You are on page 1of 1

Tutorial Bab 11

1. Adib suka menonton filem aksi lasak dan ganas. Pendedahan yang berterusan kepada
keganasan dalam TV atau filem boleh menyebabkan ________.
Ans: peningkatan kebarangkalian tingkah laku agresif pada penonton

2. Apakah hubungan antara gender dengan keagresifan?


Ans: Lelaki lebih cenderung terlibat dalam keagresifan secara langsung; Wanita pula
lebih cenderung terlibat dalam keagresifan secara tidak langsung

3. Manakah antara berikut berkemungkinan meningkatkan respon yang agresif daripada


seseorang?
Ans: Penolakan social

4. Terma yang paling sesuai untuk menerangkan perbezaan di antara keagresifan dengan
keganasan ialah ________.
Ans: keterlaluan

5. Merompak bank kerana memerlukan wang adalah contoh keagresifan yang ________.
Ans: proaktif

6. Menurut Model Keagresifan Umum, terdapat dua pemboleh ubah yang


mempengaruhi tingkah laku yang agresif: ________ dan ________.
Ans: faktor luaran; faktor dalaman

7. Mangsa pembuli lazimnya ________.


Ans: mempunyai kuasa kurang daripada pembuli

8. Manakah antara yang berikut merupakan contoh keganasan tidak langsung?


Ans: Suzy menyebarkan khabar angin jahat mengenai Mei Ling

9. Iman cenderung menjadi agresif apabila terdapat individu yang menghina dirinya.
Walau bagaimanapun, rakannya Laila tidak kelihatan sedih atau marah apabila
berhadapan dengan jenis provokasi yang sama. Laila juga bukan seorang yang agresif.
Tindak balas yang ditunjukkan oleh Iman dan Laila terhadap provokasi yang sama
dijelaskan dengan baik oleh ________.
Ans: model keagresifan umum (general aggression model)

10. Cikgu Ali cuba mengurangkan tingkah laku agresif di dalam kelasnya. Dalam hal ini,
hukuman yang boleh digunakan untuk mengurangkan keagresifan ialah sekiranya ia
________.
Ans: semua jawapan adalah betul

You might also like