangkan beberapa perkara asas penting berkaitan dengannya. ‘imposium TAREKAT Tasewwuf to Anjuran: Perkubuhan Tarekat Muktaber Malaysia (PERTAMA) w Tardy: O7ib November 2015 ari Sabtu e> Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang vo Tempat: Auditorium, Masid Putre Wilayeh Persekutuon Putrajaya Simmposium Tarehat Tasawl, PERTAMA 2 RUANG LINGKUP ILMU TASAWWUP Merujuk kepada definisi ilmu Tasawwuf, pelbagai bentuk definisi telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh sufi bermula dari kurun awal dan hingga kini, ia turut diberi takrifan oleh para pencinta dan pengkaji Tasawwuf. Shaykh Zarrug (m.899H) (1990) dalam hal ini pernah membuat suatu sorotan kajian tentang definisi ‘Tasawwuf dan menyimpulkan bahawa definisi istilah Tasawuf tersebut hampir meneecah 2000 definisi. Namun menurut beliau ke semuanya itu adalah merujuk kepada sifat benar hati untuk menjadi hamba Allah Zarrug, 1990). Jika diperincikan, ada dalam kalangan mereka mentakrifkan Tasawwuf sebagai ilmu penyucian jiwa (al- Qushayri, 1989), imu membaiki hal ehwal hati untuk mengesakan Allah (Zarruq, 1985), menghayati akhlak terpuji serta meninggalkan akhlak tercela (Isa, 2005), mendidik nafsu menjadi hamba Allah (Sakhr, 1970), tatacara membina kelakuan batin ke hadrat ahi (Ibn ‘Ajibah, 2009), ilmu tatacara peningkatan kerohanian (taraqqi) menjadi hamba yang sempurna (Haji Khalifah, 1990) dan lain-lain lagi. Meneliti kepada pelbagai definisi di atas, difahami bahawa istilah Tasawwuf diberi faham oleh tokoh-tokohnya berpandukan kepada beberapa kenyataan daripada tokoh sufi masyhur terdahulu ataupun ia merupakan suatu kesimpulan terhadap himpunan kenyataan para sufi tentang perihal Tasawwuf. Maksudnya, tokoh sufi yang tampil memberi pengertian Tasawwuf, mereka mengemukakan suatu kefahaman tentangnya berpandukan kepada pengalaman kerohanian yang pernah mereka lalui, hayati dan memahaminya (al-Qushayri, 1989). Sebagai contob, ada dalam kalangan mereka seperti Imam al-Junayd yang mendefinisikan Tasawwuf berdasarkan kepada sebahagian kesan utama yang terhasil daripada penghayatan mereka seperti lahirnya sifat terpuji dan terhapus sifat tercela dari hati. Beliau juga pernah mendefinisikan ‘Tasawwuf sebagai; “Allah mematikan anda dari diri anda dan menghidupkan anda denganNya”, isitu merujuk kepada kemuncak penghayatan seorang dalam proses mentauhidkan Allah (al-Quéhayri, 1989). Ada pula yang mentakrifkannya sebagai suatu proses membaiki jiwa yang sedang dilanda dengan pelbagai sifat buruk agar hati dapat dipulihkan semula menjadi baik, justeru ilmu tentang proses yang dijalani tersebut dinamakan sebagai Tasawwuf, Ringkasnya, himpunan definisi Tasawwuf adalah dirujuk sama ada kepada matlamat kemuncak yang ingin dicapai, proses pengamalan dan penghayatan yang perlu di lalui seorang untuk pemurnian jiwa atau dirangkumkan kedua-dua aspek tersebut tadi (Isa, 2005). ‘Simposium TAREKAT Tasawoaif = Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktaber Malaysia (PERTAMA) w Tarikh: O7hb November 2015. Harz Sabtu = Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang x» Tempat: Auditorium, Massa Putra Wilayan Persekutuan Putrajaya Simporivam Tarchat Tasawef, PERTAMA 3 PENGALAMAN KEROHANIAN SAWWUF TA PELBAGAI ISTILAH DALAM TASAWWUF ‘Apabila Tasawwuf diistilahkan sebagai suatu proses berkaitan dengan tatacara menyampaikan seorang kepada mengenal kesempurnaan dan keagungan Allah SWT, menerusi kaedah mengikis pelbagai sifat tercela seta menghiasinya dengan pelbagai sifat terpuji, sudah tentu ia merupakan suatu proses panjang yang memerlukan kepada peringkat-peringkat tertentu bagi tercapai maksud dikehendaki. Dengan sebab itu, didapati banyak istilah yang dikemukakan mereka dalam useha menjelaskan maksud proses yang perlu difahami, diamal serta direntasi oleh para pengamalnya, sebagaimana yang terkandung dalam pelbagai karya mereka. Imam Qushayri (m.465H) (1989) dalam hal ini, telah berusaha mengumpul serta menjelaskan kekeliruan, tidak kurang daripada 109 istilah berkaitan dengan proses yang berlaku dalam menyempurnkan maksud Tasawwuf yang terkandung dalarn definisi lepas. Perlu ditegaskan di sini bahawa setiap daripada istilah-istilah yang dibincangkan tersebut, mempunyai beberapa pandangan dan definisi berlainan “Simposiam TAREKAT Texel & Anjuren: Pertcbuhan Tarekat Multabar Malaysia (PERTAMA) 2 Tanke O7hb November 2015 Hart, Sabtu t> Mase: £200 po hingga 4:00 petang «> Termpat: Auctorum, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putajaye Simposionn Tarehat Tasawef, PERTAMA 4 tentangnya, mengikut apa yang difahami oleh tokohnya, sebagai suatu penjelasan kepada pengalaman kerohanian yang pernah dilalui mereka. Maka itu, kedudukan definisi diberikan kepada setiap istilah yang diketengahkan dalam disiplin ilmu ‘Tasawwuf itu, adalah sama dengan kedudukan kepelbagaian definisi yang diberikan kepada definisi istilah Tasawwuf itu sendiri. TAHLIVAH ) ( TAHAQQUQ ‘Simposium TAREKAT Tesawwuf w Aijuran: Pertubuhan Terekat Muktabar M Har: Sabtu ip Masa: B:00 pg hingga 4:09 petang wo Tempat: Audroum, Masjid Putre Wilayah Persekutuan Putrayaye ig (PERTAMA) #0 Tarikhs O7hb November 2015 Simposiom Tarthat Tasawel, PERTAMA 5 RUANG LINGKUP ILMU TAREKAT Perkataan tarekat didapati pernah disebut dalam al-Quran sebagaimana firman Allah: 2 OH CEN NEE Maksudnya: (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya, kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. (Surah al-Jin:16) Kea Para ulama mentafsirkan perkataan al-tariqah tersebut sebagai agama Islam (Ibn Kathir, 1999). Oleh itu, ia boleh difahami bahawa setiap muslim secara umumnya adalah bertarekat, iaitu agama Islam. Sementara istilah tarekat dalam Tasawwut jika ditelitikan, adalah termasuk dalam pelbagai istilah lain yang dibincang dalam karya tokoh sufi terdahulu sebagaimana disebut dalam karya mereka, Al-Jurjani (m.816H) (2000) selah mengemukakan satu definisi tentang tarekat yang merujuk kepada suatu proses penghayatan khusus yang dilakukan oleh orang-orang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredhaan Allah SWT, dengan cara merentasi pelbagai sifat hati yang tercela dengan mengikis dan merubahnya (al-manazil) menjadi baik serta menghiasi diri dengan pelbagai tingkat keyakinan (magamat al-yaqin). Berpandukan kepada definisi tetsebut, tarekat yang dimaksudkan dalam ilmu ‘Tasawwuf adalah merupakan suatu tarekat yang mengandungi makna lebih khusus berbanding makna umum tarekat yang hanya merujuk kepada agama Islam yang ditafsirkan oleh ahli tafsir. Makna lebih khusus dimaksudkan tersebut ialah suatu proses atau kaedah dan tatacara tertentu yang diijtihadkan oleh ulama sufi dalam usaha mendidik jiwa manusia daripada bersifat mensyirikkan Allah kepada menjadi manusia yang layak digelar sebagai hamba schenar kepadaNya. Sifat khusus tersebut adalah suatu proses amalan tambahan ditekuni dan dihayati selain daripada perkara asas wajib yang dituntut dalam Islam seperti solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, zakat haji dan scumpamanya. Ini bermakna, seorang yang menjalani satu tarekat Khusus ini, ia secara tidak langsung sedang menjalani dan mengamalkan tarekat dengan makna yang umum, iaitu Islam dan tarekat dengan makna yang khusus, iaitu tarekat sufi. “Simposium TARCKAT Tasowivul © Anjuren: Pertubuhan Torekat Muktobar Malaysia (PERTANA) wo Tarikh: O7Ho November 2015 Hari: Sebtu #2 Masa: 8:00 pg hinaga 4:00 petang »> Tempat: Auiterum, Masid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya Simporivan Tarthet Taaawu, PERTAMA 6 Boleh diringkaskan di sini bahawa istilah khusus tarekat sebagaimana di atas merangkumi beberapa elemen penting yang perlu ada seorang yang menjalaninya, iaitu: 1. Guru yang membimbing jalan atau proses khusus tersebut. 2. Murid yang dibimbing. 3. Amalan khusus yang diamalkan dan dihayati oleh murid yang melakukan proses tersebut. TAREKAT UMUM (ISLAM) TAREKAT KHUSUS SEDEKAH Simporiumn Tarthat Taaawel, PERTAMA 7 ‘Siinposium TAREKAT Tasawwuf i Anjuran: Pertubuan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) so Terk: O7hb November 2015 Harts Sabtu f) Masa: 8:00 pg hngga 4:00 petang te Tempat: Auditorium, Masjid Putra Vllayah Persekutuan Putrajaya HUBUNGAN TASAWWUF DAN TAREKAT Setelah seorang dapat mengenal pasti dengan jelas ruang lingkup ilmu ‘Tasawwuf dan ruang lingkup ilmu tarekat, beliau sudah pasti akan dapat memahami hubungan tasawwuf dan tarekat dengan jelas. Dalam karya-karya ilmu tasawwuf sebagaimana dibincangkan sebelum ini, terkandung pelbagai istilah berkaitan proses untuk mencapai matlamat kemuncak bertasawwuf. Pelbagai istilah dikemukakan itu pula, merupakan suatu ungkapan atau kenyataan yang menjelaskan makna suatu hal kerohanian yang berlaku hasil daripada penghayatan yang dilakukan oleh sufi ketika menjalani proses penyucian jiwa. Dari sudut kronologinya, satu istilah baru yang menerangkan tentang suatu kelakuan, tidak wujud kecuali setelah kelakuan tersebut terlebih dahulu muncul, tanpa dipadankan kepadanya dengan berbagai istilah. Mengambil contoh istilah fana’ yang digunapakai dalam Tasawwuf, perkataan tersebut pada mulanya hanya merujuk kepada inakna literal, iaitu lenyap, tiada atau binasa suatu perkara yang dahulunya ada. Ssbelum munculnya pengalaman kerohanian dalam kalangan sufi berkaitan dengan perihal fana’, perkataan fana’ belum lagi dipadankan dengan makna istilah sebagaimana ia difshami dalam disiplin ilmu Tasawwuf, Namun, setelah berlaku berulangkali pengalaman kerohanian fana’ dalam kalangan mereka, kemudiannya istilah tersebut mula diperkenalkan oleh tokoh dalam kalangan mereka, untuk merujuk kepada makna istilah yang dikehendaki tersebut. Al-Hujwiri (m.465H) (1974) melaporkan bahawa Shaykh Abu Sai‘d al-Kharraz (m.286H) dikatakan sebagai pelopor yang memperkenalkan istilah fana’ dan baqa’ dalam kalangan para sufi di zamannya. Begitu juga berlaku kepada kebanyakan istilah baharu muncul dalam ilmu ‘Tasawwuf, ia tidak difahami masyhur secara istilah sebagaimana yang tercatat dalam karya Tasawwuf, Ini bermakna, kebanyakan istilah dalam Tasawwuf hanya muncul setelah pelbagai pengalaman kerohanian berkaitan dengannya berlaku dan terjadi terlebih dahulu sebelum istilah-istilah tersebut diperkenalkan. Perlu diingatkan bahawa pengalaman kerohanian terhasil yang dimaksudkan itu adalah setelah seorang sufi menjalani tarekat khusus, scbagaimana dalam definisi tarckat lepas. Jika begitu, hal demikian jelas menunjukkan bahawa pelbagai disiplin imu Tasawwuf dalam pelbagai karya tokoh sufi lepas terhasil setelah wujudnya pelbagai bentuk pengalaman kerohanian para sufi menerusi tarekat khusus yang dijalani oleh mereka. Maksudnya, tanpa pelbagai pengalaman kerohanian yang ditempohi mereka menerusi amalan tarekat sebagai suatu kaedah khusus yang mereka yakini, ilmu ‘Tasawwuf ada kemungkinan tidak wujud sebagaimana ia diketengahkan hari ini. Dari “imposium TAREKAT Tasawwuf wo Arjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) 2 Tarikh: O7Hb November 2015 Hari Sabtu e> Masa: €:00 pg hingga 4:00 petang = Tempat: Aucitorum, Masic Putra Wiayah Persekutuan Purejaya Simposioan Terthad Tasawaf, PERTAMA 8 aspek hubungan antara tarekat dan tasawwuf, jelas menunjukkan bahawa pengamalan tarekat yang membina pengalaman kerohanian para sufi, menjadi asas penting dan pemangkin kepada disiplin ilmu Tasawwuf. Manakala ilmu Tasawwuf pula, dilihat menjadi wasilah penting untuk memandu para pengamal tarekat bagi mencapai matlamat kesempurnaan kehambaan diri mereka kepada Allah SWT. PENGALAMAN KEROHANIAN DISIPLIN ILMU TASAWWUF KESIMPULAN Tarekat sufi adalah sinonim dengan ilmu Tasawwuf, sebagaimana ilmu Tasawwuf itu sendiri tidak pernah terpisah daripada pengamalan ilmu tarckat. Ini adalah kerana kesemua teori dikemukakan dalam disiplin ilmu Tasawwuf merupakan suatu pernyataan yang menjelaskan tentang kesan penghayatan amalan yang dilakukan oleh para sufi menerusi suatu proses penyucian jiwa menggunakan kaedah dan tatacara Khusus yang diistilahkan sebagai tarekat. Oleh itu, pandangan menyatakan apabila seorang bertasawwuf tidak perlu ia bertarekat kerana tasawwuf dan tarekat adalah dua perkara, berlainan dan tidak berkaitan antara satu sama lain, adalah suatu kesilapan yang perlu diperbetulkan. npn TAREXAT Taxa wo Ror Pvabuhon Talat Wilabor Nala (PERTANA) Tank hb Rovenber 215 at abt wo Has. 800 pg hngga 400 plant Tenpet: Acorn, Had Pr Way Pretuan Pub aaye Simporiomn Tarthat Tacawef, PERTAMA 9 RUJUKAN Abmad Zarrug, (1985). Qawa id al-Tasawwuf. Kaberah: Dar al-Sha’b. Haji Khalifah, Mustafa bin “Abd Allah al-Qistatini (1990), Kashf al-Zunun “ala al- ‘Asami al-Kutub wa al-Funun, Beirut: Dar al-Fikr. Hujwiri, ‘Ali bin Uthman al-Jallabi al- (1974), Kasf al-Mahjub, Terj. Dr. Is‘ad Abd al- Hadi Qindil. Kaherah:Maktabah al-Iskandariyyah. Ibn *Ajibah, “Abbas Ahmad bin Muhammad bin al-Mabdi al-Hasani (2009), ‘gaz al- Himam fi Sharh al-Hikam, c. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ihmiyyah. Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma‘il bin ‘Umar al-Dimashqi (1999), Tafsir Ibn Kathir, Beirut: Dar al-Fikr. Jurjani, al-Sayyid al-Sharif Abi al-Hasan “Ali bin Muhammad bin “Ali al-Husayni al- (2000), al-Ta*rifat, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Imiyyah. Qushairi, Abu al-Qasim al-; (Tahgiq: Abd al-Halim Mahmud & Mahmud al-Sharif) (1989). al-Risalah al-Qushairiyyah. Kaherah: Dar al-Sha'b. Sakhr, Hamid Ibrahim Ahmad (1970), Nur al-Tahgig fi Sihhah ‘A’mal al-Tarig, c. 2, Kaherah: Matba‘ah Dar al-Ta’lif. “Simposium TAREKAT Tasewwuf to Anjuren: Perlubuhan Terekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) wo Tarikh: O7hb November 2015 1g hingga 4:00 petang t Ternpat: Auteur, Masjd Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya Simmposiom Tarehat Tasaun, PERTAMA 10 3

You might also like