You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARY


JALAN INTAN BAIDURI 5D
TAMAN INTAN BAIDURI
52100 KUALA LUMPUR
TEL: 03-6138 1258
Emel : skstmary12@yahoo.com / wbb0085@moe.edu.my

Rujukan Kami :
SKSM 600-3/4/2/1
Tarikh : 21 Mac 2022

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan St. Mary
Taman Intan Baiduri 5D
52100 Kuala Lumpur

Puan,

PERMOHONAN PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Puan Nur Anis Atiqah binti Yahya, berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U (A) 196, yang berkait dengan Seksyen
130, Akta Pendidikan 1996, dengan ini memohon untuk menubuhkan Unit Beruniform Tunas Kadet
Remaja Sekolah (TKRS) di SEKOLAH KEBANGSAAN ST.MARY mulai 21 Mac 2022.

2. Bersama-sama ini disertakan:

2.1 Draf Perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Jawatankuasa Penaja

3. Kerjasama daripada pihak puan untuk meluluskan permohonan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

______________________________
( NUR ANIS ATIQAH BINTI YAHYA)
KETUA PENASIHAT
UNIT BERUNIFORM BRIGED PUTERI
SEK. KEB. ST. MARY

You might also like