You are on page 1of 1

KEPADA YANG BERKENAAN Ruj.

Tuan :
............................................................... Ruj. Kami : SSFC/2018-03
............................................................... Tarikh : 4 Ogos 2019

Tuan / Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN “SPONSORSHIP” BAGI PENGANJURAN KEJOHANAN FUTSAL


PIALA SHANKLY SPIRITS 2019 “SS CUP 2019”, 14 DISEMBER 2019

Dengan segala hormatnya izinkan saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak kami KELAB PEMINAT SPIRITS yang berdaftar dengan ROS akan
menganjur dan mengelolakan Kejohanan Futsal Piala Spirits 2019. Sebanyak 16 pasukan dari pelbagai
negeri dan kelab sokongan akan menyertai kejohanan tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan keprihatinan dari pihak tuan bagi
mendapatkan sumbangan ‘sponsorship’ bagi mana-mana item yang bersesuaian bagi membantu pihak
kami dalam menjayakan kejohanan ini. Sumbangan dan bantuan dari pihak tuan akan digunakan bagi
membantu pihak kami membiayai kos-kos item berkaitan di sepanjang kejohanan tersebut dalam masa
yang sama dapat menampung kekurangan yang ada ketika berlangsungnya kejohanan.

4. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan ‘sponsorship’ pihak tuan, pihak
kelab dengan izin akan mempamerkan logo / nama syarikat / organisasi tuan pada pakaian sukan / set
jersi / kain rentang / bunting yang akan digunakan di sepanjang kejohanan berlangsung.

Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih dan sebarang
kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank kelab atas nama
KELAB PEMINAT SPIRITS, no. Akaun (CIMB :). Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus dengan
menghubungi Saudara Ahmad di talian 013-.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

......................................................
AHMAD
Presiden | Shankly Spirits FC
No. Daftar : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (NSID-046-)

You might also like