You are on page 1of 2

1.

0 NAMA PROGRAM
1.1 Nama Program : Sustainable Innovation (SUSTAIN 2022).
1.2 Tujuan Program : Program ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf idea/produk
inovasi yang kreatif dan inovatif dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Bahan-bahan tersebut boleh diolah menjadi sesuatu yang baharu dan mengikut
fungsi sepertimana yang direkabentuk.

2.0 SASARAN PENYERTAAN


Pelajar pra siswazah institusi pengajian tinggi, pengajar, pensyarah, penyelidik dan
industri.

3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


3.1 Setiap institusi boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan.
3.2 Setiap penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (maksimum 5 orang
peserta).
3.3 Setiap penyertaan hendaklah mengisi borang penyertaan dan lampirkan slip
bayaran yuran penyertaan melalui pautan link Google Form.
3.4 Setiap kumpulan juga dikehendaki menyediakan poster dan video yang perlu
dihantar kepada urusetia.

4.0 KRITERIA PENGHANTARAN


Terbahagi kepada 2 kriteria, iaitu setiap kumpulan hendaklah menyediakan poster dan
video idea/produk seperti berikut :
4.1 Poster dan video hendaklah menerangkan idea, konsep, lakaran rekabentuk,
jenis bahan kitar semula dan fungsi produk rekaan dengan jelas.
4.2 Video hendaklah tidak melebihi durasi 5 minit dan dimuatnaik di YouTube.
Pautan video YouTube tersebut perlu disertakan dalam borang penghantaran
penyertaan.

You might also like