You are on page 1of 8

MODUL LATIHAN PERTENGAHAN TAHUN 2021

DAERAH HULU LANGAT

BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN 011
Bahagian A
TAHUN EMPAT

1 ¼ Jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu
pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

Nama:

Kelas:

Kertas ini mengandungi 16 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 10
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ membaca buku cerita apa, Jit Weng? Ceritakannya kepada


.
A Dia…kamu
B Saya…kita
C Kamu…saya
D Mereka…awak

2 Puan Azizah binti Mohamad Yusof telah dianugerahi


sempena Hari Kraf Kebangsaan.
A Tokoh Sukan Negara
B Tokoh Sasterawan Negara
C Tokoh Kraf Negara
D Tokoh Seni Negara

3 Tarian Dabus dipersembahkan sejak tahun dahulu ,tarian ini


berasal dari negeri Perak.
A beratus-ratus
B masing-masing
C sebahagian
D setiap

4 Tindakan pasukan bomba dan penyelamat memadamkan


kebakaran itu mengelakkan rumah yang lain turut terbakar.
A deras
B cepat
C laju
D pantas

[Lihat halaman sebelah]


2 SULIT
5 Permohonan Mykad untuk kali pertama adalah bagi yang
berumur 12 tahun.
A orang-orang
B penduduk-penduduk
C kanak-kanak
D ramai-ramai

6 Walaupun tanah di tepi rumah Encik Husin sahaja, namun


dia tetap bercucuk tanam beberapa jenis sayuran.
A panjang lebar
B atas pagar
C jejak langkah
D sekangkang kera

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Penjaja itu berjalan sambil barang jualannya di atas kepala.


A mengelek
B menjinjing
C menggalas
D menjunjung

[Lihat halaman sebelah]


3 SULIT
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Datuk memotong pisang di kebunnya menggunakan


parang.
A sebiji … sebatang
B sesikat … sebuah
C setandan … sebilah
D sebatang … sebuah

9 Bas pekerja itu tersadai di tepi jalan kerana mengalami


enjin.
A dirosakkan
B merosakkan
C perosak
D kerosakan

10 Kejadian litar pintas itu berpunca wayar penyambung yang


berserabut.
A pada
B dari
C daripada
D kepada

[Lihat halaman sebelah]


4 SULIT
11 Zara seorang yang baik hati. Dia selalu membantu masyarakat secara
.
A kerjasama
B sukarela
C tanggungjawab
D sukacita

Soalan 12 hingga 13
Pilih ayat yang betul.

12 A Kata-katanya itu bukan benar.


B Lelaki itu bukan abang saya.
C Kereta api itu tidak dari Ipoh.
D Ladang ini tidak kepunyaan Pak Azam.

13 A Buku-buku nota sejarah itu tebal belaka.


B Puan Dini membeli pelbagai-bagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi
keluarganya.
C Nabila berasal daripada Johor.
D Kedua orang anak perempuannya bertugas sebagai doktor di hospital yang
sama.

[Lihat halaman sebelah]


5 SULIT
Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Cikgu Rosnani mengajar murid-muridnya tentang simpulan bahasa dan tulisan


jawi.
A Murid-murid belajar tentang simpulan bahasa dan tulisan jawi daripada
Cikgu Rosnani.
B Murid-murid mengajar simpulan bahasa dan tulisan jawi dengan cikgu
Rosnani.
C Simpulan bahasa dan tulisan jawi mengajar Cikgu Rosnani.
D Cikgu Rosnani belajar tentang simpulan Bahasa dan tulisan jawi
bersama-sama murid.

Soalan 15
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

15 Seni jahitan tulang belut perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai tradisi yang
tinggi.
A Bagaimanakah mengekalkan seni jahitan tulang belut?
B Mengapakah seni jahitan tulang belut perlu dikekalkan?
C Adakah seni jahitan tulang belut bernilai tinggi?
D Bilakah jahitan seni tulang belut perlu dikekalkan?

[Lihat halaman sebelah]


6 SULIT
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mat Kilau salah seorang tokoh pejuang terkenal . Beliau merupakan


anak jati Pahang. Beliau terkenal dengan keberanian dan kegagahannya
melancarkan gerakan-gerakan penentangan (1891–1895) kerana
membantah campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri
Pahang.

Dalam strategi awal penentangannya, Mat Kilau telah mengarahkan


pengikut-pengikutnya memotong talian telegraf bagi menyukar dan
memutuskan perhubungan antara pegawai-pegawai pentadbir British.
Walaubagaimanapun, perbuatan ini dapat dikesan oleh pihak British. Pihak
British pula cuba memujuk Mat Kilau agar bekerjasama dengan mereka,
namun pelawaan ini telah ditolak oleh Mat Kilau.

Mat Kilau lebih rela bertempur dengan askar penjajah Inggeris. Mat
Kilau hanya menggunakan kayu, buluh, keris dan parang sebagai senjata
dan dibantu oleh pengikut-pengikutnya. Namun, sukar untuk menandingi
senjata moden yang digunakan oleh askar-askar upahan British. Gerakan
penentangan yang tidak bersepadu ditambah dengan jumlah pengikut
yang tidak ramai, menyukarkan lagi peluang mereka mengalahkan dan
menghalau British dari bumi Pahang. Namun, Mat Kilau tetap meneruskan
perjuangannya habis-habisan sehingga kampung tempat tinggalnya, iaitu
Kampung Budu dibakar oleh pihak British.

Sikap beliau sebagai seorang pemimpin terserlah kerana ketegasan


beliau, berpandangan jauh dan berfikiran matang. Beliau meninggal dunia
pada usia 122 tahun.

16 Siapakah Mat Kilau?


A Pegawai pentadbir British
B Penghulu kampung
C Tokoh pejuang terkenal
D Ketua masyarakat

[Lihat halaman sebelah]


7 SULIT
17 Dari manakah beliau berasal?
A Britain
B Pahang
C Kelantan
D Kampung

18 Apakah yang dilakukan oleh Mat Kilau bagi memutuskan perhubungan antara
pegawai-pegawai pentadbir British?
A membakar pusat pentadbiran British.
B memujuk pegawai pentadbir British.
C memotong bekalan elektrik.
D memotong talian telegraf.

19 Apakah jenis senjata yang digunakan oleh Mat Kilau ketika menentang
penjajah?
A senapang dan pistol.
B kayu, keris dan parang.
C meriam buluh.
D buluh.

20 Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menentang musuh negara?


A supaya negara kita lebih kaya
B supaya kedaulatan negara kita terpelihara
C supaya negara kita maju
D supaya negara kita dijajah

SOALAN BAHAGIAN A TAMAT

You might also like