You are on page 1of 3

Antologi ku Ingin Berterima Kasih : Drama Hadiah

SINOPSIS
Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar berdepan dengan kesempitan hidup. Dia
dan dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa bergantung hidup dengan bapanya,
Pak Mail seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu, Yati yang belajar di Sekolah
Menengah Seri Setia, Melaka dan duduk di asrama mengambil keputusan untuk pulang ke
kampung. Hal ini demikian kerana Yati masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak
empat puluh ringgit.

Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah tentang nasib hidup keluarga mereka, Yati
pun sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Pak Mail mengatakan bahawa dia
telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung dengan masalah mereka. Yati
memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah memaklumkan masalahnya kepada
pengetua. Selepas itu, Yati masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah meneruskan
perbualan mereka dua beranak.

Tiba-Tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian
Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau adalah untuk menyampaikan
penghargaan negara kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu, Encik Musa pun
menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anak-
anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek itu, Encik Musa dan Datuk Penghulu ingin
pulang. Tiba-tiba, Yati muncul. Pak Mail memberitahu Yati bahawa dia akan dihantar ke
asrama semula dan meminta Yati belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada datuknya adakah
dia boleh belajar semula. Encik Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar belajar rajin-
rajin. Kemudian Encik Musa minta diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan ucapan
terima kasih. Pak Mail menghantar Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.

Tema
Kesempitan hidup.

Persoalan

a) Kesedihan dan kesempitan hidup akibat kematian suami.

b) Kasih sayang bapa yang sanggup memelihara anaknya yang kematian suami.

c) Tanggungjawab seorang ketua yang sanggup membantu anak buahnya yang susah.

d) Keprihatinan kerajaan akan nasib keluarga kakitangannya yang menghadapi musibah


menerusi pemberian bantuan.

e) Berfikiran positif dan reda terhadap nasib diri.

Watak dan Perwatakan

Pak Mail

(a) Bapa kepada Fauziah.


(b) Mempunyai dua orang cucu, iaitu Hayati dan Farid.

(c) Bertanggungjawab.

(d) Gigih membantu anak dan cucunya yang susah.

(e) Pandai memberikan nasihat.

(f) Seorang yang bersopan santun.

Hayati

(a) Murid sekolah.

(b) Anak yang bersopan santun.

(c) Seorang yang berterus terang.

(d) Berani membuat keputusan.

Fauziah

(a) Balu kepada Sarjan Akhbar.

(b) Mempunyai dua orang anak.

(c) Penyedih.

Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Latar Masa

(a) Lebih kurang dua bulan.

(b) Hari ini.

(c) Waktu petang.

Latar Tempat

(a) Di ruang tamu rumah Pak Mail.

(b) Di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.

(c) Di pintu rumah Pak Mail.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat ibu tunggal yang memelihara anaknya tanpa suami.


(b) Masyarakat perajurit yang sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan tanah air.

(c) Masyarakat yang terdiri daripada golongan tua yang sudah berpencen.

(d) Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak buahnya.

(e) Masyarakat pelajar.

Gaya Bahasa

a) Bahasa Indonesia. Contohnya, beres.

b) Bahasa Arab. Contohnya, ikhtiar.

c) Bahasa istana. Contohnya, bonda; ayahanda; anakanda.

d) Hiperbola. Contohnya, Fauziah menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan


bahunya bergoncang.

e) Perulangan perkataan. Contohnya, PAK MAIL : Ha, itu pun Yati! Yati, esok datuk
akan hantar Yati ke asrama semula. Yati mesti belajar rajin-rajin.

f) Peribahasa. Contohnya, Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah;


menegakkan benang yang basah; masuk campur.

Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a) Bertanggungjawab.
(b) Pasrah.
(c) Keprihatinan.
(d) Kesopanan.
(e) Kejujuran.

Pengajaran

(a) Kita harus bertanggungjawab terhadap amanah supaya kita berdosa.


(b) Kita harus reda dengan nasib kehidupan kita.
(c) Kita mesti prihatin akan nasib orang di bawah tanggungjawab kita agar mereka terbela.
(d) Kita mesti bersopan santun terhadap orang lain.
(e) Kita mesti bersikap jujur supaya tidak berlaku salah faham.

You might also like