You are on page 1of 4

SJK T TAMAN MELAWATI,

JALAN MELAWATI 5, TAMAN MELAWATI,


53100 KUALA LUMPUR, SELANGOR

KERTAS KERJA PROGRAM KUNJUNG BANTU


PROJEK 1 DAERAH 5 MODEL SEKOLAH
(1D5MS+)

BAGI PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)


DAERAH GOMBAK 2022

ANJURAN
UNIT JAWATANKUASA TS25

1
Kertas Kerja Program Kunjung Bantu
Projek 1 Daerah 5 Model Sekolah (1D5MS+)

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah merupakan Institusi Pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum
atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik
darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang
dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah
serta kondusif.

2.0 RASIONAL
Memperkasakan kemahiran guru dalam mewujudkan sekolah model contoh dalam
daerah Gombak serta merangkumi elemen-elemen TS25.

3.0 MATLAMAT
Membantu para guru di SJK T Taman Melawati terutamanya barisan SLT dan MLT
berkaitan dengan Projek 1 Daerah 5 Sekolah Model. Selain itu, pihak sekolah dapat
berkongsi input dan pencapaian sekolah dalam mencapai tahap maksima dalam
kemenjadian murid.

4.0 OBJEKTIF
Bertujuan untuk menyokong dan membantu guru sekolah dalam pelaksanaan
Projek 1 Daerah 5 Sekolah Model di bawah Program Transformasi Sekolah (TS25)
bagi meningkatkan kemenjadian murid.

5.0 NAMA PROGRAM

Program Kunjung Bantu Projek 1 Daerah 5 Model Sekolah (1D5MS+)

2
6.0 ANJURAN
Jawatankuasa TS25 Sekolah

7.0 TEMPOH
24 Ogos 2022 (Rabu)

8.0 TEMPAT
Sekolah SJK T Taman Melawati

9.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN :


- Persembahan tradisional murid
- Pembentangan Pintas dan Amalan Terbaik sekolah
- Lawatan kawasan sekolah
- Lawatan kiosk-kiosk murid

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGERUSI : Pn.S.Magespari
TIMB PENGERUSI : Pn.N.Saroja
NAIB PENGERUSI : En.A.Victor
: Pn.N.Retha
SETIAUSAHA : Pn.A.Pritasri
BENDAHARI : Cik.A.Tharshini
AJK PELAKSANA :-
PENGACARA MAJLIS : Cik.S.Yashini
FOTOGRAFI : Cik.Shaarmini
PENDAFTARAN : Pn.Bharathy
BUKU PROGRAM : Cik.Pramalatha
SIARAYA : En.Mohd Radhi
JAMUAN : Cik.Dharshini
JEMPUTAN : Pn.Vaani
SAMBUTAN : Cik.Bovananjali
DOKUMENTASI : Cik.S.Malathi

3
SIJIL DAN CENDERAMATA : Cik.A.Tharshini
PERSEDIAAN TEMPAT : En.S.Yaesoden
PERSEMBAHAN MURID : Pn.Megalah

11.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan PIBG

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA UNIT HARGA PERBELANJAAN


1 Sarapan pagi 15 RM 6.00 RM 90.00
2 Makanan Tengah hari 15 RM 8.00 RM 120.00
3 Kalung Bunga 15 RM 10.00 RM 150.00
4 Beg Cenderahati 15 RM 8.00 RM 120.00
JUMLAH RM 480.00

13.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya kejayaan Kunjung Bantu 1Daerah 5Sekolah Model
yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada
semua pihak yang terlibat. Konsep pemuafakatan menjadi tunjang kearah kejayaan
program ini. Semoga semua perancangan yang dibuat mendapat pertimbangan dan
kelulusan pihak PIBG.

Disediakan Oleh, Diluluskan Oleh,

…………………………… …………………………….
(PN.PRITASRI A/P ASOGAN) (PN.MAGESPARI A/P SUBRAMANIAM

SETIAUSAHA PROGRAM GURU BESAR

You might also like