You are on page 1of 12

Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data

Basic

8 Pangkalan Data
Bab

Mengurus pangkalan data dengan Visual


Basic 6.0
Salah satu aplikasi utama pengaturcaraan Visual Basic ialah membina sistem
maklumat atau menguruskan pangkalan data yang sedia ada.

Pangkalan data yang sedia ada mungkin telah dibina dengan perisian
pangkalan data yang khusus seperti Access, FoxPro, Dbase dan Paradox
atau pun yang dibina dengan Visual Data Manager yang terdapat dalam
Visual Basic itu sendiri.

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan untuk menghasilkan satu sistem
maklumat untuk menguruskan pangkalan data Access (panelvb.mdb) yang
disediakan.

Objektif

Selepas mengikuti bab ini anda dapat:

1. Menerangkan konsep medan dan rekod dalam pangkalan data.

2. Mengakses pangkalan data dengan menggunakan data kawalan Visual


Basic jenis ADODC (ActiveX Data Object Data Control).

3. Menghasilkan satu sistem maklumat ringkas yang boleh memapar,


menggelintar dan menambah data.

Teori / Latarbelakang

Pangkalan data merupakan koleksi data yang disusun dalam bentuk jadual
mengikut kategori tertentu yang dinamakan medan (lajur jadual). Satu set
medan ini yang berhubungkait di antara satu sama lain dinamakan rekod
(baris jadual).

Misalnya, seseorang individu itu mempunyai banyak data yang berkait


dengan dirinya yang boleh disusun mengikut medan seperti nama, umur,
jantina, tinggi dan sebagainya. Setiap satu set medan (satu baris pada jadual)
ini boleh dianggap sebagai satu rekod maklumat peribadi seorang individu.

8-1
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

Rajah 8.1 di bawah menunjukkan contoh jadual bagi pangkalan data yang
dicipta dengan perisian pangkalan data Access.

Medan

Rekod

Rajah 8.1: Contoh jadual bagi pangkalan data Access

Aktiviti 1 : Mencapai Maklumat Dalam Pangkalan Data

Langkah 1 : Meletakkan data kawalan ADODC pada toolbox

Untuk membolehkan data diakses dari pangkalan data, data kawalan jenis
ADODC (ActiveX Data Object Data Control) boleh digunakan. Langkah
berikut akan mengeluarkan dan meletakkan data kawalan jenis ADODC pada
toolbox.

1. Klik butang kanan (right-click) pada toolbox dan pilih Component.


atau klik menu Project dan pilih Components…

2. Pada senarai Components, pilih Microsoft ADO Data Control 6.0


(OLEDB) dan klik OK. Anda akan dapati objek data kawalan ADODC
akan muncul pada toolbox seperti pada Rajah 8.2.

8-2
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

Rajah 8.2: Data kawalan ADODC

Langkah 2 : Menyediakan antara muka pada Form

1. Dengan menggunakan objek-objek Label, Textbox dan data kawalan


ADODC, sediakan antara muka seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.3 di bawah.

Data kawalan ADODC boleh diletakkan di atas form dengan


mendwiklik pada ikon ADODC pada toolbox atau klik ikonnya pada
toolbox kemudian lakarkannya di atas form.

Data
kawalan
ADODC

Rajah 8.3: Contoh antara muka pangkalan data pada form

8-3
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

Langkah 3 : Membuat pautan data (data binding) kawalan


ADODC dengan pangkalan data “panelvb”

1. Klik kanan pada data kawalan ADODC dan dari menu popup, pilih
ADODC properties.

2. Tetingkap Property pages seperti di Rajah 8.4 akan dipaparkan.


Pada tab General, pilih Use Connection String dan klik pada butang
Build.

Klik sini

Rajah 8.4: Tetingkap Property Pages

3. Tetingkap Data Link Properties seperti di Rajah 8.5 akan


dipaparkan. Pada tab Provider terdapat senarai enjin yang boleh
digunakan. Pilih Microsoft Jet 4.0 OLE DB Provider dan klik butang
Next.

Pilih
ini

Rajah 8.5: Tetingkap Data Link Properties

4. Pada tab Connection, klik pada butang di sebelah Textbox untuk


mencari lokasi fail panelvb.mdb.

8-4
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

Klik
sini

Rajah 8.6: Tab Connection

5. Klik OK apabila selesai. Tetingkap Property Pages akan


dipaparkan semula.

6. Klik pada tab RecordSource. Di bawah Command Type, klik pada


List Box untuk melihat senarainya dan pilih 2 – adCmdTable. Lihat
Rajah 8.7 di bawah.

Klik sini

Pilih ini

Rajah 8.7: Memilih Command Type

7. Klik pada List Box di bawah tajuk Table or Stored Procedure Name
seperti pada Rajah 8.8 untuk melihat senarainya dan pilih panelvb.
Kemudian klik OK.

Klik sini

Rajah 8.8: Memilih Table or Stored Procedure Name

8. Simpan (save) projek anda dengan nama “panelvb”.

8-5
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

Langkah 4 : Membuat setting pada Form, Label dan Textbox

Objects
Properties
(Controls)
Form Caption Maklumat Panel VB
Name frmPanel
Label1 Caption Panel Penggubal Modul Visual Basic
Label2 Caption Nama
Label3 Caption Maktab
Label4 Caption Telefon
Label5 Caption Email
Textbox1 Name txtNama
Text1
DataSource Adodc1
DataField nama
Textbox2 Name txtMaktab
Text1
DataSource Adodc1
DataField maktab
Textbox3 Name txtTelefon
Text1
DataSource Adodc1
DataField telefon
Textbox4 Name txtEmail
Text1
DataSource Adodc1
DataField email

Setelah selesai membuat setting di atas simpan projek anda.

8-6
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

Langkah 5 : Memapar dan menggelintar maklumat dalam


pangkalan data, panelvb

1. Pada menu File, pilih Open Project dan keluarkan semula fail panelvb.

2. Tekan kekunci F5 atau butang run pada toolbar untuk melaksanakan


projek panelvb tersebut. Anda sepatutnya akan mendapat paparan
seperti dalam Rajah 8.7 di bawah.

Butang
skrol
ke depan Butang
skrol
ke belakang

Rajah 8.7: Maklumat Panel VB

3. Anda boleh melihat ke semua rekod yang ada dengan mengklik pada
butang skrol ke depan atau ke belakang pada data kawalan Adodc1.

Aktiviti 2 : Menyediakan butang kawalan untuk menambah data

Untuk menjadikan sesuatu sistem maklumat itu lebih praktikal beberapa fitur
perlulah ditambah. Dalam bahagian ini, dua butang arahan akan disediakan
bagi membolehkan data baru ditambah ke dalam pangkalan data dan satu
butang arahan lagi untuk membatalkan operasi sekiranya perlu.

1. Buka semula fail projek panelvb dan tambahkan tiga butang arahan
(Command Button) di atasnya. Susun ketiga-tiga butang tersebut seperti
yang ditunjukan pada Rajah 8.9 di bawah.

8-7
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

Rajah 8.9: Antara muka

2. Setkan properties pada butang-butang arahan tersebut seperti berikut:

Objects Properties
CommandButton1 Name cmdTambah
Caption Tambah
CommandButton2 Name cmdKemas
Caption Kemas Kini
CommandButton3 Name cmdBatal
Caption Batal

3. Dwiklik pada Form dan kodkan aturcara berikut supaya semua TextBox
tidak boleh diubahsuai setiap kali Form dipaparkan.

Private Sub Form_Load()


cmdBatal.Enabled = False
cmdKemas.Enabled = False
txtNama.Enabled = False
txtMaktab.Enabled = False
txtTelefon.Enabled = False
txtEmail.Enabled = False
End Sub

8-8
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

4. Semua CommandButton perlu dikodkan supaya dapat berfungsi


sepertimana yang ditetapkan. Dwiklik pada butang Tambah dan kodkan
aturcara berikut:

Private Sub cmdTambah_Click()


'Mengaktifkan TextBox
txtNama.Enabled = True
txtMaktab.Enabled = True
txtTelefon.Enabled = True
txtEmail.Enabled = True
'Menyediakan pangkalan data utk. menerima data baru
Adodc1.Recordset.AddNew
Adodc1.Enabled = False
cmdTambah.Enabled = False
cmdBatal.Enabled = True
cmdKemas.Enabled = True
txtNama.SetFocus
End Sub

5. Dwiklik pada butang Kemas Kini dan kodkan aturcara berikut:

Private Sub cmdKemas_Click()


Adodc1.Recordset.Save
Adodc1.Recordset.MoveLast
Adodc1.Enabled = True
txtNama.Enabled = False
txtMaktab.Enabled = False
txtTelefon.Enabled = False
txtEmail.Enabled = False
cmdTambah.Enabled = True
cmdKemas.Enabled = False
cmdBatal.Enabled = False
End Sub

8-9
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

6. Dwiklik pada butang Batal dan kodkan aturcara berikut:

Private Sub cmdBatal_Click()


Adodc1.Recordset.Cancel
Adodc1.Refresh
Adodc1.Enabled = True
cmdTambah.Enabled = True
cmdKemas.Enabled = False
cmdBatal.Enabled = False
End Sub

7. Laksanakan projek anda dengan menekan kekunci F5.

Penilaian Kendiri

1. Senaraikan 4 nama medan yang terdapat dalam pangkalan data panelvb.

a) ________________

b) ________________

c) ________________

d) ________________

2. Bilangan rekod yang terdapat dalam pangkalan data panelvb ialah _____

3. ADODC bermaksud __________________________________________

8-10
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

__________________________________________________________

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan-pernyataan berikut:

 TxtNama.Enabled = True : ______________________________

____________________________________________________

 CmdTambah.Enabled = False : __________________________

____________________________________________________

 Adodc1.Recordset.AddNew : ____________________________

____________________________________________________

 Adodc1.Recordset.AddNew : ____________________________

____________________________________________________

Latihan

1. Tambahkan kod pada butang arahan (CommandButton) cmdKemas


supaya ia boleh memaparkan mesej “Anda belum mengisi data”
sekiranya pengguna terklik butang tersebut sebelum mengisi maklumat.
Anda perlu menggunakan struktur kawalan pilihan If – Else supaya
butang tersebut berfungsi seperti asal sekiranya maklumat telah diisi.

2. Tambahkan satu butang arahan (CommandButton) baru pada projek


panelvb untuk digunakan bagi menghapuskan/memadam sesuatu rekod
dalam pangkalan data. Setkan property Caption bagi butang itu sebagai
“Padam” dan setkan property Name sebagai “cmdPadam”.

Dwiklik pada butang Padam dan masukkan kod sama dengan kod yang
terdapat pada cmdTambah_Click(). Untuk mencepatkan kerja anda
gunakan “Cut & Paste” untuk menyalin kod berkenaan. Anda perlu
mengubah pernyataan Adodc1.Recordset.AddNew kepada satu
pernyataan yang sesuai untuk memadamkan fail seperti berikut:

Adodc1.Recordset. ____?____.

8-11
Modul Pengaturcaraan Visual Pangkalan Data
Basic

8-12

You might also like