You are on page 1of 2

TEORI FUNGSIONALISME

Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh
badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri.
Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan
bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti
organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali
sebagai struktur. Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat
berfungsi.

MEMBENTUK PERPADUAN KAUM


Nilai perpaduan antara kaum merupakan elemen penting yang perlu diterapkan kepada
pelajar. Sasaran utama guru ialah kemenjadian murid sebagai warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara sebagai mana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru,
guru sebagai agen sosialisasi ini perlu menyahut seruan kerajaan dengan bertindak sebagai
penerima dan penyebar maklumat dengan kefahaman yang sahih dan menyebar luas dasar
kerajaan untuk kebaikan rakyat. Guru juga perlu memahamkan pelajar tentang perbezaan
unik antara kaum di negara supaya kita semua dapat bersikap tolak ansur demi
mengekalkan perpaduan kaum yang terbina.

PENYEBAR ILMU KEMASYARAKATAN


Mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin
dalam kurikulum sekolah. Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakat
seperti gotong royong taman, membantu keluarga yang tidak berkemampuan dan anak
yatim. Antara sifat-sifat yang perlu dididik kepada pelajar seperti amanah,
bertanggungjawab, berdedikasi, sifat suka membantu, dan ikhlas. Banyak lagi sifat yang
diajar guru bagi memasyarakatkan pelajar seperti adab berjiran, penyayang, hormat
menghormati dan sebagainya.

PEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG


Dapat mewujudkan murid yang mengamalkan budaya penyayang didalam masyarakat.
Dengan memupuk sifat penyayang dikalangan pelajar, dapat melahirkan murid yang
bersahsiah dan matang. Menngggalakkan pelajar membantu kawan-kawan mereka yang
tidak berkemampuan dengan cara berkongsi bekalan makanan, dan membantu guru
memberi kefahaman kepada pelajar yang lambat dalam pembelajaran.

MENJADI ROLE MODEL KEPADA MURID DAN MASYARAKAT


Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah
mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk
dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa. Ketika
memerlukan bantuan pelajar, guru juga memberi pertolongan dan bukannya memarahi
pelajar. Guru yang bertatasusila bukan sahaja menghormati rakan-rakan sejawatnya,
malahan dia juga menghormati pelajar sebagai manusia biasa yang ada kehendak, keperluan
dan harga diri. Nilai –nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung
diterapkan dalam jiwa murid.
PENGHUBUNG DIANTARA GURU, IBUBAPA, PEGAWAI KERAJAAN DENGAN MASYARAKAT,
DAN PENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT
Bagi melahirkan pelajar yang berkualiti, semua pihak wajib bekerjasama dan berperanan
dalam memastikan matlamat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan
berjaya. Guru perlu menjadi penghubung yang baik antara ibubapa, sekolah, wakil
penduduk dan juga kerajaan agar segala usaha yang dilakukan selari dengan kehendak
kerajaan. Antara program yang boleh dijalankan membabitkan pihak ibubapa, guru, dan
wakil penduduk ialah majlis penghargaan dan kecemerlangan pelajar dan juga program
motivasi pelajar.

You might also like