You are on page 1of 1

PUISI TRADISIONAL

Ciri-ciri Pantun

a) Pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan seterusnya hingga pantun enam
belas kerat
b) Setiap baris pantun mengandungi empat hingga lima patah perkataan
c) Lapan hingga dua belas suku kata dalam sebaris
d) Setiap rangkap pantun mempunyai unit atau kuplet pembayang atau sampiran dan unit maksud
e) Rima hujung yang tetap iaitu a-a (pantun dua kerat), a-b-a-b (pantun empat kerat) dan a-b-c-a-
b-c (pantun enam kerat) dan seterusnya
f) Satu rangkap pantun sahaja sudah dapat memberikan maksud yang hendak disampaikan secara
keseluruhan

Ciri-ciri Syair

a) mempunyai susunan baris yang terikat - syair hanya mempunyai empat baris sahaja bagi setiap
rangkap
b) Rima akhir bagi syair adalah a-a-a-a (hanya mempunyai satu rima yang sama sahaja)
c) satu rangkap syair iaitu empat baris syair merupakan kesatuan idea
d) ada satu hentian (pause)
e) 8-10 perkataan sebaris

You might also like