You are on page 1of 1

berdasarkan kepelbagaian pelajar yang anda temui dalam kelas anda semasa anda mengajar berikan

beberapa contoh kaedah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan untuk menarik
minat belajar murid untuk belajar

Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang
keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan
kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan
seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang besar dalam pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu
impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran
mereka di sekolah.

Berdasarkan pemerhatian saya di dalam kelas yang mempunyai pelbagai latar belakang, antara
kaedah yang saya gunakan bagi menarik minat belajar ialah dengan menggunakan kaedah bercerita.
Contoh dalam pelajaran Tauhid Darjah 3 tajuk Rasul Ulul Azmi, saya menceritakan kisah-kisah
perjuangan, pengorbanan, ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad dan Nabi Nuh
dalam menyebarkan Islam dan berdakwah kepada umat manusia pada ketika itu. Pelajar dilihat
khusyuk mendengar dan menghayati pengorbanan Nabi terdahulu.

Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah memberi ganjaran kepada pelajar yang
berjaya menjawab kuiz dengan betul.

You might also like