You are on page 1of 4

CARA MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

KASIH SAYANG

Menurut Teori Maslow, salah satu keperluan anak-anak ialah keperluan kasih sayang.
Pemberian kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah amat penting dalam
membentuk kestabilan emosi, personaliti anak, kepuasan hidup dan sebagainya. Kasih sayang
yang diberikan oleh kedua-dua ibu dan bapa adalah sama penting. Walaupun demikian, kasih
sayang ayah akan memberikan impak yang lebih. Perasaan ini mula dirasakan sejak masih bayi
lagi, ketika ibu memberi susu dan makanan. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa kepada
anak mereka adalah proses pembelajaran yang pertama sekali dialami oleh manusia. Dengan itu,
kanak-kanak merasa selesa dan selamat. Sentuhan juga menyebabkan anak-anak ini rasa
disayangi. Sentuhan oleh ibubapa ke atas anak-anak ini membolehkan anak-anak ini berasa
“relax” dan rasa selamat walaupun mereka sakit dan takut. (Lain Ehmann, 2001)

Ramai ibubapa beranggapan yang anak mereka tahu akan ibubapa menyayangi mereka.
Walaupun ibu bapa menyayangi anak-anak namun sukar bagi mereka untuk menyatakan
perkataan “I love you” kepada anak-anak. Itulah orang Asia. Menurut Jayesh Maniar (1998),
ibubapa patut bukan sahaja menunjukkan kasih sayang melalui gerak geri tetapi juga melalui
perkataan. Remaja memerlukan perhatian, penghargaan dan masa daripada ibubapa. Ibubapa
patut menerima anak mereka sepenuhnya dan bukannya membandingkan dengan anak orang
lain. Kekuatan rasa disayangi boleh menangani masalah disiplin yang dihadapi. Tanda pemberian
kasih sayang yang berkesan ialah apabila anak itu dapat membalas dan menunjukkan kasih
sayang mereka kepada ibu bapa dan seterusnya kepada orang lain, misalnya kepada adik-
beradik.

Namun, dalam kesibukan harian inilah yang menyebabkan ibubapa mengabaikan anak-anak
mereka. Ada segelintir ibubapa yang berpendapat bahawa kasih sayang boleh digantikan
dengan kemewahan dan wang ringgit. Contohnya ialah seorang pelajar yang telah disabit
kesalahan kerana melanggar disiplin dan guru memberitahu pelajar itu bahawa kesnya akan
dimaklumkan kepada ibu bapa. Pelajar itu merayu supaya tidak memberitahu ibu bapa dan
meminta pihak sekolah merotannya. Kata pelajar itu: “Saya takut, bapa saya tidak beri elaun
mingguan dan merampas motosikal saya.” (Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, Utusan Malaysia,
2005) Remaja ini melihat ayahnya sebagai sumber kewangan dan bukannya sumber kasih
sayangnya.

BERKOMUNIKASI

Ibu bapa sentiasa bersaing dengan pihak-pihak lain untuk mendapatkan perhatian anakanak.
Cara untuk mendapatkan perhatian ialah dengan mewujudkan talian berkomunikasi yang
sihat dengan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang berasal janggal kalau berbual-bual
dengan anak-anak, kononnya ‘tak mahu beri muka’. Jika ibu bapa susah hendak bercakap
dengan anak-anak, bagaimana pula anak-anak hendak bercakap sesuatu atau mengadu sesuatu
yang penting baginya kepada ibu dan bapa? Kehilangan peluang untuk berkomunikasi dalam
sesebuah keluarga mendorong anak-anak mencari tempat lain untuk mencurahkan perasaan.
Orang yang paling mudah menerima kekosongan ini ialah teman-teman sebaya yang sanggup
memberi sokongan moral dan simpati. Topik-topik yang sering dibincangkan sesama sendiri
secara umumnya sama dikongsi dari segi nilai minatnya, seperti fesyen pakaian, gosip, hiburan,
seks dan perkara-perkara yang menyeronokkan.Yang merosakkan ialah apabila anak-anak ini
berkongsi pendapat dan mengukuhkan nilai-nilai negatif yang mereka sendiri belum matang
memikirkannya.

Oleh itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan memastikan talian komunikasi dengan
anak-anak berterusan. Ini bererti ibu bapa mendengar apa yang dicakapkan oleh anak-anak,
begitu juga anak-anak mendengar apa yang dicakap oleh ibu bapa. Dengan ini, barulah ibu bapa
dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan cuba membantu
mereka dalam menyelesaikan masalah mereka.

2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH

PIHAK SEKOLAH

Pelaksananan disiplin di sekolah-sekolah perlu tegas. Strategi melaksanakan dan mengawal


disiplin perlu bersesuaian dengan jumlah pelajar kerana pelaksanaannya memerlukan
pendekatan yang berlainan. Tanggungjawab menegakkan disiplin tidak terhad kepada guru
disiplin atau pengetua sahaja, bahkan memerlukan kerjasama antara semua pihak. Semua guru
adalah guru disiplin. Bagi kes-kes tertentu seperti tingkah laku antisosial seperti merokok,
ponteng sekolah, mencederaan pelajar lain, tidak hormat guru atau melakukan jenayah harus
melaksanakan hukuman rotan ke atas pelajar-pelajar. Ini disebabkan pelajar yang melakukan
kesalahan disiplin tidak akan merasa sedih dan menyesal sekiranya tidak dihukum atau dirotan.
Dengan itu, pelajar sering untuk mengulangi kesalahan yang sama.

Para pelajar yang lain juga dapat mengambil iktibar dan teladan apabila melihat rakan mereka
dihukum rotan. Jika melalui kaunseling sahaja, pelajar kurang terangsang untuk berubah.
Kaunseling lebih baik bertindak sebagai pemberi kesedaran manakala hukuman rotan adalah
sebagai pengajaran kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar. Maka, pembentukan
seorang pelajar yang berdisplin memerlukan gabungan pendidikan secara lembut iaitu
kaunseling dan pendidikan keras iaitu rotan. Sebenarnya, memukul atau merotan menurut
Islam, Buddha dan Kristian adalah tidak salah jika bertujuan untuk mengajar dan tidak
mendaratkan pelajar. Lagi pula, tindakan merotan pelajar selama ini telah menunjukkan kesan
positif dalam merealisasikan disiplin pelajar.

Pelajar juga digalakkan menyertai ko-kurikulum yang disediakan oleh sekolah sama ada dalam
kegiatan pasukan beruniform, kegiatan persatuan akademik atau pun kegiatan sukan. Selain itu,
kokurikulum juga dapat mengelakkan pelajar daripada tercebur dalam gejala yang dapat
merosakkan akhlak. Ko-kurikulum dapat menyemai semangat kekitaan antara pelajar yang
terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama. Kegiatan-kegiatan pasukan beruniform juga
boleh membina disipin pelajar yang kukuh. Ia baik untuk memulihkan disiplin pelajar yang kian
merosok ini. Kegiatan persatuan pula boleh mengembangkan bakat pelajar-pelajar dari segi
berpidato, berbahas, berpantun serta kemahiran-kemahiran berucap. Kelab –kelab sukan juga
membantu pelajar-pelajar meminati sesuatu permainan dan dapat mengembangkan potensi
mereka dalam permainan tersebut.
GURU-GURU

Dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar, guru turut memainkan peranan yang amat
penting. Ini adalah kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan merupakan orang yang paling
rapat dengan pelajar. Oleh yang demikian, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Selain itu,
pelajar dan ibu bapa akan lebih menghormati guru-guru yang berlaku adil. Untuk berlaku adil
apabila menghukum seseorang pelajar, guru haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak
mudah terpedaya dengan tipu helah pelajar-pelajar yang semakin canggih cara pembohongan
mereka.

Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, seseorang guru juga perlu mempunyai dua sikap
yang bertentangan iaitu tegas dan penyayang. Guru harus bertegas dengan peraturan, prinsip
dan kepercayaan. Guru yang tegas adalah guru yang cekap serupa bikin dan mengambil tindakan
susulan ke atas apa yang disuruh atau diarahkan. Ini samalah seperti melaksanakan peraturan
yang ditetapkan. Amalan yang baik sebenarnya lahir daripada sikap yang tegas. Sebaliknya
pelajar yang bersalah harus dibimbing dan dibantu. Mereka hendaklah dinasihati dengan sabar
dan penuh kasih sayang. Dengan adanya dua sikap ini yang digandingkan barulah seseorang guru
dapat menyakini pelajar mereka.

Tambahan pula, guru sepatutnya bertanggungjawab terhadap tugasnya. Amalan kebanyakan


guru menyerahkan bulat-bulat pelajar bermasalah kepada guru disiplin dan guru kaunseling
tidak seharusnya berlaku. Guru disiplin hanya menjalankan hukuman sedangkan tugas memberi
nasihat pula diserahkan kepada guru kaunseling. Secara tidak langsung, guru disiplin akan
menjadi musuh kepada pelajar bermasalah sedangkan guru-guru lain yang menolak
tanggungjawab menjadi popular. Guru kaunseling pula menjadi orang disayangi kerana
memahami masalah pelajar. Guru-guru tidak seharusnya lari daripada tanggungjawab.

PIBG

Setiap institusi sekolah tidak dapat dipisahkan dengan PIBG yang dianggap sebagai penghubung
pihak sekolah dan masyarakat khususnya kalangan ibu bapa. Penubuhan PIBG adalah untuk
memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah berbincang serta merancang
program peningkatan serta memperbaiki pencapaian pelajar dalam sekolah. Peranan PIBG
dalam menyelesaikan masalah disiplin tidak boleh diabaikan. Di samping itu, PIBG juga perlu
mewujudkan suasana persekitaran yang baik bagi membolehkan pelajar mencapai
perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiran yang seimbang. Begitulah dapat
mengurangkan bebanan dan tekanan pelajar, seterusnya mengurangkan kadar masalah disiplin
(Mohammed Abdullah, 1999).

PIBG juga haruslah mengadakan aktiviti-aktiviti atau program sekolah untuk meningkatkan
prestasi akademik mahupun prasarana sekolah. Selain mendapat permuafakatan dalam
melaksanakan program-program sekolah ini, hubungan antara ibu bapa dan guru juga boleh
terjalin dengan mesra supaya mengawal mereka dengan lebih berkesan. Jadi pelbagai masalah
disiplin sekolah dapat diatasi melalui kerjasama dan perbincangan kedua-dua pihak. Ibu bapa
juga boleh memahami tindak-tandus anak-anak mereka dalam sekolah. PIBG harus bekerjasama
dengan pihak sekolah dalam usaha memantapkan peranan untuk menyampaikan ilmu,
maklumat, kemahiran, pengalaman dan nilai murni kepada pelajar.
3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT

Masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi masalah disiplin pelajar. Anggota
masyarakat yang lebih dewasa hendaklah menasihati pelajar yang ponteng sekolah. Jika perlu,
ahli masyarakat boleh menghubungi pengetua sekolah atau pihak sekolah jika ternampak pelajar
yang merokok atau ponteng sekolah. Ahli masyarakat yang prihatin dengan sikap negatif pelajar
pasti dapat membantu mengatasi masalah disiplin pelajar.

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MEDIA MASSA

Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan
peranan. Sebagai contoh stesen televisyen boleh menyiarkan gambar pelajar yang terlibat
dalam masalah disiplin pelajar untuk dijadikan pengajaran kepada pelajar lain. Pada masa yang
sama, program yang menunjukkan aksi ganas mesti dihentikan oleh syarikat televisyen. Surat
khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang keburukan melanggar peraturan sekolah.

You might also like