You are on page 1of 2

MINIT CURAI

TAJUK : KURSUS ASAS PEMIMPIN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA SEKOLAH


DAERAH GOMBAK BAGI TAHUN 2022

TEMPA T : SK TAMAN PRIMA SELAYANG (BILIK PPD)

TARIKH : 20.07.2022 – 21.07.2022

MASA : 8:00 PAGI – 5:00 PETANG

PENGANJUR : PESURUHJAYA PPPM DAERAH GOMBAK

PENCERAMAH:

A. PERKARA YANG DIBINCANGKAN


1. Para Pemimpin Pandu Puteri Tunas dibawa untuk dilatih membuat lingkungan Pandu Puteri
Tunas dan Pow-Wow dengan betul.
2. Dalam lingkungan Pandu Puteri Tunas para pemimpin menyanyikan Lagu Dunia dan Lagu
Kumpulan serta Lagu Ahli Baru.
3. Para Pemimpin juga melafazkan ikrar dan belajar cara melapor kehadiran ahli kumpulan dan
tabik kepada Kakak Siti.
4. Pandu Puteri Kelip-Kelip adalah satu usaha baru yang diperkenalkan bagi murid-murid sekolah
rendah tahap 1 termasuk prasekolah.
5. Diperkenalkan bahawa Pn.Raashida dari SK Lembah Keramat adalah ahli Pesuruhjaya Kelip-
Kelip Daerah Gombak.
6. Beliau menjelaskan bahawa pasukan kelip-kelip ini terbuka kepada kanak-kanak atau murid-
murid perempuan yang berumur 5-8 tahun.
7. Beliau menjelaskan juga bahawa jumlah murid dalam pasukan adalah minimum 12 orang ahli
hingga maksimum 36 orang ahli.
8. Beliau mengingatkan bahawa pasukan mesti melantik seorang kakak setia iaitu guru
pembimbing dan seorang siti setia iaitu ketua murid.
9. Beliau mengigatkan Pasukan Kelip-Kelip ini perlu didaftarkan dengan bayaran sebanyak RM10
bagi satu pasukan.
10. Pn.Rosita ahli Pesuruhjaya Tunas Puteri Daerah Gombak meminta pemimpin pasukan Tunas
Puteri untuk menyemak dan menukar perancangan program pandu puteri tunas sekolah jika
tidak selaras dengan perancangan yang diberikan oleh pihak penganjur program.
11. Beliau menerangkan bahawa setiap murid perlu ada buku log manakala pemimpin perlu ada
buku progresif pemimpin.
12. Beliau menerangkan juga tentang cara-cara untuk mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas
Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua
Pesuruhjaya.
13. Pn……… menerangkan tentang Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Ranger.

B. REFLEKSI PELAPOR:
Taklimat ini memberi pendedahan yang lengkap berkaitan cara pelaksanaan Catch Up Plan 2 bagi
Pemulihan tahun 2021 dengan bahan yang disediakan oleh pegawai Pemulihan di PPD Gombak.
Melalui taklimat ini saya mendapati penggunaan bahan-bahan yang disediakan ini dapat
mendorong untuk mencapai sifar Pemulihan tahun 3 bagi tahun 2021 dan akan membantu guru-
guru pada masa akan datang.

C. TINDAKAN SEKOLAH:

Guru pemulihan telah diminta untuk menggunakan bahan yang disediakan ini sepenuhnya selaras
dengan pelaksanaan pdpc. Guru juga diminta untuk sedaya upaya untuk memperdanakan semua
murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 3 bagi tahun 2021. Guru pemulihan juga telah
membincangkan dan menyatakan penggunaan buku pemulihan ‘Hero’ yang diedarkan oleh pihak
Unit Pemulihan PPDG.

D. TANDA TANGAN PEGAWAI PELAPOR

E. TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN

22.07.2022

You might also like