You are on page 1of 171

FAKULTI

PENDIDIKAN DAN
SAINS SOSIAL

HBIS1203
Pengajian Asuhan Tilawah al-Quran I
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN
TILAWAH AL-QURAN I
Noor Lizza Mohamed Said
Zamro Muda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Edisi ketiga 2022 (CS)
Edisi kedua 2012
Edisi pertama 2006

Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), HBIS1203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Panduan Kursus ix–xv

Topik 1: Pendedahan Sukatan Bidang Asuhan Tilawah al-Quran 1

1.1 Latar Belakang Kurikulum Pendidikan Islam 2


1.2 Pendedahan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam 3
Sekolah Rendah (Bidang Asuhan Tilawah al-Quran)
1.2.1 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 1 3
1.2.2 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 2 4
1.2.3 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 3 5
1.2.4 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 4 7
1.2.5 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 5 8
1.2.6 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 6 9
1.3 Pendedahan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam 11
Sekolah Menengah (Bidang Asuhan Tilawah al-Quran)
1.3.1 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 1 11
1.3.2 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 2 12
1.3.3 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 3 14
1.3.4 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 4 15
1.3.5 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 5 16
Rumusan 17
Kata Kunci 18

Topik 2: Mengenal Huruf Hijaiyyah 19

2.1 Mengenal Huruf Hijaiyyah Tunggal dan Bersambung 19


2.1.1 Huruf Hijaiyyah Tunggal 20
2.1.2 Huruf Hijaiyyah Tunggal dengan Pelbagai Baris/Tanda 21
2.1.3 Huruf Hijaiyyah Bersambung dengan Pelbagai Baris/Tanda 23
2.2 Membaca Huruf Hijaiyyah Bersambung/Kalimah dan Potongan Ayat 23
Pelbagai Baris/Tanda
2.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 25
Rumusan 29
Kata Kunci 30

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3: Bacaan I 31

3.1 Surah-surah Bacaan 31


3.2 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran 34
Rumusan 37
Kata Kunci 38

Topik 4: Bacaan II 39

4.1 Surah-surah Bacaan dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 40


4.1.1 Surah al-Masad 40
4.1.2 Surah al-Nasr 44
4.1.3 Surah al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy 46
dan al-Fiil
Rumusan 48
Kata Kunci 49

Topik 5: Bacaan III 50

5.1 Surah-surah Bacaan 51


5.2 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 55
5.2.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah 56
5.2.2 Kaedah Tikrar (Ulangan) 56
5.2.3 Kaedah TasmiÊ 57
Rumusan 58
Kata Kunci 59

Topik 6: Bacaan IV 60

6.1 Surah-surah Bacaan 63


6.1.1 Surah al-ÂAlaq 63
6.1.2 Surah al-Tin 66
6.1.3 Surah al-Insyirah 68
6.1.4 Surah al-Dhuha 70
6.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 73
Rumusan 76
Kata Kunci 77

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 7: Bacaan V 78

7.1 Surah-surah Bacaan 82


7.1.1 Surah al-Lail 82
7.1.2 Surah al-Fajr 84
7.1.3 Surah al-Ghasyiyah 88
7.1.4 Surah al-AÊla 91
7.1.5 Surah al-Tariq 94
7.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 97
Rumusan 98
Kata Kunci 98

Topik 8: Hafazan I 99

8.1 Surah-surah Hafazan 100


8.2 Teknik Menghafaz al-Quran 103
8.3 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 106
8.3.1 Kaedah Hafazan 106
8.3.2 Kaedah TasmiÊ 107
8.3.3 Kaedah ImlaÊi (Tulisan) 108
8.4 Aspek-aspek Penting yang Perlu Diberikan Penekanan dalam 109
Kemahiran Hafazan
8.5 Surah-surah Hafazan 109
8.5.1 Surah al-Fatihah 113
8.5.2 Surah an-Nas 114
8.5.3 Surah al-Falaq 115
8.5.4 Surah al-Ikhlas 116
8.6 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 117
Rumusan 118
Kata Kunci 119

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 9: Hafazan II 120

9.1 Surah-surah Hafazan 121


9.1.1 Surah al-Kafirun 121
9.1.2 Surah al-Kauthar 121
9.1.3 Surah al-MaÊun 122
9.1.4 Surah al-Quraisy 122
9.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 122
9.2.1 Aktiviti Hafazan Surah al-Kafirun 123
9.2.3 Aktiviti Hafazan Surah al-MaÊun 129
9.2.4 Aktiviti Hafazan Surah al-Quraisy 131
Rumusan 132
Kata Kunci 133
Rujukan 133

Topik 10: Hafazan II 120

10.1 Surah-surah Hafazan 134


10.1.1 Surah al-Fiil 135
10.1.2 Surah al-ÂAsr 135
10.1.3 Surah al-Humazah 136
10.1.4 Surah al-Takathur 136
10.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 137
Rumusan 138
Kata Kunci 139
Rujukan 139

Topik 11: Hafazan IV 140

11.1 Surah-surah Hafazan 140


11.1.1 Surah al-QariÊah 141
11.1.2 Surah al-ÂAdiyat 142
11.1.3 Surah al-Zalzalah 143
11.1.4 Surah al-Bayyinah 145
11.1.5 Surah al-Qadr 147
11.2 Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Asuhan 148
Tilawah al-Quran (Hafazan)
Rumusan 150
Kata Kunci 151
Rujukan 151

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Sila rujuk
Panduan Kursus ini dari semasa ke semasa ketika anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah al-Quran I ialah salah satu kursus yang
ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit
dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

AUDIENS KURSUS
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda
Pengajaran dalam bidang Pendidikan Islam dengan Kepujian.

Sebagai pelajar terbuka dan jarak jauh, anda seharusnya mampu belajar secara
kendiri dan mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran sedia ada.
Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda mempunyai bahan
kursus yang betul serta memahami keperluan kursus dan cara kursus tersebut
dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

JADUAL PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian amalan OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai 3 jam kredit
memerlukan masa pembelajaran selama 120 jam. Rajah 1 menunjukkan masa
pembelajaran pelajar (SLT – student learning time).

Rajah 1: Masa Pembelajaran Pelajar

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menjelaskan konsep bidang Pengajian Asuhan Tilawah al-Quran.
2. Menghuraikan isi kandungan bidang Pengajian Asuhan Tilawah al-Quran.
3. Merancang pengajaran ayat tilawah dan hafazan dengan berkesan.
4. Mengaplikasikan kaedah dan teknik yang dicadangkan dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan membuat penilaian
dengan baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 11 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut (rujuk Jadual 1):

Jadual 1: Sinopsis Setiap Topik

Topik Deskripsi

1 Memberi pendedahan berkaitan dengan dengan sukatan dan huraian


sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah bidang
Asuhan Tilawah al-Quran. Huraian sukatan pelajaran merangkumi sukatan
pelajaran bidang Asuhan Tilawah al-Quran Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Bidang Asuhan Tilawah al-Quran terdiri daripada tiga komponen
kemahiran, iaitu kemahiran bacaan, kemahiran hafazan dan kemahiran
kefahaman.

2 Membincangkan perkara asas dalam tilawah al-Quran, iaitu mengenal huruf


Hijaiyyah tunggal dan bersambung yang mempunyai pelbagai baris dan
tanda serta membaca kalimah, potongan ayat dan ayat pendek yang
mempunyai pelbagai baris dan tanda baca.

3 Memfokuskan kemahiran bacaan surah lazim, iaitu surah al-Fatihah, an-Nas,


al-Falaq dan al-Ikhlas. Penekanan diberi kepada bacaan yang betul dan
cadangan kaedah pengajaran yang sesuai.

4 Memberi penekanan kepada kemahiran bacaan surah al-Masad, al-Nasr,


al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil. Surah-surah pilihan
tersebut merupakan sukatan pelajaran bidang Asuhan Tilawah
al-Quran bagi komponen kemahiran bacaan Tahun 2. Kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran kemahiran bacaan juga dicadangkan dalam
topik ini.

5 Membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran bacaan


surah al-Humazah, al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAdiyat, al-Zalzalah,
al-Bayyinah dan al-Qadr. Penekanan diberi kepada bacaan yang betul, fasih
dan bertajwid.

6 Memfokuskan kemahiran bacaan surah al-ÂAlaq, al-Tiin, al-Insyirah dan


al-Dhuha. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dicadangkan
dalam topik ini. Penekanan diberi terhadap kemahiran bacaan yang betul
makhraj, fasih dan bertajwid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

7 Juga memberi fokus kepada kemahiran bacaan surah-surah pilihan yang


terkandung dalam sukatan pelajaran bidang Asuhan Tilawah al-Quran
Tahun 6. Surah-surah yang dipelajari dalam topik ini ialah al-Lail, al-Fajr,
al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq.

8 Mengetengahkan kemahiran hafazan yang merupakan salah satu daripada


komponen bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Panduan dan teknik
menghafaz al-Quran dibincangkan dalam topik ini, di samping dicadangkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik ini juga dihuraikan
aspek-aspek penting yang perlu diberi penekanan dalam kemahiran hafazan.
Surah-surah hafazan yang perlu dihafaz ialah surah
al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas.

9 Memberi tumpuan kepada kemahiran menghafaz surah al-Kafirun,


al-Kauthar, al-MaÊun dan al-Quraisy. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini juga dicadangkan dalam topik ini.

10 Memfokuskan surah-surah hafazan, iaitu surah al-Fiil, al-Humazah, al-Asr


dan al-Takathur. Juga dicadangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam topik ini.

11 Topik ini masih membincangkan kemahiran hafazan dengan memberi


penekanan pula kepada surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat, al-Zalzalah, al-Bayyinah
dan al-Qadr. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dicadangkan
dalam topik ini.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting bagi anda untuk maklum
mengenai susun atur teks modul. Dengan memahami susun atur teks akan
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya menjadi lebih
objektif dan berkesan. Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik
adalah seperti yang berikut:

(a) Hasil Pembelajaran


Ia menyatakan perkara yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah
selesai membaca sesuatu topik. Semasa anda membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan. Ia membolehkan
anda meningkatkan pemahaman anda mengenai kandungan topik secara
berterusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

(b) Semak Kendiri


Komponen modul ini diselitkan di beberapa tempat strategik tertentu
di seluruh modul. Ia mungkin diletakkan selepas satu atau beberapa
subtopik. Ia biasanya berbentuk soalan. Apabila anda menemui komponen
ini, renungkanlah apa-apa yang telah anda pelajari sejauh ini. Dengan
cuba menjawab soalan tersebut, anda seharusnya dapat mengukur sejauh
mana anda memahami subtopik tersebut. Kebanyakan jawapan untuk
soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

(c) Aktiviti
Sebagaimana Semak Kendiri, komponen Aktiviti juga diselitkan pada
bahagian tertentu dalam topik di seluruh modul. Komponen ini mungkin
memerlukan anda untuk menjawab soalan, meneroka kajian kes pendek
atau melakukan pemerhatian atau penyelidikan. Anda juga mungkin
perlu menilai senario tertentu. Pada bahagian Aktiviti, anda harus berusaha
merenungkan apa-apa yang anda telah kumpulkan daripada modul ini
dan mengguna pakainya pada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda
perlu mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu dalam
menganalisis, mensintesiskan dan menilai, bukan hanya mengingat dan
mendefinisikan sesuatu.

(d) Rumusan
Pada akhir topik, pelbagai isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Dengan membaca komponen ini, anda seharusnya
dapat mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda tentang topik
tersebut. Jika anda dapati terdapat bahagian yang anda tidak faham
dengan sepenuhnya, sila kembali membaca topik berkenaan.

(e) Kata Kunci


Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang
digunakan dalam topik berkenaan. Anda seharusnya membaca komponen
ini untuk mengingat kembali perkataan dan frasa penting yang digunakan.
Jika terdapat perkataan atau terma yang anda tidak boleh jelaskan,
sila kembali mencari terma berkenaan dalam modul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

(f) Rujukan
Bahagian ini menyatakan senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan bermanfaat.
Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan
Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada
akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan
dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan
memperkukuhkan kefahaman anda berkenaan kursus ini.

PENGETAHUAN ASAS
Untuk mengambil mata pelajaran ini, anda hendaklah bekas pelajar daripada
aliran agama ataupun terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan dalam
Pendidikan Islam.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk .

RUJUKAN
Buku teks rujukan bagi kursus ini sepertimana yang dicadangkan dan dinyatakan
dalam unit teks.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data dan sebahagiannya ditunjukkan dalam Rajah 2. Sebagai
pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang
terdapat di perpustakaan ini.

Rajah 2: Antara Pangkalan Data dalam Talian


yang Terdapat di Perpustakaan Digital TSDAS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pendedahan
Sukatan Bidang
1 Asuhan Tilawah
al-Quran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelas sukatan pelajaran bidang Asuhan Tilawah al-Quran bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah;
2. Menghuraikan setiap sukatan pelajaran bidang Asuhan Tilawah
al-Quran bagi setiap peringkat persekolahan;
3. Merancang kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan
untuk menghasilkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
sebagaimana yang digariskan oleh sukatan pelajaran; dan
4. Membincangkan aras-aras hasil pembelajaran bidang Asuhan Tilawah
al-Quran yang murid akan dapat daripada sukatan pelajaran yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

 PENGENALAN
Pengajian Asuhan Tilawah al-Quran I memberi pendedahan berkaitan sukatan
dan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam bagi Sekolah Rendah dan
Menengah. Huraian-huraian sukatan pelajaran yang dimaksudkan merangkumi
sukatan pelajaran bidang Asuhan Tilawah al-Quran Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Topik 1 ini juga akan menjelaskan tiga komponen kemahiran di dalam bidang
Asuhan Tilawah al-Quran iaitu kemahiran bacaan, kemahiran hafazan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

kemahiran kefahaman. Mari kita selami Pengajian Asuhan Tilawah al-Quran


dengan lebih mendalam di dalam subtopik berikutnya.

1.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM


PENDIDIKAN ISLAM
Kurikulum Pendidikan Islam digubal selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Apakah hasrat yang
terkandung dalam kedua-dua falsafah tersebut? Anda dicadangkan supaya
melihat semula teks kedua-dua falsafah berkenaan dan cuba fahami dan hayati
isinya. Bagaimana? Cuba anda senaraikan berapa banyak hasrat dan matlamat
yang dapat anda cungkil daripada kedua-dua falsafah itu.

Antara hasrat dan matlamat yang dapat disenaraikan ialah untuk melahirkan
insan Muslim Mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia,
berketrampilan, bertanggungjawab, beramal soleh dan bertakwa. Untuk
memudahkan anda merujuk, berikut dipaparkan teks Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  3

AKTIVITI 1.1

Dengan menggunakan kemahiran berfikir, cuba cari persamaan dan


perbezaan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah
Pendidikan Islam.

Topik ini memberi pendedahan kepada anda secara khusus berkaitan dengan
sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah bidang
Asuhan Tilawah al-Quran beserta huraian setiap daripadanya. Bidang ini
terbahagi kepada tiga komponen kemahiran, iaitu:
(a) Kemahiran Bacaan
Kemahiran bacaan menumpukan kepada kebolehan murid membaca ayat
al-Quran dengan bertajwid.
(b) Kemahiran Hafazan
Kemahiran hafazan pula memberi tumpuan kepada kebolehan murid
menghafaz surah-surah tertentu dengan fasih dan lancar.
(c) Kemahiran Kefahaman
Manakala kemahiran kefahaman pula memberi tumpuan kepada kebolehan
murid memahami beberapa surah yang telah ditentukan dalam sukatan.

1.2 PENDEDAHAN DAN HURAIAN SUKATAN


PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH (BIDANG ASUHAN
TILAWAH AL-QURAN)
Subtopik ini akan membincangkan dengan lebih lanjut pendedahan dan huraian
sukatan pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah iaitu melalui bidang asuhan
tilawah al-Quran.

1.2.1 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 1


Sukatan pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 1 bagi komponen bacaan ialah
mengenal dan menyebut bunyi huruf Hijaiyyah tunggal dan bersambung yang
mempunyai pelbagai baris dan tanda dengan betul, membaca kalimah atau
perkataan yang mempunyai pelbagai baris atau tanda dengan betul dan membaca
ayat yang mempunyai pelbagai baris atau tanda dengan betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Bagi komponen hafazan, surah-surah yang terdapat dalam sukatan pelajaran


Asuhan Tilawah Tahun 1 ialah surah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas.
Murid-murid Tahun 1 diajar membaca dan menghafaz surah-surah tersebut
dengan betul, fasih dan bertajwid.

1.2.2 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 2


Surah-surah yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bidang Asuhan Tilawah
Tahun 2 bagi kemahiran bacaan ialah surah al-Masad, al-Nasr, al-Kafirun,
al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil. Terdapat tiga aras hasil pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid iaitu (rujuk Jadual 1.1):

Jadual 1.1: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan Tilawah Tahun 2

Aras Hasil Pembelajaran


• Menyebut kalimah dengan betul daripada surah al-Masad,
an-Nas, al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil.
• Membaca potongan ayat dengan betul daripada surah al-Masad,
Aras 1
an-Nas, al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil.
• Membaca ayat dengan betul daripada surah al-Masad, an-Nas,
al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil.
• Sentiasa beradab dan berwuduk ketika membaca al-Quran.
• Membaca dengan bertajwid surah al-Masad, an-Nas, al-Kafirun, al-
Aras 2 Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil.
• Berusaha mempertingkatkan kemahiran membaca al-Quran
dengan bertajwid.
• Membaca surah al-Masad, an-Nas, al-Kafirun, al-Kauthar,
al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil dengan betul dan fasih dengan
Aras 3 memberi perhatian khusus kepada kalimah yang bertanda syiddah
dan sukun.
• Bekerjasama membantu rakan sebaya membaiki bacaan.
• Mengamalkan bacaan surah dalam solat dan amalan harian.

Bagi komponen kemahiran hafazan pula, surah-surah yang menjadi sukatan


pelajaran bagi murid Tahun 2 ialah surah al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun dan
al-Quraisy. Terdapat tiga aras yang perlu dicapai oleh murid hasil daripada proses
pembelajaran kemahiran ini (rujuk Jadual 1.2):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  5

Jadual 1.2: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Hafazan Asuhan Tilawah Tahun 2

Aras Hasil Pembelajaran


• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Kafirun dengan betul.
Aras 1 • Menghafaz surah al-Kafirun dengan betul.
• Bersungguh-sungguh dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran.
• Mengamalkan surah yang dihafaz.
• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Kauthar dan
Aras 2 al-MaÊun dengan betul.
• Menghafaz surah al-Kauthar dan al-MaÊun dengan betul.
• Mengekalkan hafazan surah-surah yang dipelajari.
• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Quraisy dengan
betul.
Aras 3 • Mengahafaz surah al-Quraisy dengan betul.
• Menghafaz surah al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun dan
al-Quraisy dengan fasih secara tadwir.
• Mengamalkan surah-surah yang dihafaz ketika solat.

Dalam komponen kemahiran kefahaman dalam sukatan pelajaran Asuhan


Tilawah al-Quran Tahun 2, murid-murid diajar pengertian al-Quran, kelebihan
membaca al-Quran dan memahami surah an-Nas dan al-Falaq secara umum.
Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sehingga murid-murid
mencapai aras-aras yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran.

1.2.3 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 3


Surah-surah pilihan bagi kemahiran bacaan dalam sukatan pelajaran bidang
Asuhan Tilawah Tahun 3 ialah surah al-Humazah, al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah,
al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah. Anda seharusnya memastikan di akhir pembelajaran
kemahiran ini murid-murid dapat (rujuk Jadual 1.3):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Jadual 1.3: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan Tilawah Tahun 3

Aras Hasil Pembelajaran


• Menyebut dengan betul kalimah-kalimah daripada surah al-Humazah,
al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah.
• Membaca potongan ayat dengan betul daripada surah al-Humazah,
Aras 1
al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah.
• Membaca ayat dengan betul daripada surah al-Humazah, al-ÂAsr,
al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah.
• Sentiasa berwuduk dan beradab ketika membaca al-Quran.
• Membaca surah al-Humazah, al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah,
Aras 2
al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah dengan bertajwid.
• Sentiasa rajin membaca al-Quran.
• Membaca surah al-Humazah, al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah,
al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah dengan betul dan fasih.
Aras 3
• Bekerjasama membantu rakan sebaya memperbaiki bacaan.
• Mengamalkan pembacaan surah-surah yang dipelajari sebagai amalan
harian.

Manakala surah-surah pilihan bagi kemahiran hafazan dalam sukatan pelajaran


bidang Asuhan Tilawah Tahun 3 ialah surah al-Fiil, al-Humazah, al-ÂAsr dan al-
Takathur. Tiga aras hasil pembelajaran yang akan murid dapat daripada sukatan
pelajaran hafazan ialah (sila rujuk Jadual 1.4):

Jadual 1.4: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Hafazan Asuhan Tilawah Tahun 3

Aras Hasil Pembelajaran


• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Fiil.
Aras 1
• Menghafaz surah al-Fiil dengan betul.
• Bersungguh-sungguh ketika menghafaz ayat-ayat al-Quran.
• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Fiil, al-Humazah dan al-ÂAsr.
Aras 2 • Menghafaz surah al-Fiil, al-Humazah dan al-ÂAsr dengan betul.
• Mengamalkan pembacaan surah-surah yang dipelajari sebagai amalan
harian.
• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Takathur.
• Menghafaz surah al-Takathur dengan betul.
Aras 3
• Menghafaz surah al-Fiil, al-Humazah, al-ÂAsr dan al-Takathur dengan
fasih secara tadwir.
• Mengamalkan surah yang dihafaz dalam solat dan amalan seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  7

Bagi kemahiran kefahaman, sejarah ringkas al-Quran berkaitan peringkat dan


tempat penurunan al-Quran serta kefahaman surah al-Ikhlas dan al-Kauthar akan
dipelajari oleh murid-murid Tahun 3.

1.2.4 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 4


Sukatan Pelajaran bagi kemahiran bacaan untuk Tahun 4 merangkumi surah
al-Bayyinah, al-Qadr, al-ÂAlaq dan al-Tiin. Di akhir pembelajaran, murid-murid
Tahun 4 harus menguasai tiga aras iaitu (rujuk Jadual 1.5):

Jadual 1.5: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan Tilawah Tahun 4

Aras Hasil Pembelajaran


• Membaca surah al-Bayyinah, al-Qadr, al-ÂAlaq dan al-Tiin dengan
Aras 1
makhraj yang betul.
• Beradab dan berwuduk ketika membaca al-Quran.
Aras 2 • Membaca surah al-Bayyinah, al-Qadr, al-ÂAlaq dan al-Tiin dengan
betul dan fasih.

• Membaca surah al-Bayyinah, al-Qadr, al-ÂAlaq dan al-Tiin dengan


Aras 3
meraikan hukum tajwid.
• Berusaha untuk mempraktikkan kemahiran.

Surah-surah yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4 bagi kemahiran


hafazan ialah surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah. Aras-aras yang perlu
dicapai oleh murid-murid setelah proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan ialah (rujuk Jadual 1.6):

Jadual 1.6: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Hafazan Asuhan Tilawah Tahun 4

Aras Hasil Pembelajaran


• Menghafaz surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah dengan
Aras 1
makhraj yang betul.
• Ikhlas mempelajari al-Quran.
Aras 2 • Menghafaz surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah dengan
betul dan fasih.

• Menghafaz surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah dengan


Aras 3
bertajwid.
• Mengamalkan surah yang dihafaz dalam solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Memahami surah al-MaÊun secara umum merupakan sukatan pelajaran bagi


kemahiran kefahaman untuk Tahun 4. Memahami maksud dan menghurai isi
kandungan surah al-MaÊun adalah antara hasil pembelajaran yang murid akan
dapat.

1.2.5 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 5


Surah-surah pilihan bagi kemahiran bacaan dalam sukatan pelajaran bidang
Asuhan Tilawah Tahun 5 ialah surah al-Insyirah, al-Dhuha, al-Lail, al-Syams dan
al-Balad. Tiga aras hasil pembelajaran perlu dikuasai oleh murid mengikut
sukatan pelajaran iaitu (rujuk Jadual 1.7):

Jadual 1.7: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan Tilawah Tahun 5

Aras Hasil Pembelajaran


• Menyebut dengan betul kalimah-kalimah daripada surah
al-Insyirah, al-Dhuha, al-Lail, al-Syams dan al-Balad.
• Membaca potongan ayat dengan betul daripada surah al-Insyirah,
Aras 1
al-Dhuha, al-Lail, al-Syams dan al-Balad.
• Membaca ayat dengan betul daripada surah al-Insyirah, al-Dhuha,
al-Lail, al-Syams dan al-Balad.
• Sentiasa berwuduk dan beradab ketika membaca al-Quran.
• Membaca dengan bertajwid surah al-Insyirah, al-Dhuha, al-Lail, al-
Aras 2
Syams dan al-Balad.
• Sentiasa rajin membaca al-Quran.
• Membaca surah al-Insyirah, al-Dhuha, al-Lail, al-Syams dan
al-Balad dengan betul dan fasih.
Aras 3
• Bekerjasama membantu rakan sebaya memperbaiki bacaan.
• Mengamalkan pembacaan surah-surah yang dipelajari sebagai
amalan harian.

Surah al-Bayyinah, al-Qadr dan al-ÂAlaq merupakan sukatan pelajaran bagi


kemahiran hafazan Tahun 5. Murid Tahun 5 akan menghafaz surah-surah tersebut
untuk mendapat tiga aras hasil pembelajaran iaitu (rujuk Jadual 1.8):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  9

Jadual 1.8: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Hafazan Asuhan Tilawah Tahun 5

Aras Hasil Pembelajaran


• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Bayyinah.
Aras 1
• Menghafaz surah al-Bayyinah dengan betul.
• Bersungguh-sungguh ketika menghafaz ayat-ayat al-Quran.
• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-Qadr.
• Menghafaz surah al-Bayyinah dan al-Qadr dengan betul.
Aras 2
• Mengamalkan pembacaan surah-surah yang dipelajari sebagai
amalan harian.
• Ikhlas dan jujur mempelajari al-Quran.
• Menghafaz potongan ayat daripada surah al-ÂAlaq.
• Menghafaz surah al-ÂAlaq dengan betul.

Aras 3 • Menghafaz surah al-Bayyinah, al-Qadr dan al-ÂAlaq dengan fasih


secara tadwir.
• Mengamalkan surah yang dihafaz dalam solat dan amalan
seharian.
• Bersyukur kerana mampu menghafaz al-Quran.

Memahami surah al-Qadr secara umum merupakan sukatan pelajaran bagi


komponen kefahaman Tahun 5. Memahami maksud, isi kandungan dan
pengajaran daripada surah al-Qadr adalah antara hasil pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid.

1.2.6 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 6


Sukatan pelajaran Asuhan Tilawah Tahun 6 bagi komponen bacaan ialah murid
diajar membaca surah al-Fajr, al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq. Hasil
pembelajaran daripada sukatan ini ialah (rujuk Jadual 1.9):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Jadual 1.9: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan Tilawah Tahun 6

Aras Hasil Pembelajaran


• Membaca surah al-Fajr, al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq dengan
Aras 1
betul.
• Bekerjasama membantu rakan memperbaiki bacaan.
• Membaca surah al-Fajr, al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq dengan
Aras 2
betul dan fasih.
• Beradab ketika membaca al-Quran.
• Membaca surah al-Fajr, al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq dengan
Aras 3 bertajwid serta tartil.
• Mengamalkan bacaan surah-surah tersebut dalam kehidupan
harian.

Selain bacaan surah-surah pilihan, murid juga diajar tajwid dengan membaca
potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mempunyai tanda bacaan
mad dan waqaf, nun sakinah dan tanwin, mim syiddah, nun syiddah dan mim
sakinah serta bacaan qalqalah.

Bagi komponen kemahiran hafazan, surah al-Tiin, al-Insyirah dan al-Dhuha


menjadi sukatan pelajaran Tahun 6. Murid-murid perlu menguasai tiga aras iaitu
(rujuk Jadual 1.10):

Jadual 1.10: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Hafazan Asuhan Tilawah Tahun 6

Aras Hasil Pembelajaran


Aras 1 • Menghafaz surah al-Tiin dengan fasih dan lancar.
• Bersungguh-sungguh dalam menghafaz al-Quran.
Aras 2 • Menghafaz surah al-Insyirah dengan fasih dan lancar.
• Sentiasa memelihara hafazan al-Quran.
Aras 3 • Menghafaz surah al-Tiin dengan fasih dan lancar.
• Membaca surah-surah hafazan semasa solat.

Sukatan pelajaran bagi komponen kefahaman Tahun 6 ialah memahami surah al-
Dhuha secara umum. Memahami maksud, isi penting dan pengajaran daripada
surah al-Dhuha adalah antara hasil pembelajaran yang seharusnya murid dapat
daripada proses pembelajaran komponen ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  11

1.3 PENDEDAHAN DAN HURAIAN SUKATAN


PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH (BIDANG ASUHAN
TILAWAH AL-QURAN)
Subtopik ini akan membincangkan pendedahan dan huraian sukatan pelajaran
pendidikan Islam sekolah menengah iaitu melalui bidang asuhan tilawah al-Quran
dengan lebih lanjut.

1.3.1 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran


Tingkatan 1
Sukatan pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran terbahagi kepada tiga komponen
iaitu komponen kemahiran bacaan, hafazan dan kefahaman. Bagi komponen
kemahiran bacaan, surah yang diajar kepada murid-murid Tingkatan 1 ialah surah
al-Baqarah ayat 1-286. Hasil pembelajaran yang murid dapat ialah (rujuk
Jadual 1.11):

Jadual 1.11: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan Tilawah
Tingkatan 1

Aras Hasil Pembelajaran


• Membaca kalimah dan potongan ayat dengan betul.
Aras 1
• Membaca ayat yang ditentukan dengan betul.
• Berusaha mempertingkatkan pembacaan dengan betul.
• Membaca ayat yang ditentukan dengan fasih lancar dan bertajwid.
Aras 2 • Membaca ayat dengan pemerhatian yang khusus kepada nun
sakinan dan tanwin.
• Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid.
• Membaca ayat yang ditentukan dengan bacaan tartil dan tadwir.
Aras 3 • Berada dalam keadaan wuduk setiap waktu.
• Membaca ayat 284, 285 dan 286 daripada surah al-Baqarah sebagai
wirid dan doa harian.

Komponen kemahiran hafazan pula ialah menghafaz ayat-ayat pilihan daripada


surah al-Baqarah iaitu:
(a) Ayat 1-5;
(b) Ayat 201;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

(c) Ayat 255;


(d) Ayat 256;
(e) Ayat 284;
(f) Ayat 285; dan
(g) Ayat 286.

Manakala ayat-ayat pilihan daripada surah al-Baqarah bagi komponen kemahiran


kefahaman ialah:
(a) Ayat 1-5;
(b) Ayat 34;
(c) Ayat 37;
(d) Ayat 83;
(e) Ayat 155-156;
(f) Ayat 168;
(g) Ayat 201;
(h) Ayat 219;
(i) Ayat 255;
(j) Ayat 256;
(k) Ayat 284;
(l) Ayat 285; dan
(m) Ayat 286.

1.3.2 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran


Tingkatan 2
Sukatan pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 2 bagi komponen
kemahiran bacaan ialah bacaan surah Ali ÂImran ayat 1-200. Tiga aras hasil
pembelajaran yang murid akan dapat ialah (rujuk Jadual 1.12):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  13

Jadual 1.12: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan


Tilawah Tingkatan 2

Aras Hasil Pembelajaran


• Membaca kalimah dan potongan ayat dengan makhraj yang betul.
• Membaca ayat yang ditentukan dengan betul.
Aras 1
• Membaca ayat dan memberi perhatian khusus kepada hukum nun
sakinah dan tanwin.
• Rajin dan tekun membaca al-Quran.
• Membaca ayat yang ditentukan dengan fasih, lancar dan bertajwid.
Aras 2 • Membaca secara tartil dan memberi perhatian khusus kepada ayat
yang terdapat hukum mim sakinah.
• Bertanggungjawab menjaga kemuliaan dan kesucian al-Quran.
• Membaca ayat yang ditentukan secara tartil dan tadwir.
• Mengenal pasti dan membezakan bacaan ayat-ayat yang
mengandungi hukum nun sakinah dan mim sakinan.
Aras 3
• Membaca dan melazimkan bacaan ayat 16, ayat 53, ayat 147, ayat
193 dan ayat 194 surah Ali ÂImran sebagai doa harian.
• Ikhlas membaca al-Quran dan membudayakan membaca al-Quran
dalam kehidupan harian.

Sukatan pelajaran bagi kemahiran hafazan Tingkatan 2 ialah ayat-ayat pilihan


daripada surah Ali ÂImran iaitu:
(a) Ayat 8;
(b) Ayat 18;
(c) Ayat 26; dan
(d) Ayat 27.

Manakala ayat-ayat bagi kemahiran kefahaman daripada surah Ali ÂImran, adalah:
(a) Ayat 8;
(b) Ayat 18;
(c) Ayat 26;
(d) Ayat 27;
(e) Ayat 103;
(f) Ayat 110;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

(g) Ayat 133-136; dan


(h) Ayat 159.

1.3.3 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran


Tingkatan 3
Sukatan pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 3 bagi komponen
kemahiran bacaan ialah bacaan surah al-AÊraf ayat 1-87 dan surah al-JumuÊah ayat
1-11. Tiga aras hasil pembelajaran kemahiran bacaan (rujuk Jadual 1.13):

Jadual 1.13: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan


Tilawah Tingkatan 3

Aras Hasil Pembelajaran


• Membaca kalimah dan potongan ayat dengan makhraj yang betul.
• Membaca ayat yang ditentukan dengan makhraj yang betul.
Aras 1
• Membaca ayat dengan memberi perhatian yang khusus kepada
hukum mad asli.
• Menjaga adab, kemuliaan dan kesucian al-Quran.
• Membaca ayat yang ditentukan dengan lancar dan bertajwid.

Aras 2 • Membaca dengan bacaan tartil dan memberi perhatian khusus


kepada hukum mad farÊi.
• Ikhlas membaca al-Quran dan membudayakan bacaan al-Quran
dalam kehidupan harian.
• Membaca ayat-ayat yang ditentukan secara tartil dan tadwir.
• Mengenal pasti dan membezakan antara bacaan mad farÊi berikut:
Aras 3 (i) Mad wajib mutasil;
(ii) Mad jaiz munfasil; dan
(iii) Mad Âarid li al-sukun.
• Tekun dan cekal ketika mempelajari al-Quran.

Ayat-ayat hafazan dalam Sukatan Pelajaran komponen kemahiran hafazan


Tingkatan 3 ialah:
(a) Ayat 23 surah al-AÊraf; dan
(b) Ayat 9-11 surah al-JumuÊah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  15

Manakala ayat kefahaman ialah:


(a) Ayat 23;
(b) Ayat 57-58;
(c) Ayat 179 dan ayat 205 dari surah al-AÊraf; dan
(d) Ayat 9-11 surah al-JumuÊah.

1.3.4 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran


Tingkatan 4
Sukatan pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 4 bagi komponen
kemahiran bacaan ialah bacaan ayat 1- 65 surah al-AnÊam, ayat 1-35 surah
al-Mukminun dan ayat 1-21 surah Luqman. Tiga aras hasil pembelajaran daripada
sukatan pelajaran ini ialah (rujuk Jadual 1.14):

Jadual 1.14: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan


Tilawah Tingkatan 4

Aras Hasil Pembelajaran


• Membaca surah al-AnÊam dengan betul mengikut hukum tajwid.
• Menyedari dan menghayati nilai berikut:
(i) Sentiasa dalam keadaan berwuduk;
Aras 1
(ii) Beradab semasa membaca al-Quran;
(iii) Mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran; dan
(iv) Menyedari bahawa solat tiang agama.
• Memperuntukkan masa membaca al-Quran setiap hari.
• Membaca ayat-ayat yang ditentukan dengan fasih, lancar dan
bertajwid.
• Membaca ayat-ayat yang ditentukan dengan memerhatikan
Aras 2 hukum-hukum berikut:
(i) Jenis-jenis mad dan hukum-hukum bacaan; dan
(ii) Hukum mad wajib mutasil dan mad jaiz munfasil serta
bahagian-bahagiannya.
• Memperuntukkan masa untuk membaca al-Quran.
• Membaca al-Quran dengan tartil dan tadwir.
Aras 3
• Menyenaraikan contoh-contoh hukum tajwid, hukum mad dan
qalqalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Sukatan pelajaran bagi komponen kemahiran hafazan Tingkatan 4 ialah


menghafaz:
(a) Ayat 162-163 surah al-AnÊam;
(b) Ayat 1-11 surah al-MuÊminun; dan
(c) Ayat 12-19 surah Luqman.

Manakala, Sukatan Pelajaran bagi komponen kemahiran kefahaman ialah


memahami:
(a) Ayat 6 surah al-AnÊam;
(b) Ayat 50 surah al-AnÊam;
(c) Ayat 70 surah al-AnÊam;
(d) Ayat 125 dan ayat 161-165 surah al-AnÊam;
(e) Ayat 1-11 surah al-MuÊminun; dan
(f) Ayat 12-19 surah Luqman.

1.3.5 Sukatan Pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran


Tingkatan 5
Sukatan pelajaran Asuhan Tilawah al-Quran Tingkatan 5 bagi komponen
kemahiran bacaan ialah bacaan ayat 1- 129 surah al-Taubah, ayat 1-38 surah
al-Nur, ayat 1-30 surah al-Sajadah dan ayat 1-24 surah al-Hasyr. Tiga aras hasil
pembelajaran daripada sukatan pelajaran ini ialah (rujuk Jadual 1.15):

Jadual 1.15: Tiga Aras Hasil Pembelajaran Kemahiran Bacaan Asuhan


Tilawah Tingkatan 5

Aras Hasil Pembelajaran


• Membaca ayat-ayat tertentu dengan betul.
• Menyatakan hukum bacaan basmalah di awal surah.
• Mengenal dan membaca ayat yang ditetapkan dengan memberi
Aras 1 pemerhatian khusus kepada hukum bacaan:
(i) Hukum raÊ;
(ii) Hukum waqaf dan ibtidaÊ; dan
(iii) Fawatih al-suwar.
• Menghormati dan memuliakan al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  17

• Membaca ayat tertentu dengan betul dan bertajwid.


• Membaca dengan bacaan tartil.
• Menyebut kalimah tertentu menurut hukum tajwid serta contoh
Aras 2 bacaan:
(i) Hukum raÊ;
(ii) Hukum waqaf; dan
(iii) Fawatih al-suwar.
• Berusaha mempertingkatkan mutu bacaan.
• Membaca ayat-ayat yang ditentukan dengan tartil, fasih dan
bertajwid.
• Membaca al-Quran dengan tartil dan tadwir.
• Mewaqafkan bacaan dengan cara:
Aras 3
(i) Waqaf lazim;
(ii) Waqaf tam;
(iii) Waqaf jaiz; dan
(iv) Waqaf qabih.
• Teliti ketika membaca al-Quran.

Sukatan pelajaran bagi komponen kemahiran hafazan pula ialah menghafaz:


(a) Surah al-Taubah ayat 128-129;
(b) Surah al-Nur ayat 35; dan
(c) Surah al-Hasyr ayat 21-24.

Manakala sukatan pelajaran bagi komponen kemahiran kefahaman ialah


memahami maksud, isi kandungan dan pengajaran:
(a) Ayat 6 dan ayat 128-129 surah al-Taubah;
(b) Ayat 30-31 dan ayat 35 surah al-Nur;
(c) Ayat 15-16 surah al-Sajadah; dan
(d) Ayat 21-24 surah al-Hasyr.

• Terdapat tiga komponen kemahiran dalam sukatan pelajaran Asuhan Tilawah


al-Quran iaitu:
(i) Kemahiran bacaan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENDEDAHAN SUKATAN BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

(ii) Kemahiran hafazan; dan


(iii) Kemahiran kefahaman.
• Surah-surah yang perlu dibaca dan dikuasai dalam sukatan pelajaran Sekolah
Rendah ialah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq, al-Ikhlas, al-Masad, al-Nasr,
al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy, al-Fiil, al-Humazah, al-ÂAsr,
al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAadiyat, al-Zalzalah, al-Bayyinah, al-Qadr,
al-ÂAlaq, al-Tiin, al-Syarh, al-Dhuha, al-Lail, al-Syams, al-Balad, al-Fajr,
al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq.
• Ayat-ayat tertentu dalam surah-surah yang perlu dibaca dan dikuasai dalam
sukatan pelajaran Sekolah Menengah ialah surah al-Baqarah, Ali ÂImran,
al-AÊraf, al-JumuÊah, al-AnÊam, al-MuÊminun, Luqman, al-Taubah, al-Sajadah,
al-Nur dan al-Hasyr.
• Ilmu-ilmu berkaitan hukum tajwid perlu dikuasai dengan baik sebelum
mengajar bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
• Memastikan aras-aras hasil pembelajaran dikuasai oleh murid-murid selepas
proses pembelajaran.

Bacaan Tajwid
Hafazan Tartil
Kefahaman Tilawah
Tadwir

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengenal
Huruf
2 Hijaiyyah

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti huruf Hijaiyyah dengan betul;
2. Mengaplikasi teknik mengajar huruf Hijaiyyah dengan berkesan;
3. Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik; dan
4. Mencadangkan cara penilaian yang sesuai.

 PENGENALAN
Mengenal huruf Hijaiyyah merupakan ilmu asas untuk membaca ayat-ayat dari
surah-surah al-Quran. Topik ini akan memberi pendedahan kepada anda secara
khusus kemahiran mengenal huruf Hijaiyyah tunggal, bersambung dan yang
mengandungi pelbagai baris dan tanda. Selain itu, anda juga akan didedahkan
dengan kemahiran membaca kalimah, potongan ayat dan ayat pendek yang
mengandungi pelbagai baris dan tanda di samping cadangan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

2.1 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH TUNGGAL


DAN BERSAMBUNG
Mengenal huruf Hijaiyyah juga merupakan asas pembelajaran Jawi selain
kemahiran asas membaca ayat suci al-Quran. Ia dimulakan dengan pengenalan
kepada huruf Hijaiyyah tunggal tanpa baris atau tanda dan seterusnya kepada
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
20  TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH

huruf Hijaiyyah yang berbaris dan bertanda sehingga berkemahiran untuk


membaca perkataan dan potongan ayat al-Quran.

2.1.1 Huruf Hijaiyyah Tunggal


Terdapat 29 jenis huruf Hijaiyyah tidak termasuk huruf (‫ )ﻻ‬kerana ulamaÊ
sependapat mengatakan bahawa huruf tersebut adalah gabungan huruf Alif dan
Lam. Huruf-huruf tersebut adalah seperti berikut (sila rujuk Rajah 2.1).

Rajah 2.1: 29 jenis huruf Hijaiyyah tidak termasuk huruf (‫)ﻻ‬

Cuba anda perhatikan huruf-huruf Hijaiyyah di atas, apakah kesimpulan yang


anda boleh buat? Ya! Terdapat huruf-huruf yang mempunyai bentuk seakan-akan
sama tetapi sebutannya berbeza. Begitu juga terdapat huruf yang bunyinya seakan
sama. Anda perlu berhati-hati apabila membaca atau menulis huruf-huruf
seumpama ini. Sebarang kesilapan boleh mengubah maksud kalimah. Apakah
yang membezakannya? Hanya titik sahaja yang membezakan antara satu sama
lain. Anda dicadangkan supaya membuat pengkategorian berdasarkan kepada
persamaan dan perbezaan huruf.

Penelitian kepada aspek persamaan dan perbezaan antara huruf Hijaiyyah adalah
penting untuk anda kuasai. Terutama sekali aspek sebutan. Murid perlu
didedahkan dengan kemahiran membaca dan menyebut dengan betul dan tepat.
Jika anda kurang mahir, murid tidak akan mendapat kemahiran membaca yang
sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH  21

Rajah 2.2: Tujuan pembelajaran untuk dicapai bagi kemahiran mengenal


huruf Hijaiyyah tunggal

Cuba anda perhatikan Rajah 2.2. Rajah tersebut menjelaskan kepada anda hasil
pembelajaran yang diharapkan apabila anda menyampaikan pengajaran topik huruf
Hijaiyyah. Semua hasil yang disenaraikan di dalam rajah tersebut merangkumi tiga
aras iaitu:
(a) Aras 1
Aras 1 mengharapkan murid dapat mengecam, mengenal dan menyebut
huruf Hijaiyyah dari Alif hingga Ya.
(b) Aras 2
Manakala aras 2 pula, mengharapkan murid dapat menyebut huruf
Hijaiyyah mengikut susunan yang betul dari Alif hingga Ya, dan juga
membunyikan huruf yang hampir sama bentuk dan bunyi.
(c) Aras 3
Aras 3 pula mengharapkan murid dapat menyusun dan menyalin huruf-
huruf Hijaiyyah mengikut urutan yang betul.

2.1.2 Huruf Hijaiyyah Tunggal dengan Pelbagai


Baris/Tanda
Setakat ini anda sudah mendapat pendedahan mengenai huruf Hijaiyyah tunggal.
Anda juga telah mendapat maklumat mengenai aspek pedagogi berkaitan dengan
topik tersebut. Berikut anda akan mendapat pendedahan pula mengenai baris

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH

huruf atau disebut harakah. Baris dan tanda yang terdapat pada ayat al-Quran
seperti berikut (rujuk Rajah 2.3):
(a) Fathah (baris atas) ( );
(b) Kasrah (baris bawah) ( );
(c) Dhommah (baris depan) ( );
(d) Baris dua atas ( );
(e) Baris dua bawah ( );
(f) Baris dua depan ( );
(g) Tanda tasydid ( ); dan
(h) Tanda sukun ( ).

Rajah 2.3: Baris dan tanda yang terdapat pada ayat al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH  23

Hasil pembelajaran topik ini adalah mengharapkan supaya murid dapat


membunyikan dengan tepat huruf Hijaiyyah tunggal yang mempunyai pelbagai
baris dan tanda, sama ada berbaris satu atau dua (tanwin).

2.1.3 Huruf Hijaiyyah Bersambung dengan Pelbagai


Baris/Tanda
Anda juga hendaklah memperkenalkan dan memperdengarkan kepada murid
bunyi huruf Hijaiyyah bersambung dengan huruf ‫ﺍ‬, ‫ ﻭ‬dan ‫ ﻱ‬serta huruf-huruf
Hijaiyyah selainnya dengan pelbagai baris atau tanda baca. Cuba anda baca dan
bunyikan dengan suara yang jelas contoh huruf-huruf Hijaiyyah bersambung
berikut (rujuk Rajah 2.4):

Rajah 2.4: Contoh huruf-huruf Hijaiyyah bersambung

2.2 MEMBACA HURUF HIJAIYYAH


BERSAMBUNG/KALIMAH DAN POTONGAN
AYAT PELBAGAI BARIS/TANDA
Tujuan yang ingin dicapai dalam pembelajaran kemahiran membaca huruf
Hijaiyyah yang bersambung atau dalam bentuk kalimah dan seterusnya potongan
ayat yang mempunyai pelbagai baris atau tanda (rujuk Rajah 2.5) ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH

(a) Mengenal dan menyebut kalimah yang mengandungi pelbagai baris dan
tanda;
(b) Membaca potongan ayat yang mengandungi tiga kalimah atau lebih; dan
(c) Membaca potongan ayat berbagai baris dan tanda dengan betul dan fasih.
É

Rajah 2.5: Huruf Hijaiyyah yang bersambung (dalam bentuk kalimah) dan potongan ayat
pelbagai baris atau tanda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH  25

2.3 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Sebagai seorang pendidik, anda perlu mahir kaedah untuk menyampaikan isi
kandungan kemahiran yang ingin diajar. Untuk mencapai hasil pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, anda perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik-
teknik yang berkesan dalam pengajaran di samping penggunaan alat bantu
mengajar yang bersesuaian yang dapat menarik minat murid untuk menguasai
sesuatu kemahiran yang anda ingin sampaikan.

Aspek pedagogi ini tidak akan dibincang secara berasingan mengikut topik,
memadai dirangkumkan sahaja kerana isi kandungan dan kemahirannya hampir
sama. Anda boleh buat penyesuaian di mana perlu.

Dalam perbincangan berikut saya akan mencadangkan beberapa teknik


pengajaran, cadangan bahan bantu dan juga cadangan penilaian kepada topik
tersebut. Anda boleh mengubahsuai atau menggunakan cara lain yang anda rasa
lebih sesuai dengan topik itu. Apa yang akan saya paparkan nanti merupakan
prinsip umum sahaja.
(a) Cadangan Teknik
Rujuk Rajah 2.6, Rajah 2.7 dan Rajah 2.8 untuk cadangan teknik.

Rajah 2.6: Teknik Talaqqi/Musyafahah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH

Rajah 2.7: Teknik latih tubi

Rajah 2.8: Teknik TasmiÊ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH  27

AKTIVITI 2.1

Bincangkan kaedah pengaplikasian teknik-teknik yang dicadangkan


mengikut kemahiran yang ingin diajar kepada murid.

(b) Cadangan Aktiviti dan Bahan Bantu Mengajar

Rajah 2.9: Antara aktiviti dalam P&P mengenal huruf Hijaiyyah


Rajah 2.9 adalah ringkasan cadangan beberapa aktiviti yang boleh anda
laksanakan dalam pengajaran topik huruf Hijaiyyah. Namun anda perlu
ingat, ketika merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pastikan
ianya berpusatkan kepada murid. Murid hendaklah lebih banyak terlibat
dalam aktiviti; peranan anda lebih banyak sebagai pemudah cara sahaja.
Rancang aktiviti yang menyeronokkan murid supaya kelas anda menjadi
ceria dan aktif. Namun begitu, dalam pengajaran kemahiran bacaan
potongan ayat al-Quran, murid perlu dapatkan kemahiran daripada anda.
Jangan biarkan murid hanya meniru daripada kaset atau mendengar bacaan
rakan sahaja. Perdengarkan kepada murid cara bacaan yang betul. Oleh itu,
anda sendiri perlu menguasai bacaan dengan baik.

Jangan anda lupa, satu lagi aspek penting dalam pengajaran ialah
penggunaan bahan bantu mengajar. Pilih bahan bantu yang menarik dan
sesuai dengan tahap murid dan isi pelajaran. Sediakan bahan mengikut
prinsip yang telah ditetapkan seperti saiz, kuantiti, pemilihan warna dan
kreativiti. Apa yang perlu anda ingat bahan bantu mengajar seharusnya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH

membantu pengajaran dan pembelajaran, bukan sekadar sengaja diada-


adakan sahaja. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu semaksima
mungkin. Seelok-eloknya biarlah bahan bantu mengajar anda terdiri
daripada pelbagai jenis seperti gambar, carta, bahan maujud dan bahan
audio visual. Tujuannya supaya seluruh deria murid dapat dirangsang.

AKTIVITI 2.2

Mengapakah deria murid perlu dirangsang dengan penggunaan bahan


bantu mengajar? Bincangkan.

Berkaitan dengan topik yang hendak diajar, anda boleh menggunakan


pelbagai jenis bahan bantu mengajar seperti kad imbasan, kad potongan
kalimah, bahan audio dan juga bahan permainan.
(c) Cadangan Penilaian
Sesuatu pengajaran tidak akan dapat dipastikan keberkesanannya jika tidak
dinilai. Penilaian pengajaran dan pembelajaran sama penting seperti
perancangan dan pelaksanaan. Tanpa penilaian, seelok manapun anda
mengajar tidak dapat dibuktikan secara eksplisit jika tiada penilaian.
Terdapat beberapa jenis penilaian yang boleh anda lakukan. Antaranya
termasuklah penilaian secara tulisan, lisan dan pemerhatian. Setiap jenis
penilaian sesuai untuk sesuatu kemahiran yang berlainan. Jika anda ingin
menguji kemahiran menulis huruf Hijaiyyah, anda perlu gunakan ujian jenis
tulisan; jika anda ingin menguji kemahiran menyebut huruf Hijaiyyah pula,
ujian jenis lisan lebih sesuai. Namun begitu, proses menjalankan penilaian
bukanlah suatu proses yang mudah. Ia perlu dirancang dengan teliti. Anda
juga perlu ada beberapa kemahiran berkaitan seperti kemahiran merancang
dan menulis item ujian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH  29

Rajah 2.10 menjelaskan kedudukan komponen penilaian dalam proses pengajaran


dan pembelajaran:

Rajah 2.10: Kedudukan komponen penilaian dalam P&P mengenal huruf Hijaiyyah

• Huruf Hijaiyyah perlu dikenali dan kuasai sebelum memulakan kemahiran


membaca al-Quran.
• Huruf Hijaiyyah juga diperkenalkan dengan hasil-hasil pembelajaran yang
tertentu yang merangkumi tiga aras.
• Terdapat beberapa cadangan teknik, penilaian dan aktiviti serta bahan bantu
mengajar yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran topik ini kepada
murid-murid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 MENGENAL HURUF HIJAIYYAH

Baris Kasrah
Dhammah Sukun
Fathah Tanda baca
Huruf Hijaiyyah Tanwin
Ilmu Tajwid Tasydid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bacaan I
3
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengulang surah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas dengan
betul dan fasih serta bertajwid;
2. Mengaplikasi teknik pengajaran yang berkesan;
3. Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik; dan
4. Mencadangkan cara penilaian yang sesuai.

 PENGENALAN
Topik 3 ini akan memberi pendedahan kepada anda secara khusus kemahiran
membaca al-Quran ataupun biasa disebut dengan istilah tilawah al-Quran.
Perkataan tilawah asalnya daripada perkataan bahasa Arab tetapi telah digunakan
secara meluas dalam bahasa Melayu. Surah-surah pilihan dalam topik ini ialah
al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas. Teknik pengajaran dan pembelajaran
dicadangkan untuk menarik minat murid membaca surah-surah pilihan dengan
betul dan fasih bagi mencapai tujuan pengajaran dan pembelajaran bacaan
al-Quran.

3.1 SURAH-SURAH BACAAN


Kemahiran membaca merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam
pembelajaran al-Quran. Surah-surah lazim diajar di peringkat sekolah rendah;
antaranya ialah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas (rujuk Rajah 3.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 3 BACAAN I

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 BACAAN I  33

Rajah 3.1: Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 BACAAN I

Anda perlu faham dengan jelas hasil pembelajaran yang ingin dicapai apabila
mengajar kemahiran membaca surah-surah tersebut supaya murid memperoleh
kemahiran yang selaras dengan sukatan pelajaran. Rajah 3.2 menunjukkan hasil
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Rajah 3.2: Tujuan-tujuan pembelajaran kemahiran membaca surah

3.2 TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Subtopik ini akan menjelaskan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran surah
dengan lebih berkesan. Sila rujuk Rajah 3.3 untuk teknik Talaqqi/Musyafahah,
Rajah 3.4 untuk teknik latih tubi dan akhir sekali Rajah 3.5 untuk teknik TasmiÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 BACAAN I  35

Rajah 3.3: Teknik Talaqqi/Musyafahah dalam P&P membaca surah

Rajah 3.4: Teknik latih tubi dalam P&P membaca surah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 BACAAN I

Rajah 3.5: Teknik TasmiÊ dalam P&P membaca surah

SEMAK KENDIRI 3.1

Pindahkan maklumat mengenai cara bacaan al-Quran dalam bentuk


grafik mengikut kreativiti anda.

Bahan Bantu Mengajar


Selain itu, aspek penting dalam pengajaran ialah penggunaan bahan bantu
mengajar. Pilih bahan bantu yang menarik dan sesuai dengan tahap murid dan isi
pelajaran. Sediakan bahan mengikut prinsip yang telah ditetapkan seperti saiz,
kuantiti, pemilihan warna dan kreativiti. Apa yang perlu anda ingat, bahan bantu
mengajar seharusnya membantu pengajaran dan pembelajaran, bukan sekadar
sengaja diada-adakan. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu semaksima
mungkin.

Seelok-eloknya biarlah bahan bantu mengajar anda terdiri daripada pelbagai jenis
seperti gambar, carta, bahan maujud dan bahan audio visual. Tujuannya adalah
supaya seluruh deria murid dapat dirangsang. Dalam pengajaran kemahiran
bacaan ayat al-Quran, murid perlu memperoleh kemahiran bacaan daripada anda
selain daripada mendengar bacaan daripada kaset atau audio visual. Jangan
biarkan murid hanya meniru daripada kaset atau mendengar bacaan rakan sahaja.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 BACAAN I  37

Perdengarkan kepada murid cara bacaan yang betul dan fasih berserta dengan
tajwid. Oleh itu, anda sendiri perlu menguasai bacaan al-Quran dengan baik.

Secara umumnya, terdapat empat tahap bacaan ayat-ayat al-Quran seperti yang
dijelaskan di dalam Jadual 3.1 di bawah.

Jadual 3.1: Cara Bacaan al-Quran

Cara Bacaan al-Quran Penerangan


Tartil Bacaan secara perlahan, tenang dengan makhraj dan hukum
tajwid yang sempurna.
Tahqiq Bacaan seperti tartil, tetapi lebih lambat dan perlahan.
Hadar Bacaan cepat, tetapi memelihara hukum tajwid.
Tadwir Bacaan pertengahan antara tartil dan hadar.

Dengan berpandukan cara bacaan di atas, anda boleh menyesuaikan pelaksanaan


kemahiran bacaan berpandukan tahap kemampuan murid-murid anda.

AKTIVITI 3.1

Sediakan bahan bantu mengajar bagi kemahiran bacaan al-Quran


berdasarkan surah-surah pilihan yang boleh menarik minat murid-murid
untuk membaca al-Quran dengan betul dan fasih.

• Terdapat empat surah pilihan dalam topik ini iaitu al-Fatihah,


al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas yang perlu dibaca dengan betul dan fasih.
• Guru perlu menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan betul dan fasih
sebelum mengajar murid.
• Dicadangkan tiga teknik pengajaran yang sesuai untuk kemahiran bacaan
al-Quran iaitu talaqqi/musyafahah, latih tubi dan tasmiÊ bacaan murid.
• Bahan bantu mengajar juga adalah salah satu aspek penting untuk membantu
murid menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan betul.
• Murid memperoleh hasil pembelajaran yang berkesan sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh sukatan pelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 BACAAN I

Hadar Talaqqi
Latih tubi Tartil
Musyafahah TasmiÊ
Tadwir Tilawah
Tahqiq

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bacaan II
4
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membaca surah al-Masad, al-Nasr, al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun,
al-Quraisy dan al-Fiil dengan betul dan fasih serta bertajwid;
2. Mengaplikasi teknik pengajaran yang berkesan;
3. Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik; dan
4. Mencadangkan cara penilaian yang sesuai.

 PENGENALAN
Topik ini akan memberi tumpuan kepada kemahiran bacaan surah-surah pilihan
daripada juzuk ÂAmma yang biasanya menjadi amalan dan bacaan harian
terutamanya dalam solat iaitu surah-surah al-Masad, al-Nasr, al-Kafirun,
al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil. Bacaan surah-surah tersebut akan
dipraktikkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dan yang
berkesan dalam pengajaran bacaan.

AKTIVITI 4.1
Perdengarkan bacaan surah al-Masad kepada rakan-rakan anda dan
minta pandangan mereka tentang kefasihan bacaan anda dan
kesempurnaan tajwid dalam bacaan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 4 BACAAN II

4.1 SURAH-SURAH BACAAN DAN AKTIVITI


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengenalan dan mempraktikkan hukum-hukum tajwid dalam surah-surah al-
Quran akan dilaksanakan sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa
aktiviti bacaan sedang dijalankan. Murid-murid akan lebih bersedia untuk
mempelajari surah-surah tersebut setelah guru memberitahu terlebih dahulu
surah-surah yang akan dipelajari dan memberi pengenalan secara ringkas
berkaitan surah seperti pengertian nama surah dan bilangan ayat setiap surah
yang akan dipelajari.

4.1.1 Surah al-Masad


Surah al-Masad mengandungi lima ayat seperti berikut:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

4’n?óÁu‹y™ ∩⊄∪ |=|¡Ÿ2 $tΒuρ …ã&è!$tΒ çμ÷Ψtã 4©o_øîr& !$tΒ ∩⊇∪ ¡=s?uρ 5=yγs9 ’Î1r& !#y‰tƒ ôM¬7s?

¤‰|¡¨Β ⎯ÏiΒ ×≅ö7ym $yδω‹Å_ ’Îû ∩⊆∪ É=sÜysø9$# s's!$£ϑym …çμè?r&tmøΒ$#uρ ∩⊂∪ 5=oλm; |N#sŒ #Y‘$tΡ

∩∈∪

(a) Pengenalan
Pelajaran ini memberi tumpuan dan penekanan kepada:
(i) Kemahiran membaca dengan fasih dan betul.
(ii) Kalimah-kalimah tanda sukun dan syiddah.
(iii) Usaha-usaha untuk mempertingkatkan kemahiran membaca al-Quran.

(b) Masa
60 minit

(c) Penghayatan/Nilai
(i) Sentiasa beradab dan berwuduk ketika membaca al-Quran.
(ii) Berusaha mempertingkatkan kemahiran membaca al-Quran.
(iii) Bekerjasama membantu rakan sebaya memperbaiki bacaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BACAAN II  41

(iv) Mengamalkan bacaan surah dalam solat.


(v) Mengamalkan bacaan surah dalam amalan harian.

(d) Bahan Bantu Mengajar


(i) Radio/Kaset/CD/DVD;
(ii) OHP;
(iii) Kad imbasan;
(iv) Lembaran kerja; dan
(v) Carta Al Masad.

Sebelum guru memulakan pengajaran bacaan bagi surah ini, guru hendaklah
menentukan terlebih dahulu objektif yang hendak dicapai, iaitu:
(i) Aras 1
Murid hendaklah dapat membaca ayat 1 hingga 2 dengan betul.
(ii) Aras 2
Murid hendaklah dapat membaca ayat 1 hingga 2 dengan makhraj yang
betul.
(iii) Aras 3
Murid hendaklah dapat membaca ayat 1 hingga 2 dengan tajwid yang
betul.

(e) Kaedah Pengajaran Bacaan Ayat al-Quran


Kaedah mengajar tilawah al-Quran yang berkesan dan merupakan kaedah
yang diwarisi daripada Rasulullah SAW ialah kaedah talaqqi dan
musyafahah, iaitu guru berhadapan dengan murid. Aktiviti bacaan akan
dijalankan dengan guru membaca dan murid mendengar seterusnya
mengikuti bacaan guru. Kemudian murid membaca dan guru membetulkan
bacaan murid dari segi sebutan ayat, makhraj dan tajwid. Teknik yang
digunakan dalam melaksanakan kaedah ini ialah teknik latih tubi.

(f) Langkah-langkah Pengajaran Tilawah al-Quran


Terdapat tujuh langkah pengajaran tilawah al-Quran iaitu:
(i) Langkah 1
Teknik pengajaran bacaan berkesan ialah teknik latih tubi, guru terlebih
dahulu memperdengarkan bacaan, contohnya sama ada daripada
bacaan guru, kaset ataupun bacaan murid yang terbaik dalam kelas itu.
Namun untuk menarik minat murid bacaan tersohor daripada qari
yang terkenal, eloklah diperdengarkan melalui bahan-bahan audio
yang banyak didapati di pasaran. Setelah diperdengarkan bacaan surah
tersebut dan murid-murid telah mula memberi perhatian, guru terus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 4 BACAAN II

mempamerkan surah tersebut sama ada melalui LCD ataupun kad


mahjung yang telah tersedia ditulis ayat tersebut.
(ii) Langkah 2
Guru membaca surah tersebut secara keseluruhan dengan bacaan fasih
dan bertajwid. Murid hanya melihat ayat tersebut dan mendengar
bacaan guru. Setelah selesai bacaan keseluruhan pertama kali, maka
guru mempamerkan ayat 1 dan 2 sahaja.
(iii) Langkah 3
Guru mula membaca ayat 1 dan 2 dengan fasih dan bertajwid dan
murid hanya melihat ayat tersebut dan mendengar bacaan guru. Guru
mengulangkan bacaannya sebanyak tiga kali kemudian meminta
murid mengikuti bacaan guru secara keseluruhan ayat 1 dan 2 itu
sebanyak tiga kali bagi kelas, individu dan kumpulan.
(iv) Langkah 4
Guru membahagikan surah al-Masad ayat 1 dan 2 kepada enam
pecahan kalimah iaitu:

• Tabbat Yada - ‫ﺗﺒﺖ ﻳﺪا‬


• Abi Lahabin - ‫أﰊ ﳍﺐ‬
• Watabba - ‫وﺗﺐ‬
• Ma Aghna - ‫ﻣﺎأﻏﲎ‬
• Anhu maluhu - ‫ﻋﻨﻪ ﻣﺎﻟﻪ‬
• Wama kasab - ‫وﻣﺎﻛﺴﺐ‬
Ayat-ayat tersebut dipamerkan dalam kad-kad imbasan yang
ditayangkan oleh guru di hadapan kelas. Guru menyebutnya dengan
sebutan fasih dan makhraj serta tajwid yang betul dan murid mengikut
sebutan guru. Aktiviti ini berjalan berulang kali dan setelah dipastikan
semua murid terlibat dalam mengikuti bacaan guru ini, maka guru
akan memulakan langkah berikutnya iaitu menampalkan kad imbasan
tersebut di papan hijau di hadapan kelas.
(v) Langkah 5
Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan, dan meminta
semua kumpulan membaca potongan-potongan ayat yang dipamerkan
sambil guru mendengar dengan teliti dan membetulkan sebutan dan
bacaan murid dengan tepat dan betul, di samping menekankan sebutan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BACAAN II  43

pada kalimah yang bertasydid dan sukun. Guru perlu juga melibatkan
kumpulan murid yang lemah dalam bacaan beramai-ramai ini. Setelah
bacaan diulang sebanyak tiga hingga empat kali guru meminta
kumpulan-kumpulan pula membacanya. Di sini guru dapat
menumpukan perhatian kepada kumpulan yang menjalankan aktiviti
bacaan, di samping itu kumpulan lain diminta menumpukan perhatian
kepada bacaan yang sedang dibaca oleh kumpulan tersebut. Guru
membetulkan kesalahan-kesalahan bacaan, sukun dan tasydid daripada
kumpulan bacaan dan meminta mereka mengulang dengan sebutan
yang betul. Aktiviti kumpulan ini berterusan sehingga semua kumpulan
selesai diberi bimbingan dalam bacaan ayat-ayat tersebut.
(vi) Langkah 6
Langkah seterusnya, guru meminta murid-murid membaca ayat-ayat
yang dipamerkan secara individu. Guru hendaklah mengenal pasti
murid yang pandai, sederhana dan lemah untuk memilih mereka
menyebut ayat-ayat tersebut dan membetulkan bacaan dari segi
makhraj dan tajwid. Aktiviti ini berjalan secara latih tubi dan semua
murid dilibatkan dengan membaca bersama-sama apabila guru
membetulkan setiap kesalahan sama ada dari segi makhraj dan tajwid
iaitu sukun dan tasydid.
(vii) Langkah 7
Rumusan: Guru membaca keseluruhan ayat 1 dan 2 diikuti murid
secara kelas, kumpulan dan individu. Aktiviti ini diulang beberapa kali
sebelum guru menjalankan penilaian untuk mengesan pencapaian
murid.

(g) Penilaian
Guru mengedarkan lembaran yang mengandungi kalimat dengan keratan
ayat daripada surah al-Masad. Pada setiap kalimat dan ayat diletakkan
nombor, seterusnya aktiviti ini dijalankan dengan guru menyuruh murid
membaca kalimat atau keratan ayat mengikut nombor yang ditetapkan.
Guru dapat mengesan pencapaian murid berdasarkan penguasaan
menyebut kalimat dan membaca keratan ayat dengan betul.

(h) Pemulihan
Murid-murid yang masih belum menguasai bacaan kalimat atau ayat
dikumpulan, guru membimbing murid-murid tersebut dengan memberi
penekanan kepada kelemahan sebutan mereka dengan kaedah talaqqi,
musyafahah dan latih tubi, di samping itu juga murid turut membantu guru
dalam aktiviti pemulihan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 4 BACAAN II

AKTIVITI 4.2

Bincang dengan rakan anda bagaimana untuk menarik minat murid-


murid untuk mempelajari kemahiran membaca surah al-Masad dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.

4.1.2 Surah al-Nasr


Surah al-Nasr mengandungi tiga ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

%[`#uθøùr& «!$# Ç⎯ƒÏŠ ’Îû šχθè=ä{ô‰tƒ }¨$¨Ψ9$# |M÷ƒr&u‘uρ ∩⊇∪ ßx÷GxÝø9$#uρ «!$# ãmóÁtΡ u™!$y_ #sŒÎ)

∩⊂∪ $R/#§θs? tβ%Ÿ2 …çμ¯ΡÎ) 4 çνömÏÝøótGó™$#uρ y7În/u‘ ωôϑpt¿2 ôxÎm7|¡sù ∩⊄∪

(a) Objektif Pengajaran Tilawah al-Quran Surah al-Nasr -‫ﺍﻟﻧﺻﺭ‬


Objektifnya ialah:
(i) Aras 1
Murid dapat membaca surah al-Nasr dengan betul.
(ii) Aras 2
Murid dapat membaca surah al-Nasr dengan makhraj yang betul.
(iii) Aras 3
Murid dapat membaca surah al-Nasr dengan tajwid yang betul.

(b) Kaedah Pengajaran Surah al-Nasr


Guru akan melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah sama seperti
pengajaran surah al-Masad. Teknik latih tubi juga dipraktikkan supaya
keberkesanan dalam sebutan makhraj dapat ditingkatkan terutama bagi
pelajar-pelajar yang lemah.

(c) Hukum Tajwid


Dalam mengajar surah al-Nasr, penekanan kepada hukum tajwid ialah pada
sukun dan tasydid. Guru akan mengeluarkan ayat yang ada hukum sukun
dan tasydid dalam surah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BACAAN II  45

(d) Bahan Bantu Mengajar


Bahan bantu mengajar adalah sangat berkesan dalam mengajar bacaan
tilawah al-Quran, kerana guru dapat menggunakannya dalam teknik latih
tubi dan juga penilaian. Antara bahan bantu mengajar itu ialah:
(i) Kad imbasan;
(ii) LCD;
(iii) Kaset; dan
(iv) Kad carta.

(e) Langkah-langkah Pengajaran Surah al-Nasr -‫ﺍﻟﻨﺼﺮ‬


Surah al-Nasr ini akan mengambil masa 30 minit pertama dan pada kali
kedua akan mengambil masa 30 minit lagi. Guru dicadangkan
membahagikan surah ini pada 30 minit pertama 2 ayat dan 30 minit kedua
1 ayat.
(i) Langkah 1
Guru membahagikan ayat 1 dan 2 kepada tujuh pecahan kalimah:

• Idha jaa - ‫اذا ﺟﺎء‬


• Nasrullah - ‫ﻧﺼﺮﷲ‬
• Walfathu - ‫واﻟﻔﺘﺢ‬
• Wa Raaitannasa - ‫ورأﻳﺖ اﻟﻨﺎس‬
• Yadkhuluna - ‫ﻳﺪﺧﻠﻮن‬
• Fidinillahi - ‫ﰲ دﻳﻦ ﷲ‬
• Afwajan - ‫أﻓﻮاﺟﺎ‬
Guru mempamerkan kalimah tersebut dan menyebutnya berulang kali
sambil murid mendengarnya dengan teliti. Guru boleh juga
menggunakan kaset ataupun LCD dalam langkah ini. Guru meminta
murid menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang kali sambil guru
membetulkan sebutan murid. Aktiviti ini berjalan secara kelas,
kumpulan dan individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 4 BACAAN II

(ii) Langkah 2
Guru meneruskan langkah pertama tadi, tetapi dalam langkah ini guru
memberi penekanan kepada makhraj huruf. Makhraj huruf ،‫ ص‬،‫ف ذ‬
diberi penekanan kerana huruf-huruf ini ada perbezaan yang sangat
nyata dalam sebutan lidah Melayu.
(iii) Langkah 3
Guru meneruskan langkah pertama tadi tetapi kali ini dia memberi
penekanan kepada tajwid iaitu sukun dan tasydid. Dalam ayat 1 dan 2,
bunyi sukun pada ‫ واﻟﻔﺘﺢ‬،‫ ﻳﺪﺧﻠﻮن‬dan tasydid pada kalimah ‫رأﻳﺖ اﻟﻨﺎس‬.
Setelah ketiga-tiga langkah ini dijalankan dengan kaedah Talaqqi,
Musyafahah dan latih tubi guru hendaklah menjalankan penilaian
pencapaian murid.

(f) Penilaian
Guru menampalkan kalimah-kalimah yang telah diajar di hadapan papan
hijau. Guru meminta murid keluar seorang demi seorang membaca kalimah
tersebut. Murid yang baik akan dikumpulkan dalam satu kumpulan, yang
sederhana dalam kumpulan lain dan yang lemah satu kumpulan lain. Setelah
guru mengenal pasti pencapaian murid dalam membaca surah ini guru
memulakan aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah dan pengukuhan
bagi murid yang pandai dan sederhana.

(g) Pemulihan
Pemulihan dijalankan dengan menggunakan teknik latih tubi dengan
membaca berulang kali kalimah-kalimah yang lemah disebut oleh murid,
dan meminta murid melakukannya apabila balik ke rumah.

(h) Perhatian
Guru hendaklah menyediakan langkah yang sama bagi 30 minit kedua bagi
mengajar surah al-Nasr ini.

4.1.3 Surah al-Kafirun, al-Kauthar, al-Ma’un,


al-Quraisy dan al-Fiil
Setelah anda memahami kaedah pengajaran bacaan dan aktiviti pengajaran dua
surah di atas, iaitu surah al-Masad dan surah al-Nasr. Surah-surah al-Kafirun, al-
MaÊun, al-Quraisy dan al-Fiil tidak banyak perubahan dari segi kaedah dan aktiviti
pengajaran.
(a) Surah al-Kafirun: ‫ﺳﻮرة اﻟﻜﺎﻓﺮون‬
Surah al-Kafirun mempunyai enam ayat iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BACAAN II  47

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

!$tΒ tβρ߉Î7≈tã óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊄∪ tβρ߉ç7÷ès? $tΒ ß‰ç6ôãr& Iω ∩⊇∪ šχρãmÏÝ≈x6ø9$# $pκš‰r'¯≈tƒ ö≅è%

ö/ä3s9 ∩∈∪ ߉ç6ôãr& !$tΒ tβρ߉Î7≈tã óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊆∪ ÷Λ–n‰t6tã $¨Β Ó‰Î/%tæ O$tΡr& Iωuρ ∩⊂∪ ߉ç7ôãr&

∩∉∪ È⎦⎪ÏŠ u’Í<uρ ö/ä3ãΨƒÏŠ

(b) Surah al-Kauthar: ‫ﺳﻮرة ﻟﻜﻮﺛﺮ‬


Surah al-Kauthar mempunyai tiga ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

çntIö/F{$# uθèδ š^t∞ÏΡ$x© χÎ) ∩⊄∪ ömptùΥ$#uρ y7În/tmÏ9 Èe≅|Ásù ∩⊇∪ tmrOöθs3ø9$# š^≈oΨø‹sÜôãr& !$¯ΡÎ)

∩⊂∪

(c) Surah al-MaÊun: ‫ﺳﻮرة اﳌﺎﻋﻮن‬


Surah al-MaÊun terdiri daripada tujuh ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

Ÿωuρ ∩⊄∪ zΟŠÏKuŠø9$# ‘í߉tƒ ”Ï%©!$# š^Ï9≡x‹sù ∩⊇∪ É⎥⎪Ïe$!$$Î/ Ü>Éj‹s3ム“Ï%©!$# |M÷ƒu™u‘r&

⎯tã öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊆∪ š⎥,Íj#|Áßϑù=Ïj9 ×≅÷ƒuθsù ∩⊂∪ È⎦⎫Å3ó¡Ïϑø9$# ÏΘ$yèsÛ 4’n?tã qÙçts†

∩∠∪ tβθãã$yϑø9$# tβθãèuΖôϑtƒuρ ∩∉∪ šχρâ™!#tmムöΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩∈∪ tβθèδ$y™ öΝÍκÍEŸξ|¹

(d) Surah al-Quraisy:‫ﺳﻮرة اﻟﻘﺮﻳﺶ‬


Surah al-Quraisy mengandungi empat ayat iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 4 BACAAN II

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

¡>u‘ (#ρ߉ç6÷èu‹ù=sù ∩⊄∪ É#ø‹¢Á9$#uρ Ï™!$tGÏe±9$# s's#ômÍ‘ öΝÎγÏÝ≈s9⎯Î) ∩⊇∪ C·÷ƒtmè% É#≈n=ƒ\}

∩⊆∪ ¤∃öθyz ô⎯ÏiΒ ΝßγoΨtΒ#u™uρ 8íθã_ ⎯ÏiΒ ΟßγyϑyèôÛr& ü”Ï%©!$# ∩⊂∪ ÏMø t7ø9$# #x‹≈yδ

(e) Surah AL-Fiil: ‫ﺳﻮرة اﻟﻔﻴﻞ‬


Surah al-Fiil terdiri daripada lima ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

’Îû ö/èφy‰øŠx. ö≅yèøgs† óΟs9r& ∩⊇∪ È≅‹ÏÝø9$# É=≈ptõ¾r'Î/ y7•/u‘ Ÿ≅yèsù y#ø‹x. tms? óΟs9r&

⎯ÏiΒ ;οu‘$y∨Ït¿2 ΝÎγ‹ÏΒöms? ∩⊂∪ Ÿ≅‹Î/$t/r& #·nö sÛ öΝÍκö n=tã Ÿ≅y™ö‘r&uρ ∩⊄∪ 9≅‹Î=ôÒs?

∩∈∪ ¥Αθà2ù'¨Β 7#óÁyèx. öΝßγn=yèpgmÚ ∩⊆∪ 9≅ŠÅd∨Å™

Dalam mengajar kelima-lima surah tersebut, langkah yang telah ditunjukkan


dalam contoh mengajar Surah al-Masad dan al-Nasr hendaklah diguna pakai.

AKTIVITI 4.3

Setelah anda memahami langkah-langkah pengajaran bacaan bagi


surah-surah al-Masad dan al-Nasr anda dikehendaki menjelaskan pula
langkah-langkah pengajaran bacaan bagi salah satu daripada lima
surah yang lainnya.

• Surah-surah al-Masad, al-Nasr, al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun, al-Quraisy


dan al-Fiil merupakan antara surah pilihan yang diajar dalam Topik 4 untuk
menguasai kemahiran membaca al-Quran sebagaimana yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran untuk diajar kepada murid-murid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BACAAN II  49

• Objektif pencapaian murid dalam pengajaran surah tersebut ialah boleh


membaca dengan fasih dan betul serta dengan makhraj dan tajwid yang betul.
• Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah kaedah tunggal yang digunakan bagi
mengajar bacaan al-Quran dengan disokong oleh teknik latih tubi, alat bantu
mengajar seperti kad imbasan, kaset, LCD, OHP dan sebagainya.
• Penilaian dan pemulihan akan dijalankan setelah sesi pengajaran berjalan
dengan sempurna. Penilaian akan dapat mengukur kemampuan dan
pencapaian murid. Pemulihan pula membantu murid-murid yang lemah
pencapaiannya dengan mengadakan program khusus.

Fasih Sukun
Juzuk Amma Tajwid
Kaedah Talaqqi dan Musyafahah Tasydid
Makhraj Tilawah al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bacaan III

5
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membaca surah al-Humazah, al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah,
al-ÂAdiyat, al-Zalzalah, al-Bayyinah dan al-Qadr dengan betul dan fasih
serta bertajwid;
2. Mengaplikasikan teknik pengajaran bacaan surah-surah terpilih dengan
berkesan;
3. Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik; dan
4. Mencadangkan cara penilaian yang sesuai.

 PENGENALAN
Topik 5 ini memberi tumpuan kepada kemahiran membaca surah al-Humazah,
al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAdiyat, al-Zalzalah, al-Bayyinah dan
al-Qadr dengan menggunakan makhraj yang betul, fasih dan bertajwid. Anda
akan turut didedahkan dengan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran
membaca al-Quran agar matlamat atau tujuan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini tercapai.

Antara tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran bacaan al-Quran yang


ingin dicapai selaras dengan sukatan pelajaran yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran ialah:
(a) Menyebut kalimah-kalimah al-Quran dengan makhraj yang betul;
(b) Membaca surah-surah al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid; dan
(c) Mengamalkan bacaan surah-surah tertentu dalam solat dan kehidupan
harian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BACAAN III  51

Tujuan-tujuan tersebut akan tercapai sekiranya kaedah dan teknik pengajaran


yang sesuai dan berkesan dilaksanakan di samping penggunaan bahan bantu
mengajar yang efektif.

5.1 SURAH-SURAH BACAAN


Sebelum memulakan pengajaran bacaan surah al-Humazah, al-ÂAsr, al-Takathur,
al-QariÊah, al-ÂAdiyat, al-Zalzalah, al-Bayyinah dan al-Qadr, anda hendaklah
terlebih dahulu memperkenalkan secara ringkas kepada murid-murid berkenaan
dengan surah-surah yang akan mereka pelajari.

AKTIVITI 5.1

Bincangkan bersama rakan anda, di manakah surah al-Humazah,


al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAdiyat, al-Zalzalah, al-Bayyinah dan
al-Qadr diturunkan dan sebab-sebab penurunannya (asbab
al-nuzul).

(a) Surah al-Humazah

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

ÿ…ã&s!$tΒ ¨βr& Ü=|¡øts† ∩⊄∪ …çνyŠ£‰tãuρ Zω$tΒ yìuΗsd “Ï%©!$# ∩⊇∪ >οt“yϑ—9 ;οt“yϑèδ Èe≅à6Ïj9 ×≅÷ƒuρ

«!$# â‘$tΡ ∩∈∪ èπyϑsÜçtø:$# $tΒ y71u‘÷Šr& !$tΒuρ ∩⊆∪ ÏπyϑsÜçtø:$# ’Îû ¨βx‹t6.⊥ãŠs9 ( €ξx. ∩⊂∪ …çνt$s#÷{r&

7‰uΗå
x ’Îû ∩∇∪ ×οy‰|¹÷σ•Β ΝÍκö n=tã $pκ¨ΞÎ) ∩∠∪ Íοy‰Ï↔øùF{$# ’n?tã ßìÎ=©Üs? ©ÉL©9$# ∩∉∪ äοy‰s%θßϑø9$#

∩®∪ ¥οyŠ£‰yϑ•Β

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 5 BACAAN III

(b) Surah al-ÂAsr

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# €ωÎ) ∩⊄∪ A ô£äz ’Å∀9s z⎯≈|¡ΣM}$# ¨βÎ) ∩⊇∪ Î óÇyèø9$#uρ

∩⊂∪ Î ö9¢Á9$$Î/ (#öθ|¹#uθs?uρ Èd,ysø9$$Î/ (#öθ|¹#uθs?uρ

(c) Surah al-Takathur

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

€ξx. §ΝèO ∩⊂∪ tβθßϑn=÷ès? š’ôθy™ €ξx. ∩⊄∪ t Î/$s)yϑø9$# ãΛänö‘ã— 4©®Lym ∩⊇∪ ã èO%s3−G9$# ãΝä39yγø9r&

¢ΟèO ∩∉∪ zΟŠÅspgø:$# χãρu tIs9 ∩∈∪ È⎦⎫É)u‹ø9$# zΝù=Ïæ tβθßϑn=÷ès? öθs9 €ξx. ∩⊆∪ tβθßϑn=÷ès? t∃ôθy™

∩∇∪ ÉΟŠÏè¨Ζ9$# Ç⎯tã >‹Í≥tΒöθtƒ £⎯è=t↔ó¡çFs9 ¢ΟèO ∩∠∪ È⎦⎫É)u‹ø9$# š⎥÷⎫tã $pκ¨Ξãρu tIs9

(d) Surah al-QariÊah

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

â¨$¨Ψ9$# ãβθä3tƒ tΠöθtƒ ∩⊂∪ èπtãÍ‘$s)ø9$# $tΒ y71u‘÷Šr& !$tΒuρ ∩⊄∪ èπtãÍ‘$s)ø9$# $tΒ ∩⊇∪ èπtãÍ‘$s)ø9$#

∩∈∪ Â\θà Ζyϑø9$# Ç⎯ôγÏèø9$$Ÿ2 ãΑ$t6Éfø9$# ãβθä3s?uρ ∩⊆∪ Ï^θèZ÷6yϑø9$# ĸ#t x ø9$$Ÿ2

ôM¤ yz ô⎯tΒ $¨Βr&uρ ∩∠∪ 7πuŠÅÊ#§‘ 7πt±ŠÏã ’Îû uθßγsù ∩∉∪ …çμãΖƒÎ—≡uθtΒ ôMn=à)rO ∅tΒ $¨Βr'sù

∩⊇⊇∪ 8πuŠÏΒ%tn î‘$tΡ ∩⊇⊃∪ ÷μu‹Ïδ $tΒ y71u‘÷Šr& !$tΒuρ ∩®∪ ×πtƒÍρ$yδ …çμ•Βé'sù ∩∇∪ …çμãΖƒÎ—≡uθtΒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BACAAN III  53

(e) Surah al-ÂAadiyat

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

⎯ÏμÎ/ tβö rOr'sù ∩⊂∪ $\⇔÷6ß¹ ÏN≡u ÉóèRùQ$$sù ∩⊄∪ %Znô‰s% ÏM≈tƒÍ‘θßϑø9$$sù ∩⊇∪ $\⇔÷6|Ê ÏM≈tƒÏ‰≈yèø9$#uρ

y7Ï9≡sŒ 4’n?tã …çμ¯ΡÎ)uρ ∩∉∪ ׊θãΖs3s9 ⎯ÏμÎn/t Ï9 z⎯≈|¡ΣM}$# ¨βÎ) ∩∈∪ $ºèøΗsd ⎯ÏμÎ/ z⎯ôÜy™uθsù ∩⊆∪ $\èø)tΡ

Í‘θç7à)ø9$# ’Îû $tΒ u ÏY÷èç/ #sŒÎ) ãΝn=÷ètƒ Ÿξsùr& * ∩∇∪ ωt±s9 Î ö sƒø:$# Éb=ßsÏ9 …çμ¯ΡÎ)uρ ∩∠∪ Ó‰‹Íκy¶s9

∩⊇⊇∪ 7 Î6y‚©9 7‹Í×tΒöθtƒ öΝÍκÍ5 Νåκ®5u‘ ¨βÎ) ∩⊇⊃∪ Í‘ρ߉Á9$# ’Îû $tΒ Ÿ≅Å_Áãmuρ ∩®∪

(f) Surah al-Zalzalah

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

ß⎯≈|¡ΡM}$# tΑ$s%uρ ∩⊄∪ $yγs9$s)øOr& ÞÚö‘F{$# ÏMy_t ÷zr&uρ ∩⊇∪ $oλm;#t“ø9Η ÞÚö‘F{$# ÏMs9Ì“ø9ã— #sŒÎ)

â‘߉óÁtƒ 7‹Í≥tΒöθtƒ ∩∈∪ $yγs9 4©yr÷ρr& š^−/u‘ ¨βr'Î/ ∩⊆∪ $yδu‘$t7÷zr& ß^Ïd‰ptéB 7‹Í×tΒöθtƒ ∩⊂∪ $oλm; $tΒ

⎯tΒuρ ∩∠∪ …çνt tƒ #\ ø‹yz >六sŒ tΑ$s)÷WÏΒ ö≅yϑ÷ètƒ ⎯yϑsù ∩∉∪ öΝßγn=≈yϑôãr& (#÷ρu ã Ïj9 $Y?$tGô©r& â¨$¨Ψ9$#

∩∇∪ …çνt tƒ #v x© ;六sŒ tΑ$s)÷WÏΒ ö≅yϑ÷ètƒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 5 BACAAN III

(g) Surah al-Bayyinah

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

èπuΖÉi t7ø9$# ãΝåκu Ï?ù's? 4©®Lym t⎦⎫Åj3x ΖãΒ t⎦⎫Ï.Î ô³ßϑø9$#uρ É=≈tGÅ3ø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏΒ (#ρã x x. t⎦⎪Ï%©!$# Ç⎯ä3tƒ óΟs9

s−§ x s? $tΒuρ ∩⊂∪ ×πyϑÍh‹s% Ò=çGä. $pκ Ïù ∩⊄∪ Zοt £γsÜ•Β $Z çtྠ(#θè=÷Gtƒ «!$# z⎯ÏiΒ ×Αθß™u‘ ∩⊇∪

(#ρ߉ç6÷èu‹Ï9 €ωÎ) (#ÿρâ ÉΔé& !$tΒuρ ∩⊆∪ èπuΖÉi t7ø9$# ãΝåκøEu™!%y` $tΒ Ï‰÷èt/ .⎯ÏΒ €ωÎ) |=≈tGÅ3ø9$# (#θè?ρé& t⎦⎪Ï%©!$#

ß⎯ƒÏŠ y7Ï9≡sŒuρ 4 nο4θx.¨“9$# (#θè?÷σãƒuρ nο4θn=¢Á9$# (#θßϑ‹É)ãƒuρ u™!$x uΖãm t⎦⎪Ïe$!$# ã&s! t⎦⎫ÅÁÎ=øƒèΧ ©!$#

zΟ¨Ψyγy_ Í‘$tΡ ’Îû t⎦⎫Ï.Î ô³ßϑø9$#uρ É=≈tGÅ3ø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏΒ (#ρã x x. t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) ∩∈∪ ÏπyϑÍhŠs)ø9$#

ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=ÏΗxåuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# χÎ) ∩∉∪ Ïπ−ƒÎ y9ø9$# • Ÿ° öΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé& 4 !$pκ Ïù t⎦⎪Ï$Î#≈yz

$uηÏGøtrB ⎯ÏΒ “Ì øgrB 5βô‰tã àM≈¨Ζy_ öΝÍκÍh5u‘ y‰ΖÏã ôΜèδäτ!#t“y_ ∩∠∪ Ïπ−ƒÎ y9ø9$# ç ö y{ ö/ãφ y7Íׯ≈s9'ρé&

…çμ−/u‘ z©Å´yz ô⎯yϑÏ9 y7Ï9≡sŒ 4 çμ÷Ζtã (#θàÊu‘uρ öΝåκ÷]tã ª!$# z©Å̧‘ ( #Y‰t/r& !$pκ Ïù t⎦⎪Ï$Î#≈yz ã ≈pκ÷ΞF{$#

∩∇∪

(h) Surah al-Qadr

ÉΟŠÏm§ 9$# Ç⎯≈uΗ÷q§ 9$# «!$# ÉΟó¡Î0

× ö y{ Í‘ô‰s)ø9$# ä's#ø‹s9 ∩⊄∪ Í‘ô‰s)ø9$# ä's#ø‹s9 $tΒ y71u‘÷Šr& !$tΒuρ ∩⊇∪ Í‘ô‰s)ø9$# Ï's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ)

íΟ≈n=™
y ∩⊆∪ 9 öΔr& Èe≅ä. ⎯ÏiΒ ΝÍκÍh5u‘ ÈβøŒÎ*Î/ $pκ Ïù ßyρ” 9$#uρ èπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ãΑ¨”t∴s? ∩⊂∪ 9 öκy− É#ø9r& ô⎯ÏiΒ

∩∈∪ Ì ôfx ø9$# Æìn=ôÜtΒ 4©®Lym }‘Ïδ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BACAAN III  55

Sebelum kita meneruskan perbincangan topik ini, perlu ditekankan sekali


lagi bahawa sebagai guru Pendidikan Islam, anda perlulah terlebih dahulu
menguasai sepenuhnya ilmu-ilmu berkaitan hukum tajwid dengan baik. Ini
kerana dalam mengajar kemahiran membaca al-Quran, ilmu tajwid
disampaikan secara tidak langsung kerana ia bukan lagi satu bidang yang
terpisah. Lebih berkesan jika kita mengajar murid-murid, khususnya dalam
aspek bacaan ayat-ayat al-Quran, sambil menerangkan serta menitikberatkan
hukum-hukum tajwid. Mengajar ilmu tajwid secara berasingan hanya akan
melahirkan murid-murid yang pandai dalam ilmu tajwid, tetapi mereka
tidak dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam bacaan al-Quran.

Anda digalakkan agar terlebih dahulu mempraktikkan bacaan al-Quran


anda, sama ada dengan rakan sejawat atau orang yang lebih berkemahiran
dalam bacaan al-Quran, sebelum anda memperdengarkan bacaan anda
kepada murid-murid di dalam kelas. Tujuannya adalah agar anda boleh
mempertingkatkan mutu bacaan di samping memperbetulkan sebarang
kesilapan, jika ada.

Perlu dinyatakan di sini bahawa dalam membimbing pelajar untuk


menguasai tahap bacaan al-Quran dengan baik, anda hendaklah
menggalakkan murid-murid anda agar sentiasa mengamalkan surah-surah
berkenaan, baik dalam solat mahupun dalam kehidupan harian. Secara tidak
langsung, hasil pembelajaran setiap surah yang ditetapkan dalam sukatan
pelajaran juga akan terlaksana iaitu:
(a) Menyebut kalimah tertentu dalam al-Quran dengan makhraj yang
betul;
(b) Membaca surah-surah yang ditetapkan dengan bertajwid;
(c) Membaca surah-surah yang ditetapkan dengan betul dan fasih;
(d) Membaca surah-surah tersebut dalam solat; dan
(e) Membaca surah-surah tersebut dalam amalan harian.

5.2 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Untuk membantu mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan di dalam kelas,
mari kita mengaplikasikan kaedah atau teknik yang bersesuaian dengan
kemahiran membaca al-Quran. Kaedah Talaqqi Musyafahah, Kaedah Tikrar
(Ulangan) dan Kaedah TasmiÊ adalah kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dicadangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 5 BACAAN III

5.2.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah


Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir
guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah mempelajari
bacaan al-Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi
Muhammad SAW sewaktu penurunan wahyu yang pertama. Malaikat Jibril a.s.
membacakan ayat-ayat al-Quran kepada Rasulullah SAW dan baginda mengikut
bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya. Kemudian, Rasulullah SAW
membacakan pula ayat-ayat tersebut kepada para sahabat baginda di mana para
sahabat menulis lalu menghafaznya.

Kaedah ini boleh anda aplikasikan di dalam kelas dengan cara anda memberi
contoh bacaan kepada sekumpulan murid. Kemudian murid mengikut bacaan
guru secara beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang
murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk
menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan
bacaan ayat-ayat al-Quran dari kaset atau bahan-bahan media yang lain. Carta
ayat-ayat al-Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad manila dan
sebagainya. Antara kekuatan kaedah ini adalah:
(a) Ia membolehkan anda mengenal pasti secara amali tahap kefahaman dan
pelaksanaan murid terhadap hukum-hukum tajwid dalam bacaan al-Quran
yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum
tajwid; dan
(b) Pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.

5.2.2 Kaedah Tikrar (Ulangan)


Kaedah Tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi.
Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara
berulang kali. Caranya adalah:
(a) Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru;
(b) Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh beberapa murid lain
lalu diikuti oleh semua murid di dalam kelas; dan
(c) Seterusnya, murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, sementara
kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca, sementara
yang lain mendengar bacaan murid tersebut.

Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah
dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Berhubung kaedah Tikrar ini,
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan hadis yang bermaksud:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BACAAN III  57

„Rasulullah SAW suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para


sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.‰

Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya ia berkesan
tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a.
meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud:

„Rasulullah SAW mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-


satu ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh
Rasulullah SAW diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup
jelas untuk memahaminya.‰

Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah
dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut pada masa yang sama dan jangan lupa
memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk
menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan
bacaan ayat-ayat al-Quran dari kaset atau bahan-bahan media yang lain untuk
didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut, rakam
suara murid dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid
agar mereka dapat mengesan kesilapan-kesilapan bacaan mereka sebelum anda
membetulkan kesilapan tersebut.

Antara kekuatan kaedah ini adalah:


(a) Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid;
(b) Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan; dan
(c) Kaedah ini dapat membina keyakinan murid.

5.2.3 Kaedah Tasmi’


Walaupun kaedah TasmiÊ lebih sesuai digunakan dalam kemahiran hafazan,
namun anda boleh praktikkan kaedah ini dalam kemahiran bacaan al-Quran
untuk menguji bacaan murid yang telah mahir dalam penguasaan membaca
al-Quran. Dalam kaedah ini, murid akan diminta membaca surah-surah yang
ditetapkan di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan.
Selepas itu, murid boleh ditanya tentang hukum-hukum bacaan atau tajwid dan
maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Kaedah ini boleh dilakukan
dengan tiga cara seperti berikut:
(a) Guru mendengar dan meneliti bacaan murid;
(b) Murid membaca secara kumpulan atau individu secara bergilir-gilir; dan
(c) Murid membaca dengan suara yang nyaring.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 5 BACAAN III

Antara kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut:


(a) Guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat;
(b) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan;
(c) Guru dapat mengenal pasti tahap kebolehan sebenar murid;
(d) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid; dan
(e) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik.

AKTIVITI 5.2

Terdapat beberapa lagi kaedah lain yang boleh anda praktikkan dalam
bidang Tilawah al-Quran. Antaranya adalah Kaedah Baghdadiah,
Kaedah IqraÊ, Kaedah Qiraati dan Kaedah Hattawiyah. Dapatkan
maklumat lanjut tentang kaedah-kaedah berkenaan menerusi bahan-
bahan rujukan yang tersenarai di akhir topik ini atau bahan-bahan lain
yang berkaitan.

Sebagai kesimpulan, adalah amat penting bagi kita menanamkan minat untuk
memahami, mengamal dan menghayati bacaan al-Quran dalam kehidupan
seharian sehingga menjadi sebati sebagai darah daging. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran, minat dan penghayatan itu dapat disemai dalam jiwa murid
menerusi strategi yang menarik. Terpulanglah kepada kreativiti anda untuk
menentukan corak serta pendekatannya.

• Surah-surah yang perlu dibaca dan dikuasai dalam topik ini ialah
al-Humazah, al-ÂAsr, al-Takathur, al-QariÊah, al-ÂAadiyat, al-Zalzalah,
al-Bayyinah dan al-Qadr.
• Ilmu-ilmu berkaitan hukum tajwid perlu dikuasai dengan baik sebelum
mengajar bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
• Guru perlu terlebih dahulu memantapkan cara bacaan al-Quran sebelum
mengajar di dalam kelas bagi mempertingkatkan mutu bacaan, di samping
memperbetulkan sebarang kesilapan, jika ada.
• Antara kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mengajar aspek bacaan
al-Quran kepada para murid adalah Kaedah Talaqqi Musyafahah, Kaedah
Tikrar (Ulangan) dan Kaedah TasmiÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 BACAAN III  59

Talaqqi Musyafahah Tikrar


TasmiÊ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bacaan IV

6
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti empat jenis bacaan al-Quran;
2. Mengenal huruf-huruf al-Quran dan sifat-sifatnya dalam surah
al-ÂAlaq, al-Tin, al-Insyirah dan al-Dhuha serta menyebutnya dengan
betul;
3. Mengenal pasti tanda-tanda bacaan dalam surah-surah berkenaan dan
kaedah pembacaan yang betul;
4. Mempraktikkan sebutan makhraj, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum
tajwid dalam surah-surah tersebut dengan fasih, lancar dan bertajwid;
dan
5. Melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bacaan al-Quran
IV dengan berkesan.

 PENGENALAN
al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Dari segi bahasa, al-Quran adalah
bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Manakala dari segi istilah pula,
diriwayatkan secara mutawatir bahawa al-Quran ialah kalam Allah yang
bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan
malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Membaca setiap hurufnya adalah ibadat,
bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. al-Quran
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dalam tempoh
23 tahun.

Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan kepada surah-surah al-Quran yang
terpilih iaitu al-ÂAlaq, al-Tin, al-Insyirah dan al-Dhuha (Rajah 6.1). Kandungan
dalam topik ini membolehkan kita meningkatkan kefahaman dan kemahiran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  61

membaca surah-surah tersebut dengan kaedah dan cara yang lebih berkesan.
Bahkan, kita juga dapat mendalami tentang hukum-hukum tajwid dengan cara
yang lebih mudah. Di samping itu, topik ini turut mendedahkan kepada kita
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Bacaan al-Quran. Ini
adalah supaya kita dapat merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan sempurna.

Rajah 6.1: Surah-surah al-Quran dalam Topik 6 Bacaan IV

AKTIVITI 6.1

Berwuduklah dan pakailah pakaian yang bersih, lalu duduklah


dengan bersopan sambil mengadap ke arah kiblat sebelum anda
membaca al-Quran. Cuba anda senaraikan adab-adab membaca
al-Quran yang anda ketahui ketika membaca surah-surah dalam topik
ini nanti.

1. ____________________________

2. ____________________________

3. ____________________________

4. ____________________________

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 6 BACAAN IV

Mari kita hayati maksud dan penerangan hadis yang berikut:

Maksud Hadis
‰Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari
al-Quran, kemudian dia mengajarkannya„
(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-NasaÊi dan Ibn Majah)

Mereka yang dianugerahkan ilmu tentang al-Quran hendaklah mengajarnya


kepada mereka yang memerlukan. Kedua-dua golongan ini adalah orang yang
terbaik di sisi Allah SWT, seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

ĄǾǸă ōǴǟă ȁă ǹƊ ƕąǂǬƌ dzơ Ƕă ǴōǠă ƫă Ǻą Ƿă Ƕą ƌǯĄǂȈąƻă


„Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran, kemudian
dia mengajarkannya‰

Belajar dan mengajar al-Quran bukan setakat belajar dan mengajar membacanya
sahaja. Ia meliputi belajar dan mengajar maksud serta tafsiran ayatnya. Dalam
konteks yang lebih besar dan tinggi tahap pengajiannya, al-Quran wajar dijadikan
wadah bagi ditawarkan mata pelajaran-mata pelajaran dan kursus-kursus yang
membincangkan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Selain itu, ia mengaitkannya
dengan aplikasi semasa agar ilmu-ilmu tersebut dapat dihayati dengan
semaksimum mungkin.

Sebelum kita membaca surah-surah yang terkandung dalam topik ini, mari kita lihat
terlebih dahulu beberapa bentuk atau jenis bacaan al-Quran. Ini adalah bertujuan
supaya kita dapat menghayati dan menyerapkan bentuk atau jenis-jenis bacaan
al-Quran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan kemudian memilih bentuk
atau jenis yang paling sesuai. Secara umumnya, terdapat empat bentuk atau jenis
bacaan al-Quran seperti di dalam Rajah 6.2 berikutnya.

Rajah 6.2: Jenis-jenis bacaan al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  63

Penerangan bagi jenis-jenis bacaan al-Quran seperti yang ditunjukkan di dalam


rajah di atas adalah seperti berikut:

(a) Tartil
Ayat al-Quran dibaca secara perlahan-lahan, tenang dan setiap huruf
dilafazkan dengan makhraj yang tepat mengikut hukum-hukum tajwid yang
betul, di samping memahami makna, hukum dan pengajaran daripada ayat
tersebut.

(b) Tahqiq
Bacaannya seperti Tartil, cuma ia lebih lambat dan perlahan seperti
memperbetulkan bacaan huruf dari segi makhrajnya, menepati kadar bacaan
mad dan dengung. Ia merupakan latihan lidah bagi sebutan huruf dan
sifatnya secara betul.

(c) Hadar
Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.
Tingkatan bacaan ini bagi mereka yang telah menghafal al-Quran supaya
dapat mengulanginya dalam masa yang singkat.

(d) Tadwir
Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta
memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.

6.1 SURAH-SURAH BACAAN


Subtopik ini akan membentangkan kepada kita surah-surah yang perlu dipelajari
dalam Topik 6.

6.1.1 Surah al-‘Alaq


Pertama sekali, kita akan lihat dan mempelajari surah al-ÂAlaq, seperti di dalam
Rajah 6.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 6 BACAAN IV

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk),
[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya
atau yang sewajibnya),
[7] Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima
balasan).
[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang).
[10] Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  65

[11] Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
[12] Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13] Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14] Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal
perbuatannya dan membalasnya)?
[15] Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya, jika ia tidak berhenti
(dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-
ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
[16] Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17] Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19] Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan
(sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan
beramal soleh)!

Rajah 6.3: Surah al-ÂAlaq

Penerangan Surah al-ÂAlaq


al-ÂAlaq bererti segumpal darah. Ia mengandungi 19 ayat dan merupakan surah
Makkiyyah. Tahukah anda bahawa ayat 1 sehingga ayat 5 daripada surah ini
merupakan ayat-ayat al-Quran pertama yang diturunkan dan diwahyukan kepada
Nabi Muhammad SAW sewaktu di Gua HiraÊ? Surah ini dinamakan al-ÂAlaq
sempena perkataan „al-ÂAlaq‰ yang terdapat pada ayat kedua dalam surah ini.

Rajah 6.4: Janin daripada segumpal darah

Surah ini menerangkan bahawa Allah SWT menciptakan insan daripada segumpal
darah, lalu memuliakannya dengan mengajarnya membaca dan menulis serta
memberikannya pengetahuan. Rajah 6.4 menunjukkan janin yang terbentuk
daripada segumpal darah. Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-
baik kejadian (Rajah 6.5). Namun, manusia lupa akan asal-usulnya dan tidak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 6 BACAAN IV

mensyukuri nikmat Allah SWT. Bahkan, ada antara mereka yang bertindak
melampaui batas.

Rajah 6.5: Allah SWT menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian

AKTIVITI 6.2

Pasangkan CD atau kaset bacaan al-Quran bagi surah al-ÂAlaq,


misalnya oleh Qari terkemuka seperti Syeikh Saad al-Ghamidi.
Kemudian, dengar betul-betul sebutan huruf-hurufnya berdasarkan
makhraj-makhrajnya. Setelah itu, cuba anda pula mengulangi bacaan
tersebut sebagaimana yang anda telah dengarkan. Selamat mencuba!

6.1.2 Surah al-Tin


Surah kedua yang kita akan bincangkan dalam topik ini ialah surah al-Tin, seperti
Rajah 6.6 di bawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  67

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani

[1] Demi buah Tin (Rajah 6.6) dan Zaitun (Rajah 6.7),
[2] Dan Gunung Tursina,
[3] Serta negeri (Makkah) yang aman ini,
[4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
[5] Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan
kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-
orang yang rendah,
[6] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh
pahala yang tidak putus-putus.
[7] (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang
pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata
dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
[8] Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Rajah 6.6: Surah al-Tin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 6 BACAAN IV

Rajah 6.7: Buah tin Rajah 6.8: Buah zaitun

Penerangan Surah al-Tin


Surah ini bermaksud buah tin. Surah ini mengandungi lapan ayat dan diturunkan
di Makkah. Nama al-Tin diambil sempena perkataan yang terdapat pada ayat
pertama dalam surah tersebut. Ia merupakan sejenis buah yang dikenali di tempat
kita sebagai buah ara.

Isi kandungan surah ini menerangkan bahawa manusia adalah makhluk yang
terbaik dari segi rohaniah dan jasmaniahnya. Namun, taraf mereka akan menjadi
amat rendah jika mereka tidak beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya, Allah
SWT itu Hakim Yang Maha Adil.

AKTIVITI 6.3

Mari kita lihat surah al-Tin pula. Bukalah al-Quran dan bacalah surah
ini secara tartil.

6.1.3 Surah al-Insyirah


Seterusnya, kita akan bincangkan surah al-Insyirah di dalam Rajah 6.9 berikut,
iaitu surah yang ketiga dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  69

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta
mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan
dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan
pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau
gemar dan ingini).

Rajah 6.9: Surah al-Insyirah

Penerangan Surah al-Insyirah


Surah al-Insyirah merupakan surah yang ke 94 dalam tertib susunan Mushaf
Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang terdiri daripada
lapan ayat. Nama al-Syarh diambil daripada ayat pertama serta inti pati surah ini
yang menceritakan perihal kurniaan Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW
dengan memberikan kelapangan hati, kecekalan jiwa serta kekuatan semangat
dalam meneruskan perjuangan dan menghadapi berbagai rintangan hidup. Surah
ini turut dikenali dengan nama al-Insyirah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 6 BACAAN IV

Surah ini menerangkan tentang sebahagian daripada nikmat kurniaan Allah SWT
kepada baginda Rasulullah SAW, iaitu membuka pintu hati baginda untuk
menerima hidayah ke jalan yang lurus, meringankan beban tugas baginda dalam
menyebarkan ajaran Islam dengan berbagai bentuk bantuan dan kemudahan,
mengangkat kedudukan baginda sebagai seorang rasul dan memuliakan nama
baginda dengan menjadi sebutan dalam kalimah syahadah, al-Quran, bacaan solat
dan sebagainya. Seterusnya Allah SWT memberikan harapan dan motivasi kepada
baginda dengan memberikan penegasan bahawa di sebalik setiap kesulitan dan
kebuntuan ada kemudahan dan jalan penyelesaian. Hakikat ini adalah satu
ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT dalam peraturan kejadianNya di
alam ini.

Pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah setiap Muslim perlu
menghayati dan mensyukuri segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepadanya.
Segala kesulitan dan kebuntuan perlu dihadapi dengan penuh ketabahan dan
keimanan kerana ia sebahagian daripada rencah hidup di muka bumi serta ujian
dari Tuhan Rabbul Izzati. Tanggungjawab setiap Muslim dalam situasi ini ialah
bersabar dan menyedari bahawa ada hikmat di sebalik apa yang berlaku, seterusnya
berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian dengan penuh ketakwaan.

6.1.4 Surah al-Dhuha


Surah yang keempat dan terakhir dalam topik ini ialah surah al-Dhuha seperti
di dalam Rajah 6.10.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  71

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi sepi,
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak
benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada
permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan
di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan
perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan
hidayah petunjuk (dengan wahyu al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau
tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan
zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Rajah 6.10: Surah al-Dhuha

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 6 BACAAN IV

Penerangan Surah al-Dhuha


Surah al-Dhuha merupakan surah yang ke 93 dalam tertib susunan Mushaf
Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang terdiri daripada 11
ayat. Nama al-Dhuha diambil sempena ayat pertama surah ini. Ia bermaksud
pertengahan waktu pagi semasa cahaya matahari masih belum panas. Sebelum
surah ini diturunkan, Nabi Muhammad SAW tidak didatangi wahyu buat
beberapa ketika. Kesempatan ini diambil oleh orang kafir Quraisy untuk menuduh
bahawa „Tuhan Muhammad telah meninggalkannya dan membencinya‰. Hal ini
menyebabkan baginda berdukacita dan bimbang.

Surah ini memberikan bimbingan kepada baginda supaya tidak menghiraukan


tuduhan dan sindiran pihak musuh yang menganggap Allah SWT tidak lagi
bersamanya atau telah membencinya. Sebaliknya, Allah SWT bersumpah dengan
waktu pagi dan malam untuk memberikan penegasan dan jaminan bahawa Dia
sekali-kali tidak akan meninggalkan baginda, apatah lagi membencinya. Bahkan
Dia tetap dengan janjiNya untuk menolong dan menjadikan kesudahan
perjuangan baginda lebih baik daripada permulaan dan kesudahan kehidupan
baginda di akhirat lebih baik daripada kehidupannya di dunia. Sebagai bukti Allah
SWT menerangkan kepada baginda sebahagian daripada bantuan dan
pertolongan yang telah Dia kurniakan kepada baginda. Bermula dari kehidupan
baginda yang yatim tetapi tetap dilindungi oleh Allah, seterusnya kebuntuan
baginda dalam mencari kebenaran. Lalu, Allah berikan hidayah dan petunjuk
kepadanya. Selepas itu, baginda terpaksa melalui hidup yang penuh dengan
kemiskinan dan keperitan, lalu Allah kurniakan kepadanya pula dengan
kelapangan menerusi jalan perniagaan dan sebagainya. Sehubungan itu, baginda
diingatkan supaya tidak berlaku kasar kepada anak yatim dan orang susah yang
meminta-minta. Baginda juga diminta agar menzahirkan nikmat-nikmat tersebut
dengan menyebut-nyebutNya dan bersyukur kepada Allah.

Pengajaran daripada surah ini ialah Allah SWT tetap akan menunaikan janjiNya
dan sekali-kali tidak akan membiarkan orang beriman tanpa pertolongan dan
perhatian selagi mana mereka beriltizam melaksanakan perintah dan
laranganNya. Kejayaan sebenar dan kejayaan di hari akhirat adalah lebih baik dan
ia tidak akan berlaku tanpa dugaan dan cabaran. Justeru, orang beriman dituntut
supaya bersabar dan berjuang bagi mencapai sesuatu matlamat dan menjadikan
nikmat kurniaan Allah sebagai motivasi. Selain itu, sifat syukur dan berbuat ihsan
kepada orang yang dalam kesusahan juga adalah satu aspirasi ke arah sesebuah
kejayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  73

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Senaraikan hukum-hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang


bertemu dengan huruf Hijaiyyah secara umum dalam surah-
surah yang telah anda pelajari dalam topik ini.

2. Nyatakan contoh-contoh hukum izhar dan iqlab dalam surah-


surah yang anda pelajari dalam topik ini.

3. Sebutkan contoh-contoh hukum idgham dan ikhfaÊ dalam surah


al-ÂAlaq.

6.2 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Subtopik ini akan menjelaskan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebelum itu, mari kita kenal pasti dahulu
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran dan
kemudian, sama-sama kita terapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Secara umumnya, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran seperti di dalam Rajah 6.11 di bawah:

Rajah 6.11: Tiga jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 6 BACAAN IV

enerangan bagi jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran


adalah seperti berikut:

(a) Talaqqi dan Musyafahah


Dalam kaedah talaqqi dan musyafahah ini, pelajar dikehendaki mendengar
pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru.
Kemudian, dia mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga
guru berpuas hati. Murid yang berjaya membaca dengan baik, betul dan
sebutannya tepat akan beralih ke muka surat yang lain, manakala murid
yang kurang mampu akan tetap di muka surat yang sama.

(b) Tadarrus
Murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulan yang kurang daripada
lima orang, manakala yang lain akan memerhati serta mendengar bacaan
tersebut. Jika terdapat kesalahan dalam bacaan, maka guru akan menegur
agar dimanfaatkan oleh pemerhati (murid-murid) yang lain.

(c) TasmiÊ
Guru mendengar dan meneliti bacaan muridnya seorang demi seorang.
Sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan, guru dengan serta merta
memperbetulkan kesalahan tersebut dan meminta murid membacanya
semula dengan betul.

Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling
praktikal digunakan dalam pengajaran al-Quran. Kaedah ini bertepatan dengan
peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua HiraÊ.
Rasulullah SAW mengambil al-Quran daripada malaikat Jibril a.s. secara talaqqi
dan musyafahah, iaitu Jibril membacanya dahulu dan didengar oleh Nabi SAW.
Kemudian Nabi SAW membacanya dengan didengari oleh Jibril atau mengikut
bacaan malaikat Jibril a.s.

Sila baca dan teliti pelaksanaan kaedah talaqqi dan musyafahah, latih tubi dan
penerangan dalam contoh pengajaran yang dinyatakan di dalam Jadual 6.1 dan
Jadual 6.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  75

Jadual 6.1: Pelaksanaan Kaedah Talaqqi dan Musyafahah, Latih Tubi dan Penerangan

Kaedah Cara Perlaksanaan


• Guru memperdengarkan bacaan ayat al-Quran melalui kaset.
• Guru membaca dengan terang dan jelas.
• Bacaan hendaklah secara kuat (jahar).
Talaqqi dan • Pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti.
Musyafahah • Guru mengulangi bacaan beberapa kali.
• Pelajar membaca.
• (Guru melakukan sedemikian beberapa kali mengikut ayat yang
dikelompokkan).
• Pelajar membaca ayat al-Quran secara kuat beberapa kali.
• Pelajar membaca secara individu.
Latih Tubi • Guru mendengar bacaan pelajar sambil membetulkan kesilapan.
• Pelajar membaca beberapa kali secara kumpulan.
• Guru meneliti bacaan pelajar.
• Guru memperdengarkan CD al-Quran.
• Bacaan adalah secara kuat (jahar).
• Pelajar mendengar bacaan tersebut dengan teliti.
• Guru mengulangi bacaan daripada CD al-Quran.
• Pelajar membaca ayat dan bacaan hendaklah kuat (jahar).
• Pelajar membaca ayat secara individu. Ulang bacaan tersebut
beberapa kali.
• Guru mendengar bacaan pelajar dan menerangkan hukum
tajwid dalam ayat tersebut.
Penerangan/ • Pelajar membaca secara kumpulan.
Pengukuhan • Guru meneliti bacaan pelajar.
• Guru membaca semula ayat.
• Pelajar mendengar bacaan guru.
• Pelajar membaca semula ayat.
• Guru meneliti bacaan pelajar serta memberi penerangan dan
pengukuhan.
• Pelajar menulis ayat-ayat yang telah dibaca.
(i) Aras 1 – Menulis ayat 1 dan 2;
(ii) Aras 2 – Menulis ayat 1 hingga 3; dan
(iii) Aras 3 – Menulis ayat 1 hingga 5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 6 BACAAN IV

Jadual 6.2: Contoh Rancangan Pengajaran

Tajuk Membaca Ayat daripada Surah al-ÂAlaq


Kemahiran Membaca mengikut hukum tajwid: mad tabiÊie, izhar, ikhfaÊ,
qalqalah dan idgham.
Kaedah Talaqqi dan Musyafahah, latih tubi dan penerangan.
Gabung jalin Membaca dan menulis.
Penyerapan ilmu Tajwid, jawi (tulisan jawi).
Media Pengajaran Kad kalimah, kad ayat, carta ayat, CD al-Quran, Mushaf Rasm
Uthmani.
Penerapan nilai • Cinta kepada al-Quran dan selalu membacanya.
• Percaya kepada kekuasaan Allah SWT dengan beribadat dan
berdoa kepadaNya.
• Sayang kepada ibu bapa serta mentaati perintah mereka.
Peruntukan Masa 30 minit.

AKTIVITI 6.4

Berpandukan contoh Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


dalam Jadual 6.1, cuba anda laksanakan kaedah anda sendiri yang anda
rasa paling berkesan untuk para pelajar anda. Fikirkan kaedah-kaedah
terkini yang lain, yang sesuai digunakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Tilawah al-Quran. Anda boleh rujuk daripada mana-mana
buku berkaitan dengan kaedah pengajaran.

• Di akhir topik ini, anda telah mempelajari empat jenis bacaan al-Quran, iaitu
tartil, tahqiq, tadwir dan hadar.
• Terdapat empat surah al-Quran dalam topik ini iaitu surah al-ÂAlaq, al-Tin,
al-Syarh dan al-Dhuha.
• Tilawah al-Quran yang paling berkesan adalah dengan keadaan yang beradab,
mengikut tajwid dan mengetahui makna ayat-ayat yang dibaca serta
menghayati akan isi kandungannya.
• Dalam membaca dan mengajar al-Quran, aspek yang ditekankan dan
diwajibkan ialah hukum tajwid. Antara hukum tajwid yang harus anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 BACAAN IV  77

ketahui ialah Nun Sakinah, Tanwin, Hukum Mad, Alif Lam al-Syamsiah dan
Alif Lam al-Qamariah.
• Bidang Tilawah al-Quran hendaklah diajar menggunakan kaedah Talaqqi dan
Musyafahah. Kaedah ini berdasarkan kepada bacaan guru secara kuat dan
didengari oleh pelajar secara langsung.
• Talaqqi Musyafahah menjadi kaedah induk kepada kaedah-kaedah lain seperti
tadarrus dan tasmiÊ yang digunakan dalam mempelajari bacaan
al-Quran.
• Matlamat dan falsafah Pendidikan al-Quran ialah untuk melahirkan generasi
celik al-Quran yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak selain seimbang
emosinya. Ini termasuk menegakkan yang makruf dan melarang
kemungkaran. Malahan, usaha ini ialah untuk mengekalkan keamanan,
keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Hadar Tahqiq
Halaqah Talaqqi Musyafahah
Jahar Tartil
Tadarrus TasmiÊ
Tadwir

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bacaan V

7
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal huruf-huruf al-Quran dan sifat-sifatnya dalam surah al-Lail,
al-Fajr, al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq serta menyebutnya dengan
betul;
2. Mengenal tanda-tanda bacaan dalam al-Quran yang terdapat dalam
surah-surah berkenaan dan kaedah pembacaan yang betul;
3. Mempraktikkan sebutan makhraj, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum
tajwid dalam ayat al-Quran bagi surah-surah berkenaan dengan fasih,
lancar dan bertajwid; dan
4. Melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bacaan V dengan
berkesan.

 PENGENALAN
Pendidikan al-Quran merupakan asas utama dalam pembentukan generasi
terbilang. Setiap Muslim perlu mempelajari, memahami dan menghayati isi
kandungan al-Quran kerana di dalamnya tersirat segala ilmu dan panduan untuk
mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Pemahaman dan penghayatan al-Quran tidak akan dicapai kecuali melalui proses
pembacaan yang betul, seterusnya penghafalan ayat-ayat tertentu mengikut
kemampuan dan keperluan setiap individu Muslim. Atas dasar ini aspek
pendidikan al-Quran diberi keutamaan yang besar dalam kurikulum pendidikan
Islam di negara ini sejak dari peringkat awal lagi.

Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan kepada surah-surah al-Quran yang
terpilih iaitu al-Lail, al-Fajr, al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq (Rajah 7.1).
Kandungan dalam topik ini membolehkan kita meningkatkan kefahaman dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  79

kemahiran membaca surah-surah tersebut dengan kaedah dan cara yang lebih
berkesan. Bahkan, kita juga dapat mendalami tentang hukum-hukum tajwid
dengan cara yang lebih mudah. Di samping itu, topik ini turut mendedahkan
kepada kita kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Bacaan
al-Quran. Ini adalah supaya kita dapat merancang dan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.

Rajah 7.1: Surah-surah al-Quran dalam Topik 7 Bacaan V

AKTIVITI 7.1

Sila ambil al-Quran dan lihat surah-surah yang bakal dipelajari dalam
topik ini bersama-sama dengan pelajar-pelajar. Kemudian tandakan
surah-surah berkenaan bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Sebelum kita teruskan pembelajaran topik ini, mari sama-sama kita renungi hadis
Rasulullah SAW berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 7 BACAAN V

Maksud Hadis
„Allah memuliakan orang melalui Kitab al-Quran ini dan Dia juga
merendahkan ramai orang kerananya (tidak mengamalkannya)‰
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis Nabi ini menjelaskan kepada kita mengenai kepentingan umat Islam membaca,
bertadabbur dan mengamalkan atau menghayati isi kandungan al-Quran dalam
kehidupannya seharian. Apabila seseorang itu meminggirkan al-Quran, maka dia
dipandang hina dan rendah di sisi Allah, malah dikalangan manusia. Muhammad
al-Ghazali dalam kitab Kaifa NataÊamalu MaÊa al-Quran (Bagaimana Komunikasi Kita
Dengan Kitab al-Quran) menjelaskan bahawa keadaan Muslimin dewasa ini amat
berhajat kepada pengkajian yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran
dengan membongkar semula mutiara-mutiaranya yang penuh mukjizat
memandangkan minat umat Islam di kala ini berlainan dengan sikap umat Islam
terhadap al-Quran pada kurun yang pertama.

Setelah berlalu kurun pertama hijrah atau seratus tahun sesudah hijrah, maka
umat Islam lebih cenderung kepada al-Quran dalam aspek-aspek:
(a) Pembacaan;
(b) Menentukan makhraj-makhraj huruf ketika membacanya; dan
(c) Menyempurnakan hukum-hakam tajwid yang terkandung di dalamnya
yang semakin jauh daripada usaha-usaha tafakkur dan tadabbur terhadap
falsafah dan mesej murni yang tersirat di sebalik ayat-ayat Allah SWT yang
tersurat.

Lebih penting daripada itu adalah al-Quran semakin dekat di hati umat Islam
dewasa ini dalam dimensi memohon perlindungan diri, pendinding rumah,
penurunan berkat dan rahmat dalam kehidupan tanpa terangsang jiwa dan
maknawi mereka untuk membedah siasat dan membongkar kehebatan dan
keagungan al-Quran melalui proses tadabbur dan tafakkur yang mendalam.

Sebagaimana yang sama-sama kita telah ketahui, surah-surah yang akan diberi
fokus dalam topik ini ialah seperti yang telah dinyatakan di dalam Rajah 7.1. Setiap
surah ini diletakkan secara berasingan dalam satu unit yang merangkumi langkah-
langkah tertentu ke arah memastikan para pelajar dapat membaca surah-surah
tersebut dengan betul dan tepat. Langkah-langkah ini pula disokong dengan
beberapa ikon pengukuhan bagi meningkatkan penguasaan dan pengetahuan
pelajar terhadap surah-surah yang dibaca.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  81

Melalui topik ini, para pelajar dilatih membaca setiap surah yang dipelajari secara
berperingkat-peringkat. Di peringkat awal, pelajar dilatih menyebut potongan-
potongan ayat penting dalam sesuatu surah sehingga mampu membacanya dengan
sempurna. Seterusnya mereka dilatih membaca beberapa ayat terpilih dari surah
terbabit dengan lengkap. Setelah itu, mereka akan dibawa ke langkah yang
seterusnya iaitu membaca surah yang dipelajari secara keseluruhan. Secara
umumnya, langkah-langkah tersebut boleh dirujuk di dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Langkah-langkah pembacaan surah

Manakala ikon-ikon pengukuhan yang berperanan meningkatkan kefahaman dan


penguasaan pelajar pula seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 7.3:

Rajah 7.3: Ikon-ikon pengukuhan (bacaan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 7 BACAAN V

7.1 SURAH-SURAH BACAAN


Subtopik ini akan membentangkan kepada kita surah-surah yang perlu dipelajari
dalam Topik 7 iaitu Bacaan V.

7.1.1 Surah al-Lail


Surah yang pertama yang akan dibincangkan ialah surah al-Lail seperti di dalam
Rajah 7.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  83

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani

[1] Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),


[2] Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;
[3] Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan
dan betina);
[4] Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
[5] Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan
dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala
laranganNya),
[6] Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,
[7] Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat
kesenangan (Syurga).
[8] Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup
dengan kekayaan dan kemewahannya,
[9] Serta ia mendustakan perkara yang baik,
[10] Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat
kesusahan dan kesengsaraan;
[11] Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila dia
telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
[12] Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang
benar dan yang salah).
[13] Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.
[14] Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi
amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,
[15] Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka,
[16] Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
[17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh
bertakwa,
[18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta
bendanya,
[19] Sedang dia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas,
[20] Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
[21] Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan
mendapat segala yang diharapkannya).

Rajah 7.4: Surah al-Lail

Penerangan Surah al-Lail


Surah al-Lail merupakan surah yang ke 92 dalam tertib susunan Mushaf Uthmani.
Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang terdiri daripada 21 ayat. Nama
al-Lail diambil sempena ayat pertama surah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 7 BACAAN V

Surah ini membentangkan soal manusia dan bentuk usaha mereka di dunia. Orang
beriman dan bertakwa yang menyalurkan apa yang ada pada mereka ke jalan
kebaikan, akan dipermudahkan oleh Allah SWT jalan mereka ke arah kesenangan.
Sebaliknya orang yang kufur, bakhil dan merasa dirinya tidak perlu melakukan
kebajikan, akan dipermudahkan pula oleh Allah SWT jalan mereka ke arah
kesengsaraan. Apabila dia terjerumus ke lembah kesengsaraan di hari akhirat,
harta benda serta kemewahannya di dunia sedikit pun tidak akan dapat
membantu meringankan azab seksa tersebut. Di akhir surah, Allah SWT membuat
penegasan bahawa Dialah sahaja yang memberikan petunjuk serta hidayah
kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dialah jua yang Maha Berkuasa di dunia
dan akhirat.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah umat Islam perlu
bijak dalam menguruskan harta yang dimiliki kerana ia tidak akan terlepas
daripada perhitungan Allah SWT. Setiap sen yang dibelanjakan, sama ada ke arah
kebajikan atau memperbaiki diri sendiri, akan menyumbang kepada kebahagiaan
yang kekal abadi di hari akhirat; sebaliknya, kebakhilan dan kesombongan akan
membawa kepada kesengsaraan dan keperitan yang tidak tertanding di hari
akhirat kelak. Kemurahan hati seseorang menjadi petunjuk ketakwaan dan
kebahagiaan seseorang di hari akhirat, manakala kebakhilan pula menjadi simbol
kekufuran dan petanda kecelakaan di hari akhirat.

AKTIVITI 7.2
Pasangkan CD atau kaset bacaan al-Quran bagi surah al-Lail, misalnya
oleh Qari terkemuka seperti Syeikh Saad al-Ghamidi. Kemudian,
dengar betul-betul sebutan huruf-hurufnya berdasarkan makhraj-
makhrajnya. Setelah itu, cuba anda pula mengulangi bacaan tersebut
sebagaimana yang anda telah dengarkan. Selamat mencuba!

7.1.2 Surah al-Fajr


Seterusnya, topik ini akan membincangkan surah yang berikutnya, iaitu surah
al-Fajr (rujuk Rajah 7.5).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  85

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 7 BACAAN V

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani

[1] Demi waktu fajar;


[2] Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
[3] Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
[4] Dan malam, apabila ia berlalu;
[5] Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui
kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
[6] (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai
Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah
melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
[7] Iaitu penduduk „Iram‰ yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
[8] Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di
segala negeri (pada zamannya)?
[9] Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah
(Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
[10] Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang kukuh?
[11] (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-
masing).
[12] Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-
negeri itu.
[13] Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai
paluan azab;
[14] Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan
akhirat)
[15] Dalam pada itu, manusia tidak menghiraukan balasan akhirat, oleh yang
demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan
dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus
bersikap takabbur) serta berkata dengan sombongnya: „Tuhanku telah
memuliakan daku!‰
[16] Dan sebaliknya, apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan
rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan resah gelisah) serta merepek dengan
katanya: „Tuhanku telah menghinakan daku!‰
[17] Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan
kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu
tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang dia berhak
menerimanya);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  87

[18] Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima
oleh) orang miskin;
[19] Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak
membezakan halal haramnya),
[20] Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
[21] Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan
segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
[22] Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia
menjalankan perintah),
[23] Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu
manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan
berguna lagi kepadanya?
[24] Dia akan berkata: „Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal
baik untuk hidupku (di sini)!‰
[25] Maka pada hari itu tiada sesiapa pun yang dapat menyeksa seperti azab (yang
ditimpakan oleh) Allah.
[26] Dan tiada sesiapa pun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan
dan belengguNya.
[27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat,
Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan
disambut dengan kata-kata): „Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa
tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
[28] „Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan
segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu)!
[29] „Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.
[30] „Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! „

Rajah 7.5: Surah al-Fajr

Penerangan Surah al-Fajr


Surah al-Fajr merupakan surah yang ke 89 dalam tertib susunan Mushaf Uthmani.
Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah dan terdiri daripada 30 ayat. Nama
al-Fajr diambil sempena ayat pertama surah ini.

Surah ini menerangkan tentang ancaman Allah SWT terhadap para musuh Islam
yang menentang ajaran Rasulullah SAW, bahawa Dia akan membinasakan mereka
sebagaimana kaum-kaum terdahulu yang menentang para utusan Allah yang
diutuskan kepada mereka. Allah SWT kemudiannya menjelaskan bahawa
kemewahan yang dikurniakan kepada seseorang itu tidak bermakna ia
menggambarkan kemuliaannya di sisi Tuhan; begitu juga sebaliknya, kesempitan
hidup yang menimpa sesorang itu tidak bermakna ia menggambarkan
kehinaannya di sisi Tuhan. Ini kerana kemuliaan dan kehinaan di sisi Tuhan
terletak pada sejauh mana seseorang itu menerima hidayah yang dibawakan oleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 7 BACAAN V

Rasul kepadanya. Seterusnya, surah ini diakhiri dengan penjelasan mengenai


perihal kesudahan dan pembalasan yang akan diterima oleh setiap insan yang
kufur dan beriman.

Antara pengajaran yang boleh didapati daripada surah ini ialah setiap insan perlu
mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku kepada umat terdahulu
supaya tidak melakukan kesilapan, seterusnya menerima akibat yang sama seperti
yang telah menimpa mereka. Kemewahan dan kemiskinan bukanlah kayu
pengukur untuk menentukan kedudukan seseorang di sisi Allah SWT, sebaliknya
kemewahan dan kemiskinan itu hanyalah merupakan suatu bentuk ujian kepada
manusia. Jika mereka berjaya, mereka akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT
dan begitulah sebaliknya jika mereka gagal.

SEMAK KENDIRI 7.1

Berikan huraian ringkas mengenai pengenalan, kandungan dan


pengajaran dari surah al-Fajr.

7.1.3 Surah al-Ghasyiyah


Surah yang ketiga dalam topik ini ialah surah al-Ghasyiyah. Sila rujuk Rajah 7.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  89

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 7 BACAAN V

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani

[1] Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-
haranya meliputi?
[2] Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
[3] Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
[4] Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar),
[5] Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.
[6] Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain daripada pokok-pokok yang berduri,
[7] Yang tidak menggemukkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit
kelaparan pun.
[8] (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
[9] Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya
di dunia),
[10] (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukan
darjatnya),
[11] Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
[12] Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir,
[13] Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
[14] Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
[15] Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
[16] Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
[17] (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
[18] Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?
[19] Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
[20] Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
[21] Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan
janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya
engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
[22] Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran
Islam yang engkau sampaikan itu).
[23] Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar,
[24] Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
[25] Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
[26] Selain daripada itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal
mereka.

Rajah 7.6: Surah al-Ghasyiyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  91

Penerangan Surah al-Ghasyiyah


Surah al-Ghasyiyah merupakan surah yang ke 88 dalam tertib susunan Mushaf
Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah. Ia terdiri daripada
26 ayat. Nama al-Ghasyiyah yang memberi maksud „hari yang menghuru-
harakan,‰ iaitu hari kiamat, diambil sempena ayat pertama surah ini serta menjadi
fokus utama keseluruhan kandungannya.

Surah ini menerangkan tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku kepada


golongan yang kufur dan golongan yang beriman pada hari kiamat kelak. Orang
kufur akan menerima azab seksa dan penghinaan dari Allah SWT, sementara
orang beriman pula akan menerima nikmat dan kemuliaan dariNya. Seterusnya
Allah SWT membentangkan kepada orang kafir bukti-bukti kebesaran dan
kekuasaanNya yang perlu mereka insafi agar menukarkan kekufuran mereka
dengan keimanan. Di akhir surah ini, Allah SWT mengingatkan orang beriman
bahawa tanggungjawab mereka adalah berdakwah; manakala hidayah, petunjuk
dan pembalasan adalah milikNya semata-mata.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah setiap insan, sama
ada baik mahupun buruk, tidak akan terlepas daripada balasan dan perhitungan
Allah SWT pada hari akhirat kelak. Setiap kejadian yang berlaku di alam semesta
ini menjadi bukti kepada kebesaran dan kekuasaan Allah. Tanggungjawab
seorang Muslim hanyalah untuk berdakwah ke jalan Allah dan Dialah sahaja yang
menentukan keimanan atau kekufuran seseorang serta hukuman yang sepatutnya
diterima.

SEMAK KENDIRI 7.2

Berikan huraian ringkas mengenai pengenalan, kandungan dan


pengajaran dari surah al-Ghasyiyah.

7.1.4 Surah al-A’la


Surah yang keempat yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah surah al-AÊla
(rujuk Rajah 7.7).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 7 BACAAN V

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani

[1] Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat
kekurangan),
[2] Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan
kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
[3] Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan
hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
[4] Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang
ternak,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  93

[5] Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering –


(berubah warnanya) kehitam-hitaman.
[6] Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (al-Quran
yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau
(menghafaznya dan) tidak lupa,
[7] Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Dia mengetahui
(segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
[8] Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala
perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
[9] Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran al-Quran), kalau-
kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
[10] Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan
itu;
[11] Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[12] Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab
seksanya),
[13] Selain daripada itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
[14] Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu –
berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta
mangerjakan solat (dengan khusyuk).
[16] (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu
utamakan kehidupan dunia;
[17] Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
[18] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di
dalam Kitab-kitab yang terdahulu,
[19] Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Rajah 7.7: Surah al-AÊla

Penerangan Surah al-AÊla


Surah al-AÊla merupakan surah yang ke 87 dalam tertib susunan Mushaf Uthmani.
Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah. Ia terdiri daripada 19 ayat. Nama
al-AÊla, bermaksud Yang Maha Tinggi, merujuk kepada Allah SWT, diambil
sempena ayat pertama surah ini serta sebahagian besar kandungannya yang
memberikan gambaran mengenai kemuliaan dan ketinggianNya.

Surah ini menerangkan mengenai kemuliaan Allah SWT yang mencipta sekalian
makhluk, menyempurnakan kejadian mereka seterusnya mengatur sebuah sistem
kehidupan yang sempurna untuk mereka. Setelah itu, kemuliaanNya
disempurnakan lagi dengan pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada mereka
agar mereka mengikut jalan yang lurus dan meninggalkan jalan kesesatan. Namun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 7 BACAAN V

ada dalam kalangan mereka yang menerima petunjuk yang dibawa dan ada pula
yang ingkar. Seterusnya surah ini menegaskan bahawa sesungguhnya hanya
mereka yang menerima petunjuk tersebut yang akan memperolehi kejayaan yang
sejati sebagaimana yang telah tercatat di dalam kitab-kitab para nabi terdahulu.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah segala kejadian
serta sistem yang berjalan dalam setiap aspek kehidupan di alam maya ini diatur
dan disusun rapi oleh Tuhan Yang Maha Pencipta. Kesempurnaan yang dapat
dilihat dalam sistem ini menjadi tanda kemuliaan serta ketinggian Allah SWT. Ia
juga menjadi sebahagian daripada rahmat Allah kepada makhlukNya, khususnya
manusia. Mereka sepatutnya menghargai nikmat-nikmat ini dengan menzahirkan
keimanan dan ketaatan kehadratNya. Walau bagaimanapun, sudah menjadi resam
manusia di setiap zaman, ada yang beriman dan ada yang ingkar; setiap daripada
mereka akan menerima pembalasan masing-masing di hari akhirat nanti. Surah ini
juga memberi pengajaran bahawa manusia lebih cenderung kepada kekufuran
daripada keimanan. Justeru, setiap Muslim perlu menyedari bahawa kejayaan di
akhirat lebih berharga daripada kenikmatan di dunia yang hanya sementara.

AKTIVITI 7.3

1. Senaraikan hukum-hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang bertemu


dengan huruf Hijaiyyah secara umum dalam surah al-AÊla.
2. Sebutkan contoh-contoh hukum idgham dan ikhfaÊ dalam surah ini.

7.1.5 Surah al-Tariq


Akhir sekali, topik ini akan membincangkan surah al-Tariq seperti Rajah 7.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  95

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah,


lagi Maha Mengasihani

[1] Demi langit dan „al-Tariq‰;


[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia „al-Tariq‰ itu?
[3] (al-Tariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);
[4] Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta
menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).
[5] (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari
apa ia diciptakan.
[6] Ia diciptakan daripada air (mani) yang memancut (ke dalam rahim).
[7] Yang keluar dari „tulang sulbi‰ lelaki dan „tulang dada‰ perempuan.
[8] Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula
sesudah mati),
[9] Pada hari didedahkan segala yang terpendam dalam hati (dari iktiqad, niat, dan
lain-lainnya),

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 7 BACAAN V

[10] Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela
diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).
[11] Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,
[12] Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,
[13] Sesungguhnya keterangan al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),
[14] Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.
[15] Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati
menjalankan rancangan jahat,
[16] Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan
menggagalkannya).
[17] Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu,
berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Rajah 7.8: Surah al-Tariq

Penerangan Surah al-Tariq


Surah al-Tariq merupakan surah yang ke 86 dalam tertib susunan Mushaf
Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah. Ia terdiri daripada
17 ayat. Nama al-Tariq, bermaksud „yang datang di malam hari‰, merujuk kepada
bintang yang bercahaya terang menembusi kegelapan malam, diambil sempena
ayat pertama surah ini. Bintang biasanya hilang di waktu siang dan muncul di
waktu malam. Dalam surah ini, Allah SWT tidak memperincikan jenis bintang,
justeru ia boleh diaplikasikan kepada semua jenis bintang.

Surah ini menerangkan bahawa al-Quran merupakan pemisah di antara yang hak
dan yang batil. Selain itu, surah ini menjelaskan mengenai penciptaan manusia
yang dijadikan daripada air mani yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang
dada wanita yang dipancutkan ke dalam rahim. Seterusnya surah ini menegaskan
bahawa sesungguhnya tiada satu jiwa pun melainkan ada penjaga yang
mengawasi, memerhati dan memeliharanya. Oleh itu, segala tindak tanduk
manusia akan dicatat dan dihitung di hari akhirat kelak. Allah SWT menegaskan
bahawa Dia yang mencipta dan memelihara manusia, juga berkuasa
menghidupkan kembali manusia selepas mati atau memulihkannya kembali
selepas reput atau hancur. Pada hari kebangkitan semula (hari kiamat), hati
manusia akan diperiksa dan terdedahlah segala isi hatinya. Pada hari itu, tiada
sebarang kekuatan dan penolong yang dapat memberikan pertolongan kepadanya
selain amal yang soleh. Surah ini juga menjelaskan kepada kita mengenai
penciptaan tumbuh-tumbuhan yang hidup subur selepas turunnya hujan.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah Allah SWT dan
malaikat-malaikatNya sentiasa mengawasi dan menjaga manusia. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa berhati-hati dalam semua tindakan yang kita lakukan
walaupun kita berada di tempat yang sunyi. Ini kerana Allah SWT yang
menjadikan kita semua daripada air mani dan berkuasa menghidupkan kita

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BACAAN V  97

semula untuk dibuat perhitungan pada hari akhirat kelak. Penciptaan manusia
daripada air mani juga menggambarkan bahawa kita dijadikan daripada unsur
yang sama, justeru kita hendaklah merenung dan mengambil pengajaran supaya
kita dapat menjauhi sifat sombong dan takabbur.

AKTIVITI 7.4

1. Dengan menggunakan kaedah tadarrus, baca bersama rakan-rakan


anda surah-surah yang ditetapkan dalam topik ini secara bersilih
ganti.
2. Perhatikan ayat-ayat dalam surah-surah tersebut dan tandakan
hukum nun sakinah di dalamnya. Baca ayat-ayat terbabit berulang
kali.
3. Dengan merujuk kepada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Tafsir
Ibn Kathir, bandingkan huraian maksud yang diberikan oleh
kedua-dua kitab ini untuk surah-surah berkenaan.

7.2 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Sila rujuk kepada topik sebelum ini (Topik 6) dan perhatikan kepada cadangan
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam subtopik 6.2. Sila hayati dan
fahami penjelasan yang telah dibuat dalam topik tersebut dan kemudian terapkan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam topik ini.

Namun demikian, diringkaskan bentuk-bentuk aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang boleh dipraktikkan bersama, iaitu:
(a) Mendengar bacaan surah-surah melalui CD.
(b) Menyebut potongan-potongan ayat berpandukan carta kelas, berkumpulan
dan individu.
(c) Talaqqi dan Musyafahah daripada surah yang dipelajari dengan betul dan
bertajwid.
(d) Guru membimbing pelajar-pelajar membaca surah-surah berkenaan
berulang kali (latih tubi).
(e) Membentuk kumpulan pelajar dan tadarrus surah-surah berkenaan secara
berkumpulan dengan bimbingan guru.
(f) Guru melakukan tasmiÊ bagi setiap pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 7 BACAAN V

• Di akhir topik ini, anda telah mempelajari lima surah al-Quran iaitu al-Lail,
al-Fajr, al-Ghasyiyah, al-AÊla dan al-Tariq.
• Keseluruhan surah yang dipelajari dalam topik ini terdiri daripada surah
Makkiyyah. Manakala kandungannya pula berkisar sekitar persoalan
keimanan dan kekufuran serta pembalasan yang akan diterima oleh setiap
golongan di dunia dan akhirat.
• Surah-surah ini turut mengemukakan hujah dan dalil daripada kejadian alam
semesta ini sebagai bukti keesaan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
• Tanda-tanda bacaan dalam al-Quran yang terdapat dalam kelima-lima surah,
serta kaedah pembacaannya. Selain itu, sebutan dan hukum tajwid dalam
surah-surah tersebut juga dapat dilaksanakan dengan lancar.
• Jika hujah dan dalil ini dihayati dan diperhalusi dengan penuh keinsafan,
nescaya tiada sebab untuk seorang insan terus berada dalam kekufuran dan
kemungkaran kecuali kerana tuntunan hawa nafsu semata-mata.
• Surah-surah ini turut memberikan bimbingan dan motivasi kepada baginda
Rasulullah SAW dan kaum Muslim seluruhnya agar terus bersabar dan
konsisten dalam menunaikan tanggungjawab dakwah ke jalan kebenaran.

Makkiyyah Tadabbur
Musyafahah Talaqqi
Tadarrus Tajwid
Tafakkur

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hafazan I

8
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan panduan yang telah digariskan dalam menghafaz
al-Quran;
2. Membincangkan teknik-teknik menghafaz al-Quran dengan betul,
fasih, lancar dan bertajwid;
3. Menghafaz surah-surah lazim dalam juzuk ÂAmma untuk amalan,
bacaan dalam solat dan ibadah harian; dan
4. Melaksanakan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran
Hafazan supaya mendatangkan keberkesanan yang maksimum.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan memberi tumpuan kepada kemahiran hafazan daripada
surah-surah terpilih mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Topik ini
membincangkan dan memberi penekanan kepada asas-asas penguasaan dalam
kemahiran hafazan daripada surah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas.
Kandungan dalam Topik 8 ini membolehkan kita meningkatkan kefahaman dan
kemahiran dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran berdasarkan garis panduan yang
betul. Di samping itu, topik ini turut mendedahkan kepada kita langkah-langkah
dan kaedah pengajaran al-Quran, khususnya hafazan. Diharapkan maklumat-
maklumat yang disediakan dalam topik ini dapat membantu anda untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan
berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 8 HAFAZAN I

SEMAK KENDIRI 8.1

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, nyatakan apakah yang


anda fahami mengenai istilah Hafazan al-Quran dan panduan
melaksanakannya. Bandingkan jawapan anda dengan apa yang bakal
dibincangkan seterusnya.

8.1 SURAH-SURAH HAFAZAN


Di bahagian ini, kita akan mempelajari tentang hafazan al-Quran. Mungkin ada
antara anda yang telah berjaya menghafaz al-Quran. Namun, tahukah anda
apakah yang dimaksudkan dengan hafazan al-Quran? Mari kita lihat definisinya.

Hafazan al-Quran merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci


al-Quran yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan
panduan-panduan tertentu
(Mohd Yusof Ahmad, 2004)

Apakah panduan-panduan tersebut? Terdapat SEMBILAN panduan atau tatacara


menghafaz al-Quran seperti di dalam Rajah 8.1, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  101

Rajah 8.1: Panduan hafazan al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 8 HAFAZAN I

Mari kita lihat setiap panduan hafazan al-Quran ini dengan lebih terperinci.

(a) Ikhlas kerana Allah SWT


Ikhlas merupakan asas dalam setiap amalan kita. Ini kerana niat yang selain
daripada Allah tidak akan memberikan faedah dan kebaikan kepada
pengamalnya. Oleh yang demikian, seseorang yang ingin menghafaz
al- Quran hendaklah membulatkan niat hafazan dengan penuh ikhlas dan
tulus hanya kerana Allah SWT, yang mana hanya dengannya akan
memperoleh ganjaran yang dijanjikan, di samping mendapat pertolongan
daripada Allah SWT.

(b) Menggunakan Satu Mushaf


Anda dinasihatkan menggunakan satu mushaf al-Quran tertentu sahaja
ketika membaca dan menghafaz al-Quran tanpa menukar kepada mushaf
yang lain. Menukarkan mushaf mungkin menyebabkan kekeliruan pada
kedudukan dan susunan ayat, apatah lagi sekiranya ia berbeza cetakan.

Untuk pengetahuan anda, otak manusia boleh mengingati sesuatu perkara


menggunakan deria telinga dan mata. Kita akan menghafaz sesuatu yang
kita dengar, begitu juga kita akan menghafaz sesuatu yang kita lihat. Oleh
itu, penggunaan satu mushaf membantu deria mata anda menghafaz
al- Quran kerana kedudukan dan susunan ayat yang tetap.

(c) Memahami Apa yang Dihafaz


Anda hendaklah sedaya upaya memahami maksud ayat al-Quran yang anda
hafaz dan mengetahui hubung kait antara satu ayat dengan ayat yang lain.
Jangan hafaz secara membuta tuli. Penggunaan tafsir al-Quran dapat
membantu anda memahami dengan jelas maksud sesuatu ayat.

(d) Ingat Sebelum Berpindah ke Ayat Lain


Setelah bacaan lancar dan tidak tersangkut-sangkut, barulah anda mula
untuk menghafaz. Anda hendaklah sentiasa mengulangi ayat-ayat atau
surah-surah yang telah dihafaz. Jangan berpindah ke surah atau ayat yang
lain sekiranya anda belum dapat menghafaz surah atau ayat tersebut dengan
lancar dan sempurna.

(e) Meninggalkan Maksiat


Salah satu faktor yang boleh menyebabkan hilangnya ilmu yang dipelajari,
terutamanya ilmu yang melibatkan sesuatu yang suci seperti menghafaz
al-Quran ialah mengerjakan maksiat. Kebanyakan para ulama menyatakan
antara faktor utama yang menguatkan hafazan ialah bersungguh-sungguh
atau tekun, mengurangkan makan, memperbanyakkan solat malam dan
membaca al-Quran. Manakala faktor yang menyebabkan lupa ialah
mengerjakan maksiat dan dosa serta terlalu sibuk dengan urusan duniawi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  103

(f) Hafaz Secara Berperingkat-peringkat


Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-
peringkat selama 23 tahun. Hikmahnya adalah supaya memudahkan para
sahabat menghafaz dan mengamalkannya. Begitu juga dengan anda.
Menghafaz al-Quran merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat
dan mengambil satu jangka masa dan tempoh tertentu. Ia bukannya terhasil
dalam satu jangka masa yang singkat. Justeru, anda perlu tentukan berapa
ayat yang anda hendak baca pada setiap hari selain sentiasa komited dengan
perancangan yang anda buat. Insya Allah, anda akan berjaya menghafaznya
berdasarkan tempoh yang telah anda tentukan.

(g) Kerap Mendengar Bacaan al-Quran


Mendengar bacaan al-Quran daripada CD atau kaset dapat membantu anda
untuk mengingat kembali apa yang anda telah hafaz sebelum ini. Malahan,
mendengar bacaan al-Quran dan menghayatinya akan menimbulkan kesan
yang positif pada ketenangan jiwa anda. Lantas, ia memudahkan anda
menghafaznya, terutamanya jika didengar berulang-ulang kali.

(h) Kerap TasmiÊ Hafazan al-Quran


Bacaan anda hendaklah ditasmiÊ atau diperdengarkan kepada orang lain
yang mempunyai kepakaran dalam ilmu al-Quran, contohnya para huffaz.
Ini bertujuan supaya tidak berlaku kesalahan pada baris, sifat-sifat huruf
selain menepati makhraj dan hukum-hukum tajwid. Paling kurang, ia boleh
dilaksanakan melalui pembacaan yang dinyaringkan ketika seseorang
mengimami solat ketika berjemaah ataupun solat sendirian. Anda juga boleh
meminta guru atau rakan anda yang mahir membaca al-Quran untuk
menyemak hafazan anda.

(i) Memilih Waktu dan Tempat yang Sesuai


Suasana yang tenang dan tenteram dapat membantu proses hafazan anda dengan
lancar dan baik. Oleh itu, anda hendaklah bijak memilih waktu yang sesuai untuk
menghafaz seperti selepas Subuh atau selepas Maghrib. Begitu juga dengan
tempat. Tempat yang tenang dapat membantu anda menghafaz dengan baik.
Sebaik-baik tempat untuk menghafaz al-Quran ialah di masjid. Anda juga
digalakkan menghafaz al-Quran pada masa-masa lapang kerana pada masa itu
fikiran anda berada dalam keadaan yang cukup tenang dan rehat.

8.2 TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN


Sekarang, mari kita lihat teknik menghafaz al-Quran. Setelah anda berwuduk dan
kemudian memakai pakaian yang bersih, anda perlu menuju ke tempat yang suci,
tenang dan jauh daripada sebarang gangguan. Setelah itu, hadapkanlah diri anda
ke arah kiblat. Ikhlaskan niat dan bukalah al-Quran dengan tenang. Sila ikut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 8 HAFAZAN I

langkah-langkah dan teknik-teknik menghafaz al-Quran seperti yang dinyatakan


di dalam Rajah 8.2.

Rajah 8.2: Langkah-langkah dan teknik menghafaz al-Quran


Sumber: Mohd Yusuf Ahmad, Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran

Sekarang, cuba anda aplikasi teknik ini untuk pelajar-pelajar anda di sekolah nanti.
Selamat maju jaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  105

Maksud Hadis

‰Kamu tidak akan menuju kepada Allah SWT dan menghampiriNya


melainkan dengan sesuatu yang lebih tinggi yang akan membawa terus
kepadaNya, iaitu al-Quran „

(Riwayat al-Hakim, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Al-Quran adalah wahyu Allah dan menjadi kitab suci orang Islam dan umat Nabi
Muhammad SAW. Ia adalah Kitab Samawi (yang diturunkan dari langit) dan
sangat tinggi kedudukannya. Ia juga adalah Kitab Hidayah dan rujukan sepanjang
zaman. Umat Islam perlulah sentiasa mempraktikkan suruhan-suruhan Allah dan
mematuhi larangan-larangan Allah di dalamnya. Al-Quran membimbing manusia
untuk hidup bahagia di dunia ini dan juga di Akhirat.

Allah SWT memuji mereka yang rajin membaca al-Quran dan menyediakan
ganjaran besar untuk mereka. Allah telah berfirman yang bermaksud:

„Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang


(sudah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah
yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu
malam, ketika mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka
beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah
(buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-
bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah daripada
orang yang salih‰
(Surah Ali-Imran, ayat 113-114).

SEMAK KENDIRI 8.2


Sila fahami dengan teliti panduan-panduan dan teknik-teknik
menghafaz al-Quran yang telah anda pelajari sebelum ini. Kemudian,
baca dan hafaz ayat-ayat di subtopik 8.5 dengan mempraktikkan
panduan dan teknik yang telah anda pelajari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 8 HAFAZAN I

8.3 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Berikut adalah cadangan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
diaplikasikan di dalam kelas. Kaedah-kaedah ini ialah kaedah hafazan, kaedah
tasmiÊ dan kaedah imlaÊi (tulisan).

8.3.1 Kaedah Hafazan


Kaedah hafazan merupakan kesinambungan daripada kaedah Talaqqi
Musyafahah yang telah kita bincangkan dalam topik sebelum ini. Ia merupakan
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara
langsung. Kaedah ini dipandang penting untuk menguatkan dan
mengembangkan ingatan. Melalui kaedah ini, apa yang dipelajari dapat
dikeluarkan semula dengan lengkap. Rasulullah SAW sendiri, sebaik sahaja
menerima wahyu, akan terus bersungguh-sungguh menghafal wahyu tersebut
kerana bimbang ia akan hilang daripada ingatan baginda.

Terdapat tiga peringkat hafazan. Pertama, peringkat semata-mata hafazan iaitu


mempelajari sesuatu tanpa memberi penekanan kepada aspek kefahaman
terhadap ayat-ayat yang dihafaz. Peringkat ini adalah peringkat yang paling
rendah dalam hafazan. Peringkat seterusnya adalah peringkat hafazan dan
kefahaman. Peringkat ini memerlukan kefahaman bahan yang dihafaz. Dalam
peringkat ini, biasanya hafazan berlaku dengan cepat dan dapat dibekalkan dalam
ingatan. Peringkat ketiga adalah peringkat hafazan dan analisis. Peringkat ini
adalah peringkat tertinggi dalam kaedah hafazan dan memerlukan fikiran yang
matang. Segala bahan yang dihafaz dalam peringkat ini adalah lebih mantap dan
berkekalan. Lazimnya, ia berlaku kepada para ahli tafsir dan ahli-ahli hadis. Sila
rujuk Jadual 8.1 di bawah untuk lebih memahami peringkat-peringkat kaedah
hafazan.

Jadual 8.1: Cara Bacaan al-Quran

Cara Bacaan al-Quran Keterangan


Tartil Bacaan secara perlahan, tenang dengan makhraj dan hukum
tajwid yang sempurna.
Tahqiq Bacaan seperti Tartil, tetapi lebih lambat dan perlahan.
Hadar Bacaan cepat, tetapi memelihara hukum tajwid.
Tadwir Bacaan pertengahan antara Tartil dan Hadar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  107

Dalam mengaplikasikan kaedah ini di bilik darjah, peringkat hafazan yang perlu
dipraktikkan adalah peringkat pertama iaitu hafazan semata-mata tanpa
kefahaman. Para murid tidak perlu menghuraikan maksud ayat disebabkan
ketidakmampuan murid untuk memahami dan membahaskannya. Langkah-
langkah pengajaran dan pembelajaran yang disyorkan adalah seperti berikut:
(a) Murid diminta mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh guru dan mengikut
bacaan guru secara beramai-ramai, kumpulan dan individu;
(b) Guru mengulangi aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut
ayat-ayat yang diberi tanpa bantuan guru;
(c) Guru mendengar sebutan murid secara individu untuk menilai kebolehan
murid tersebut menghafaz. Pada masa yang sama, murid-murid lain
digalakkan mengulangi sebutan dan bacaan mereka di hadapan rakan-rakan
lain dalam usaha saling bantu-membantu mengingati ayat-ayat tersebut;
(d) Guru boleh memberikan maksud ayat agar dapat membantu murid lebih
mengingati ayat-ayat yang dihafaz; dan
(e) Setelah murid mampu menguasai ayat hafazan dengan baik, guru perlu
menilai hafazan mereka dengan mendengar kembali ayat-ayat yang disebut
oleh mereka. Kaedah ini dikenali sebagai Kaedah TasmiÊ.

Kaedah hafazan ini mempunyai faedah yang tersendiri kerana selain daripada
menguatkan ingatan dan pendengaran murid, ia juga mampu menajamkan akal
fikiran. Pada peringkat pembelajaran yang lebih tinggi, kaedah ini akan
membolehkan murid mempunyai bahan untuk berhujah secara spontan.

8.3.2 Kaedah Tasmi’


Sama seperti yang kita bincangkan dalam kemahiran bacaan, kaedah ini
digunakan untuk menguji kelancaran bacaan dan hafazan murid dan ia
merupakan kesinambungan daripada kaedah hafazan yang telah kita bincangkan.
Menerusi kaedah ini, murid akan diminta membaca surah-surah yang ditetapkan
di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkannya. Selepas
itu, murid boleh ditanya tentang hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud
tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Kaedah ini boleh dilakukan dengan
cara sama ada guru mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca
secara kumpulan atau individu secara bergilir-gilir atau murid membaca dengan
suara yang nyaring. Antara kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut:
(a) Guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat.
(b) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan.
(c) Guru dapat mengenal pasti tahap kebolehan sebenar murid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 8 HAFAZAN I

(d) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.


(e) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik.

Bagi meneguhkan ingatan murid, guru boleh meminta murid menulis ayat-ayat
yang telah mereka hafaz. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah ImlaÊi. Ayat-ayat
yang telah ditulis boleh diulang baca pada masa lapang atau sebelum memulakan
aktiviti menghafaz ayat-ayat lain.

8.3.3 Kaedah Imla’i (Tulisan)


Pada zaman Rasulullah SAW, kaedah ImlaÊi berlaku selepas kertas dan tulisan
dihasilkan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan
kepadanya. Guru akan mengatur setiap perkataan yang diungkapkannya dan
murid-murid mencatat setiap perkataan yang didengar daripada guru. Dengan
kata lain, murid dikehendaki menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga
kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat tersebut.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh meminta murid menulis
kembali ayat-ayat yang telah mereka hafaz untuk lebih mengukuhkan ingatan
mereka. Anda juga boleh menulis ayat-ayat tersebut di papan tulis, kad imbasan,
kertas mahjong atau kad manila. Harus ditekankan bahawa jika anda menulis
ayat-ayat pada alat-alat bantu mengajar yang disebutkan, pastikan tulisan anda
kemas agar mudah dibaca oleh murid. Anda turut perlu memastikan murid-murid
menulis ayat dengan tulisan yang baik supaya mudah dibaca oleh mereka kelak.
Semasa murid menyalin ayat-ayat berkenaan juga, pastikan murid dapat
mengingat ayat tersebut kerana kombinasi antara menulis dan membaca ini amat
efektif dalam mengukuhkan ingatan murid. Kaedah ini juga dapat membantu
murid dalam menajamkan kemahiran mendengar dan memperbaiki kemahiran
menulis mereka.

AKTIVITI 8.1

Cadangkan kaedah-kaedah pengajaran kemahiran hafazan lain yang


bersesuaian. Analisis kaedah tersebut dalam bentuk grafik mengikut
kreativiti anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  109

8.4 ASPEK-ASPEK PENTING YANG PERLU


DIBERIKAN PENEKANAN DALAM
KEMAHIRAN HAFAZAN
Perlu ditekankan di sini bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan
tumpuan khusus ketika anda mengajar kemahiran hafazan. Perkara-perkara
tersebut adalah seperti berikut:
(a) Anda perlu terlebih dahulu memperdengarkan contoh bacaan kepada murid
sama ada bacaan anda sendiri ataupun dengan menggunakan bahan media
yang bersesuaian agar murid memperolehi cara bacaan yang tepat dan betul
mengikut hukum tajwid.
(b) Terdapat murid yang mempunyai masalah dengan aspek sebutan dalam
bidang tajwid khususnya makhraj huruf. Gunakan kaedah ulangan dan latih
tubi agar murid dapat menyebut dengan betul.
(c) Kawalan kelas amat penting agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar. Pastikan semua murid menumpukan
perhatian. Pada masa yang sama, beri tumpuan secara individu kepada
murid yang lemah. Hal ini boleh anda lakukan ketika murid-murid lain
sedang menghafaz.

AKTIVITI 8.2

Cadangkan bentuk-bentuk penilaian yang bersesuaian dengan kemahiran


hafazan.

8.5 SURAH-SURAH HAFAZAN


Dalam topik ini, hasil pembelajaran yang diharapkan adalah murid boleh
menghafaz keempat-empat surah yang telah ditentukan dalam sukatan. Ini
bermakna pengajaran anda telah mencapai hasil pembelajaran apabila di akhir
pengajaran dan pembelajaran nanti murid dapat menghafaz surah-surah tersebut
dengan lancar dan bertajwid.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah bertajwid? Ia sebenarnya merujuk


kepada mutu bacaan atau hafazan yang telah ditetapkan seperti melafazkan setiap
huruf dari makhrajnya yang betul serta membunyikan huruf mengikut kaedah
yang tertentu seperti izhar, ikhfaÊ dan ghunnah. Ini termasuk juga hukum waqaf,
wasol dan sebagainya. Perlu saya tekankan di sini, bahawa ramai murid boleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 8 HAFAZAN I

menghafaz ayat-ayat al-Quran tetapi adakah hafazan mereka benar-benar


berkualiti daripada aspek hukum tajwid? Justeru, menjadi tanggungjawab anda
untuk memastikan setiap murid mampu menghafaz setiap surah dengan cara
bacaan yang betul di samping anda sendiri memastikan mutu bacaan anda benar-
benar mengikut hukum tajwid serta telah diperbaiki.

Subtopik ini akan membentangkan kepada kita surah-surah asas yang perlu
dipelajari dan dihafaz. Suruh-surah berkenaan adalah seperti yang tertera di
dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Surah-surah Hafazan Topik 8

Rajah 8.4 pula menunjukkan kepada kita nota-nota utama untuk dicapai dalam
pengajaran dan pembelajaran menghafaz surah. Nota-nota utama merupakan
suatu pernyataan apa yang hendak dicapai di akhir sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Anda perlu meneliti dan memahami setiap pernyataan nota-nota
utama tersebut. Daripada situ anda boleh merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang meliputi pemilihan kaedah dan teknik serta bahan bantu
mengajar. Keberkesanan pengajaran anda dilihat sejauh mana anda dapat
mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  111

Rajah 8.4: Nota-nota utama untuk dicapai dalam P&P menghafaz surah

Dalam topik ini, nota-nota utama yang diharapkan ialah murid boleh menghafaz
empat surah yang telah ditentukan dalam sukatan. Ini bermakna pengajaran anda
dianggap telah mencapai hasil pembelajaran apabila di akhir pengajaran dan
pembelajaran nanti murid dapat menghafaz surah-surah tersebut dengan lancar
dan bertajwid.

Anda perlu ingat bahawa kemahiran menghafaz ayat-ayat al-Quran tidak sekadar
murid boleh mengingat sahaja. Apa yang lebih penting ialah kualiti hafazan
mereka. Ramai murid boleh menghafaz ayat al-Quran tetapi adakah hafazan
mereka berkualiti atau dengan kata lain adakah hafazan mereka mengikut hukum
tajwid yang betul?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 8 HAFAZAN I

Oleh yang demikian itu, menjadi tanggungjawab anda sebagai guru untuk
memastikan murid telah menghafaz surah-surah tersebut dengan lancar dan
mengikut hukum tajwid. Namun begitu, anda sendiri hendaklah memastikan
mutu bacaan anda telah diperbaiki. Ingat, surah-surah yang telah anda ajar kepada
murid akan menjadi amalan seharian mereka. Jika anda tidak menyampaikan isi
pelajaran dengan betul, fikirkanlah kesan dan akibatnya.

Merujuk kepada hasil pembelajaran di atas, ia dibahagikan kepada tiga aras: aras
satu, aras dua dan aras tiga. Jika dilihat kepada pernyataan hasil tersebut memang
nampak perbezaannya tetapi jika diteliti kepada maksudnya ia tidak jauh berbeza.
Fokus utama hasil pembelajaran setiap aras ialah menghafaz surah-surah tersebut
dengan bertajwid.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan bertajwid? Bacaan bertajwid


merujuk kepada mutu bacaan atau hafazan yang telah ditetapkan. Seperti
melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta membunyikan huruf
mengikut kaedah yang tertentu seperti izhar, ikhfaÊ dan ghunnah termasuk juga
hukum waqaf dan sebagainya.

Selain daripada itu, cara bacaan juga perlu diambil kira supaya sesuai dengan
tahap pengajian murid.

Sudah pasti anda telah memahami dengan jelas huraian kemahiran yang perlu
dikuasai dalam topik ini. Anda juga telah faham apakah fokus mutu hafazan yang
perlu disampaikan kepada murid. Semoga selepas ini, anda tumpukan perhatian
kepada memperelokkan bacaan anda sendiri supaya murid memperolehi
kemahiran yang betul mengikut kehendak hasil pembelajaran dalam sukatan
pelajaran.

Dalam perbincangan berikutnya kita akan memberi tumpuan kepada empat surah
yang perlu anda kuasai. Kita juga akan membincangkan beberapa teknik yang
sesuai untuk mengajar kemahiran ini serta beberapa cadangan membuat penilaian
yang berkesan.

Sila beri tumpuan sepenuhnya. Saya cadangkan anda sediakan bahan audio
bacaan surah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  113

8.5.1 Surah al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1] Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[2] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[3] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[4] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.
[5] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[6] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat.

Rajah 8.5: Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama dalam tertib susunan Mushaf
Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang terdiri daripada
tujuh ayat. Surah ini dinamakan al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan
pembuka dan permulaan al-Quran. Selain dinamakan al-Fatihah, surah ini juga
dikenali dengan nama Umm al-Quran atau Umm al-Kitab kerana ia merupakan
ibu atau induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan
al-Quran itu sendiri.

Tahukah anda, surah ini dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam dalam
solat wajib? Justeru, sewajarnyalah ia dihafaz dengan cara yang betul mengikut
tajwid. Ini kerana solat seseorang itu tidak sah jika tidak membaca surah al-Fatihah.
Bagi memudahkan hafazan, sila baca secara teliti ayat demi ayat berserta maksudnya.

Saya mengharapkan agar setiap pembaca al-Quran, termasuk anda, mempersiapkan


diri dengan memperbaiki bacaan, pemahaman dan pemikirannya mengenai
al-Quran. Mereka mestilah mengetahui penafsirannya dengan ringkas. Pembaca

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 8 HAFAZAN I

al-Quran perlu memberi penumpuan dan sentiasa konsisten dengan pembacaan.


Cuba berhenti di depan ayat yang sedang dibaca dengan penuh perhatian, serius dan
berulang-ulang tanpa jemu dan bosan. Elakkan diri daripada membaca dengan mata
sahaja atau mendengar dengan telinga sahaja. Bacalah dengan segenap jiwa raga. Kita
hendaklah menghayati al-Quran sepenuhnya. Insya Allah, kita dapat berinteraksi
dengan al-Quran dan mampu menghafaznya dengan baik.

AKTIVITI 8.3

Pasangkan CD atau kaset bacaan al-Quran bagi surah al-Fatihah,


misalnya oleh Qari terkemuka seperti Syeikh Saad al-Ghamidi.
Kemudian, dengar betul-betul sebutan huruf-hurufnya berdasarkan
makhraj-makhrajnya. Setelah itu, cuba anda pula mengulangi bacaan
tersebut sebagaimana yang anda telah dengarkan. Selamat mencuba!

8.5.2 Surah an-Nas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): „Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian
manusia.
[2] „Yang Menguasai sekalian manusia,
[3] „Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4] „Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
[5] „Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
[6] „(Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia‰.

Rajah 8.6: Surah an-Nas


Mari kita lihat pula surah yang seterusnya! Surah an-Nas yang bermaksud
manusia merupakan surah yang ke 114 iaitu surah yang terakhir dalam tertib
susunan Mushaf Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  115

Mari kita lihat pula surah yang seterusnya! Surah an-Nas yang bermaksud
manusia merupakan surah yang ke 114 iaitu surah yang terakhir dalam tertib
susunan Mushaf Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah dan
terdiri daripada enam ayat. Kandungan surah ini merupakan doa bagi memohon
perlindungan Allah SWT daripada syaitan yang sentiasa mengganggu manusia.

8.5.3 Surah al-Falaq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1] Katakanlah (wahai Muhammad); „Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk,
[2] „Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan;
[3] „Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk;
[4] „Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5] „Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya‰.

Rajah 8.7: Surah al-Falaq

Surah al-Falaq merupakan surah yang 113 dalam tertib susunan Mushaf Uthmani.
Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah. Ia terdiri daripada lima ayat. Surah
ini juga sama seperti surah an-Nas iaitu merupakan doa supaya kita dilindungi
oleh Allah SWT daripada sebarang kejahatan dan kecelakaan. Namun, jaminan
perlindungan hanya akan diberikan kepada manusia dengan syarat mereka
sendiri memohon perlindungan itu dari Allah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 8 HAFAZAN I

8.5.4 Surah al-Ikhlas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): „(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] „Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] „Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan;
[4] „Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya‰.

Rajah 8.8: Surah al-Ikhlas

Setelah anda menghafaz surah al-Fatihah, an-Nas dan al-Falaq, cuba anda baca
surah al-Ikhlas pula dengan tartil dan bertajwid. Fahamilah ayat-ayat yang
terkandung dalam surah tersebut dari aspek makna dan tafsirnya serta hubungan
setiap ayat, kemudian menghafaznya. Sila perhatikan surah ini dan cuba kenali
surah ini dengan lebih dekat.

Surah al-Ikhlas merupakan surah yang 112 dalam tertib susunan Mushaf Uthmani.
Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang terdiri daripada empat ayat
sahaja. Surah al-Ikhlas juga dikenali sebagai surah al-Tauhid dan surah Pelindung.
Ini adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang namanya tidak mempunyai
hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Surah ini menerangkan mengenai keesaan Allah SWT yang tidak mempunyai
persamaan dengan makhluk ciptaanNya. Surah ini walaupun pendek tetapi ia
mempunyai kelebihan atau fadilat yang sangat besar sehingga Rasulullah SAW
menyatakan bahawa orang yang membaca surah ini seolah-olah dia membaca satu
pertiga al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  117

Maksud Hadis

‰Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka


hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya„
(Riwayat al-Tabrani)

8.6 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Memandangkan fokus kita dalam topik ini adalah pengenalan kepada kemahiran
menghafaz surah-surah al-Quran, ini bermakna tumpuan utama anda dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah supaya murid dapat menghuraikan
panduan, teknik dan kaedah serta aspek-aspek penting yang perlu diberi
penekanan dalam kemahiran hafazan. Selain itu juga, anda perlu memberi
penekanan kepada keupayaan murid menghafaz surah-surah al-Fatihah, an-Nas,
al-Falaq dan al-Ikhlas mengikut kehendak hasil pembelajaran. Jadual berikut
menunjukkan beberapa cadangan aktiviti yang boleh anda terapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Jadual 8.2: Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Perkara Cadangan
• Guru menjelaskan panduan menghafaz al-Quran.
• Guru menerangkan teknik menghafaz al-Quran
dengan cara yang betul.
• Guru menghuraikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran hafazan.
Penerangan dan
Huraian • Guru menjelaskan aspek-aspek penting yang perlu
diberikan penekanan dalam kemahiran hafazan.
Perhatian:
Sila gunakan teknik dan kaedah penerangan yang mudah
difahami oleh pelajar dengan memberikan contoh dan
gambaran serta carta.
• Guru membaca ayat al-Quran dengan kuat.
• Pelajar mengikut bacaan guru secara kuat juga.
Bacaan/Tilawah • Pelajar membaca perlahan secara individu dan
membacanya beberapa kali secara berulang-ulang
sehingga lancar dan fasih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 8 HAFAZAN I

• Pelajar mendengar bacaan ayat daripada pita


rakaman.
• Pelajar mengikut bacaan ayat daripada pita rakaman
sehingga tamat (ulang beberapa kali).
Mendengar Bacaan • Pelajar dikehendaki melihat carta ayat.
Ayat daripada Pita
Rakaman • Pelajar membaca ayat secara beramai-ramai dengan
bacaan kuat.
• Pelajar membaca secara berkumpulan dengan bacaan
kuat.
• Pelajar membaca secara individu secara senyap.
• Pelajar membaca secara individu (bacaan senyap)
dengan melihat mushaf.
• Mereka membaca secara berulang-ulang sehingga
ingat.
Melihat Mashaf
Uthmani • Pelajar membaca (dengan ingatan) berpandukan teks
ayat (sesekali merujuk/melihat mushaf bagi
memastikan hafazannya tepat).
• Aktiviti di atas hendaklah diulang sekurang-
kurangnya tiga kali.
• Pelajar menghafaz secara individu.
Hafazan
• Pelajar mentasmiÊkan hafazan di hadapan guru.

AKTIVITI 8.4

Berpandukan kepada contoh Cadangan Aktiviti P&P Hafazan di dalam


Jadual 8.2, cuba anda laksanakan kaedah anda sendiri yang anda rasa paling
berkesan untuk para pelajar anda. Fikirkan kaedah-kaedah terkini yang lain,
yang sesuai digunakan dalam P&P Hafazan. Anda boleh rujuk daripada
mana-mana buku berkaitan dengan kaedah pengajaran.

• Antara kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran


hafazan ialah Kaedah Hafazan, Kaedah TasmiÊ dan Kaedah ImlaÊi.
• Terdapat tiga aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam
kemahiran hafazan. Aspek-aspek tersebut adalah mutu bacaan anda, cara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAFAZAN I  119

sebutan murid serta kawalan kelas semasa proses pengajaran dan


pembelajaran yang sedang berlangsung.
• Surah-surah hafazan yang ditetapkan untuk topik ini adalah al-Fatihah,
an-Nas, al-Falaq dan al-Ikhlas.
• Aspek hafazan ayat-ayat al-Quran mestilah didahului oleh kaedah bacaan dan
latih tubi. Selepas itu diterapkan kaedah hafazan sepenuhnya.
• Setiap guru al-Quran wajib mengetahui dan memahami panduan dan
teknik menghafaz al-Quran dengan betul supaya mereka dapat
mengendalikan P&P dengan berkesan dan mencapai hasil yang
diharapkan.
• Setiap guru hendaklah memastikan kaedah yang sesuai dengan tahap
pelajar supaya pelajar tidak mudah jemu, lupa dan tertekan ketika menghafaz
ayat-ayat al-Quran.

Hadar Tadmir
Hafazan Tahqiq
ImlaÊi Tilawah
Latih Tubi Tartil
Mushaf Uthmani TasmiÊ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hafazan II

9
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti surah-surah hafazan yang terkandung dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2;
2. Merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran hafazan surah
al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun dan al-Quraisy dengan kaedah dan
teknik yang bersesuaian dan berkesan;
3. Mengaplikasikan kaedah talaqqi dan musyafahah dalam pengajaran
hafazan surah al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun dan al-Quraisy; dan
4. Menyusun aktiviti pengajaran dan pembelajaran hafazan surah
al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun dan al-Quraisy.

 PENGENALAN
Surah-surah hafazan dalam sukatan pelajaran kemahiran hafazan bagi Tahun 2
Sekolah Rendah ialah al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun dan al-Quraisy. Jumlah
ayat bagi keempat-empat surah ini adalah berbeza-beza. Oleh sebab itu, tempoh
pengajaran bagi setiap surah adalah juga berbeza. Guru seharusnya menggunakan
kebijaksanaan dan pengalaman dalam membahagikan tempoh pengajaran supaya
pengajaran hafazan ini dapat disampaikan dengan cara yang lebih berkesan dan
mencapai objektifnya. Kaedah pengajaran hafazan ini akan mengaplikasikan
kaedah Talaqqi dan Musyafahah dan juga kaedah-kaedah dan teknik lain yang
berkesan. Penekanan juga diberi kepada hukum tajwid sukun dan tasydid yang
akan diaplikasikan dalam bacaan hafazan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HAFAZAN II  121

AKTIVITI 9.1
Anda diminta mengedarkan helaian kertas surah al-Kafirun, kemudian
anda membaca surah tersebut secara hafazan dan minta murid
menyemaknya pada kertas tersebut.

9.1 SURAH-SURAH HAFAZAN


Surah-surah yang perlu dihafaz dalam topik ini ialah surah al-Kafirun,
al-Kauthar, al-MaÊun dan Surah al-Quraisy.

9.1.1 Surah al-Kafirun


Surah al-Kafirun mempunyai enam ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

tβρ߉Î7≈tã óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊄∪ tβρ߉ç7÷ès? $tΒ ß‰ç6ôãr& Iω ∩⊇∪ šχρãmÏÝ≈x6ø9$# $pκš‰r'¯≈tƒ ö≅è%

∩∈∪ ߉ç6ôãr& !$tΒ tβρ߉Î7≈tã óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊆∪ ÷Λ–n‰t6tã $¨Β Ó‰Î/%tæ O$tΡr& Iωuρ ∩⊂∪ ߉ç7ôãr& !$tΒ

∩∉∪ È⎦⎪ÏŠ u’Í<uρ ö/ä3ãΨƒÏŠ ö/ä3s9

9.1.2 Surah al-Kauthar


Surah al-Kauthar mempunyai tiga ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

çntIö/F{$# uθèδ š^t∞ÏΡ$x© χÎ) ∩⊄∪ ömptùΥ$#uρ y7În/tmÏ9 Èe≅|Ásù ∩⊇∪ tmrOöθs3ø9$# š^≈oΨø‹sÜôãr& !$¯ΡÎ)

∩⊂∪

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 9 HAFAZAN II

9.1.3 Surah al-Ma’un


Surah al-MaÊun terdiri daripada tujuh ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

∩⊄∪ zΟŠÏKuŠø9$# ‘í߉tƒ ”Ï%©!$# š^Ï9≡x‹sù ∩⊇∪ É⎥⎪Ïe$!$$Î/ Ü>Éj‹s3ム“Ï%©!$# |M÷ƒu™u‘r&

öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊆∪ š⎥,Íj#|Áßϑù=Ïj9 ×≅÷ƒuθsù ∩⊂∪ È⎦⎫Å3ó¡Ïϑø9$# ÏΘ$yèsÛ 4’n?tã qÙçts† Ÿωuρ

tβθãã$yϑø9$# tβθãèuΖôϑtƒuρ ∩∉∪ šχρâ™!#tmムöΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩∈∪ tβθèδ$y™ öΝÍκÍEŸξ|¹ ⎯tã

∩∠∪

9.1.4 Surah al-Quraisy


Surah al-Quraisy mengandungi empat ayat iaitu:

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

¡>u‘ (#ρ߉ç6÷èu‹ù=sù ∩⊄∪ É#ø‹¢Á9$#uρ Ï™!$tGÏe±9$# s's#ômÍ‘ öΝÎγÏÝ≈s9⎯Î) ∩⊇∪ C·÷ƒtmè% É#≈n=ƒ\}

∩⊆∪ ¤∃öθyz ô⎯ÏiΒ ΝßγoΨtΒ#u™uρ 8íθã_ ⎯ÏiΒ ΟßγyϑyèôÛ&r ü”Ï%©!$# ∩⊂∪ ÏMø t7ø9$# #x‹≈yδ

9.2 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
beberapa surah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HAFAZAN II  123

9.2.1 Aktiviti Hafazan Surah al-Kafirun

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊄∪ tβρ߉ç7÷ès? $tΒ ß‰ç6ôãr& Iω ∩⊇∪ šχρãmÏÝ≈x6ø9$# $pκš‰r'¯≈tƒ ö≅è%

!$tΒ tβρ߉Î7≈tã óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊆∪ ÷Λ–n‰t6tã $¨Β Ó‰Î/%tæ O$tΡr& Iωuρ ∩⊂∪ ߉ç7ôãr& !$tΒ tβρ߉Î7≈tã

∩∉∪ È⎦⎪ÏŠ u’Í<uρ ö/ä3ãΨƒÏŠ ö/ä3s9 ∩∈∪ ߉ç6ôãr&

(a) Objektif Pengajaran Hafazan Surah al-Kafirun


Hasil daripada aktiviti pengajaran hafazan surah al-Kafirun murid dapat:
(i) Aras 1
Menghafaz keratan ayat-ayat surah tersebut dengan hafazan yang betul.
(ii) Aras 2
Menghafaz ayat-ayat lengkap daripada surah tersebut dengan makhraj
yang betul.
(iii) Aras 3
Menghafaz ayat-ayat lengkap daripada surah tersebut dengan tajwid yang
betul.
(b) Masa
30 minit

(c) Bahan Bantu Mengajar


(i) Radio/kaset;
(ii) LCD/Komputer;
(iii) Kad-kad kalimah; dan
(iv) Kad mahjung.

(d) Kaedah Pengajaran/Teknik Pengajaran


(i) Talaqqi dan Musyafahah;
(ii) Latih Tubi;
(iii) Permainan; dan
(iv) Pertandingan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 9 HAFAZAN II

(e) Aktiviti 1
(i) Guru memperdengarkan bacaan surah al-Kafirun sama ada guru
membaca sendiri ataupun diperdengarkan melalui kaset.
(ii) Guru mengulangkan bacaan surah tersebut sambil memantau
pemerhatian murid terhadap bacaan tersebut.
(iii) Guru membaca surah tersebut dan meminta murid mengikutinya
secara kelas.
(iv) Guru meminta murid terbaik dalam kelas itu membaca surah tersebut
dengan suara yang lantang dan kelas mengikutinya di samping guru
membetulkan jika berlaku kesalahan.

(f) Aktiviti 2
(i) Guru mempamerkan tujuh keratan ayat daripada surah al-Kafirun
dalam kad-kad ayat untuk aktiviti hafazan iaitu:

‫ﻣﺎ ﺗﻌﺒﺪون‬ ‫ﻵ أﻋﺒﺪ‬ ‫اﻟﻜﺎﻓﺮون‬ ‫ﻗﻞ ﻳﻬﺎ‬

‫ﻣﺎ أﻋﺒﺪ‬ ‫ﻋﺒﺪون‬ ‫وﻵأﻧﺘﻢ‬

(ii) Guru menyebut setiap kalimah yang dipamerkan dengan makhraj dan
tajwid yang betul.
(iii) Guru menyebut berulang kali kad kalimah yang dipamerkan, murid
mengikut sebutan guru.
(iv) Guru menutup kalimah pertama yang dipamerkan dan meminta murid
menyebutnya berulang kali secara hafazan.
(v) Guru meneruskan aktiviti ini sehingga semua kalimah yang
dipamerkan dihafaz oleh murid secara individu, kumpulan dan kelas.
(vi) Guru menutup semua kalimah dan meminta murid membacanya
secara hafazan dengan tersusun.

(g) Aktiviti 3 (Pengukuhan)


Guru memulakan aktiviti dengan teknik hafazan berpasangan, setiap murid
diminta berpasangan. Guru memastikan pasangan yang seimbang dari segi
kebolehan dan kecerdasan. Guru mengarahkan setiap pasangan menghafaz
surah al-Kafirun daripada ayat 1 hingga ayat 3 dengan didengari oleh
pasangan masing-masing. Aktiviti ini diteruskan dalam jangka waktu yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HAFAZAN II  125

telah ditetapkan di mana setiap pasangan menghafaz silih berganti sehingga


hafazan mereka berjaya. Guru perlu memantau aktiviti ini supaya semua
pasangan bersungguh-sungguh dalam menjalankan hafazan mereka.

(h) Penilaian
Guru hendaklah menjalankan penilaian yang dapat mengesan pencapaian
murid dalam hafazan surah ini dengan mempamerkan sekali lagi keratan tujuh
ayat daripada surah al-Kafirun. Setelah murid diberi peluang melihat dan
membaca surah tersebut secara perlahan, guru menutup ayat tersebut dan
meminta semua murid membacanya secara hafazan, dalam bentuk kumpulan
dan individu secara berulang kali. Dalam penilaian individu, guru tentunya
telah dapat mengesan murid yang lemah dan sangat lemah hafazannya.
Berdasarkan pemerhatian dan strategi pengajaran yang telah dijalankan, guru
dapat mengenal pasti punca kelemahan hafazan murid dan dengan ini guru
boleh menyusun aktiviti yang lebih berkesan untuk program pemulihan bagi
murid-murid tersebut.

AKTIVITI 9.2

Setelah anda memahami aktiviti mengajar hafazan bagi ayat 1 hingga 3


surah al-Kafirun, anda bolehlah pula menyusun aktiviti mengajar
hafazan bagi ayat 4 hingga 6, yang dapat membantu anda mengajar
secara berkesan.

9.2.2 Aktiviti Hafazan Surah al-Kauthar

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

uθèδ š^t∞ÏΡ$x© χÎ) ∩⊄∪ ömptùΥ$#uρ y7În/tmÏ9 Èe≅|Ásù ∩⊇∪ tmrOöθs3ø9$# š^≈oΨø‹sÜôãr& !$¯ΡÎ)

∩⊂∪ çntIö/F{$#

(a) Objektif Pengajaran Hafazan Surah al-Kauthar ‫ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻜﻮﺛﺮ‬


Di akhir pelajaran murid akan dapat:
(i) Aras 1
Menghafaz keratan-keratan ayat surah al-Kauthar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 9 HAFAZAN II

(ii) Aras 2
Menghafaz surah al-Kauthar dengan makhraj ya ng betul.
(iii) Aras 3
Menghafaz surah al-Kauthar dengan tajwid yang betul.

(b) Masa
30 minit

(c) Bahan Bantu Mengajar


(i) Kad keratan ayat;
(ii) Radio/Kaset;
(iii) Kad mahjung; dan
(iv) LCD computer.

(d) Kaedah/Teknik Pengajaran Hafazan


(i) Talaqqi dan Musyafahah;
(ii) Latih tubi;
(iii) Permainan;
(iv) Pertandingan; dan
(v) Kuiz.

(e) Aktiviti 1
(i) Guru mempamerkan surah al-Kauthar di kertas mahjung yang
ditampal pada papan hijau.
(ii) Guru membaca keseluruhan surah tersebut dengan bacaan tadwir
sambil didengari oleh murid dengan teliti/atau guru memperdengarkan
bacaan surah al-Kauthar daripada kaset.
(iii) Guru mengulangi bacaan surah al-Kauthar sebanyak dua kali, murid
mendengarnya dengan teliti sambil guru memantau tumpuan murid.
(iv) Guru meminta murid mengikuti bacaan surah al-Kauthar daripada
kaset atau daripada bacaan guru.

(f) Aktiviti 2
(i) Guru menampalkan keratan kalimah surah al-Kauthar di papan hijau
di hadapan kelas:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HAFAZAN II  127

‫واﳓﺮ‬ ‫ﻓﺼﻞ ﻟﺮﺑﻚ‬ ‫اﻟﻜﻮﺛﺮ‬ ‫ا أﻋﻄﻴﻨﻚ‬

‫ﻫﻮ اﻻﺑﱰ‬ ‫ان ﺷﺎﻧﺌﻚ‬

(ii) Guru memulakan sebutan setiap keratan kalimah yang tertera di


hadapan kelas dengan sebutan fasih dan suara yang lantang. Semua
murid dikehendaki memberikan tumpuan sambil guru mengulangi
aktiviti ini sebanyak 3 kali.
(iii) Guru meminta murid menyebut keratan kalimah tersebut secara kelas,
kumpulan dan individu, aktiviti ini diulang beberapa kali.
(iv) Guru meminta seorang murid tampil ke hadapan untuk mengetuai
sebutan secara beramai-ramai.

(g) Aktiviti 3
(i) Guru memulakan aktiviti hafazan dengan menutup kalimah pertama
dan meminta murid menyebutnya secara kelas, kumpulan dan
individu, sebutan ini diulang beberapa kali secara latih tubi.
(ii) Guru meneruskan aktiviti hafazan dengan menutup tiap-tiap kalimah
sehingga semua kalimah telah dapat disebut oleh semua murid dengan
betul dan bertajwid.

(h) Aktiviti 4
(i) Guru meneruskan aktiviti hafazan dengan menutup 2 kalimah
kemudian 4 kalimah dan 6 kalimah.
(ii) Guru menutup semua kalimah-kalimah surah al-Kauthar dan meminta
murid membaca secara hafazan kelas, kumpulan dan individu.
(iii) Guru meminta murid mengulangi hafazan surah tersebut secara
kumpulan dan individu.
(iv) Guru meminta murid membaca surah tersebut secara hafazan bagi setiap
individu. Guru dapat mengesan murid yang mampu menghafaz dan
yang kemampuannya terhad dan yang tidak mampu langsung.

(i) Aktiviti Pengukuhan


(i) Aktiviti ini dijalankan dengan mengadakan pertandingan antara
kumpulan.
(ii) Guru memperdengarkan surah al-Kauthar melalui kaset sepintas lalu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 9 HAFAZAN II

(iii) Guru memulakan pertandingan bagi kumpulan yang telah pun


dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B, C.

(iv) Guru memperdengarkan ayat pertama ‫ ا أﻋﻄﻴﻨﻚ‬kemudian meminta


kumpulan A menyambungnya, kumpulan B pula menyambung ayat
seterusnya dan begitu juga bagi kumpulan C. Kumpulan yang gagal
dikira kalah, kumpulan yang berjaya dikira menang tetapi hadiah
penghargaan kerana penglibatan yang bersungguh tetap diberikan
kepada semua kumpulan.

(j) Penilaian
Setiap murid akan diberi penilaian oleh guru bergantung kepada hasil atau
kemajuan dalam menyelesaikan tugasan hafazan.

(k) Padanan ayat


Setiap murid diberi tugasan memadankan ayat menjadi ayat lengkap, kertas
yang mengandungi aktiviti padanan ayat diedarkan seperti contoh berikut:

Suaikan keratan ayat ‫ ا‬dengan ‫ب‬


‫ب‬ ‫ا‬

‫ﻫﻮ اﻻﺑﱰ‬ ‫ا أﻋﻄﻴﻨﻚ‬

‫اﻟﻜﻮﺛﺮ‬ ‫ﻓﺼﻞ ﻟﺮﺑﻚ‬

‫واﳓﺮ‬ ‫ان ﺷﺎﻧﺌﻚ‬

Murid diberi tempoh lima minit untuk memadankan ayat tersebut. Guru
boleh memeriksa dengan cepat iaitu memberi jawapan yang betul dan
dipamerkan di papan hijau di hadapan kelas dan meminta murid bertukar
kertas dengan menandakan jawapan betul dan salah. Kemudian kertas
dipulangkan semula kepada murid yang asal. Guru kemudian meminta
murid mengangkat tangan bagi jawapan yang betul semua, salah satu, salah
dua dan salah semua. Melalui cara ini, guru telah dapat mengukur
pencapaian murid dan seterusnya merancang program pemulihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HAFAZAN II  129

(l) Pemulihan
Dalam program pemulihan ini guru menyusun strategi iaitu murid-murid
yang kurang berkemampuan dari segi hafazan dikumpulkan dalam satu
kumpulan kemudian aktiviti pemulihan dijalankan iaitu:
(i) Mendengar kaset surah al-Kauthar berulang kali.
(ii) Latih tubi hafazan berpandukan kaset.
(iii) Guru membimbing dari masa ke semasa.

AKTIVITI 9.3

Setelah anda memahami langkah-langkah dan aktiviti pengajaran


hafazan, anda diminta merangka satu rancangan pengajaran harian
yang lengkap bagi pelajaran hafazan tilawah al-Quran surah al-
Kauthar. Bincangkan hal ini bersama tutor anda.

9.2.3 Aktiviti Hafazan Surah al-Ma’un

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

Ÿωuρ ∩⊄∪ zΟŠÏKuŠø9$# ‘í߉tƒ ”Ï%©!$# š^Ï9≡x‹sù ∩⊇∪ É⎥⎪Ïe$!$$Î/ Ü>Éj‹s3ム“Ï%©!$# |M÷ƒu™u‘r&

⎯tã öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊆∪ š⎥,Íj#|Áßϑù=Ïj9 ×≅÷ƒuθsù ∩⊂∪ È⎦⎫Å3ó¡Ïϑø9$# ÏΘ$yèsÛ 4’n?tã qÙçts†

∩∠∪ tβθãã$yϑø9$# tβθãèuΖôϑtƒuρ ∩∉∪ šχρâ™!#tmムöΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩∈∪ tβθèδ$y™ öΝÍκÍEŸξ|¹

(a) Objektif Pengajaran Hafazan Surah al-MaÊun ‫ﺳﻮرة اﳌﺎﻋﻮن‬


Di akhir pengajaran murid akan mendapat:
(i) Aras Satu
Menghafaz surah Al MaÊun dengan betul.
(ii) Aras Dua
Menghafaz surah Al MaÊun dengan makhraj yang betul.
(iii) Aras Tiga
Menghafaz surah Al MaÊun dengan tajwid yang betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 9 HAFAZAN II

(b) Kaedah/Teknik Pengajaran


(i) Kaedah Talaqqi dan Musyafahah;
(ii) Latih tubi;
(iii) Permainan;
(iv) Kuiz; dan
(v) Perbincangan.

(c) Alat Bantu Mengajar


(i) Komputer/LCD;
(ii) Kad Mahjung;
(iii) Kad Imbasan; dan
(iv) Radio/Kaset.

(d) Masa 90 minit


Pengajaran hafazan bagi surah ini akan mengambil masa yang lebih iaitu
dijalankan sebanyak 3 kali atau 90 minit. Guru hendaklah membahagikan
surah ini kepada tiga bahagian supaya pengajaran lebih berkesan dan
objektif tercapai. Pembahagiannya seperti berikut:
(i) Ayat 1 hingga 2 = 30 minit.
(ii) Ayat 3 hingga 4 = 30 minit.
(iii) Ayat 5 hingga 7 = 30 minit.

(e) Aktiviti 1
(i) Guru mempamerkan ayat dan membacanya berulang kali.
(ii) Murid membaca ayat mengikut bacaan guru berulang kali.

(f) Aktiviti 2
(i) Guru mempamerkan keratan ayat dan membacanya berulang kali
sambil diikuti oleh murid.
(ii) Guru menayangkan kad imbasan yang bertulis ayat dan meminta
murid membacanya sambil guru membetulkan kesalahan dari segi
makhraj dan tajwid, aktiviti ini dijalankan secara kelas, kumpulan dan
individu.
(iii) Guru menutup kad yang bertulis ayat dan meminta murid membaca
secara hafazan berulang kali secara kelas, kumpulan dan individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HAFAZAN II  131

(g) Aktiviti 3
Guru membaca satu ayat dan meminta murid menyambung dengan ayat
selepasnya, begitulah seterusnya murid menyambung selepas guru berhenti
pada satu ayat secara kelas, kumpulan dan individu.

(h) Pengukuhan
Permainan kumpulan iaitu satu kumpulan membaca secara hafazan dan
apabila guru suruh berhenti maka kumpulan lain akan menyambung ayat
seterusnya. Permainan ini diteruskan sehingga semua murid berjaya
menghafaz ayat ini dengan baik.

(i) Penilaian
Guru mengedarkan kertas yang ditulis surah sepenuhnya kemudian
meminta murid mendengar bacaan surah daripada kaset dan menandakan
bacaan yang tertinggal daripada kaset tersebut pada kertas yang diberi.
Berdasarkan tanda tersebut, guru dapat mengetahui murid-murid yang
lemah dari segi hafazannya.

(j) Pemulihan
Guru mengumpulkan murid yang lemah dalam hafazannya dan
memperdengarkan ayat tersebut melalui kaset dengan diikuti oleh murid-
murid tersebut sambil guru membimbingnya sepanjang masa.

9.2.4 Aktiviti Hafazan Surah AL-Quraisy


Berdasarkan aktiviti hafazan yang telah ditunjukkan dalam tiga surah terdahulu,
aktiviti hafazan bagi surah ini adalah sama dengan surah-surah tersebut. Anda
dikehendaki menelitinya dengan baik kemudian melaksanakan aktiviti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 9 HAFAZAN II

AKTIVITI 9.4

Setelah anda mengikuti modul ini dan memahami bagaimana aktiviti


hafazan bagi al-Kafirun, al-Kauthar dan al-MaÊun, sekarang sampailah
masanya anda mencuba kebolehan untuk menulis aktiviti hafazan bagi
surah al-Quraisy berdasarkan perkara-perkara berikut:
(a) Kandungan surah;
(b) Objektif;
(c) Masa;
(d) Bahan bantu mengajar;
(e) Kaedah dan teknik pengajaran;
(f) Aktiviti;
(g) Pengukuhan;
(h) Penilaian; dan
(i) Pemulihan.

• Empat surah hafazan iaitu surah al-Kafirun, al-Kauthar, al-MaÊun dan


al-Quraisy adalah diwajibkan bagi murid-murid Tahun 2 menghafaznya.
• Hafazan dijalankan dengan menggunakan kaedah Talaqqi, Musyafahah,
teknik latih tubi, permainan dan boleh menggunakan berbagai teknik yang
membantu memudahkan murid menghafaz surah-surah tersebut.
• Bahan bantu mengajar yang berkesan ialah radio/kaset, kad, LCD/komputer
dan alat-alat permainan yang sesuai.
• Aktiviti atau langkah-langkah hafazan hendaklah dijalankan bermula
daripada bacaan, baca sekerat dan hafaz sekerat seterusnya hafaz semua ayat.
Aktiviti ini hendaklah mempraktikkan kaedah-kaedah seperti yang dijelaskan
di atas.
• Tajwid dan makhraj huruf hendaklah diberi penekanan semasa aktiviti
hafazan sedang berjalan.
• Penilaian, pengukuhan dan pemulihan adalah pelengkap kepada aktiviti
hafazan yang akan mempastikan objektif pengajaran hafazan ini tercapai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HAFAZAN II  133

Aktiviti Makhraj
Hafazan Musyafahah
Kalimah Tadwir
Keratan Kalimah Tajwid
Latih Tubi Talaqqi

Abdullah Al Qari Hj. Salleh. (1972). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu: Pustaka
Aman Press Sdn Bhd.
Abdullah Basmih. (1985). Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian
al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri
Abdullah Nasih Ulwan. (1988). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura:
Pustaka Nasional.
Abdurrahman An Nahlawi. (1992). Prinsip-prinsip dan metode pendidikan Islam.
Bandung: Cv Diponegoro.
Dr Rohi Baalbaki. (1996). al-Mawarid a modern Arabic-English dictionary. Beirut:
Dar El-Ilm Lilmalayin.
Ee Ah Meng. (1988). Pedagogi untuk bakal guru. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hj Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mak Soon Sang. (1996). Pedagogi untuk kursus diploma perguruan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hafazan III

10
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti surah-surah hafazan yang terkandung dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam Tahun 3;
2. Menghafaz surah-surah terpilih dengan bertajwid;
3. Merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran hafazan surah
al-Fiil, al-Humazah, al-ÂAsr dan al-Takathur dengan kaedah dan teknik
yang bersesuaian dan berkesan; dan
4. Mengaplikasikan kaedah dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian
dengan kemahiran hafazan bidang Tilawah al-Quran Tahun 3.

 PENGENALAN
Kemahiran hafazan dalam topik ini tertumpu kepada surah-surah yang terdapat
dalam sukatan pelajaran kemahiran hafazan bagi murid-murid Tahun 3 iaitu
Surah al-Fiil, al-Humazah, al-ÂAsr dan al-Takathur. Pemilihan kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai dan berkesan dicadangkan agar hasil pembelajaran yang
ditetapkan oleh sukatan pelajaran dapat dicapai oleh murid-murid.

10.1 SURAH-SURAH HAFAZAN


Dalam topik ini, hasil pembelajaran yang diharapkan adalah murid boleh
menghafaz keempat-empat surah yang telah ditentukan dalam sukatan. Ini
bermakna pengajaran anda telah mencapai hasil pembelajaran apabila di akhir
pengajaran dan pembelajaran nanti, murid dapat menghafaz surah-surah tersebut
dengan lancar dan bertajwid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAFAZAN III  135

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah bertajwid? Ia sebenarnya merujuk


kepada mutu bacaan atau hafazan yang telah ditetapkan seperti melafazkan setiap
huruf dari makhrajnya yang betul serta membunyikan huruf mengikut kaedah
yang tertentu seperti izhar, ikhfaÊ dan ghunnah. Ini termasuk juga hukum waqaf,
wasol dan sebagainya. Perlu saya tekankan di sini, bahawa ramai murid boleh
menghafaz ayat-ayat al-Quran tetapi adakah hafazan mereka benar-benar
berkualiti dari aspek hukum tajwid? Justeru, menjadi tanggungjawab anda untuk
memastikan setiap murid mampu menghafaz setiap surah dengan cara bacaan
yang betul; di samping itu, anda sendiri harus memastikan mutu bacaan anda
benar-benar mengikut hukum tajwid serta telah diperbaiki.

Untuk membantu anda mengenal pasti surah-surah yang perlu anda kuasai dalam
topik ini, berikut dipaparkan surah-surah hafazan yang telah ditetapkan dalam
sukatan:

10.1.1 Surah al-Fiil

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

∩⊄∪ 9≅‹Î=ôÒs? ’Îû ö/èφy‰øŠx. ö≅yèøgs† óΟs9r& ∩⊇∪ È≅‹ÏÝø9$# É=≈ptõ¾r'Î/ y7•/u‘ Ÿ≅yèsù y#ø‹x. tms? óΟs9r&

7#óÁyèx. öΝßγn=yèpgmÚ ∩⊆∪ 9≅ŠÅd∨Å™ ⎯ÏiΒ ;οu‘$y∨Ït¿2 ΝÎγ‹ÏΒöms? ∩⊂∪ Ÿ≅‹Î/$t/r& #·nö sÛ öΝÍκö n=tã Ÿ≅y™ö‘r&uρ

∩∈∪ ¥Αθà2ù'¨Β

10.1.2 Surah al-‘Asr

É ΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# €ωÎ) ∩⊄∪ Anô£äz ’Å∀9s z⎯≈|¡ΣM}$# ¨βÎ) ∩⊇∪ ÎnóÇyèø9$#uρ

∩⊂∪ Înö9¢Á9$$Î/ (#öθ|¹#uθs?uρ Èd,ysø9$$Î/ (#öθ|¹#uθs?uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 10 HAFAZAN III

10.1.3 Surah al-Humazah

ÉΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

ÿ…ã&s!$tΒ ¨βr& Ü=|¡øts† ∩⊄∪ …çνyŠ£‰tãρu Zω$tΒ yìuΗsd “Ï%©!$# ∩⊇∪ >οt“yϑ—9 ;οt“yϑèδ Èe≅à6Ïj9 ×≅÷ƒuρ

«!$# â‘$tΡ ∩∈∪ èπyϑsÜçtø:$# $tΒ y71u‘÷Šr& !$tΒuρ ∩⊆∪ ÏπyϑsÜçtø:$# ’Îû ¨βx‹t6.⊥ãŠs9 ( €ξx. ∩⊂∪ …çνt$s#÷{r&

7‰uΗxå ’Îû ∩∇∪ ×οy‰|¹÷σ•Β ΝÍκö n=tã $pκ¨ΞÎ) ∩∠∪ Íοy‰Ï↔øùF{$# ’n?tã ßìÎ=©Üs? ©ÉL©9$# ∩∉∪ äοy‰s%θßϑø9$#

∩®∪ ¥οyŠ£‰yϑ•Β

10.1.4 Surah al-Takathur

É ΟŠÏm§m9$# Ç⎯≈uΗ÷q§m9$# «!$# ÉΟó¡Î0

€ξx. §ΝèO ∩⊂∪ tβθßϑn=÷ès? š’ôθy™ €ξx. ∩⊄∪ tmÎ/$s)yϑø9$# ãΛänö‘ã— 4©®Lym ∩⊇∪ ãmèO%s3−G9$# ãΝä39yγø9r&

¢ΟèO ∩∉∪ zΟŠÅspgø:$# χãρuntIs9 ∩∈∪ È⎦⎫É)u‹ø9$# zΝù=Ïæ tβθßϑn=÷ès? öθs9 €ξx. ∩⊆∪ tβθßϑn=÷ès? t∃ôθy™

∩∇∪ ÉΟŠÏè¨Ζ9$# Ç⎯tã >‹Í≥tΒöθtƒ £⎯è=t↔ó¡çFs9 ¢ΟèO ∩∠∪ È⎦⎫É)u‹ø9$# š⎥÷⎫tã $pκ¨ΞãρuntIs9

Saya berharap anda telah dapat mengenal pasti surah-surah hafazan dalam
sukatan pelajaran Tahun 3. Harus diingat bahawa dalam menekankan kemahiran
hafazan, cara bacaan juga perlu anda titikberatkan supaya ia bersesuaian dengan
tahap pengajian murid. Secara umumnya, terdapat empat tahap bacaan ayat-ayat
al-Quran. Ini dijelaskan di dalam Jadual 10.1 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAFAZAN III  137

Jadual 10.1: Cara Bacaan al-Quran

Cara Bacaan al-Quran Keterangan


Tartil Bacaan secara perlahan, tenang dengan makhraj dan hukum
tajwid yang sempurna.
Tahqiq Bacaan seperti tartil, tetapi lebih lambat dan perlahan.
Hadar Bacaan cepat, tetapi memelihara hukum tajwid.
Tadwir Bacaan pertengahan antara tartil dan hadar.

Dengan berpandukan cara bacaan seperti di dalam Jadual 10.1, anda boleh
menyesuaikan pelaksanaan kemahiran hafazan berpandukan tahap kemampuan
murid-murid anda.

10.2 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran hafazan
al-Quran sehingga mencapai aras-aras hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam
sukatan pelajaran hafazan Tahun 3, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dicadangkan seperti di dalam Jadual 10.2 berikut.

Jadual 10.2: Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Aktiviti


Aras 1: (i) Talaqqi dan musyafahah kalimah-
(i) Menghafaz potongan ayat kalimah dan potongan ayat daripada
daripada surah al-Fiil. surah al-Fiil secara kelas, kumpulan
dan individu.
(ii) Menghafaz surah al-Fiil dengan
betul. (ii) Latih tubi menghafaz potongan ayat
daripada surah al-Fiil secara kelas,
(iii) Bersungguh-sungguh ketika
kumpulan dan individu.
menghafaz ayat-ayat al-Quran
(iii) Latih tubi menghafaz ayat daripada
surah al-Fiil.
(iv) Merakam, mendengar dan menyemak
semula bacaan yang telah dihafaz oleh
murid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 10 HAFAZAN III

Aras 2: (i) Mendengar bacaan surah al-Fiil,


(i) Menghafaz potongan ayat al-Humazah dan al-ÂAsr daripada
daripada surah al-Fiil, guru atau pita rakaman.
al-Humazah dan al-ÂAsr. (ii) Gerak kerja:
(ii) Menghafaz surah A-Fiil, al- • TasmiÊ hafazan surah al-Humazah
Humazah dan al-ÂAsr dengan dan al-ÂAsr kepada guru secara
betul. individu.
(iii) Mengamalkan pembacaan surah- • Membanding dan menilai hafazan
surah yang dipelajari sebagai murid dengan hafazan guru.
amalan harian. (iii) Menyusun atur ayat menjadi surah
yang lengkap.
(iv) Menyatakan situasi yang bersesuaian
untuk mengamalkan surah-surah
yang telah dihafaz.
Aras 3: (i) Menyusun potongan ayat menjadi
(i) Menghafaz potongan ayat surah yang sempurna.
daripada surah al-Takathur. (ii) Memperdengarkan contoh bacaan
(ii) Menghafaz surah al-Takathur tadwir menggunakan pita rakaman.
dengan betul. (iii) Latih tubi pembacaan secara tadwir.
(iii) Menghafaz surah al-Fiil, (iv) Menyambung pembacaan guru
al-Humazah, al-ÂAsr dan al- dengan fasih dan bertajwid.
Takathur dengan fasih secara (v) TasmiÊ hafazan kepada guru secara
tadwir. tadwir.
(iv) Mengamalkan surah yang dihafaz (vi) Simulasi melaksanakan solat dengan
dalam solat dan amalan seharian. membaca surah-surah yang dihafaz.

AKTIVITI 10.1

Cadangkan bentuk-bentuk penilaian yang bersesuaian dengan kemahiran


hafazan.

• Surah-surah hafazan yang ditetapkan untuk Pendidikan Islam Tahun Tiga


adalah al-Fiil, al-ÂAsr, al-Humazah dan al-Takathur.
• Terdapat empat tahap bacaan al-Quran iaitu tartil, tahqiq, hadar dan tadwir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAFAZAN III  139

• Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan pembelajaran hafazan dilaksanakan


menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan dibantu dengan bahan bantu
mengajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang terkandung dalam sukatan
pelajaran.

Hadar Tahqiq
Musyafahah Talaqqi
Tadmir Tartil

Al-Quran Al-Karim. Rasm Uthmani.


Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam: falsafah, pedagogi dan
metodologi. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Aimi Hamzah, Zulkifli Husin, & Mohd. Fauzi Daud. (2004). Buku teks Pendidikan
Islam Tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmaji Aes Mukhtar (pnys). (2004). Al-Muhtamir tafsir Al-Quran Juz 1-30. Johor:
Penerbitan Jahabersa.
Bahagian Pendidikan Guru. (2005). Pendidikan Al-Quran minor. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hafazan IV

11
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan fasih, lancar dan bertajwid;
2. Menghafaz surah-surah lazim dalam juzuk ÂAmma untuk amalan,
bacaan dalam solat dan ibadah harian;
3. Mengenal pasti panduan-panduan dan langkah-langkah yang patut
diambil dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran; dan
4. Melaksanakan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran
Asuhan Tilawah al-Quran supaya mendatangkan keberkesanan yang
maksimum.

 PENGENALAN
Topik 11 adalah kesinambungan daripada Topik 8, 9 dan 10 yang mengupas
kemahiran hafazan dalam pengajian bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Topik ini
memberi tumpuan dan penekanan kepada asas-asas penguasaan dalam
kemahiran hafazan daripada surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat, al-Zalzalah,
al-Bayyinah dan al-Qadr. Surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat dan al-Zalzalah adalah
sukatan pelajaran hafazan bagi Tahun 4. Manakala al-Bayyinah dan al-Qadr
adalah daripada sukatan pelajaran hafazan Tahun 5.

11.1 SURAH-SURAH HAFAZAN


Dipaparkan surah-surah hafazan untuk memudahkan anda menghafaz dan
mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai serta berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran hafazan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 HAFAZAN IV  141

11.1.1 Surah al-Qari’ah

Surah ini terdiri daripada 11 ayat dan tergolong daripada surah-surah


al-Makkiyyah. Ia diturunkan sesudah surah Quraisy. Nama „al-QariÊah‰ yang
terdapat pada ayat pertama bererti suara ketukan yang kuat. Ia merujuk kepada
gegak gempita dan bunyi yang kuat pada hari kiamat.

Surah ini menjelaskan kepada kita tentang kejadian-kejadian yang berlaku pada
hari kiamat, antaranya adalah manusia bertebaran, gunung-ganang berhamburan,
amal perbuatan manusia ditimbang, pembalasan diberi dan lain-lain lagi. Diharap
pengajaran dan pembelajaran daripada surah ini dapat membina sifat-sifat yang
terpuji dan takut pada hari pembalasan kelak di kalangan murid-murid.

Tahukah anda bahawa menghafaz al-Quran, sama ada keseluruhannya atau


sebahagiannya adalah dituntut dan digalakkan dalam Islam? Ia merupakan ibadat
yang paling mulia dan mengandungi banyak kelebihan bagi orang yang
menghafaz dan mengamalkannya. Dengan menghafaz al-Quran, maka akan
lahirlah para huffaz di kalangan umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 11 HAFAZAN IV

Oleh yang demikian, sila teliti surah ini dan cuba membacanya dengan tartil dan
bertajwid. Setelah itu, hafal ayat-ayat dalam surah tersebut secara berperingkat-
peringkat.

SEMAK KENDIRI 11.1

Perjelaskan penggunaan kaedah talaqqi dan musyafahah untuk


menghafaz surah al-QariÊah.

11.1.2 Surah al-‘Adiyat

Mari kita lihat pula surah yang seterusnya! Surah al-ÂAdiyat ini mengandungi
11 ayat. Ia tergolong dalam surah Makkiyyah. al-ÂAdiyat bermaksud kuda perang
yang berlari kencang. Inti pati surah al-ÂAdiyat ini menceritakan tentang ancaman
Allah SWT kepada manusia yang ingkar dan yang sangat mencintai harta benda.
Sesungguhnya, mereka akan mendapat balasan yang setimpal ketika mereka
dibangkitkan dari kubur dan ketika isi hati mereka didedahkan.

Sila teliti surah ini dan cuba membacanya dengan tartil dan bertajwid. Diharapkan
agar setiap pembaca al-Quran, termasuk anda, mempersiapkan diri dengan
memperbaiki bacaan, pemahaman dan pemikirannya mengenai al-Quran. Mereka

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 HAFAZAN IV  143

mestilah mengetahui pentafsirannya dengan ringkas. Pembaca al-Quran perlu


memberi penumpuan dan sentiasa konsisten dengan pembacaannya. Cuba
berhenti di depan ayat yang sedang dibaca dengan penuh perhatian, serius dan
berulang-ulang tanpa jemu dan bosan. Elakkan diri daripada membaca dengan
mata sahaja atau mendengar dengan telinga sahaja. Bacalah dengan segenap jiwa
raga. Kita hendaklah menghayati al-Quran sepenuhnya. Insya Allah, kita dapat
berinteraksi dengan al-Quran dan mampu menghafaznya dengan baik.

11.1.3 Surah al-Zalzalah

Sila perhatikan surah ini dan cuba kenali surah ini dengan lebih dekat. Surah
al-Zalzalah yang mengandungi lapan ayat bermaksud kegoncangan.
Ia merupakan surah yang tergolong dalam surah-surah Madaniyyah. Kandungan
dalam surah ini menceritakan tentang kegoncangan bumi yang amat dahsyat pada
hari kiamat. Ketika itu, manusia berada dalam kebingungan. Manusia
dikumpulkan pada hari kiamat untuk dihisab segala amal perbuatan mereka dan
diberikan balasan perbuatan baik dan buruk mereka.

Setelah anda menghafaz surah al-QariÊah dan al-ÂAdiyat, cuba anda baca surah
al-Zalzalah pula dengan tartil dan bertajwid. Fahamilah ayat-ayat yang
terkandung dalam surah tersebut dari aspek makna dan tafsirnya serta hubungan
setiap ayat, kemudian menghafaznya. Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menggambarkan
tanda-tanda awal kegoncangan dan kemusnahan bumi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 11 HAFAZAN IV

Rajah 11.1: Tragedi tsunami petanda kuasa Ilahi


Sumber: utusan.com.my/utusan/archive.asp

Rajah 11.2: Satu contoh kemusnahan di bumi


Sumber: www.harunyahya.com/indo/buku/darwinisme/02.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 HAFAZAN IV  145

11.1.4 Surah al-Bayyinah

Surah al-Bayyinah merupakan surah yang ke 98 dalam tertib susunan Mushaf


Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Madaniyyah dan terdiri daripada
lapan ayat. Nama al-Bayyinah diambil bersempena perkataan terakhir dari
ayatnya yang pertama. Ia bermaksud satu bukti nyata atau keterangan jelas yang
menjadi kata kunci kepada sari pati kandungan surah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 11 HAFAZAN IV

Surah ini menerangkan tentang perihal orang Yahudi, Nasrani dan Musyrikin
yang menolak untuk beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW serta
syariah yang dibawanya, walaupun segala hujah dan bukti sudah terbentang di
depan mata mereka. Orang Yahudi dan Nasrani yang digelar sebagai Ahli Kitab
telah sedia maklum mengenai kebenaran ajaran Nabi Muhammad SAW kerana
segala sifat dan bentuk ajaran yang dibawa oleh baginda telah tercatat jelas dalam
kitab mereka seperti Taurat dan Injil. Malah, Allah mencatatkan bahawa mereka
itu mengenali Nabi Muhammad SAW „lebih daripada anak-anak mereka sendiri‰.
Manakala kaum Musyrikin pula telah dikemukakan dengan berbagai bentuk
mukjizat yang sebahagian besar daripadanya merupakan cabaran mereka sendiri
kepada baginda Rasulullah SAW. Akan tetapi setelah cabaran itu disahut dengan
bukti jelas oleh Rasulullah SAW, mereka tetap dengan kekufuran mereka.

Surah ini datang untuk menerangkan kepada umat Islam tentang hakikat ini, agar
mereka tidak tergugat dengan dakyah dan perang saraf yang dilakukan oleh
golongan Ahli Kitab. Surah ini juga menjadi peringatan kepada Ahli Kitab supaya
tidak angkuh dengan kedudukan mereka kerana di sisi Allah mereka setaraf
dengan golongan Musyrikin yang merupakan seburuk-buruk makhluk. Selain itu,
surah ini turut menjadi ancaman kepada ketiga-tiga golongan ini tentang azab
neraka yang sedang menanti mereka di hari akhirat. Pada waktu yang sama, surah
ini menjadi pembakar semangat kepada golongan mukmin agar terus istiqamah
dalam mempertahankan agama mereka kerana merekalah sebaik-baik makhluk di
atas muka bumi dan di hari akhirat kelak mereka telah dijanjikan dengan berbagai
balasan nikmat yang tiada tandingannya.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah kebenaran Islam
telah terbukti dan diakui dari benak hati pihak musuh terdekatnya semenjak awal
kemunculannya lagi. Namun keangkuhan, keegoan serta kerakusan mereka
membolot kepentingan peribadi masing-masing telah menghalang mereka
daripada menerima cahaya Islam. Justeru, umat Islam tidak perlu ragu terhadap
kebenaran agama yang mereka anuti. Sebaliknya, mereka harus menjadikan
hakikat ini sebagai pencetus motivasi untuk terus berusaha menegakkan serta
memartabatkan agama ini ke tempat yang selayaknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 HAFAZAN IV  147

11.1.5 Surah al-Qadr

Surah al-Qadr merupakan surah yang ke 97 dalam tertib susunan Mushaf


Uthmani. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah dan terdiri daripada lima
ayat. Nama al-Qadr diambil sempena nama Lailatul Qadr yang menjadi tajuk
penerangan surah ini. Ia bermaksud kelapangan dada yang dianugerahkan Allah
SWT kepada Rasulullah SAW. Ia menjadi asas kepada ayat-ayat lain dalam surah
ini yang menerangkan tentang berbagai rahmat dan kurniaan kepada baginda.

Surah ini menerangkan tentang kemuliaan malam Lailatul Qadar yang padanya
Kitab Suci al-Quran diturunkan. Dalam surah ini, Allah mengisytiharkan malam
Lailatul Qadar sebagai lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam ini, para
malaikat dan Jibril turun dengan izin Allah SWT dengan membawa segala ketetapan
yang telah ditentukanNya pada tahun berkenaan. Kesejahteraan serta keberkatan
yang diturunkan pada malam ini akan berterusan sehingga waktu terbit fajar.

Pengajaran daripada surah ini ialah penegasan dari Allah SWT bahawa Dialah
yang menurunkan Kitab Suci al-Quran kepada Rasulullah SAW dan ia sekali-kali
bukanlah rekaan baginda. Sesuai dengan kebesaran serta kesucian kitab ini, Allah
telah memilih sebaik-baik malam sebagai waktu Penurunannya. Sesuai dengan
kedudukannya sebagai kitab terakhir yang akan terpelihara sehingga ke hari
kiamat, keberkatan dan kesejahteraan malam ini pula tetap akan berterusan
sehingga ke akhir kehidupan di atas muka bumi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 11 HAFAZAN IV

11.2 APLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (P&P) ASUHAN TILAWAH
AL-QURAN (HAFAZAN)

Rajah 11.3: Asuhan tilawah al-Quran (hafazan)

Rajah 11.3 menunjukkan seorang pelajar membaca dan menghafaz al-Quran. Sila
baca dan teliti pelaksanaan kaedah bacaan, latih tubi dan menghafaz dalam
Contoh Aplikasi Kaedah P&P Asuhan Tilawah al-Quran (Hafazan) dalam Jadual
11.1 berikut.

Jadual 11.1: Contoh Aplikasi Kaedah P&P Asuhan Tilawah al-Quran (Hafazan)

Mata Pelajaran Pendidikan Islam


Bidang Tilawah al-Quran
Masa 30 minit
Tajuk Menghafaz ayat
Kaedah Membaca dan menghafaz (Rajah 2.4)
Gabung jalin Bacaan, latih tubi dan menghafaz
Penyerapan Ilmu tajwid – bacaan bertajwid
Nilai Penguasaan ilmu pengetahuan
Media Pengajaran Mushaf Uthmani, carta ayat, kaset al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 HAFAZAN IV  149

Langkah-langkah Penyampaian
• Guru membaca ayat al-Quran dengan kuat.
Bacaan/ • Pelajar mengikut bacaan guru secara kuat juga.
Tilawah • Pelajar membaca perlahan secara individu dan membacanya
beberapa kali secara berulang-ulang sehingga lancar dan fasih.
Latih Tubi
Mendengar
(i) Pelajar mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman.
Bacaan
Ayat (ii) Pelajar mengikut bacaan ayat daripada pita rakaman sehingga tamat
daripada (ulang beberapa kali).
pita (iii) Pelajar dikehendaki melihat carta ayat.
rakaman (iv) Pelajar membaca ayat secara beramai-ramai dengan bacaan kuat.
(v) Pelajar membaca secara berkumpulan dengan bacaan kuat.
(vi) Pelajar membaca secara individu secara senyap.
Mengingat Ayat
(i) Pelajar membaca secara individu (bacaan senyap) dengan melihat
Melihat
mushaf.
Mushaf
Uthmani (ii) Mereka membaca secara berulang-ulang sehingga ingat.
(iii) Pelajar membaca (dengan ingatan) berpandukan teks ayat (sesekali
merujuk/melihat mushaf bagi memastikan hafazannya tepat).
(iv) Aktiviti di atas hendaklah diulang beberapa kali sekurang-
kurangnya tiga kali.
Menghafaz
Hafazan
(i) Pelajar menghafaz secara individu.
(ii) Pelajar mentasmiÊkan hafazan di hadapan guru.

Sumber: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002). Huraian sukatan
pelajaran pendidikan Islam tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM & Modul Pendidikan Islam
KPLI SR/LPBS. Bangi: Institut Perguruan Islam Selangor

AKTIVITI 11.1

Berpandukan kepada Contoh Aplikasi Kaedah P&P Asuhan


Tilawah al-Quran di dalam Jadual 11.1, cuba anda laksanakan
aplikasi kaedah anda sendiri yang anda rasa paling berkesan untuk
para pelajar anda. Fikirkan kaedah-kaedah terkini yang lain, yang
sesuai digunakan dalam P&P Tilawah al-Quran (Hafazan). Anda
boleh rujuk daripada mana-mana buku berkaitan dengan kaedah
pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 11 HAFAZAN IV

Sila hayati maksud dan penerangan hadis berikut yang menjelaskan kepentingan
al-Quran bagi seluruh umat manusia:

Maksud Hadis

‰Seseorang yang tiada sebahagian pun al-Quran di dalam hatinya adalah


seumpama rumah yang ditinggalkan kosong„
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi)

al-Quran diturunkan Allah SWT sebagai petunjuk bagi orang-orang bertakwa dan
berjaya di sisi Allah SWT. al-Quran perlu dibaca dan diperhatikan makna-
maknanya agar ia berperanan sebagai penawar hati dan penyejuk jiwa di samping
pemandu diri manusia ke jalan yang diredaiNya. Justeru, keagungan dan
kemuliaan kitab suci ini perlu terus bertakhta di sanubari umat Islam. Hadis ini
menjelaskan kepada kita bahawa sikap meminggirkan atau melupainya adalah
dilarang agama, bahkan digambarkan Rasulullah SAW seumpama rumah yang
terbiar kosong tanpa penghuninya. Ini menunjukkan bahawa al-Quran perlu
bertakhta di hati umat Islam sebagai penawar dan pemangkin keimanan serta
ketakwaan kepada Allah SWT.

SEMAK KENDIRI 11.2

Setelah selesai meneliti contoh aplikasi kaedah dalam aspek hafazan,


cuba anda jawab soalan-soalan berikut:

(a) Nyatakan kaedah-kaedah yang digabungkan dengan kaedah


hafazan dalam contoh di atas.

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan latih tubi?

• Dalam tajuk ini, terdapat lima surah yang diberi penekanan untuk hafazan,
iaitu surah al-QariÊah, al-ÂAdiyat, al-Zalzalah, al-Bayyinah dan al-Qadr.
• Aspek hafazan ayat-ayat al-Quran mestilah didahului oleh kaedah bacaan dan
latih tubi. Selepas itu terapkan kaedah hafazan sepenuhnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 HAFAZAN IV  151

• Metodologi dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Quran hendaklah diterapkan


secara maksimum dan pelbagai dalam P&P supaya pelajar tidak mudah jemu,
cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan dan
berlumba-lumba untuk mengetahui dan memahaminya. Yang lebih ketara
ialah apabila timbul ukhuwah dan kasih sayang antara guru dan murid.
• Setiap guru al-Quran wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik
menghafaz al-Quran dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan P&P
dengan berkesan dan mencapai hasil yang diharapkan.
• Guru-guru al-Quran hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah
boleh membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan
kepada anak-anak didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan
mempunyai keperibadian yang luhur.

Al-ÂAdiyat Mushaf Uthmani


Al-Bayyinah Tadwir
Al-Qadr Tartil
Al-QariÊah TasmiÊ
Al-Zalzalah Tilawah
Latih tubi

Al-Quran al-Karim
Abdullah Basmih (Syeikh). Pimpinan Ar-Rahman tafsir kepada pengertian
Al-Quran, Bahagian Ugama , Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1985.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1-6, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1-6, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 11 HAFAZAN IV

Dokumen Standard Tahun 1, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kementerian


Pendidikan Malaysia.
Urusetia Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran
Kementerian Dalam Negeri.(1996). Buku Panduan RASM UTHMANI. Percetakan
Watan Sdn Bhd.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Sukatan pelajaran
pendidikan Islam. Kuala Lumpur: JAPIM.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian sukatan
pelajaran pendidikan Islam tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Modul
Pengajian Islam KPLI SR/LPBS. Bangi: Institut Perguruan Islam Selangor.
Hanafi Mohammed (1996). Falsafah pendidikan Al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi.
Jamaluddin Bin Abdul Jabbar. (2001). Metodologi dan psikologi pendidikan
tilawatil Quranil Karim. Pahang: Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
Mohd Yusof Ahmad. (2004). Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Quran. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Yusof al-Hamadi. (1987). Asalib tadris al-tarbiyyah Al-Islamiyyah.
Riyadh: Dar al-Marikh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


www.oum.edu.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like