You are on page 1of 1

Tutorial Bab 9

1. Sara menghadiri kuliah Psikologi Sosial secara bersemuka setiap hari Selasa
sepanjang semester pertamanya di UM. Menurut kesan pendedahan, Sara akan
________.
Ans: menilai wajah pelajar lelaki yang selalu duduk di hadapannya di dalam kelas
sebagai lebih baik berbanding wajah orang lain yang tidak dikenalinya

2. Manakah daripada pernyataan berikut paling tepat mengenai keperluan manusia untuk
afliasi?
Ans: Orang ingin mengekalkan keseimbangan optimum antara waktu bersendirian
dan hubungan sosial.
3. Individu yang mengalami social anxiety disorder adalah lebih cenderung untuk
________.
Ans: mengalami perasaan tidak selesa apabila berhadapan dengan penelitian awam

4. Sam mempunyai hubungan jaringan sosial yang rapat. Berbanding dengan individu
yang kurang jaringan sebegitu, kajian menunjukkan bahawa Sam akan ________.
Ans: kurang kemungkinan untuk mengalami kematian pramatang

5. Ajue seorang pelajar tahun akhir sebuah universiti tempatan gemar menghabiskan
masa dengan kawan-kawan dan rakan sekuliahnya. Beliau mampu membina
hubungan persahabatan dengan cepat dan mempunyai keinginan yang kuat untuk
mengekalkan hubungan sosial dengan orang lain. Ajue mempunyai ________.
Ans: keinginan tinggi kepada afliasi

6. Apakah jenis kesunyian yang dialami apabila seseorang ingin mempunyai


persahabatan daripada tempat kerja, sekolah, atau hubungan keluarga tetapi tidak ada?
Ans: Kesunyian hubungan

7. Proximity merujuk kepada ________.


Ans: kedekatan fizikal

8. Menurut Reis dan rakan-rakannya (2011), familiarity melahirkan ________.


Ans: tarikan

9. Dalam perhubungan, pertukaran saksama antara apa yang kita berikan dengan apa
yang kita terima dipanggil ________.
Ans: reciprocity

10. Maria seorang wanita berusia 42 tahun yang ingin mempunyai suami. Pada masa
lalu, beliau telah menjalinkan beberapa hubungan tetapi tidak berjaya hingga ke alam
perkahwinan. Beliau juga tidak mempunyai kawan baik untuk berkongsi masalah
peribadi. Kemungkinan besar, Maria mengalami kesunyian ________.
Ans: intimasi

You might also like