You are on page 1of 4

SJK T TAMAN MELAWATI,

JALAN MELAWATI 5, KUALA LUMPUR


தேசிய வகை தாமான் மெலாவாத்தி தமிழ்ப்பள்ளி, கோலாலம்பூர்

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN


‘CHITTIRAI PUTHAANDU’

ANJURAN
KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN

TEMPAT
KAWASAN SEKOLAH STTM

TARIKH
13 APRIL 2022 (RABU)

Dengan Kerjasama
Kelab Sains dan Matematik
Kelab Alam Sekitar
Kelab Doktor Muda
Kelab Bahasa Inggeris
PROGRAM SAMBUTAN ‘CHITTHIRAI PUTHAANDU’
UNTUK MURID TAHAP 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TAMAN
MELAWATI, KUALA LUMPUR.

1.0 RASIONAL
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Seni Budaya dengan
kerjasama Unit Kokurikulum STTM untuk murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Taman Melawati. Program ini bukan sahaja dapat memberi pendadahan kepada murid
tentang sambutan ‘Chittirai Puthandu’ malahan dapat mencungkil bakat murid dalam
kraf tangan dan mengenali adat resam budaya. Pada masa yang sama, program ini
dapat melahirkan insan-insan yang penuh dengan sifat hormat dan sayang pada
warisan kebudayaan negara Malaysia. Adalah diharapkan program yang dirancang ini
akan menarik minat murid dalam mempelajari kebudayaan kita.

2.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran program ini untuk :

2.1 memberi peluang kepada semua murid untuk menjana minda bagi
menghasilkan sesuatu yang kreatif
2.2 memupuk semangat mencintai seni dan kebudayaan
2.3 mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dengan guru

3.0 BUTIRAN PROGRAM


3.1 Anjuran
Kelab Seni dan Kebudayaan SJK T Taman Melawati

Dengan Kerjasama
Kelab Sains dan Matematik SJK T Taman Melawati
Kelab Alam Sekitar SJK T Taman Melawati
Kelab Doktor Muda SJK T Taman Melawati
Kelab Bahasa Inggeris SJK T Taman Melawati

3.2 Tema : I Love My Culture

3.3 Tarikh / Masa


13 April 2022 (Rabu)
1:30 tgh – 3:30 ptg

3.4 Tempat
Kawasan SJK T Taman Melawati

4.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM


 Jumlah Peserta - 116 orang
 Jumlah Juri - 3 orang
 Jumlah Guru - 12 Orang
5.0 STRUKTUR ORGANISASI
Pengerusi : Pn.Magespari
Naib Pengerusi : Pn. N. Retha
Pn.K.Mariammah
En.A.Victor
Penyelaras : Cik.M.Pramlatha
Setiausaha : Cik.A.Tharshini
Panel Juri : En.Mohd Radhi
: En.S.Yaesoden
: Cik.S.Yaashini
AJK Pertandingan
Ikat Thoranam : Cik.A.Tharshini
Ikat Bunga : Cik.V.Shaarmini
Hias Pelita : Pn.P.Megalah
Hasilkan Pelita : Pn.S.Vani
Membuat Kolam : Pn.K.Pathmavathy
AJK Hadiah : Pn.A.Pritasri / Cik.S.Malathi

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga


1 Daun pokok kelapa 50 urat 0.00 (Kawasan Sekolah)
2 Pelita Tanah liat 50 0.00 (Sumbangan Pk Koku)
3 Tepung Gandum 5 pek 0.00 (Sumbangan Penasihat Kelab)
4 Beras 5 kg 0.00 ( Guru )
5 Pewarna makanan 5 x warna 0.00 ( Guru )
6 Bunga Melur 3 pek 0.00 (Kawasan Sekolah)
7 Benang 4 0.00 (Bahan RBT)
8 Hadiah (Buku + Pensel) 30 set 0.00 (Bahan Sekolah)
Jumlah RM 0.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tempat


1:25 tengah hari Berkumpul Kantin Lama
1:30 tengah hari Senam Robik Kantin Lama
2:00 petang Mesyuarat Agung Kelab Lokasi Kelab Masing-masing
2:30 petang Pertandingan kebudayaan Lokasi Kelab Masing-Masing
3.30 petang Penyampaian Hadiah dan Bersurai Kantin Lama

8.0 PERINCIAN PROGRAM

8.1 Senam Robik


Semua murid akan mengikuti sesi senamrobik bersama PK Kokurikulm, Pn.N.Retha
di Kawasan kantin lama.
8.2 Membuat Thoranam
Murid dari kelab Alam Sekitar akan membuat thoranam daripada daun pokok kelapa
untuk dijadikan hiasan rumah. Murid yang berjaya membuat banyak thoranam dengan
kemas akan dipilih.

8.3 Mengikat Bunga


Murid dari kelab Sains dan Matematik akan mengikat bunga dengan bunga yang ada
dalam Kawasan sekolah. Murid yang berjaya mengikat bunga dengan kemas dan
kalungan yang panjang akan dipilih.

8.4 Menghias Pelita Tanah Liat


Murid dari kelab Bahasa Inggeris akan menghias pelita tanah liat yang dibekalkan di
sekolah dengan warna air. Murid yang berjaya menghias dengan cantik dan kemas
akan dipilih.

8.5 Membuat Pelita Tepung


Murid menghasilkan pelita tepung gandum dengan tepung yang dibekalkan. Murid
yang berjaya menghasilkan pelita yang kukuh dengan bentuk yang kemas akan
dipilih.

8.6 Membuat Kolam


Murid menghasilkan kolam dengan beras warna-warni yang diberiikan oleh guru
dalam kertas majung yang disediakan. Murid yang menghasilkan kolam yang kreatid
dan cantik akan dipilih.

8.7 Bunyi Gendangan


Murid menggunakan pelbagai alat disekeliling untuk menghasilkan bunyi gendangan.

9.0 Penutup
Pihak Penganjur berharap program yang dianjurkan ini dapat memberi impak yang berkesan
kepada murid bahawa kesenian dan kebudayaan adalah satu bidang yang memberi ruang
untuk meneroka daya kreativiti dan imaginasi seni dalam kehidupan mereka.

Adalah diharapkan agar program ini mendapat sokongan yang padu daripada semua pihak
demi mencapai objektif yang telah digariskan. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada
mereka yang sudi memberi sebarang sumbangan kea rah menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

……………………………… …………………………..
Cik Tharshini Arjunan Pn N.Retha
Setiausaha Kelab Seni dan Kebudayaan Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan Oleh :

………………………………

You might also like